Saturday, May 25, 2013

Polkadot Chamber ◕‿◕

Assalamualaikum..

Hello uols. Life had been so hectic lately.

With all the the wedd stuff and household things (paling penting bilik pengantin).

Nak share kat uols satu online blogshop yang banyak blouse comels and sweet :)

Polkadot Chamber (click on the link to be directed to the blog)
Polkadot Chamber Facebook page (and this is the facebook)




Apa yang best dengan online blogshop nih?

Polkadot Chamber or PCD menjual all sorts of fashions yang cantik, comel and bergaya!

PDC meletakkan harga yang mampu milik, so that everyone can look and feel good. Tak de lah harga yang mahal melampau tapi tetap berkualiti and superb!

Also, service dia memang tip-top. Apa yang saya boleh katakan ialah PDC nih sangat mementingkan kualiti barang yang mereka jual dan mereka akan pastikan untuk berikan service yang terbaik utk para pelanggan terutamanya yang cerewet sikit... macam saya :P

 My favourite top! Sangat sesuai untuk muslimah yang mementingkan gaya tetapi masih lagi mengekalkan ciri-ciri sopan dalam berpakaian.

Baju kurung and kebaya dah common sangat kan? Why not uols try something new pulak :)

Floral top sangat sesuai untuk digayakan ke pejabat atau untuk casual wear biasa. Corak floral mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih matang dalam berpakaian :)

Saya kena cari gaya matured sikit, bila muka tak make up orang ingat saya budak sekolah. Sadis sangat! I dah nak jadi wife orang okeyh.. Hihi! Tapi best jugak, boleh perasan muda sikit :P

Uols boleh usha blogshop or facebook page yang saya bagi link kat atas tadi. Confirm rambang mata, saya sendiri pun nak shopping tahan kan aje. Almaklum lah, nak kahwin ni banyak nak pakai dwet kena tahan sikit nafsu shopping tuu.. -_- !

Till then, insya-Allah ada kesempatan will update new entry. Have a nice day ahead dearies..

Assalamualaikum.


Wednesday, May 22, 2013

Permohonan Nikah Online (ENCR) & Interview Nikah.

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah, segala urusan dengan Pejabat Agama dah settle.. Itu pun baru settle Isnin lepas. Lambat kan? Mana tak nya, pihak perempuan kena tunggu borang daripada pihak lelaki baru boleh submit kat Pejabat Agama. Macam saya dapat bakal suami yang busy, kena lah memahami sikit tuntutan kerja dia. Nak pergi uruskan borang dan temuduga dengan pihak Pejabat Agama nak kena lari-lari curi masa.

Okayh, sekarang nih untuk orang-orang Johor dah tak de lagi borang tulisan jawi sebab semua isi online jer sekarang. Lepas kursus kahwin, uols pergi Pejabat Agama dia akan bagi rujukan untuk isi online kat website ENCR dan borang untuk ujian HIV (yang nih jer tak de isi online). Kalau negeri Johor, ujian HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan Kerajaan atau Hospital Kerajaan sahaja. Private tak boleh yer..

Berbalik pada ENCR.. Mula-mula tu kena daftar, lepas tu dia akan suruh aktif kan kat Pejabat Agama. Tak payah susah-susah nak pergi Pejabat Agama pulak, call jer minta dia tolong aktifkan. Lepas tu dah boleh sambung isi permohonan nikah secara online. Lagi senang kalau isi sama-sama bagi yang pasangannya orang Johor jugak, sebab nanti just isi no rujukan pasangan terus jer maklumat pasangan dah terisi tak payah susah payah nak taip.

Lepas settle semua, baru print kan borang-borang yang berkenaan dan submit kepada Pejabat Agama. Make sure setiap yang ada kat senarai semak tu dah ada and complete. To be safe, buat semua TWO COPIES sebab memang ada few things yang orang Pejabat Agama nak dua. Also kalau uols nak tau, Johor nih special case sikit.. Nak kahwin ada interview sikit dengan Pegawai daripada Pejabat Agama. Biasa lah soalan-soalan basic pasal Ibadah, Fardhu Ain, Munakahat, dll. Ni antara kandungan soalan masa saya kena interview, mana yang ingat saya share kat sini okayh :)

**U mewakili Ustaz, L mewakili saya (Lyana)

Bahagian pertama,

U: Nyatakan lafaz syahadah.
L: أَشْهَدُ أَن لاََّ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ

U: Maksudnya?
L: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

U: Tu masuk dalam rukun apa tu?
L: Rukun Islam.

U: Yang ke berapa?
L: Yang pertama.

U: Apa rukun Islam yang kelima?
L: Menunaikan Haji.

U: Bagi?
L: Yang berkemampuan.

Bahagian kedua,

U: Kata lah awak solat Subuh, kemudian masa tahiyat akhir awak baru sedar yang awak lupa baca doa Qunut. Apa awak buat?
L: Sujud Sahwi.

U: Bacaan nya?
L: Subahanamalla yanamu walayas hu

U: Apa maksudnya?
L: Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui.

U: Macam mana pula kalau ada orang yang sengaja malas baca doa Qunut? Adakah sah solat Subuh nya?
L: Errr.. Sah.

U: Ye ke sah? Yakin?
L: Insya-Allah yakin.

U: Kenapa kamu kata sah?
L: Sebab tak termasuk dalam rukun solat.

U: Kalau macam tu, apa hukum baca doa Qunut dalam solat Subuh?
L: Sunat Muakkad..

U: Haaaaaa?
L: Ehhh silap.. silap.. Sunat Ab'ad.. Maaf :D
(geleng kepala interviewer, tulah menggelabah sangat.. hihihi)

Bahagian ketiga tentang pembahagian najis. Make sure uols tahu dan faham jenis-jenis najis dan cara bersihkan najis mengikut jenis najis.

Bahagian keempat dia tanya pasal nikah. Saya terkena rukun nikah dan yang lain more to soalan berbentuk situasi, bagaimana dan apa yang perlu dilakukan jika saya berhadapan dengan situasi tersebut. Akhirnya bahagian kelima dia tak tanya saya soalan lagi, sebaliknya banyak menasihati dan mengingatkan tentang tanggungjawab, hak dan perkara-perkara yang saya perlu ambil kira setelah sah bergelar isteri.

Nasihat saya untuk uols yang akan menghadapi interview untuk urusan kahwin ni:
  • Berpakaian menutup aurat dan bersederhana terutamanya bagi yang suka make up. Boleh make up tapi tipis sudah.
  • Persiapkan diri dengan ilmu agama, tak de lah menggelabah bila interview nanti sebab ada sesetengah interviewer nih psycho sikit. Karang dia tanya doa Qunut awak ingat doa lain tak ke haru? :P
Dalam 1 jam macam tu, borang siap diproses dan pihak Pejabat Agama akan serahkan dokumen yang diperlukan untuk diserahkan pula kepada Imam yang akan menjadi jurunikah. Yang nih penting, make sure dari awal uols tahu Imam tempat uols so that dapat booking awal-awal date and time untuk majlis nikah.

Untuk Johorians yang memerlukan bantuan atau pertanyaan boleh email kepada saya, lyanahisham@yahoo.com. Insya-Allah apa yang saya tau saya cuba bantu atau guide. Sebab saya sendiri tak de orang guide, tak de kawan-kawan yang pernah buat isi secara online bagai nih.

Till then, banyak hutang entry tak update. Maaf, saya akan cuba curi masa dan ruang waktu kalau ada kesempatan okayh? :)

Assalamualaikum.

P/S: Kawan-kawan yang nak datang majlis rumah lelaki kat Sg Buloh, Selangor boleh email kan address rumah untuk pengeposan kad. Last saya pos untuk kad rumah lelaki Selasa next week. Ohh yer, majlis rumah lelaki 8th June 2013.


Friday, May 10, 2013

Bulan Rejab.

Assalamualaikum..

Esok dah masuk bulan Rejab. Sekejap jer kan masa berlalu? 

Rejab..
Syaaban..
Ramadhan..

And masa berlalu pantas sangat sampai tak perasan tinggal 23 hari jer lagi sebelum saya bergelar seorang isteri, insyaAllah. Bila tengok cermin, siap tanya pada diri sendiri.. "Biar betul aku dah nak kahwin.." Haha rasa nak tampar muka sendiri! -_-

Just to share with uols, doa sebagai amalan untuk masuk ke bulan Rejab nih:



Yang nak puasa sunat memang digalakkan..
Yang nak ganti puasa, sila ganti cepat Ramadhan dah tak jauh mana tuu..

Esok and weekends seterusnya sampai lah ke majlis dah full with plans. Banyak tempat nak kena pergi, banyak barang nak kena beli, banyak duit nak dihabisi.. Ehh? Hehe seriously, for those yang nak kahwin tuh tak payah lah sibuk nak calculate berapa banyak duit yang dah di spend. Yang penting jangan terlalu membazir and jangan pula terlalu kedekut. Untuk majlis walimah sendiri jugak kan? :)

Okay lah, sampai sini dulu. Sorry, jarang betul update pasal life stories. Been busy, kerja pun menimbun sebelum bercuti panjang. InsyaAllah lepas nih ada lah kot masa nak berblogging macam dulu-dulu. To the new comers, selamat datang and salam perkenalan. Tak sempat nak bertegur sapa, kalau jumpa dekat luar sila-sila lah tegur saya. Saya tak sombong, juga tak over peramah. Orang berbudi kita berbahasa.. Gittew! 

Have a nice day ahead dearies, Assalamualaikum..


 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com