Thursday, October 3, 2013

ProSanté Shaklee: Shampoo Rambut Untuk Wanita Berhijab.

Assalamualaikum..

Kadang-kadang sebagai wanita especially yang berambut panjang seringkali ada masalah kelemumur atau pun masalah keguguran rambut right? Yang rambut pendek pulak mungkin tak ada masalah keguguran rambut tapi masalah kelemumur tu memang tak boleh dielakkan. Juga wanita yang berhijab, siapa kata penjagaan rambut tu tak penting?

So kat sini saya nak focus kepada penjagaan rambut bagi wanita berhijab khususnya. Sebab apa? Sebab saya sendiri berhijab :)


Wanita yang berhijab tidak mempunyai alasan untuk tidak menjaga rambut dengan membiarkan rambut tidak terurus atau pun kusut masai. Walaupun tidak terdedah dengan pencemaran alam sekitar, wanita yang berhijab lah yang patut mengutamakan penjagaan rambut dalam hijabnya itu.

Berhijab itu wajib kerana aurat wanita. Apabila berhijab, rambut dan kulit kepala akan terperap lama. Ini menyebabkan rambut tidak bernafas dan udara tidak dapat masuk dengan baik. Keadaan ini akan mengundang kulit kepala menjadi gatal dan berkelumumur, selain berminyak dan hujung rambut bercabang. Oleh itu kita mesti rajin mencuci rambut sekurang-kurangnya 2 kali sehari bagi mengelakkan kulit kepala kita lembap dan berminyak.


Perkara yang paling penting sekali untuk menjaga rambut ini adalah pemilihan shampoo yang sesuai. So here, saya nak share kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee ini. Produk ini adalah bebas kimia dan selamat digunakan.


Long Lasting Finishing Spray
  1. “Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
  2. Memberikan perlindungan UV
  3. Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut

Revitalizing Shampoo
  1. Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  2. Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  3. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya

Purifying Shampoo
  1. Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan pencemar persekitaran yang lain
  2. Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  3. Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur
Replenishing Conditioner
  1. Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  2. Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  3. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
Lightweight Conditioner
  1. Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  2. Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  3. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
Nourishing Scalp Treatment
  1. Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala
  2. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran
  3. Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda
  4. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  5. Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
  6. ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté
Berikut adalah cadangan aturan penggunaan Set Penjagaan Rambut ProSante

Yang paling best sekali.. Dengan menggunakan shampoo Shaklee, kita tak perlu cuci rambut hari-hari. Hari kedua dan ketiga pun masih terasa bersih lagi. So, berbaloi sangat-sangat walaupun harganya lebih mahal compared to shampoo biasa yang dijual kat luar, kita tak perlu pakai hari-hari pun rambut dan kulit kepala akan jadi bertambah sihat.
 
 
Rambut adalah mahkota bagi wanita. Sebagai wanita, kita perlu jaga kebersihan dan kesihatan rambut sebaik-baiknya. Wanita yang bertudung tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak menjaga rambutnya. For a full consultation untuk masalah rambut atau kulit kepala yang uols alami, boleh email saya lyanahisham@yahoo.com or wechat lyanahisham. Insya-Allah saya akan suggest yang mana yang bersesuaian untuk uols :)
 
Also another thing for those yang mengalami masalah keguguran rambut, uols boleh juga ambil Zinc Complex untuk menguatkan lagi akar rambut.
 
Antara KEBAIKAN Zinc Complex:
  1. Meningkatkan sistem imun - Membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit.
  2. Diabetis - Membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
  3. Kanser prostat - Pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
  4. Ovulasi wanita - Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya
  5. Memperbaiki radang kulit - Pengambilan zinc dapat memperbaiki radang kulit seperti acne dan jerawat
  6. Jerawat - Zinc bertindak dengan mengawal selia hormon testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat
  7. Kemampuan seks lelaki - Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma
  8. Gugur rambut/botak - Zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel
  9. Membentuk collagen - Zinc membantu pembentukan protein dan collagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ
  10. Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki masalah allergic.
Till then, have a nice day ahead.
Assalamualaikum :)


 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com