Thursday, July 25, 2013

Product Sharing: Carotomax

Assalamualaikum..

Lately saya banyak dapat email bertanyakan produk Shaklee mana yang paling sesuai untuk merawat masalah jerawat yang banyak?

Jawapannya..... Carotomax!
Carotomax adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene, and zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.

Apakah carotenoid? 
Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.
 
Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid?
1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh
 
Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK. So nak makan sayur mentah macam susah laa kan especially untuk sesetengah orang lebih-lebih lagi yang tak makan sayur kann..
 
Fungsi lain carotenoid:
- Mencegah kanser
- Penting untuk pertumbuhan tisu ephithelial seperti kulit, membra di dalam saluran penghadaman, serta pernafasan. Tisu ini bertindak sebagai penghalang utama kepada jangkitan penyakit.
- Diperlukan semasa selsema, batuk dan gangguan-gangguan penyakit yang ringan.
- Terlibat dalam penghasilan sperma dan ovum.
- Penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat.
- Meningkatkan sistem kekebalan dengan memperbaiki fungsi sel darah putih.
- Membina semula sel-sel yang rosak.
- Melindungi dari rabun malam.
- Menjaga kesihatan mata.
- Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat, gigi, gusi serta kulit dan rambut yang sihat serta keihatan umum.
- Digunakan dalam rawatan jerawat, ulcer, bisul, dan sebagainya
 
Tanda-tanda kekurangan carotenoid dalam badan:
- Masalah jerawat
- Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut
- Tumbesaran terencat
- Masalah tidur dan insomnia
- Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki
- Masalah rabun malam.
 
So selain atasi masalah jerawat Carotomax juga berupaya merawat masalah rabun malam. Dulu masa saya kecik-kecik tak suka makan carrot. Ni dah besar okay la sikit itu pun carrot dalam Teppanyaki atau popia jer yang saya boleh telan. Memang superb lah Carotomax nih sebab dalam bentuk capsules so telan aje lah :)
 
Berminat nak order boleh contact saya okay.. InsyaAllah saya menjanjikan super best price siap dengan free consultation sekali pasal penjagaan kecantikan dan kesihatan.
 
 
Till then, kejap jer kan dah masuk fasa kedua bulan Ramadhan and sikit lagi nak masuk sepuluh malam terakhir. Jom kejar Lailatul Qadar.. InsyaAllah :)

Assalamualaikum and have a nice day!


 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com