Sunday, March 24, 2013

4 days trip to Bandung, Indonesia.

Assalamualaikum..

Nampaknya every year memang trip ke Bandung will be a must after this. Last year pergi beli kain untuk buat baju tunang and jalan-jalan to all the famous places such as Kawah Putih, Tangkuban Perahu etc. But this time pergi is all about shopping and makan-makan only.

Our first night, untung lah kat hotel ada tempat makan best. If tak silap nama dia The Food Kiosk kot.

We stayed at Fave Hotel, Jalan Braga. Bilik best, toilet okay and the most important thing is ada WiFi! :D

7 a.m dah pergi turun breakfast. Pukul 8 dah boleh mula jalan-jalan. Rugi buang masa kat bilik hotel. Nak tido lama balik la Malaysia :P

 After breakfast, haruslah shopping mode on.

 Ya ibu-ibu bapak-bapak, yang ini namanya 'angkut'. First time naik, itu pun sebab kosong. If ada orang sana tak berani sangat. Murah sangat nih, seorang 2000 rp, so 4 orang dalam RM2++ macam tu.

This is the kedai in Pasar Baru. Syurga kain, lace, telekung. Memang cantik-cantik and harga boleh tawar selagi boleh. Preferable pergi awal pagi masa diorang baru buka kedai. Istilah dia 'pecah telor' and 'awal Bismillah' untuk first customer. Memang akan dapat incredible price! Tapi kena pandai ngomong Indonesia ya, bagi cair sikit penjual kat sana.

And yang best, kat sana duduk kedai tu lama sikit jer dia jamu kuih laa, air laa.. Teh botol la paling common, sedap! Tak de nak nampak kat Malaysia nih minum teh dalam botol kaca.

Nak lunch and dinner pun tempat makan bersepah. Tapi better cari restaurant yang besar-besar and jangan makan yang warung atau gerai tepi jalan. Takut perut tak serasi nanti sakit perut pulak.

Kat sini lauk macam-macam ada, harga pun sangat lah murah.

Yang ini pulak nama cafe dia 'Suga Rush'. Ala-ala Secret Recipe kat Malaysia lah kiranya. Harga memang murah compare to makan kat Malaysia, sedap-sedap pulak tu. 2 malam berturut-turut dinner kat situ, dekat pulak tu dengan hotel :)


 Owh and Factory Outlet kat sana memang best sangat. Saya paling suka shopping kat Rumah Mode and The Secret.

Branded items wish super duper affordable prices!

Penat-penat ada port nak lepak. 

Lepas tu balik nak pack barang dah pening. Mak shopping pun boleh tahaaan banyak nyee. Hehee.. Ibu and saya punya barang kat bilik tak termasuk lagi tuu..... 

Sebelum balik singgah Kartika Sari beli food stuff untuk officemates. Brownies kukus dia superb!

Nak balik dah. Sobs!

Bye bye Bandung.. Sampai ketemu lagi ya!

Have a nice day ahead dearies, Assalamualaikum :)



Wednesday, March 20, 2013

Wordless Wednesday.

Assalamualaikum..

Thank you Kak Faridah Talib for this article :)

P/S: Currently having high fever. Doakan saya cepat sembuh.. Pening kepala memanjang, rasa mabuk.. Tak pernah pulak mabuk naik flight before this :/


Sunday, March 10, 2013

LIMA Perkara Tentang #Henfon.

Assalamualaikum..

Tahukah anda bahawa henfon boleh menjadi penyelamat kepada kita sekiranya kita berhadapan dengan situasi-situasi berikut:
  1. Kalau anda pengguna smartphone yang boleh online, kalau ngantok kat office boleh curi-curi bukak facebook, twitter etc. Update status, baca berita pasal Sabah's issue.. Mata terang sikit baru sambung buat kerja okayyy..
  2. Juga kalau anda tak tahan nak pegi toilet, tapi toiler full.. Cuba alih perhatian anda daripada perasaan tak tertahan tadi dengan online. Cuba lah! Cara yang sangat effective! (Maksud di sini bawa henfon anda ke toilet yer.. Haha ini serius)
  3. Meeting yang mengantok, curi-curi whatsapp dengan girlfriends bincang pasal majlis kahwin.. :P Nak kacau Encik Tunang, dia busy di site maka harus lah girlfriends jadi mangsa!
  4. Sampai-sampai office rasa tudung macam senget sebab tadi angin tiup kuat sangat (paling bencii bila bertudung bawal). Tiba-tiba baru perasan, "Alamak compact powder I tinggal dalam kereta!" Ohh henfon kan ada, gunakan lah application front camera untuk betul kan tudung anda yang senget-benget tadi. 

And lastly... Ini yang selalu I buat untuk menutup malu bila..... Hahaha baca jelah.

Number 5.. Opocot! Ya Allah terpeleot pulak kaki sebab pakai wedges tinggi tak perasan depan tuh jalan berlubang (nasib baik tak jatuh and terpelecok!) Dah lah kat situ ramai orang yang sebenarnya tengah tengok anda cat walk dengan wedges yang tinggi tuh.. And siapa lah suruh pandai sangat berjalan sambil tengok henfon, tak tengok depan dan bawah.. Maka, cepat-cepat letak henfon ke telinga macam tengah jawab call. Yer, berlakon lah sehabis baik mana tau ada rezeki director berkenan boleh jadi extra.. Hihihi :P

Pengajaran: Masa tengah berjalan tengok depan, jangan main henfon. Sekali terjatuh, tergolek, malu dia tak payah cerita laa.. Rasa nak tukar kerja terus tahu tak? Ngeeee!

Till then, Assalamualaikum.. Have a nice day ahead dearies :)



Tuesday, March 5, 2013

Premenstrual Dysphoric Disorder.

Assalamualaikum..

Hello uols. Nak share sedikit story nih especially to you ladies. Kaum Adam juga boleh baca agar dapat lebih memahami penyakit special seorang wanita nih. Ya, bukan semua wanita mengalaminya tapi mereka yang bertuah jer dapat rasa. Kenapa saya kata bertuah? Sebab bila kita sakit baru kita belajar untuk lebih mensyukuri nikmat semasa kita sihat :)

Ape kemende Premenstrual Dysphoric Disorder nih? Actually ini adalah term untuk penyakit Senggugut. Haa tau dah? Senggugut nih jangan pandang remeh jer especially untuk kaum Adam. Hanya kami kaum Hawa yang tau dan saling memahami antara satu sama lain betapa perit, sakit dan pedihnya perut ketika nak datang period every month. Macam saya pulak, usually bila kena tuh memang lah seksa. Kalau time kerja boleh mc, sebab tak boleh nak duduk sakit pinggang yang amat lepas tuh ditambah air-cond yang sejuk gilaaa kat ofis lagi lah perut tak dapat tahan bagai dicucuk-cucuk rasanyee..

Kadang-kadang sedih bila orang yang tak faham rasa kena senggugut nih sebab bila kita sampai mc diorang kata, "Eleh.. Sakit perut sikit dah nak mc.." Kalau lah kau tahu betapa sakitnya, suka suki jer mulut tuh nak kata sakit sikit jer. Ada this one time saya pergi clinic, masa tuh Doctor lelaki yang bertugas. Boleh dia tanya, "Sakit senggugut awak nih rasa macam mana? Teruk sangat ke?" Dengan selambanya I jawab, "Tak sakit pun doctor, sebab tu saya datang clinic mintak mc cause I need to rest!" Menggelabah muka doctor tuh, tanya lagi tak nampak orang dah jalan pun terbongkok-bongkok menahan sakit pinggang rasa macam nak putus urat! And saya nih pulak bila kena senggugut boleh sampai muntah, makan sikit muntah, minum milo panas pun muntah. Huhuu..

But one thing dear ladies, sakit macam mana sekali pun cuba sebaik mungkin untuk elakkan makan segala pil tahan sakit. It's not good since function pil tu macam pil perancang tau. Lagi lah kita yang belum kahwin nih, takut later on ada problem pulak masa lepas kahwin (untuk mendapatkan zuriat). So macam saya sendiri, bila terkena senggugut tuh saya usually tuam dengan tuala yang direndam dengan air panas. InsyaAllah sakit tuh boleh berkurangan. And kalau malas nak tuam tu, saya sapu lotion Felinna jer sebab dia berangin. Memang lega sangat-sangat lepas sapu dah lah wangiii.. Lepas tuh boleh buang-buang lemak berlebihan sekali kan. Hee :D

New stock just arrived, nak order boleh email :)

Orang kata prevention is better than cure right? So another alternative way is to consume supplements yang bersesuaian. Macam saya, previously saya hanya consume Beutskin (BE), SNE capsule (SNE) saya tak makan pun. But saya perasan yang BE nih tak cukup hardcore bila saya tengah stress atau tertekan dengan kerja, period saya akan datang lebih lewat sikit. Bila dah lewat sikit tuh, dia bawa package senggugut sekali. Just that tak seteruk dulu sebab kalau dulu sebelum makan BE saya biasanya kena senggugut sehari before period sampai hari kedua. Yang terbaru nih saya kena senggugut since pagi. Then tengah hari tuh terus pegi clinic amik mc, ubat tahan sakit doctor bagi saya tak makan sebaliknya saya cuba telan SNE capsule 2 bijik. Alhamdulillah, saya makan SNE pukul 2 lebih petang, lepas tuh saya tido. Bangun pukul 5 sakit dah okay. Happy! Pinggang tak sakit-sakit lagi :)


Maka saya mengambil keputusan untuk amalkan SNE jugak lepas nih since SNE nih bagus untuk dalaman, insyaAllah. Ohh and ni nak share doa yang elok diamalkan jugak kalau kita mengalaminya:


Untuk kaum Hawa, sayangi diri anda and dalaman anda. Bukan sekadar luaran kita kena jaga, dalaman pun sama jugak. Untuk kaum Adam, jangan pandang remeh penyakit special wanita nih. Also, tau tak antara ciri lelaki yang hebat adalah lelaki yang mampu menempuhi PMS wanita? Tak tau PMS tuh apa, pi google sendiri :P

Till then, have a nice day ahead dearies. Assalamualaikum ^^


Saturday, March 2, 2013

Novel best: Pudina Cinta !

Assalamualaikum..

Ever since I was in primary school, I had already started to get addicted to novels: buying and reading. Well that was one of the reason why I suka blogging. Believe it or not, most people yang suka menulis tak kisah lah through papers, books and also blogs as well mesti suka membaca kan kan.. Kalau tak hundred percent pun ninety percent sure adeee..

Kenapa baca novel itu best? Sebab dia mengisi masa terluang, terbuang or apa-apa ter, di samping meningkatkan penggunaan bahasa yang pelbagai. Sebab penulis novel nih most of them memang creative and inovative, through novels lah macam-macam new words boleh discover tau.

Okay kat sini nak share kat uols recent novel yang saya baca. Jalan cerita dia not too heavy, sempoi je serta bersesuaian dengan semua jenis peringkat umur. 

Tajuk novel: Pudina Cinta.


Okayh ini sinopsis novel so that uols boleh bayangkan sikit the plot macam mana :)


"Rabunah, heroin cerita ini. Eh! Eh! Jangan pandang rendah dengan namanya biarpun tak komersial mana. Dia ini bakal doktor gigi dan kemaruk pula dengan ubat gigi perasa pudina. Aneh-aneh saja bukan? Hendak kata lawa, boleh tahanlah juga. Kalau tidak, mana mungkin empunya diri boleh menambat hati putera idaman yang menjadi rebutan. Tapi... dia berpegang pada satu prinsip. Tak mahu couple sebelum ada ikatan yang sah. Habis, menikah teruslah jawabnya? Nama pun cinta, perasaan halus itu tetap menjalar dalam diri tetapi tidaklah dia layankan sangat. Apatah lagi dia terpaksa menghadap Natasha Giselle, perempuan berlagak diva keturunan Genghis Khan, yang turut menaruh perasaan terhadap lelaki yang serupa. Sakit jiwa hendak melayan! Nasib baiklah dia punya kawan-kawan sekepala, iaitu Wawa, Alin dan Azlie yang sengal-sengal ubi otak mereka. Sentiasa ada bersamanya saat gembira mahupun duka. Kawan-kawan yang punya cerita dan masalah mereka sendiri. Dunia persahabatan yang indah tetapi mungkinkah dunia percintaan untuk dirinya lebih indah daripada itu?

“You don’t love a woman because she is beautiful, she is beautiful because you love her. And I really really love you. Awak nak tengok saya buat kerja gila?” – Ally 

“Saya tidak ada apa-apa yang istimewa. Awak sebenarnya boleh pilih yang lebih baik, lebih cantik dari saya...” - Rabunah 

“Aku simbah asid dekat muka perempuan tu! Kau sendiri tahu bukan, aku boleh buat lebih kejam dari itu!” – Natasha Giselle"

So novel lovers, cepat serbu kat bookstore. InsyaAllah, you're so gonna love it. Cerita yang sempoi and fun, yang penting boleh release kan stress sebab at times mesti uols senyum sensorang sebab kecomelan watak si Rabunah nih. Nama dier pun unik kan uols ;)

Till then, nak repeat baca lagi part yang best.
Assalamualaikum.



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com