Wednesday, December 26, 2012

Advertisement: To whom it may concern.

Assalamualaikum dearies..

Lately I've been receiving few emails from some of my readers yang berminat nak advertise kat my blog. Okayh, memang tak pernah terfikir pun pasal nih sebab usually cuma advertise kan business sendirian berhad :)

Disebabkan dah ramai mula bertanya, maka saya berfikir tak salah kalau saya buka peluang untuk mereka yang berminat nak letak advertisement di blog saya nih. Untuk yang berminat, boleh pilih options di bawah:
  1. Side bar only (permanent)
  2. Entry only (randomly about the things you wanna advertise)
  3. Side bar + entry
Saya akan charge yuran tahunan, means anda bayar setahun hanya 1 kali sahaja. 

If you're interested, you may email to me at lyanahisham@yahoo.com and then I will provide you the rate for the option that you choose.

Till then, have a nice day ahead dearies.



Wednesday, December 19, 2012

Status Halal Produk SNE Marketing (BE).

Assalamualaikum..

Disebabkan saya menerima beberapa persoalan mengapa kat kotak BE tak de logo halal Jakim? Jadi ada customers yang pada mulanya rasa ragu-ragu nak makan. Yelah, perkara halal and haram nih bukannya boleh main-main yer tak?

Kat sini saya lampirkan sijil halal BE yang sememangnya SNE Marketing dah ada sementara sijil halal dari Jakim pulak dalam proses tengah menunggu queue (baru tanya dengan HQ pagi tadi). Jadi, bila dah ada sijil halal nanti baru lah akan ada cop halal Jakim pada kotak produk.



SNE in media.

Walau pun belum dapat lagi sijil halal dari Jakim, korang tak perlu risau okay sebab kandungan dalam BE nih semuanya mainly adalah tumbuh-tumbuhan semula jadi sahaja, tak de unsur-unsur animal kecuali lilin lebah.

Refer pada entry ini untuk kandungan BE.

"Pati Tomato (Lycopene), Kudzu Tropika Radix Puerariae Lobata, Minyak biji anggur, Lycopene, Minyak kacang Pain, Beeswax (lilin lebah) dan Minyak Biji Seabuckthorn

Minyak Biji Seabuckthorn:

Menyingkir radikal bebas yang berlebihan daripada badan, menguat, menyelaras dan mengaktifkan sel imun badan, meningkatkan daya pertahanan terhadap penyakit dan melaraskan fungsi endokrin.

Minyak Kacang Pain:
Membantu mengurangi tahap kolestrol dan trigliserida, menghalang vasokonstriksi, meransang metabolisme interferon dan nodus limfa, mengurangkan tekanan darah, mengaktifkan sel-sel NK dan meransang pemecahan lemak.

Lilin Lebah:
Merawat parut pada kulit, memperbaiki kulit yang kasar dan kendur, menguatkan kekenyalan serat pada kulit, menggalakkan metabolisme melanin untuk memutihkan kulit.

Minyak Biji Anggur:
Mencegah dan merawat penyakit kardiovaskular, menurunkan serum kolesterol dan tekanan darah, menentang radikal bebas dan anti-penuaan.

Lycopene:
Mempunyai fungsi anti-pengoksidaan yang kuat untuk menyingkirkan radikal bebas, melambatkan penuaan dan menggalakkan pertumbuhan sel.

Radix Pueraria Lobata:Meningkatkan aliran darah ke arteri koronari, menurunkan kekangan pembuluh darah., mengencangkan payudara, merapatkan bahagian intim dan memperbaiki sistem peranakan wanita."


Kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia memang dah ada jugak, jadi produk ini tak berbahaya dan selamat untuk dimakan.



Kalau ada sebarang keraguan atau pertanyaan boleh email terus kepada saya okay, the_whitelavender@yahoo.com.

Till then, Assalamualaikum :)


Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Assalamualaikum..

Ada kakak kat ofis berbunyik pepagi tadi..

"12.12.12.. Tarikh cantek nih.. Nape Lyana tak pilih jer tarikh nih untuk akad nikah may be?"

"Errr.."  >__<

Okay finee, dah terlepas tarikh yang cantek untuk mengabadikan suatu memori yang bermakna. Tahun depan dah tak ade 13.13.13. Ehh tapi, 1.3.13 ade kan? Hee whatever! Okayh itu bukan tarikh kawen saya, harap maklum :D

Dears, tak kisah lah tarikh ape sekali pun.. Cantek ke tak itu tak penting. Date boleh jadi cantek and sweet dengan hanya mengabadikan kenangan yang bermakna pada tarikh itu sendiri.

Contoh macam saya, 24.10.06.  Bukannya cantek pun tarikh nih, tapi sangat bermakna buat saya. Kenapa? Sebab tarikh nih lah Encik Tunang cakap pada saya, "Saya nak kenal awak lebih jauh. Saya terima segala baik buruk awak. Apa saja perkara yang dah lepas and apa jua silap saya, saya minta maaf. Tapi saya betul serius dengan awak.."

Ternganga terdiam! Dah lah malam raya. Terus rasa terbang ke udara macam mercun thunder clap!!


Kanak-kanak ribena :P

InsyaAllah kalau segalanya dipermudahkan, tahun depan kami dah beraya bersama. Saya tak mampu berjanji untuk mengundang semua teman di sini ke majlis saya nanti, tapi insyaAllah kalau ada rezeki lebih boleh lah.. :)

I'm still searching for MUA- preferable perempuan and superb photographer gambar cunn yang boleh promise album cunn and tak lambat siap. Kalau ada link yang best-best, boleh tak korang tolong tinggalkan kat comment ni? Jasamu dikenang, saya nih balik keje dah kepenatan tak sempat betul nak search :(

Till then, take care dearies. Have a nice day ahead and be good.
Assalamualaikum..

P/S: Give away masih berjalan sampai 14.12.12. Saya akan announce 2 pemenang on the 15.12.12, insyaAllah..


Monday, December 10, 2012

Antara Cita-cita dan Cinta.

Assalamualaikum..

**Saya kini di office, tak curi tulang tapi curi sedikit jer masa untuk membuka blog kesayangan nih seketika :)

Happy Monday blues everyone. Yer, bulan nih rasa macam December blues aje.. Every weekdays dah macam kemalasan tahap melampau, especially Monday lah for sure. Ok come on laa Lyana, semangat!!

Nak share sedikit recent update dalam hidup saya. Baru-baru ini, saya menerima satu offer yang sememangnya dah lama saya nanti-nantikan. Betul lama, sebab bukan mudah untuk dapat offer macam nih. Kiranya bila dapat tuh, memang bersyukur lah sangat-sangat.. Alhamdulillah.. Masa mula-mula dapat call and diberitahu saya dapat, rasa macam dah terbang ke awan jer. Namun ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.. Ecehhh...

"Tapi, Cik Nur Liyana akan ditempatkan di negeri Sabah. Cik setuju untuk menerima tawaran ini?"
 
Fineeeeeeeee! Sabah? Betul-betul nak kena terbang merentas Laut China Selatan nih. No.. no.. no.... Even saya memang berharap untuk dapat position nih, tak de lah terpikir dia nak campak saya ke Sabah. Kalau Semenanjung boleh dipertimbangkan lagi, ini Sabah???
 
Terus terbayang .....

  • wajah ayah, ibu, adek-adek..
  • wajah Encik Tunang
  • mereka-mereka lain yang saya sayang

 

Tidak.. Tak mungkin saya kejar cita-cita dengan meninggalkan cinta-cinta saya. Bagi seorang anak perempuan, saya tak sekuat itu untuk pergi nun jauh ke sana meninggalkan ibu, ayah dan adek-adek yang saya sayang.. Sebagai seorang tunangan orang, tak mungkin saya mampu untuk meninggalkan bakal 'Adam' saya hanya nak mengejar sebuah cita-cita yang entah sampai bila saya inginkan cita-cita itu.. Juga diri saya sendiri, saya tak kuat untuk mengharungi hari-hari saya keseorangan jauh dari mereka yang saya sayang.

Betul lah, selain daripada Dia yang Maha Esa.. Orang-orang yang kita sayang lah yang menjadi kekuatan untuk kita meneruskan setiap hari-hari yang mendatang dalam hidup kita. Jatuh bangun kita, semuanya bergantung kepada mereka yang sentiasa berada di sisi kita. Tanpa mereka, bukan mudah untuk kita jadi kuat lebih-lebih lagi di saat kita rasa down.

Tak mengapa lah, mungkin ini bukan rezeki saya. Walau terasa berat untuk reject the offer, tapi berat lagi untuk saya menggapai langit dan meninggalkan bumi yang kini saya pijak. Rezeki Allah kat muka bumi nih luas, insyaAllah mana tahu ada rezeki lain yang lebih baik menanti saya.. Untuk korang juga :)

Ya Allah, moga ini pilihan yang terbaik buat ku.. Kau permudahkan lah bagi ku menempuhi hari-hari seterusnya yang bakal ku lalui.. insyaAllah..

Okayh, sesi luahan rasa berakhir dulu di sini. Jom sambung keje.

Assalamualaikum, have a nice day ahead korang.


Thursday, December 6, 2012

Perbezaan antara Beutskin Essence dan Kapsul SNE: Yang mana lebih berkesan?

Assalamualaikum dearies..

Lately, saya banyak menerima email berkenaan produk BE dan SNE kapsul. Ramai yang bertanyakan kepada saya yang mana lebih baik untuk di makan, BE atau Kapsul SNE?

Okayh, di sini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai perbezaan di antara BE dan SNE so that korang boleh decide yang mana lebih baik untuk korang consume :)

Beutskin Essence (BE) ini fungsi utamanya ialah khusus untuk ke arah kecantikan dan pencerahan kulit merangkumi muka dan seluruh bahagian badan. BE juga boleh sekatakan warna kulit, terutama bagi wanita yang bertudung biasa ada berbelang pada muka macam pakai topeng jer kan?? Makan BE nih insyaAllah boleh kurangkan kesan berbelang and lama-lama boleh sekatakan terus warna kulit supaya lebih putih dan kemerah-merahan. Kalau produk kecantikan nih banyak untuk nak putihkan muka jer kan? Nak natural putih seluruh bahagian badan maka amalkan lah makan BE. Selain itu, BE nih jugak boleh memperbaiki kesihatan dalaman badan. Semua golongan boleh amalkan BE kecuali WANITA YANG HAMIL dan WANITA YANG DALAM USAHA UNTUK DAPATKAN ZURIAT. Sebab BE nih mengecutkan rahim.

Kapsul SNE pulak fungsinya menjurus kepada kesihatan dalam badan. Kapsul SNE nih dier boleh memperbaiki fungsi sel, membaik pulih sel, menyuburkan sel, mengandungi kesan anti-bakteria, memberi keseimbangan sistem dalam badan, mampu membersihkan darah dan juga membantu proses penyingkiran toksin dalam badan. Kapsul SNE boleh diamalkan oleh semua golongan termasuk lah wanita hamil, wanita yang inginkan zuriat juga digalakkan ambil sebab dier menyuburkan sel malahan kanak-kanak pun sesuai sebab dier memberi kecergasan kepada mental dan fizikal. Juga untuk wanita berusia yang ada masalah pigmentasi yang teruk, disarankan ambil Kapsul SNE. Pigmentasi dah hilang boleh consume BE pulak untuk kecantikan dan pencerahan kulit.


Price: RM250 (non member)
RM198 (member)
postage: Semenanjung (RM6),
Sabah & Sarawak (RM8)
Untuk lebih memahami fungsi kapsul SNE, boleh baca sedikit info di bawah:

MANFAAT UTAMA
• Berkeupayaan untuk menyingkirkan radikal bebas dan elemen berbahaya.
• Meningkatkan fungsi sistem imun.
• Mencegah pelbagai jenis penyakit sistem pencernaan.
• Mengurangkan tahap lipid darah dan kolestrol, justeru mencegah penyakit kardio-serebrovaskular.
• Mencegah jangkitan influenza.
• Merawat lecur, parut, reput fros dan kudis.
• Mencegah kerosakan yang diakibatkan oleh radiasi dan oksidasi.
• Menggalakkan peredaran darah dan mengelakkan pembentukkan bekuan darah, mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas pembedahan.
• Mencegah dan merawat pelbagai masalah ginekologikal. Produk ini amat sesuai untuk kaum wanita.
• Membantu perkembangan fizikal dan keupayaan mental kanak-kanak.
• Meningkatkan kesihatan kulit dan menagguhkan proses penuaan.


KESAN RAWATAN KAPSUL SNE

Tempoh Rawatan Pertama (1-30 hari)
-
Wajah yang cantik dan berseri
- Kualiti tidur bertambah baik
- Mempertingkatkan sistem imun

Indikasi :- Kesan rawatan Kapsul SNE telah bermula, menyingkirkan toksin dan radikal bebas daripada badan anda. Sesetengah individu akan mengalami tindak balas yang positif (reaksi penyelarasan). Namun begitu, reaksi sedemikian akan hilang dalam tempoh 1-2 minggu.

Tempoh Rawatan Kedua (30-60 hari)
-
Berasa cergas dan bertenaga
- Wajah yang cantik dan berseri
- Pigmentasi dan kedutan berkurangan
- Kualiti tidur bertambah baik
- Wajah nampak berseri dan lebih muda.

Indikasi :- Sistem endokrin diselaraskan untuk mencapai keseimbangan dalaman; fungsi imun dipulihkan, metabolism pada tahap optimum. Anda dinasihatkan untuk terus mengambil Kapsul SNE.

Tempoh Rawatan Ketiga (selepas 60 hari)
-
Keletihan, kepenatan dan sakit belakang semakin lega
- Kulit tampak lebih lembab, halus dan gebu
- Pigmentasi berkurangan atau semakin pudar
- Pengurangan tahap gula darah, lipid darah dan kolestrol
- Peredaran darah yang optimum; hujung jari berwarna kemerah-merahan

Indikasi :- Kapsul SNE merupakan sumber nutrient penting untuk tubuh badan anda. Ia membantu menyelaraskan fungsi tubuh anda. Anda dinasihatkan untuk terus mengambil Kapsul SNE.

KAPSUL SNE sesuai untuk :

1. Penyakit saluran pernafasan; penyakit saluran gastrousus; penyakit sistem urinary.
2. Penyakit kardiovaskular dan serebrovaskular; penyakit system peredaran darah.
3. Penyakit sistem saraf; reumatisme dan arthritis
4. Penyakit kulit;
5. Fungsi imun yang semakin merosot;
6. Lecur, lepuh, kudis tekanan, luka, reput fros.
Jika berminat untuk pre-order Kapsul SNE, boleh email kan kepada saya: the_whitelavender@yahoo.com and sila sertakan maklumat di bawah:
-Full Name
-Address
-Tel num
-Ic num
**Untuk trial pack cuma ada 30 capsules sahaja, harga RM125 (not including postage).
Till then, have a nice day dearies.. Assalamualaikum.


 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com