Monday, March 17, 2014

REVIEW PART 2: SET SLIMMING SHAKLEE

Assalamualaikum..

Okay kali nih saya nak buat review mengenai Set Slimming Shaklee.
Basically apa yang ada dalam Set Slimming Shaklee?

Untuk yang nak reduce weight tak banyak sangat and just nak maintain:

Lecithin
Alfalfa/Herb Lax
Cinch Shake



Untuk yang memang nak reduce banyak, sebab badan overweight:

Lecithin
Omega
Alfalfa & Herb Lax
Cinch Shake
Cinch Tea

Lecithin and Omega nih fungsi dia sama jer, untuk membakar lemak. Cuma Omega nih dia bantu untuk merendahkan kadar kolestrol dalam badan.



Lecithin Shaklee diekstrak dari kacang soya organik yang non-GMO (genetically modified organism). Setiap kapsul megandungi 530mg lecithin termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. Lecithin Shaklee kaya dengan "polyunsaturated fat", di mana ia juga meningkatkan kadar HDL & menurunkan kadar LDL (kolesterol jahat) di dalam badan. Lecithin Shaklee juga dikenali sebagai pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak. Jadi, Lecithin akan menyebabkan lemak itu terapung dalam darah dan mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.

Kolesterol tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia berada dalam saluran darah. Sebaik-baiknya kandungan kolesterol dalam badan seseorang dewasa itu perlu di bawah 5.2 mmol/L. Kolesterol pula terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat yang merujuk kepada LDL dan kolesterol baik pula HDL. LDL akan membuatkan pembuluh darah tersumbat manakala HDL akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh. Omega Guard Shaklee terdiri daripada asid lemak Omega-3 yang bertindak dengan hormon termasuk hormon leptin yang mempunyai kaitan dengan rasa lapar. Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak Omega-3 membantu menjadikan tubuh kita sebagai ‘mesin pembakar lemak’. Selain itu, Omega-3 juga mengurangkan kadar lemak trigliserida dan meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik) di dalam badan.

Alfalfa and Herb Lax pula berfungsi untuk memberikan kita rasa lebih lawas untuk membuang air. Dalam proses ni lah segala lemak-lemak dan toksin akan disingkirkan daripada badan.



Apakah kandungan dalam Herb Lax yang boleh memberikan rasa lawas?

Buckhon Bark untuk melembutkan najis bagi memudahkan pergerakan serta memberikan kelembapan kepada usus.

Licorice root membantu proses detoksifikasi.

Sementara itu, Alfalfa juga bagus untuk lawas cuma tak sekuat herb lax. Sebab kat sini Herb Lax nih memang fungsi utamanya untuk memberikan rasa lawas, Alfalfa pula banyak manfaat lain seperti untuk kesuburan dan lain-lain. Read here for more info.

Sekarang saya beralih pula kepada Cinch Shake. Adakah diet uols gagal ?


Selain dari tak control makan dan tak bersenam at all, sememangnya diet uols akan gagal. Okay lah, uols kata uols dah tak makan nasi. Tengah hari tak makan dan uols cuba berlapar. Ada yang berjaya turun dalam 2-3 kg, then rasa selesa lepas tu nak makan nasi lebih sikit dengan anggapan badan dah slim. Tengok-tengok bila tak terkawal, berat mula naik kembali mendadak . Kenapa diet berlapar nih tak menjadi ? Ini lah satu kesan yang di panggil 'yoyo effect'. Masalah yang berlaku di sini ialah bila kita kurang makan, kita bukannya membuang lemak tetapi apa yang berlaku jisim otot kita menjadi lemah dan berkurangan. Jadi yang hilang berat tu cuma lah otot kita sahaja. Bila kita start makan balik, yang bertambah cuma lah lemak. Di sini kita perlu tahu, otot sangat penting untuk menguatkan metabolisme yang mampu membakar lemak.

Dalam Cinch Shake ada 'Leucine'. Apa itu Leucine ?

Leucine ini adalah salah satu sumber protein yang bagus untuk memelihara otot. Cara bekerja leucine ni ialah untuk mengekalkan kekuatan otot kita selepas kita berlapar, diet atau pun selepas kita bersenam dan melakukan aktiviti harian seperti mengemas rumah etc. Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot dan ini menyebabkan jisim otot berkurang. Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme dan seterusnya membakar lemak yang ada. Jadi pentingnya Cinch Shake ini ialah kandungan Leucine protein yang bagus untuk orang yang berdiet.

Beza Cinch dengan ESP.

Produk protein yang popular selain Cinch ialah Energizing Soy Protein atau lebih dikenali sebagai ESP sesuai dijadikan sumber protein, terdapat banyak kelebihannya. Antara beza yang ketara ialah kandungan multivitamin yang lebih banyak terdapat di dalam Cinch berbanding ESP. Mengikut pakar Shaklee, Cinch memang direka khas untuk menguruskan badan. 

Walaubagaimanapun, ESP juga berkesan untuk menguruskan badan. Di dalam Cinch, kandungan Leucine dirahsiakan, sebagai satu patent khas Shaklee supaya kandungan Leucine dalam Cinch tidak dapat ditiru oleh pihak atau syarikat lain.

3 Perisa Terbaik :)


Cinch Shake Shaklee di Malaysia boleh didapati dalam 3 perisa: vanila, coklat dan cafe latte. Biasanya uols boleh beli mengikut favourite. Kalau nak menarik lagi, boleh je gabungkan perisa tersebut, tapi perlulah mengikut kesesuaian dan sukatan diet yang bagus. Jangan pula terlebih protein bahaya tau, nanti silap boleh gemuk. Ada juga yang menggabungkan ESP dan CINCH sebagai minuman pagi pengganti sarapan, dan saya selalu juga campur je ESP dan CINCH di waktu pagi, ternyata memang SEDAP!

Lastly Cinch Tea. Kenapa perlu ambil Cinch Tea bersama dalam set Slimming ini?


Orang yang low metabolism bila dah turun then senang jer nak naik balik. Agak-agak kenapa yer?

It is due to your LOW METABOLISM.

Nak metabolism increase tanpa perlu keluar duit BOLEH. Caranya kena exercise hari-hari consistently mininum 15-20 minutes. Rasa tak mampu? Boleh cuba cara pemakanan. Green Tea adalah salah satunya yang berupaya meningkatkan metabolism dalam badan. Kebanyakan Green Tea yang dijual nih mengandungi kandung bahan kimia yang tinggi dan bukan sumber semula jadi. Produk Shaklee uols tak perlu risau as semuanya NATURALLY SAFE and CLINICALLY TESTED. Ada HALAL and ada KKM as well.

Till then. Next review insyaAllah I will talk about Set Kecantikan Shaklee :)

Assalamualaikum and have a nice day.



 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com