Tuesday, January 1, 2013

1ST JANUARY 2013 ♡

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah, kita semua masih diberikan peluang oleh Allah swt untuk bernafas di muka bumi nih. 1st of January 2013, rasa macam sekejap sangat masa berlalu kan? Rasanya macam tak percaya 365 hari tahun 2012 sudah berlalu pergi meninggalkan kita.

2012.. Saya bergelar tunangan orang. Daripada status kosong menjadi tunangan orang. Ya, sebelum ini memang hubungan cinta itu ada tapi selagi tidak diikat maka tak boleh consider lah kan.. Bila dah bertunang, itu adalah satu langkah yang hampir untuk ke gerbang perkahwinan, insya-Allah jika segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Saya masih percaya, jodoh itu rahsia Allah. Segala qada' dan qadar hanya diketahui-Nya. Sebagai hamba, kita hanya boleh berusaha, berdoa dan bertawakal.

Sepanjang tahun 2012, itu lah perkara paling besar yang terjadi kepada saya dan keluarga. Buat ayah dan ibu, adakala mereka termenung tak percaya, melihat puteri sulung mereka yang bakal disunting orang tidak lama lagi. Walau pun kadang kala kelihatan air mata bergenang di mata ibu, saya tahu itu adalah air mata gembira.. Sebab, ibu juga sangat menyayangi Encik Tunang seperti mana dia menyayangi saya :')

Untuk tahun 2013 ini, my main focus will now be for my 'BIG DAY'.. insya-Allah it will be around few more months to go. Booking dah bermula, syukur lah ada kesempatan untuk pergi ke Wedding Festival last weekend at SACC, Shah Alam. Almost everything dah booked, just ada few more things to be settled which the most important things are: KURSUS KAHWIN and all sorts of medical test. Doakan urusan kami dipermudahkan, dalam kesibukan bekerja kena pikir wedding preparation as well. Fuhhhhh! Dah rasa macam iron lady gituu.. With my small business lagi.. Memang kena kuat semangat and sihat tubuh badan.
Insya-Allah, supplement Beutskin Essence memang sentiasa dalam handbag! ;)

Ohh for your info, perasan tak ada twitter widget kat side bar blog nih? Okayh, saya akan update every announcement kat situ starting last week. So korang-korang terutamanya my dear customers and also readers yang ada join giveaway ke, kena rajin-rajin tengok kat situ okayh. Usually I will update status untuk poslaju ke, new stocks arrival ke or may be promotion price ke mana tau kan? So please be alert ya, orders jer kena direct kat my email.

Till then, have a nice day and a blessed year ahead darlings.
Assalamualaikum :)

P/S: 1st of January 2013 dimulakan dengan hari lambat pergi keje. I should punch by 8.30 am tapi today I punch pukul 8.38 am.. Ape kah Lyana?? First day tahun baru dah macam nih.. >_< !




10 feedback(s):

Shazwani Ramly said...

tahun ni bergelar isteri org lah kan kak yana?? heeee. :)

eh, tk cuti eh hariniii.?

Cik Zara Hannan said...

Chaiyok! for ur wedding preparation. :)

btway dah send my details utk 2nd giveaway tu kat emel Lyana. Thanks for choosing me. 1st time kot. hehe.

my e-mel: zaraaffendi@gmail.com

nabila azmi said...

slmt thun bru kak

:: Sarah Zainuddin :: said...

Semoga dipermudahkan semua urusan kamu dear! :)

Masmida Ahmad said...

semoga semua okay nanti.. insyallah. err lama jgk ye kak lyana dgn incik tunang kenal.. :)

diarimrsmcbride.blogspot.com

TeTerBanG said...

sy n blogger2 yg len sntiasa mndoakan urusan kakak lyana dprmudahkan oleh Allah swt, tmbah2 urusan psal wedding kakak ngan abg muzakkir :)

Lyana Hisham said...

shazwany, insya-Allah.. few more months to go :)

Lyana Hisham said...

cik zara, thank u syg :)

nabila, slmt thn baru :)

Lyana Hisham said...

sarah, thank u my dear..insyaAllah :)

masmida, hehe yep.. thn ni masuk thn ke 7 :)

Lyana Hisham said...

teterbang, aminn.. thank u so much syg ku :)



 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com