Monday, December 10, 2012

Antara Cita-cita dan Cinta.

Assalamualaikum..

**Saya kini di office, tak curi tulang tapi curi sedikit jer masa untuk membuka blog kesayangan nih seketika :)

Happy Monday blues everyone. Yer, bulan nih rasa macam December blues aje.. Every weekdays dah macam kemalasan tahap melampau, especially Monday lah for sure. Ok come on laa Lyana, semangat!!

Nak share sedikit recent update dalam hidup saya. Baru-baru ini, saya menerima satu offer yang sememangnya dah lama saya nanti-nantikan. Betul lama, sebab bukan mudah untuk dapat offer macam nih. Kiranya bila dapat tuh, memang bersyukur lah sangat-sangat.. Alhamdulillah.. Masa mula-mula dapat call and diberitahu saya dapat, rasa macam dah terbang ke awan jer. Namun ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.. Ecehhh...

"Tapi, Cik Nur Liyana akan ditempatkan di negeri Sabah. Cik setuju untuk menerima tawaran ini?"
 
Fineeeeeeeee! Sabah? Betul-betul nak kena terbang merentas Laut China Selatan nih. No.. no.. no.... Even saya memang berharap untuk dapat position nih, tak de lah terpikir dia nak campak saya ke Sabah. Kalau Semenanjung boleh dipertimbangkan lagi, ini Sabah???
 
Terus terbayang .....

  • wajah ayah, ibu, adek-adek..
  • wajah Encik Tunang
  • mereka-mereka lain yang saya sayang

 

Tidak.. Tak mungkin saya kejar cita-cita dengan meninggalkan cinta-cinta saya. Bagi seorang anak perempuan, saya tak sekuat itu untuk pergi nun jauh ke sana meninggalkan ibu, ayah dan adek-adek yang saya sayang.. Sebagai seorang tunangan orang, tak mungkin saya mampu untuk meninggalkan bakal 'Adam' saya hanya nak mengejar sebuah cita-cita yang entah sampai bila saya inginkan cita-cita itu.. Juga diri saya sendiri, saya tak kuat untuk mengharungi hari-hari saya keseorangan jauh dari mereka yang saya sayang.

Betul lah, selain daripada Dia yang Maha Esa.. Orang-orang yang kita sayang lah yang menjadi kekuatan untuk kita meneruskan setiap hari-hari yang mendatang dalam hidup kita. Jatuh bangun kita, semuanya bergantung kepada mereka yang sentiasa berada di sisi kita. Tanpa mereka, bukan mudah untuk kita jadi kuat lebih-lebih lagi di saat kita rasa down.

Tak mengapa lah, mungkin ini bukan rezeki saya. Walau terasa berat untuk reject the offer, tapi berat lagi untuk saya menggapai langit dan meninggalkan bumi yang kini saya pijak. Rezeki Allah kat muka bumi nih luas, insyaAllah mana tahu ada rezeki lain yang lebih baik menanti saya.. Untuk korang juga :)

Ya Allah, moga ini pilihan yang terbaik buat ku.. Kau permudahkan lah bagi ku menempuhi hari-hari seterusnya yang bakal ku lalui.. insyaAllah..

Okayh, sesi luahan rasa berakhir dulu di sini. Jom sambung keje.

Assalamualaikum, have a nice day ahead korang.

7 feedback(s):

Zakia said...

Kalau saya jadi kak yana pun saya buat keputusan macam kak yana. Lagipun kak yana dah nak kahwin mesti kena ikut suami jugak lepas ni kan..Mungkin lepas ni ada rezeki lagi yang lebih baik untuk kak yana..In sha Allah :)

Shazwani Ramly said...

huyooo, sampai ke sabah tu.

SarahZul said...

good luck :)

Cik Zara Hannan said...

zara plak org sarawak.. kalau kena mcm yana pun zara amek keputusan macam tu jugak kot.. lebih2 lagi kalau dah nak kawen kan. susah tu kalau berjauhan antara benua. hehe. :)

nabila azmi said...

jauh tuu...

Rin Saharina said...

jauh tu Land Below the Wind. Kat sabah, lyana dapat daerah mana?

xpela,pasti akan ada rezeki lagi.keep praying :)

MisEyz BLurz said...

Sabah best!banyak tempat best jgak..hihi..

http://miseyz.blogspot.com/2012/12/sampai-dah.html



 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com