Saturday, June 29, 2013

Life after marriage.

Assalamualaikum..

Hye uols.. How's life treating lately? Alhamdulillah that I am fine, feeling blessed and thankful with Allah's greatest gift, the one that I love.. my husband :)

Perasaan lepas berkahwin memang lain, diri ini milik lelaki yang bergelar suami sepenuhnya. Nak pergi mana-mana kena minta izin dan beritahu suami. Macam saya, Encik Suami awal-awal dah berikan keizinan untuk pergi dan balik kerja, keluar seketika beli keperluan juga dah diberi green light. Untung ada suami yang jenis tolarate, tak banyak soal. Alhamdulillah..

Pergi mana-mana sekarang berdua, nak balik lambat pun tak pe.. Tak balik terus pun suka hati sebab keluar dengan kekasih halal ;) Kalau dulu ayah beri limit masa tak boleh keluar lama kann.. Sekarang ape pun boleh. Ayah cuma akan kata, "Jaga anak ayah k.." Ibu pulak kata, "Bahagiakan anak ibu.."



Ok macam sentimental pulak tiba-tiba. Di sebalik itu terselit rasa macam tak percaya pun ada. "Biar betul dah jadi isteri orang.." Lalu tampar muka sendiri.. Ouchhhhh! Itu pun kadang-kadang ada lagi orang yang tak tau saya nih dah jadi isteri orang. Mungkin sebab size saya yang kurang besar and kurang tinggi nih. Hehee :P

Last Thursday birthday Encik Suami. First time celebrate birthday dia sebagai seorang isteri. 



"Happy Birthday to my dearest hubby.. May Allah bless our marriage and ease every path of our life's journey.. In shaa Allah.. Being your wife is one of the greatest gift from Allah.. Someone like you happen once in a lifetime, and I'm so glad that you happened in mine.. -wifey"

Benar lah, perasaan cinta selepas nikah itu jauh lebih indah.. Suatu anugerah daripada Allah yang cukup bermakna.. Dia lah suami, dia lah imam, dia lah pembimbing, dia lah peneman suka dan duka, dia lah segala-galanya. Bahagia rasa bila dapat saling membahagiakan, saling melengkapi antara satu sama lain :)
Terima kasih ya Allah, untuk rasa bahagia ini.. Pelihara lah rumah tangga kami ya Allah, jadikan lah perasaan sayang, cinta, kasih, ikhlas dan redha sebagai pelengkap kehidupan kami. Jadikan lah kami sebagai penawar di setiap kesakitan, tawa di setiap rasa duka dan andai mampu Kau jauhkan lah setiap kesakitan dan duka itu. Hiasilah rumah tangga kami dengan zuriat yang soleh solehah.. Kukuhkan lah rumah tangga kami hingga ke akhir hayat kami, insyaAllah hingga ke syurga Mu..

Aminn..

P/s: Buat mereka yang sentiasa mendoakan, semoga Allah merahmati kehidupan kamu semua dunia dan akhirat :)




Tuesday, June 25, 2013

Hot Product: ESP by Shaklee

Assalamualaikum..

Sebelum kahwin hari tuh, I had been searching for product yang boleh bagi energy selain menjaga kecantikan. Yeah, masa tu memang tak cukup tidur memanjang lepas tuu kerja kat office yang bertimbun lagi.. Balik nak buat wedding preparation lagi.... Memang rasa flat giler at that time tapi badan tak susut pun sebab bila penat makin lapar, bila lapar makan, bila makan kenyang lepas tuu mengantuk tidurrrr..

Lepas tuu pergi final fitting terasa macam alamak kenapa muat-muat sempit pulak nih hari tu masa first fitting okay jer? Haa cuak I tau tak uols! Wedding lagi two weeks baju I dah menyempit secara tiba-tiba.. Ohh barangkali baju mengecut? Possible ke? Haha nak sedap kan hati konon.

Fikir punya fikir, google punya google.. Tak de pun jumpa product best. Sampai lah nampak orang sharing kat facebook pasal satu product dari Shaklee nih iaitu ESP: Energizing Soy Protein.

Kenapa Ramai Yang Sukakan ESP dan Kenapa ESP menjadi HOT PRODUCT Shaklee?

  • ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
  • ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara anda
  • ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
  • Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat 
  • ESP juga membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
  • Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
  • Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
  • Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit

Loss weight? Yes, I totally need it sebab masa tu dah naik 43kg biasanya 41-42kg only!

Beauty skin? Yes, memang laa nak. Makan BE and SNE dah cukup untuk kulit tapi baca testimoni muka jadi glow and kulit jadi halus mulus bila makan ESP terus rasa teruja!

Sentiasa sibuk? Yes, I need more energy sebab masa tu flat sudah okay!

Plus, it's soy.. Yeay I truly love soy biasanya minum V-Soy multi grain yang sebotol tak nak macam mahal pulak kan tapi sebab suka beli jugak kat Petronas. Bila dah jumpa ESP, memang lagi sedap and saving lah dari kena beli V-Soy.


Say bye-bye to dry skin. Sekarang kulit dah tak mengelupas and kering, syukur Alhamdulillah :)

FAKTA BERKENAAN ESP SHAKLEE:


Hormon Semulajadi:
Isoflavon yang kaya di dalam soya memberikan fungsi yang sama dengan hormon wanita. Membantu menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.

Meningkatkan Fungsi Prostat Lelaki:
Elemen genistein dalam soya telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak. Ia bertindak menghapuskan segala radikal bebas dalam sel-sel badan yang akan bermutasi DNA, yang akan menukarkan sel-sel badan menjadi sel-sel kanser. Selain dari itu, ia juga bertindak menjaga ovari dan rahim, prostat dan kitaran haid.

Kulit Tegang dan Berseri:
ESP membantu merangsang pertumbuhan kulit dan otot baru, memudar dan hilangkan kedutan, bertindak sebagai anti-penuaan, memberikan kesan kulit berseri dan otot menjadi lembut, sekaligus proses pemulihan luka menjadi lebih cepat dan parut luka turut hilang.

Pembekal Tenaga Segera:
Memberi tenaga segera kepada tubuh badan dan sistem imum juga akan bertambah baik. Jadi masalah keletihan, insomnia, migrain, stress dan kemurungan dapat diatasi.

Meningkatkan Memori:
Ingatan menjadi lebih kuat, menjadi semakin cergas, keupayaan seksual diperbaiki dan lain-lain lagi.

Memulihkan Pigmentasi:
Rambut putih atau uban lambat keluar, mengurangkan masalah rambut gugur dan keadaan rambut, juga menghalang pigmentasi dan jeragat.

Semakin hari semakin ramai yang mengalami kesan positif dengan ESP and that includes me as well. Jika teragak-agak mahu memulakan rutin pengambilan makanan tambahan, ESP adalah pilihan terbaik untuk memulakannya. Tak rugi rasanya jika mengeluarkan sedikit pelaburan untuk kesihatan dan kecergasan badan yang berpanjangan.

Antara basic set yang mengandungi ESP:




Untuk cara pengambilan and resepi ESP cara saya, uols boleh try resepi di bawah ini:

1) 1 sudu bancuhan ESP + Air Suam
Take note: Jangan bancuh dengan air panas ok, bancuh dengan air suam atau air masak sahaja. Kalau bancuh biasa akan dapat keaslian rasanya.

2) 1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk (Biasa saya minum Dutch Lady/HL)
Boleh try nih, trust me.. Memang sedap! Sometimes saya beli flavour strawberry or chocolate too.



3) 1 sudu bancuhan ESP + Milo

4) 1 sudu bancuhan ESP + Twister Oren/Sunquick

5) 1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk + Kurma
(kurma tu rendamkan dulu dan boleh potong kecil-kecil atau pun blend)


6) 1 sudu bancuhan ESP + Ribena

7) 1 sudu bancuhan ESP + Nesvita 3 in 1/Quaker Oat

8) 1 sudu bancuhan ESP + Susu Anmum (for preggy mummy)

(atau Anlene pun boleh)

9) 1 sudu bancuhan ESP + campuran buah-buahan dan blend (jus asli)
(boleh pilih buah favourite)

10) 1 sudu bancuhan ESP + Horlicks (Vico/Oligo pun boleh)


11) 1 sudu bancuhan ESP + Nestle Bliss

12) 1 sudu bancuhan ESP + Mealshakes/Performance Drink/Cinch Shake

Sukatan : 1 sudu besar ESP (atau pagi 2 sudu kecil dan malam 1 sudu kecil) + Air Kegemaran Anda (2x sehari iaitu pagi sebelum breakfast and malam sebelum tidur). Boleh bancuh dalam gelas atau pun goncang menggunakan shaker.



Nota Penting: Jangan bancuh dengan air panas, air yang berkafein atau air berkarbonat sebab boleh menghapuskan nutrisi dalam ESP. Also, jangan melebihi dos yang dinyatakan kerana boleh membebankan fungsi ginjal.


Selain untuk diminum, ESP juga boleh dijadikan sebagai masker.
Cara-caranya:


Gunakan 1 cawan yogurt perisa ASLI sebagai base masker.
Tambah 1 sudu teh ESP ke dalam yogurt dan gaulkan sehingga rata.
Ratakan di sekitar kawasan muka kecuali di kawasan mata.
Biarkan 10-15 minit atau pun sehingga kering.
♥ The best time: Selepas mandi pada waktu pagi atau malam selepas mencuci muka.

Masker nih memang paling superb sebab lepas cuci muka uols akan rasa kulit muka jadi lembut and halus! Black head and white head pun terasa makin berkurangan.

For those yang berminat untuk try and order boleh whatsapp saya, 016-2099703. InsyaAllah saya menjanjikan super best price, full consultation and also 24 hours free to be contacted for follow up purpose :)

Kalau uols sememangnya pentingkan kecantikan dan kesihatan, boleh contact saya. Selain ESP, Shaklee ada banyak lagi product yang best. Insya-Allah I will review 1 by 1. Bukan untuk cantik jer, kesihatan pun kita kena pentingkan jugak :)





Tuesday, June 18, 2013

Sampin made from Songket Terengganu for sale.

Assalamualaikum..

Entry hari ini special untuk penggemar songket seluruh Malaysia, especially bakal-bakal raja sehari di luar sana. Setiap bakal pengantin pastinya mahu mencari kelainan untuk majlis pernikahan mereka betul tak? Biasanya sampin lah yang akan menaikkan lagi ketampanan si jejaka berbaju Melayu semasa majlis akad nikah :)

Sampin yang dipakai oleh Encik Suami masa akad nikah nih diperbuat daripada songket Terengganu jenis tenunan cotton. So bila pakai tak lah keras dan kejung sebab fabrik dan benang yang digunakan adalah dari kualiti tertinggi dan yang lebih istimewa, ia adalah buatan tangan dan terdapat campuran cotton. Kelebihan songket Terengganu asli nih ialah tak renyuk dan nampak smart jer bila dipakai.
Selain majlis akad nikah, boleh juga dijadikan sebagai koleksi simpanan untuk dipakai semasa majlis-majlis formal, semasa hari raya atau pun boleh dijadikan sebagai pemberian, hadiah atau pun hantaran semasa pertunangan atau perkahwinan. Let say tak de idea sangat nak bagi hantaran tunang apa akan, sampin nih boleh dijadikan sebagai salah satu pilihan untuk hantaran. Nanti boleh lah si jejaka pakai masa hari pernikahan.
Harga pasaran biasanya mencecah RM2000++, kalau less pun paling kurang RM1800. Encik Suami sememangnya penggemar sampin yang diperbuat daripada songket Terengganu nih. And I believe ramai jejaka di luar sana pun sure nak ada koleksi sampin daripada songket Terengganu nih right? Selain kualiti yang memang dijamin terbaik, keselesaan si pemakai pun penting juga. Kaum wanita sibuk nak baju mahal-mahal, tudung cun, kaum lelaki pun nak bergaya juga bila berbaju Melayu betul tak? :)

Price: RM1000

CODE: ST01 (SOLD OUT)

CODE: ST02 (SOLD OUT)

CODE: ST03 (SOLD OUT)

CODE: ST04

CODE: ST05 (SOLD OUT)

CODE: ST06

Interested to purchase? Email to lyanahisham@yahoo.com or whatsapp 016-2059703.

Till then, have a nice day ahead dearies. 

Assalamualaikum :)



Sunday, June 16, 2013

Alhamdulillah, we're officially married :)

Assalamualaikum..

Seven years are such a long journey for a relationship, so many ups and downs.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala apa yang berlaku dalam tempoh masa perkenalan kami. Sebab, banyak perkara hanya kami berdua yang tahu. Setiap dugaan dan badai yang melanda, kami cuba selesaikan berdua tanpa melibatkan pihak lain terutamanya keluarga. 

Syukur Alhamdulillah, benar lah kata orang kalau dah jodoh tak ke mana. Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua, sedangkan lidah lagi tergigit.. Segala dugaan yang melanda menjadikan ikatan dan keyakinan kami berkenaan dengan hubungan ini menjadi lebih buat. Mula dengan merisik, bertunang dan akhirnya ke jinjang pelamin. Alhamdulillah ya Allah, terima kasih kerana menyatukan kami, memanjangkan jodoh kami, hingga ke akhir hayat dan ke jannah insya-Allah :')

1st June 2013: Majlis Akad Nikah dimulakan selepas waktu isya'. Dengan hanya sekali lafaz, saya kini menjadi permaisuri hidup Muzakkir Shukri. Alhamdulillah.. Perasaan di kala itu hanya Allah yang tahu, sebab saya duduk bersebelahan semasa akad dilafazkan. Tersentuh hati..







Official photographer: Pengantin Remaja Photography
Make up by: Noor Raffidah Tohid (facebook)
Hantaran & Pelamin: Ziana Dmuar
Attire & Veil: My own collection, made in Bandung
Inner & Shawl: My own blogshop collection, cuma additional beadings and lace.

2nd June 2013: Majlis walimatul urus sebelah keluarga saya (pihak perempuan). Majlis diadakan di rumah keluarga saya sendiri di Muar, Johor. Terima kasih yang tak terhingga buat keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang sudi datang untuk memeriahkan majlis. Hanya Allah jua yang mampu membalasnya :')




Some of the outdoor pics by our official photographer:




Official photographer: Pengantin Remaja Photography
Pelamin, Main table & Hand bouquet: Ziana Dmuar 
Make up by: Noor Raffidah Tohid
Attire & Veil: Nana Bridal
Inner & Shawl: My own blogshop collection


8th June 2013: Majlis bertandang, sebelah pihak lelaki or also known as Majlis menyambut menantu. Thanks a lot to dear families and friends yang sudi datang ke rumah mertua di Sg Buloh :)





My beloved pengapits, thank you dearies..


Official photographer: Pengantin Remaja Photography
Make up by: Nana Bridal
Attire,Veil & Hand bouquet: Nana Bridal
Inner & Shawl: My own blogshop collection



Really wish to upload more, but most of the pics semua pada photographer especially gambar dengan families and kawan-kawan. So apa yang ada jelah yer, hope cukup untuk berkongsi dengan kawan-kawan kat sini sekitar majlis yang lalu. You may follow my instagram sebab now macam rajin sikit update: lyanahisham89

Till then, nanti review pasal wedding will be in another entries later yer.

Assalamualaikum and have a nice day ahead.. :)




Tuesday, June 4, 2013

The Solemnization: 1st June 2013.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, on the 1st of June 2013.. Saya kini bergelar seorang isteri kepada Muzakkir Shukri, lelaki yang saya jumpa kat Kolej Matrikulasi Johor seven years back.

Perasaan hanya Allah yang tahu saat dia melafazkan, hanya dengan hanya sekali lafaz saya bergelar seorang isteri. Syukur Alhamdulillah segala urusan majlis berjalan dengan lancar. Nak harap sempurna memang takkan dapat lah kan, mana ada kesempurnaan dalam dunia ini melainkan Allah, Maha Pencipta :)

Sedikit gambar buat tatapan sahabat sekalian, maaf hanya ini yang ada untuk waktu dan ketika ini. Nanti gambar dapat dari photographer saya share kat sini insya-Allah. Nak gambar lagi cepat sila follow instagram saya, lyanahisham89 okayh..






Terima kasih ya Allah, untuk kurniaan dan bahagia ini. Moga rasa bahagia ini berkekalan hingga ke akhir hayat, juga hingga ke syurga insya-Allah. Buat yang mendoakan, terima kasih yang tak terhingga daripada saya dan suami. Hanya Allah jua yang mampu membalasnya.

Sekian, nanti sambung lagi ye. Assalamualaikum :)

P/S: Bahagianya rasa pertama kali solat berjemaah dengan suami tercinta, suatu perasaan indah yang sangat sukar untuk digambarkan :')


 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com