Wednesday, January 23, 2013

A better Khalifah.

Assalamualaikum..

Masa kecik-kecik dulu kan, cikgu selalu tanya soalan nih kat murid-murid dia.

"Awak dah besar nanti nak jadi apa?"

Jawapan standard budak kecik baru nak naik,

"Saya nak jadi doktor, cikgu!"
"Saya nak jadi peguam, cikgu!"
"Saya nak jadi pilot, cikgu!

Budak yang pandai bodek cikgu akan jawab,

"Saya nak jadi macam cikgu!" Alololo.. Lepas dengar anak murid jawab macam nih cikgu mesti melting-melting kan.. kan..

Saya masih ingat lagi, dulu saya selalu jawab tiga pekerjaan ni,
  • Doktor (mesti number one punye)
  • Hakim (lagi besar pangkat dari lawyer konon-kononnye)
  • Pensyarah (up sikit laa dari cikgu sekolah katanyee)
Haha sekarang jadi apa? Kerja dekat ofis jer as Planning Officer, kerja dengan production, deal dengan orang. Langsung takde kena mengena dengan cita-cita masa sekolah rendah tuh. Nak jadi doktor tak kesampaian sebab pikir kena belajar lama-lama macam tak nak jer. Lepas tuh everytime kena injection pun nak pejam-pejam mata, nak kena amik darah dah nak termuntah.. Macam nih gaya nak jadi doktor? Harapan laaa.. Penakuts! Jadi hakim pulak takut sebab ustaz kat sekolah agama dulu kata kalau jadi hakim tapi salah buat keputusan, nanti kat akhirat bahu senget sebelah. Terbayang jalan bahu senget sebelah terus takut, tak nak jadi dah even dulu masa kecik berangan ketuk-ketuk meja pakai hammer :P Pensyarah pulak.. Hurmm perhaps kalau rajin nanti nak sambung belajar kemudian-kemudian akan dipertimbangkan :') insya-Allah..

Encik Tunang, dia banyak memberi saya nasihat dan tunjuk ajar selain ibu and ayah lah of course. Encik Tunang nih kadangg-kadang kata-kata dia nampak macam main-main, penuh senda gurau tapi bermanfaat. Dia lah yang banyak mengubah saya menjadi diri saya yang sekarang nih. Dulu kan, masa sekolah saya nih kira bab-bab presentation ke cekap la jugak and petah bila bercakap. Bukan nak poyo, tapi memang keberanian tuh datang sendiri tak gugup pun bila bercakap kat depan. Sampai lah saya masuk asrama penuh masa form 4, dikelilingi orang-orang pandai terlebih saya jadi rendah diri sangat. Kat kelas pun tak banyak bercakap, bergosip tuh mungkin ada :P Sampai lah zaman matriks, cuba la jugak jadi out spoken tapi pun tak laa berani sangat.

Imagine, kalau sesat jalan mulut nak tanya orang pun berat, nak order makan pun mesti nak suruh orang, nak lintas jalan rasanya tunggu jalan raya tuh kosong baru boleh lintas! And a lot of things yang saya memang serba kurang, sangat tak berdikari lah senang citer. Encik Tunang lah yang banyak ubah diri saya seperti saya yang sekarang, dah tak berat mulut lagi dah. Dah lebih independent, bukan seorang yang ke belakang lagi. Saya sangat bersyukur untuk itu, saya sangat bersyukur Allah kurniakan bakal Adam seperti dia untuk melengkapkan diri saya, hidup saya.. insya-Allah. Moga urusan kami dipermudahkan.

Korang, untuk menjadi lebih baik dalam kehidupan tak semestinya hanya orang yang berpelajaran tinggi, kerja naik pangkat tinggi melangit jer yang boleh dianggap sebagai 'a better Khalifah'. Banyak cara yang kita boleh buat untuk menjadikan diri kita Khalifah yang lebih baik. Mungkin dari segi amalan dan ibadah kita juga boleh jadi lebih baik. Let say dulu tak pernah buat solat sunat qabliah atau ba'diah, sekarang kita boleh amalkan. Dari segi perwatakan, mungkin dulu hati kita keras, sekarang boleh jadi lebih lembut dan redha atas setiap ketentuan Nya. Dari segi pekerjaan, mungkin kita boleh menceburi lebih banyak bidang yang mampu menjadikan diri kita lebih baik, lebih self-motivated, lebih maju dan lebih berjaya..

Saya sendiri, dulu pergi kerja balik kerja. Malamnya tengok tV, tidur, bangun pagi pergi kerja balik semula. Kemudian suatu hari dan ketika, Encik Tunang memberikan cadangan untuk saya kendalikan online business memandangkan saya nih memang penggemar hijab. Tak sah tak beli tudung atau shawl baru tiap-tiap bulan. Mula-mula rasa tak mampu, balik kerja dah penat. Larat ke nak kendalikan order, pos barang semua? Memang tak boleh dibayangkan dalam logik akal saya mampu buat semua tuh. Syukur Alhamdulillah, saya terima cadangan Encik Tunang dan kini saya tak rasa menyesal pun buat semua nih. Itu salah satu cara untuk kita improve diri kita, juga Alhamdulillah ada sedikit rezeki berlebihan tak perlu nak mengharap duit gaji semata-mata untuk bayar duit kereta, insurans, bil telefon, etc. etc tiap-tiap bulan. Lepas business tudung, tambah pulak business produk SNE. Rezeki bertambah, Alhamdulillah lagi-lagi dah nak dekat majlis nih..

White Lavender

To improve yourself to be a better Khalifah, there are a lot of ways. Yang penting, kita kena berani mencuba, berani menghadapi risiko dan banyakkan tawakal serta doa setelah kita berusaha untuk menjadi lebih baik. Pintu kebaikan dan rezeki di muka bumi Allah nih luas, bila duduk seorang diri tuh cuba renung-renungkan apa yang kita boleh lakukan untuk menajdikan hari ini lebih baik dari hari semalam. Dah ada niat nak jadi lebih baik pun kebaikan kita dah dicatatkan :)

Okayh, I guess I talk a lot this time. Lama tak mengomel macam nih, sesekali tak pe kan ;) Till then, moga hari-hari kamu sentiasa lebih baik dari hari semalam. Bila kita ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan, Allah akan sentiasa beri kita kemudahan insya-Allah.

Have a nice day ahead, Assalamualaikum.


Tuesday, January 22, 2013

Testimoni: BE and SNE (updated!)

Assalamualaikum..



Just to share with you ladies, antara feedback yang saya receive daripada customers yang dah try Beutskin Essence and also few testimonies dari artis yang mengamalkan BE and SNE.


*sila click untuk tumbesaran*



This girl was my junior masa kat SBP, she had consumed 2 boxes..
*gambar tak di edit*

If ada customers lagi yang nak share boleh email kat saya ye. Sharing is caring.. Ada emails lagi yang tak sempat nak print screen, sorry. Tapi kalau uols hantar gambar, confirm I publish kan :)

Ini pulak testimoni from Scha, she consumed 2 capsules per day just like I did: 1 pagi and 1 malam.




Hari tu dapat email from one of my customer nih. Sebelum nih masa dia baru order, dia ada bagitau yang dia baru accident and banyak kesan luka-luka juga lebam..

"On Thu, Dec 6, 2012 3:35 AM PST fiza ria wrote:

>Nk order SNE too...pliz inform total price ya..baru baca blog awk...saya
>baru sj xcident...really hope produk ni dpt mmbantu...sbb byk luka n lebam
>lebam..."

Yang nih email dia hantar tadi..

"salam...haiii...thanks...BE N SNE yang i purchase da sampai dengan selamatnya...dekat sebulan da pun...=) so far my skin esp kat part luka xciden kat kaki tu da beransur baik...syukur...puas ati...=) da purchase means automatically jadik ahli kan..da boleh check x lagi?n one more thing... nk tanya psl dropship...rasa bminatlah...=)

Testimoni received this morning, from one of my repeat customers:



"Wednesday, January 30, 2013 5:14 PM


From:
 To: "White Lavender"
alhamdulilah...dalam byk2 produk yg akak try BE la yg akak rs puas hati...akak bertudung xnampak berbelang2 dh...jerawat cpt kecut...kurang letih...kt ofis pun dh xngantuk2..kulit xnampak kusam...thanks adik insyaallah mudah-mudahan akak dpt berthn utk amalkan BE ni.." 




Scha, she's our SNE ambassador now :) Memang her skin makin cantik, cuba tengok cerita Jodoh hari Isnin, 9 pm kat Astro Ria.

Nampak tak kulit Adira nih meang tak dinafikan semakin cantik and gebu uols!

Heliza pun makin cantik berseri sekarang, kulit dia makin flawless and cerah!

Till then, have a nice day ahead dearies :)

Assalamualaikum..



Wednesday, January 16, 2013

NSK Couture.

♥ THIS IS A PAID ADS. PLEASE KINDLY CONTACT THEM FOR ANY INQUIRY OR PRODUCT DETAILS. THANK YOU :) ♥

Assalamualaikum dearies..

Looking for Muslimah's fashion? Suka and minat dengan design peplum? Here I want to introduce to you ladies the NSK Couture, a place where you can shop beautiful Muslimah's attire :)

Facebook Page : http://www.facebook.com/nskcouture


Sedikit info berkenaan blogshop and produk yang disediakan:

NSK Couture diinspirasikan oleh Nurul (Owner) yang sememangnya sangat sukakan fesyen muslimah dan meminati bidang perniagaan sejak kecil. Cuba menampilkan koleksi muslimah yang diolah daripada idea asal kepada sesuatu yang unik & kontemporari. Sesuai digayakan ke mana sahaja, sama ada untuk daywear, officewear and special event.

 Rangkaian Produk :

 1. Berlina Peplum Tops 


  • Solid Colour Peplum
  • 15 sweet colour untuk dipilih
  • RM79 (Exclude Postage)

2. Ayeesha        

  • Vintage Peplum Tops
  • Ada 5 Corak Vintage untuk dipilih
  • Harga RM64 (Exclude Postage)

Comel-comel kan?? :D To order, please direct email to nskcouture@yahoo.com

Happy shopping dearies! ;)


Monday, January 14, 2013

The Lovely Bride, Sarah Zulkefli :)

Assalamualaikum dearies..

Last weekend is all about weddings and the main highlights is surely for my dearest kesayangan, Puan Sarah..

She is my bestie and my course-mate masa kat UKM dulu. Dulu-dulu, kitorang satu geng selalu bertelagah siapa kahwin dulu and she will always tuding jari to others.. Kunun-kunun dia lah yang paling lambat.. Teehee! Betul kan sayang, jodoh itu rahsia Allah dan Allah dah tetapkan jodoh awak sampai terlebih dahulu.. Barakallah sayang ku..

Here are some of the pictures taken on that day, pictures do speak more than words right? :')


Dah besar-besar pun jadi 'Flower Girls' :P

Congratulations to my dearest Sarah and hubby.. May Allah bless you both forever, and may your marriage will last forever till Jannah.. insya-Allah :)


The dayangs.. Cikin is missing, pegi makan cake kata nyee..

Amik berkat sikit :')

Ternak lemak banyak-banyak yer Lyana, tak sedar diri berat dah naik 1kg! >_<

Before I went back, the lovely bride sempat menyelit even tengah sibuk salam-salam orang.. Hee! Itu lah awak kan sayang, camera and awak memang tak boleh dipisahkan :)

The night before was the akad nikah, I totally feel glad that I could be with her on this such meaningful and important event as well :')

And also, syukur Alhamdulillah sempat menyinggah ke Kajang untuk Majlis Bertandang Sis Salffa Diyana aka Amoi Heaxa.

This time bersanding bertiga, congrats dearest mommy to be.. insya-Allah, moga Allah permudahkan :)

With Intan dearie, si cantik manis nih sempat panggil saya yang kelam kabut semacam jer hari tuh.. Thanks for this lovely pic sayang :)

Perasaan bahagia hadir setiap kali attend wedding orang.. I wonder how would it feels bila kita sendiri yang jadi Raja Sehari? #berangan

Till then, have a nice day ahead darlings.

Assalamualaikum 



Thursday, January 10, 2013

Time is precious..

Assalamualaikum..

Hari ni dah 10 Januari 2013. Cepatkan masa berlalu, dah lebih seminggu kita jejak tahun baru 2013 nih. Seperti semalam rasa baru masuk zaman persekolahan, habis SPM, sambung belajar kat martikulasi, lepas tu masuk universiti dan graduation day. Dua bulan lepas grad mula bekerja, until now kat meja ni lah yang saya duduk sejak dua tahun lebih yang lalu. Bezanya sekarang laptop, dulu mula-mula masuk pc jer.

And Encik Tunang.. Macam tak percaya dah masuk tahun ketujuh tempoh perkenalan kami dan lebih kurang empat bulan kami mengikat tali pertunangan selepas berkawan selama enam tahun. Insya-Allah kalau dia memang jodoh yang Allah tentukan untuk saya, lagi beberapa bulan dia akan menjadi kekasih halal saya :')

Gambar nih masa zaman matrikulasi, yang ini je tinggal. Gambar lain dulu
dalam henfon lama, memory card rosak semua hilang. Tak pe lah, yang
penting gambar dengan si Hang Jebat nih ada ;)
 
Gambar masa tahun lepas, we'll be there again soon insya-Allah. Can't wait!
But this time dengan misi mencari apa-apa yang patut :)
 
Last year, August 2012. Our Engagement day..
 
Tempoh masa enam tahun lebih yang cukup mendewasakan kedua-dua kami. Dari perangai keanak-anakan dah jadi lebih dewasa. Even kadang-kadang tuh I admit that I still have that childish attitude.. I am so grateful and thanks to Allah for giving me a man who accept me the way I am, without nagging even I could annoyed him with my words, sometimes laa. Also yang I perasan, his jealousy pun dah berkurang semenjak lepas bertunang nih just I am the one yang kadang-kadang ada perasaan jealousy tu lagi sikit-sikit. Ape kehal la minah nih kan.. Rasa nak lempang muka sendiri! >_<
 
Bila fikir nak melangkah ke alam perkahwinan, rasa happy and sedih semua pun ada.. Happy sebab kita nak hidup dengan orang yang kita sayang, sedih sebab kita akan tinggalkan family untuk hidup dengan suami, especially ibu.. Since lepas grad dah duk berkepit dengan ibu, hari-hari balik keje nampak muka ibu, malam sebelum tido jumpe ibu, pagi sebelum pegi keje salam ibu.. Makan semua mostly ibu yang sediakan, ada masalah luah kat ibu, sakit pening yang jaga ibu, malahan mengantuk kat ofis yang jadi mangsa pun ibu (mesti call ibu mengadu mata mengantuk!). Nanti balik Raya pun dah kena bahagi masa sebab ada dua rumah: rumah ibu ayah dan rumah mertua. Seorang perempuan, bila lepas berkahwin suami lah hidup dia.. Suami yang akan bimbing dia, syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami bukan ibunya lagi. Itu yang membezakan anak perempuan dan anak lelaki sebab anak lelaki apa-apa pun ibu dia tetap nombor satu.
 
Lepas tuu kan.. Tengok kat facebook kawan-kawan masa zaman sekolah, matriks and universiti dah mula upload gambar tunang.. Ada yang dah create event wedding masing-masing, minta alamat nak pos kad and so on.. Dulu kita bergurau sama-sama, main basikal sama-sama, pegi makan kat KFC and pizza macam orang jakun sama-sama (masa nak bayar tengok bil bahagi berapa orang, bayar duit asing-asing!), amik result sama-sama, happy and sedih sama-sama, shopping pun sama-sama. Sesungguhnya saya merindui saat-saat manis dan pahit itu. Bila dah keje, jarak dah membataskan segalanya, tak dapat lagi spend time sama-sama dengan kawan-kawan macam dulu. Rinduuu sangat.. Tapi kena terima hakikat yang dulu dan sekarang dah berbeza. Masing-masing ada jalan hidup sendiri kan..
 
Begitulah kehidupan, hargai lah setiap masa yang kita lalui dengan penuh makna. Sebab masa tak boleh diputar kembali, malah laju jer dia berlalu pegi tinggalkan kita. Especially untuk adik-adik yang masih belajar tu, appreciate setiap masa yang awak ada. You'll be missing it one day, when you grow older and dah keje. Seriously.. Just like I did :)
 
Till then, have a nice day ahead dearies. Assalamualaikum..
 
P/S: My bestfriend's wedding will be held this Saturday, congratulations in advance Sarah dear.. Love you always ^^





Tuesday, January 1, 2013

1ST JANUARY 2013 ♡

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah, kita semua masih diberikan peluang oleh Allah swt untuk bernafas di muka bumi nih. 1st of January 2013, rasa macam sekejap sangat masa berlalu kan? Rasanya macam tak percaya 365 hari tahun 2012 sudah berlalu pergi meninggalkan kita.

2012.. Saya bergelar tunangan orang. Daripada status kosong menjadi tunangan orang. Ya, sebelum ini memang hubungan cinta itu ada tapi selagi tidak diikat maka tak boleh consider lah kan.. Bila dah bertunang, itu adalah satu langkah yang hampir untuk ke gerbang perkahwinan, insya-Allah jika segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Saya masih percaya, jodoh itu rahsia Allah. Segala qada' dan qadar hanya diketahui-Nya. Sebagai hamba, kita hanya boleh berusaha, berdoa dan bertawakal.

Sepanjang tahun 2012, itu lah perkara paling besar yang terjadi kepada saya dan keluarga. Buat ayah dan ibu, adakala mereka termenung tak percaya, melihat puteri sulung mereka yang bakal disunting orang tidak lama lagi. Walau pun kadang kala kelihatan air mata bergenang di mata ibu, saya tahu itu adalah air mata gembira.. Sebab, ibu juga sangat menyayangi Encik Tunang seperti mana dia menyayangi saya :')

Untuk tahun 2013 ini, my main focus will now be for my 'BIG DAY'.. insya-Allah it will be around few more months to go. Booking dah bermula, syukur lah ada kesempatan untuk pergi ke Wedding Festival last weekend at SACC, Shah Alam. Almost everything dah booked, just ada few more things to be settled which the most important things are: KURSUS KAHWIN and all sorts of medical test. Doakan urusan kami dipermudahkan, dalam kesibukan bekerja kena pikir wedding preparation as well. Fuhhhhh! Dah rasa macam iron lady gituu.. With my small business lagi.. Memang kena kuat semangat and sihat tubuh badan.
Insya-Allah, supplement Beutskin Essence memang sentiasa dalam handbag! ;)

Ohh for your info, perasan tak ada twitter widget kat side bar blog nih? Okayh, saya akan update every announcement kat situ starting last week. So korang-korang terutamanya my dear customers and also readers yang ada join giveaway ke, kena rajin-rajin tengok kat situ okayh. Usually I will update status untuk poslaju ke, new stocks arrival ke or may be promotion price ke mana tau kan? So please be alert ya, orders jer kena direct kat my email.

Till then, have a nice day and a blessed year ahead darlings.
Assalamualaikum :)

P/S: 1st of January 2013 dimulakan dengan hari lambat pergi keje. I should punch by 8.30 am tapi today I punch pukul 8.38 am.. Ape kah Lyana?? First day tahun baru dah macam nih.. >_< !





 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com