Wednesday, May 22, 2013

Permohonan Nikah Online (ENCR) & Interview Nikah.

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah, segala urusan dengan Pejabat Agama dah settle.. Itu pun baru settle Isnin lepas. Lambat kan? Mana tak nya, pihak perempuan kena tunggu borang daripada pihak lelaki baru boleh submit kat Pejabat Agama. Macam saya dapat bakal suami yang busy, kena lah memahami sikit tuntutan kerja dia. Nak pergi uruskan borang dan temuduga dengan pihak Pejabat Agama nak kena lari-lari curi masa.

Okayh, sekarang nih untuk orang-orang Johor dah tak de lagi borang tulisan jawi sebab semua isi online jer sekarang. Lepas kursus kahwin, uols pergi Pejabat Agama dia akan bagi rujukan untuk isi online kat website ENCR dan borang untuk ujian HIV (yang nih jer tak de isi online). Kalau negeri Johor, ujian HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan Kerajaan atau Hospital Kerajaan sahaja. Private tak boleh yer..

Berbalik pada ENCR.. Mula-mula tu kena daftar, lepas tu dia akan suruh aktif kan kat Pejabat Agama. Tak payah susah-susah nak pergi Pejabat Agama pulak, call jer minta dia tolong aktifkan. Lepas tu dah boleh sambung isi permohonan nikah secara online. Lagi senang kalau isi sama-sama bagi yang pasangannya orang Johor jugak, sebab nanti just isi no rujukan pasangan terus jer maklumat pasangan dah terisi tak payah susah payah nak taip.

Lepas settle semua, baru print kan borang-borang yang berkenaan dan submit kepada Pejabat Agama. Make sure setiap yang ada kat senarai semak tu dah ada and complete. To be safe, buat semua TWO COPIES sebab memang ada few things yang orang Pejabat Agama nak dua. Also kalau uols nak tau, Johor nih special case sikit.. Nak kahwin ada interview sikit dengan Pegawai daripada Pejabat Agama. Biasa lah soalan-soalan basic pasal Ibadah, Fardhu Ain, Munakahat, dll. Ni antara kandungan soalan masa saya kena interview, mana yang ingat saya share kat sini okayh :)

**U mewakili Ustaz, L mewakili saya (Lyana)

Bahagian pertama,

U: Nyatakan lafaz syahadah.
L: أَشْهَدُ أَن لاََّ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ

U: Maksudnya?
L: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

U: Tu masuk dalam rukun apa tu?
L: Rukun Islam.

U: Yang ke berapa?
L: Yang pertama.

U: Apa rukun Islam yang kelima?
L: Menunaikan Haji.

U: Bagi?
L: Yang berkemampuan.

Bahagian kedua,

U: Kata lah awak solat Subuh, kemudian masa tahiyat akhir awak baru sedar yang awak lupa baca doa Qunut. Apa awak buat?
L: Sujud Sahwi.

U: Bacaan nya?
L: Subahanamalla yanamu walayas hu

U: Apa maksudnya?
L: Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui.

U: Macam mana pula kalau ada orang yang sengaja malas baca doa Qunut? Adakah sah solat Subuh nya?
L: Errr.. Sah.

U: Ye ke sah? Yakin?
L: Insya-Allah yakin.

U: Kenapa kamu kata sah?
L: Sebab tak termasuk dalam rukun solat.

U: Kalau macam tu, apa hukum baca doa Qunut dalam solat Subuh?
L: Sunat Muakkad..

U: Haaaaaa?
L: Ehhh silap.. silap.. Sunat Ab'ad.. Maaf :D
(geleng kepala interviewer, tulah menggelabah sangat.. hihihi)

Bahagian ketiga tentang pembahagian najis. Make sure uols tahu dan faham jenis-jenis najis dan cara bersihkan najis mengikut jenis najis.

Bahagian keempat dia tanya pasal nikah. Saya terkena rukun nikah dan yang lain more to soalan berbentuk situasi, bagaimana dan apa yang perlu dilakukan jika saya berhadapan dengan situasi tersebut. Akhirnya bahagian kelima dia tak tanya saya soalan lagi, sebaliknya banyak menasihati dan mengingatkan tentang tanggungjawab, hak dan perkara-perkara yang saya perlu ambil kira setelah sah bergelar isteri.

Nasihat saya untuk uols yang akan menghadapi interview untuk urusan kahwin ni:
  • Berpakaian menutup aurat dan bersederhana terutamanya bagi yang suka make up. Boleh make up tapi tipis sudah.
  • Persiapkan diri dengan ilmu agama, tak de lah menggelabah bila interview nanti sebab ada sesetengah interviewer nih psycho sikit. Karang dia tanya doa Qunut awak ingat doa lain tak ke haru? :P
Dalam 1 jam macam tu, borang siap diproses dan pihak Pejabat Agama akan serahkan dokumen yang diperlukan untuk diserahkan pula kepada Imam yang akan menjadi jurunikah. Yang nih penting, make sure dari awal uols tahu Imam tempat uols so that dapat booking awal-awal date and time untuk majlis nikah.

Untuk Johorians yang memerlukan bantuan atau pertanyaan boleh email kepada saya, lyanahisham@yahoo.com. Insya-Allah apa yang saya tau saya cuba bantu atau guide. Sebab saya sendiri tak de orang guide, tak de kawan-kawan yang pernah buat isi secara online bagai nih.

Till then, banyak hutang entry tak update. Maaf, saya akan cuba curi masa dan ruang waktu kalau ada kesempatan okayh? :)

Assalamualaikum.

P/S: Kawan-kawan yang nak datang majlis rumah lelaki kat Sg Buloh, Selangor boleh email kan address rumah untuk pengeposan kad. Last saya pos untuk kad rumah lelaki Selasa next week. Ohh yer, majlis rumah lelaki 8th June 2013.

11 feedback(s):

Z@i Z@mR33 said...

kami kt Penang pon kena interview dgn ustaz kt pjbt agama tp Alhamdulillah ustaz x tnya apa lps dia tnya skolah mn dl...hehehe...cuma ustaz dok bg ceramah psai bab suami isteri je la :)

nabila azmi said...

sebelah kak liyana bile??=)=)

MasReena said...

Oooo.. macam tu ek... baru tahu ni siap ada interview pulak

eid mazni said...

heee....comel je yana yang jawab sunat muakkad tu...:)

anyway, semoga Allah permudahkan segala urusan yer...semoga Allah beri ketenangan hati dan fikiran...semoga perkahwinan yang akan dibina kekal ke syurga yer...:)

cimon said...

Moga majlisnya diberkati Allah Taala. (^_^)

Rozaein Suramin said...

Terima kasih sebab sudi share.. bnyk sngt membantu.. semoga kekal ke Syurga Allah

Rozaein Suramin said...

Terima kasih banyak2.. sangat membantu .. sy doakan kekal hingga ka syurga Allah

Nadia Najib said...

salam sy ingin bertanya. adakah borang hiv test johor hanya valid di johor sahaja?

Norain Ain said...

Kak sy lg x taw online2 ni haru gak jd ny. Sampai brgaduh gn tunang sy

Norain Ain said...

Kak sy lg x taw online2 ni haru gak jd ny. Sampai brgaduh gn tunang sy

Hafiz Hassan said...

Salam.. adakah pasangan bagi negeri lain nak nikah dgn pasangan perempuan johor diwajibkan interview? Mohon pencerahan.. sbb ade setengah kawan johorians ckp xperlu.. ada cakap perlu.. huhu



 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com