Saturday, April 26, 2014

Berpantang dengan Shaklee.

Assalamualaikum and Selamat berhujung minggu :)

For today, saya nak cerita serba sedikit mengenai berpantang dan kelebihan berpantang dengan mengamalkan supplement Shaklee.


Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walau pun tempoh berpantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan hampir semua wanita Melayu masih tekun dan mengikuti tradisi ini. Dipercayai bahawa wanita yang rajin berpantang biasanya akan mendapat kembali potongan badan asal mereka seperti sebelum mengandung, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala serta kelihatan lebih cantik.


Sesungguhnya, amalan-amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh dan sebenarnya bertujuan untuk memelihara kesihatan wanita selepas bersalin. Menurut buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Oleh sebab itu lah masih ramai wanita Melayu yang masih berpegang kepada amalan berpantang. 

Di samping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang terhadap wanita yang sedang berpantang. Kajian juga mendapati bahawa terdapat beberapa amalan berpantang adalah berfaedah antaranya melanjutkan tempoh breastfeeding, larangan ke atas pergerakan wanita dalam pantang yang berlebihan dan amalan mengurut. 


Antara amalan-amalan yang masih diamalkan semasa berpantang:

  • Memakai bengkung
  • Berurut
  • Makan jamu / supplement
  • Bertungku
  • Mandi herba dan akar kayu
So here saya nak menyentuh mengenai point yang ke-3, iaitu mengamalkan supplement semasa berpantang.

First sekali, perlu kita tahu semasa mengandung rahim seseorang wanita akan mengembang. Jadi perkara pertama sekali selepas berpantang ialah untuk mengecutkannya kembali.

Secondly, tak kisah sama ada beranak secara normal or operation, both akan ada luka dalaman yang memerlukan penyembuhan. Di sini supplement dapat membantu untuk heals dari dalam selain amalan pemakanan yang sihat.



Set Bersalin Shaklee SET ASAS yang merangkumi Vita-lea, B-complex, Vita C dan juga Zinc complex.

Vita-lea merupakan multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang. Vita-lea mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.



✔ Zat besi atau Iron sangat penting dalam pemakanan kerana ia terlibat dalam penghantaran oksigen dalam darah. Oleh itu ia sangat penting dalam memberikan tenaga semasa pantang.
Wanita yang menyusukan anak memerlukan antara 25-27 mg zat besi dalam sehari. Mereka yang mengalami masalah kekurangan zat besi boleh mengalami rasa mudah penat, rasa sukar bernafas dan senang diserang jangkitan kuman.

Vitamin B-complex mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin membantu menambah selera, mengurangkan stress, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.


✔ Kebanyakan vitamin ini tidak dapat disimpan dalam tubuh dan dibekalkan dengan pengambilan dalam makanan setiap hari. Memasak terlalu lama menyebabkan makanan itu tidak lagi mempunyai vitamin-vitamin ini. Vitamin B-complex ini bertindak pada tahap maksima apabila diberikan secara serentak. Malangnya kebanyakan ibu-ibu tidak mendapat kelapan-lapan vitamin ini semasa tempuh berpantang.

Vitamin C mengukuhkan sistem imunisasi, mengurangkan stress dengan membantu kalenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh disamping membantu membina kolagen dan membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepala disebabkan rambut gugur.


✔ Vitamin C sangat penting bagi kesihatan gusi, gigi tulang dan pembentukan tisu baru. Vitamin C banyak terdapat di dalam buah-buahan seperti orange, strawberry etc. Ibu yang tidak mendapat cukup Vitamin C akan mengalami rasa mudah penat dan mereka juga akan menjadi cepat marah serta mudah mendapat penyakit meroyan (post partum depression). Sendi dan otak akan berasa sakit dan mudah mendapat lebam jika terlanggar meja atau dinding. 


✔ Antara masalah lain yang sering dialami oleh wanita selepas bersalin ialah gusi yang mudah berdarah dan jangkitan kuman pada gusi. Rambut akan gugur dengan banyaknya dan kulit menjadi kering. Mereka mudah jatuh sakit kerana daya tahan badan mereka yang tidak kuat.

Zinc Complex meningkatkan rasa makanan dan deria bau, mengukuhkan akar rambut ketika berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan anak dan masih berpantang.


✔ Zinc terlibat dalam proses metabolism terutama dalam pembentukan sel-sel yang telah rosak semasa kehamilan dan proses kelahiran. Wanita yang berada dalam pantang juga selalunya mudah demam dan diserang dengan pelbagai virus dan bakteria. Mereka memerlukan zinc untuk meningkatkan sistem daya tahan melawan penyakit dengan meningkatkan pengeluaran antibody dari kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang jangkitan penyakit. Zinc juga membantu mengembalikan semula kitaran haid wanita yang baru melahirkan anak, mengembalikan tenaga akibat kelesuan yang kronik semasa pantang dan membentuk kolagen  bagi menyembuhkan luka dengan lebih cepat.

Set Bersalin Shaklee SET 3M merupakan gabungan set asas dengan tambahan ESP, Ostematrix dan juga Alfalfa. Set ini juga terkenal sebagai set menyusu shaklee. 


Kenapa set ini dinamakan sebagai 3M?
3M ialah MOM’S MARVELLOUS MILK atau juga boleh kita panggil MIGHTY MOTHER’S MILK :)

Wanita yang baru melahirkan anak sangat memerlukan nutrisi protein dalam pemakanan mereka. Salah satu sumber protein, selain telur, daging dan ikan ialah kacang soya. Kacang Soya mempunyai kandungan protein yang tinggi dan mengandungi hampir kesemua amino asid yang diperlukan oleh tubuh. 
ESP merupakan non-GMO soy protein yang mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protein sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsonia dan tekanan. 

✔ Protein dalam tubuh sangat diperlukan bagi merangsang selera makan bagi ibu yang tiada selera, meningkatkan tenaga sekiranya mengalami anemia, tekanan darah rendah, masalah tidur, badan letih dan lesu dan juga depresi.

✔ Protein juga dapat mempertingkatkan pemulihan luka dan parut dengan membina sel-sel yang baru dan juga membantu para ibu yang keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat turut memerlukan protein.

✔ Pengambilan ESP bersama ostematrix membantu dalam penyerapan kalsium dan juga menguatkan tisu-tisu penghubung.

OsteMatrix terdiri daripada nutrien kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan magnesium yang penting diperlukan oleh tubuh. OsteMatrix menggantikan semula kalsium dalam tubuh ibu dan elemen penting untuk ibu yang menyusukan dan juga bayi.


✔ Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat pada bayi yang disusukan. Bagi wanita yang sedang dalam pantang, selalunya tidak banyak bergerak dan kebanyakan masa mereka berbaring di atas katil. Supplement kalsium dapat menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika banyak berbaring dan tidak aktif semasa pantang. Kalsium juga sangat penting memperbaiki fungsi saraf, bagi mengelakkan rasa kebas pada anggota kaki dan tangan mereka di samping mempercepatkan pengecutan otot rahem untuk kembali ke saiz asal.

Alfalfa Complex pula bertindak sebagai milk booster turut membantu menangani sakit-sakit badan dengan mengurangkan keasidan dalam tubuh. Ia juga membantu dalam menangani masalah sembelit yang sering dialami wanita selepas melahirkan. Pengambilan alfalfa adalah bergantung kepada ibu dan anak yang tidak mempunyai penyakit SLE dan bebas daripada jaundice atau sakit kuning.

Set Bersalin Shaklee SET PREMIUM terdiri daripada set asas, set menyusu dan set kurus.

Kita sedia maklum ramai para wanita mengalami masalah berat badan ideal setelah bersalin dan pening kepala dengan bentuk fizikal mereka. Set premium dengan tambahan omega guard, herblax dan juga lecithin membantu ibu-ibu kekal langsing dan berseri selepas bersalin.

Omega guard merupakan minyak ikan terbaik di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semula jadi. Omega Guard dapat membantu perkembangan otak bayi dan memori, serta merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Susu ibu yang mengandungi kandungan DHA yang tinggi berupaya meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.

Herb lax terdiri daripada ramuan yang mengandungi 9 herba semulajadi menggalakkan tindakan perbersihan usus yang lembut yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang, membantu masalah sembelit, mengempiskan dan seterusnya memberi kepejalan pada perut. Ia adalah pengambilan untuk proses detoksifikasi yang mudah!

Lecithin dapat membantu dalam pemecahan lemak dan kolesterol dengan bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah dan membantu emulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh seterusnya mendapatkan badan yang langsing dan sihat. Pengambilannya membantu dalam menyerap vitamin yang larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K. Selain itu, Lecithin juga membantu dalam menangani masalah BENGKAK SUSU. So untuk ibu yang menyusukan bayi, memang kena standby stock kat rumah yer :)


Your Shaklee Independent Distributor
NUR LIYANA | lyanhisham@yahoo.com
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)

 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com