Tuesday, July 22, 2014

INFO: Penyakit Buah Pinggang

Assalamualaikum semua.

Hari nih Lyana nak share sedikit info khusus untuk pesakit buah pinggang memandangkan Lyana ada few customers yang kini sedang menghidap penyakit ini di tahap ke 2, 3 dan juga 4. Untuk entry kali ini Lyana nak share lebih kepada panduan dari segi penjagaan pemakanan.  

Penjagaan pemakanan pesakit ginjal kronik bergantung kepada tahap kerosakan buah pinggang. Panduan ini adalah untuk pesakit yang belum menjalani rawatan dialisis (pre-dialisis). Adalah lebih baik sekiranya pesakit mengetahui keputusan ujian darah masing-masing untuk penjagaan dan kawalan yang lebih tepat.

Antara faktor utama yang perlu diberi perhatian ialah kandungan:
  • Garam
  • Air
  • Protein
  • Kalium (Potassium), dan
  • Fosfat
Mengapakah Kaki, Tangan dan Muka Saya Bengkak?
Bengkak adalah disebabkan oleh air yang terkumpul di dalam badan. Ini berlaku kerana ginjal yang lemah/rosak tidak dapat menyingkirkan air yang berlebihan. Penjagaan garam dan cecair adalah penting untuk mengurangkan simptom/masalah bengkak ini.
✿ Garam
Sekatan garam adalah sangat penting bagi pesakit yang mempunyai masalah ginjal. Adalah mustahil untuk mengelak dari mengambil garam memandangkan garam terdapat secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan. Bagaimanapun, jumlah penambahan garam ke dalam masakan atau makanan perlulah dikawal.
Makanan yang tinggi garam perlulah dielakkan. Garam juga tersembunyi sebagai bahan pengawet di dalam makanan terproses. Oleh itu, pesakit digalakkan untuk membaca label sebelum memilih makanan yang siap dibungkus secara komersial.
Contoh makanan yang tinggi garam yang perlu dielakkan adalah seperti berikut:
  • Ikan kering, telur asin, ikan bilis
  • Makanan terproses seperti burger, sosej dan keju
  • Kiub penambah perisa,Monosodium glutamate, mee segera
  • Ekstrak daging/ayam/ikan (misalnya: Bovril, Marmite, pati ikan haruan)
  • Salad dressings
  • Makanan di dalam paket/ tin yang ditambah bahan pengawet 
✿ Cecair
Sekatan air adalah berbeza mengikut individu, bergantung kepada keupayaan ginjal menyingkirkan air dari tubuh. Cecair didefinisikan sebagai sesuatu yang cair pada suhu bilik, oleh itu selain air dan jus, makanan lain yang perlu diambil kira ialah bubur, sup, aiskrim, agar-agar, sherbet dan buah-buahan berair  seperti tembikai dan lai.
Kesemua makanan ini akan menyumbang kepada jumlah pengambilan cecair harian pesakit. Cecair berlebihan boleh mempengaruhi tekanan darah dan akan membuatkan jantung bekerja keras.
Mengapakah Darah Saya Selalu Tidak Mencukupi?
Pesakit ginjal biasanya mengalami masalah kekurangan darah (anaemia). Ginjal berfungsi menghasilkan sejenis hormon (erithropoietin) yang mengawal pembentukan sel darah merah. Apabila hormon ini kurang atau terganggu penghasilannya maka pembentukan sel darah merah juga akan terjejas.
Makanan berprotein boleh membantu menaikkan paras haemoglobin darah. Walau bagaimanapun, makanan berprotein setelah dihadamkan akan menghasilkan bahan buangan yang dinamakan urea. Ginjal yang lemah akan bermasalah untuk mengeluarkan urea dari tubuh. Sekatan ke atas jumlah protein dan pemilihan jenis protein yang betul, membantu melambatkan kadar kerosakan buah pinggang.
Jumlah makanan berprotein, iaitu lauk-pauk yang boleh diambil bergantung kepada berat badan dan tahap kegagalan buah pinggang seseorang. Biasanya saiz lauk perlulah dikecilkan berbanding dengan saiz pengambilan lauk yang biasa semasa buah pinggang masih sihat. Silalah berhubung dengan Pegawai Dietetik yang terdekat untuk mendapatkan saranan pemakanan yang lebih tepat dan terperinci secara individu.

Apakah yang Akan Terjadi Apabila Aras Kalium Tinggi?
Kalium adalah penting untuk mengawal saraf dan otot, terutamanya jantung, untuk bekerja dengan betul. Adalah berbahaya sekiranya jumlah kaliumdarah terlalu tinggi. Kalium yang berlebihanakan membuatkan degupan jantung yang luar biasa atau berhenti dengan tiba-tiba.
Kalium adalah sejenis mineral yang boleh didapati di dalam kebanyakan makanan. Ginjal berperanan untuk mengawal jumlah kalium yang betul di dalam tubuh. Ginjal yang lemah mengakibatkan kalium terkumpul di dalam darah. 
Kalium terdapat di dalam kebanyakan makanan termasuklah hasil tenusu, daging, dan kekacang.
Tips pengurangan kalium:
  • Kalium adalah larut air. Rendamlah makanan yang tinggi kalium di dalam air untuk mengurangkan jumlah kalium.
  • Buang kulit dan empulur buah, misalnya epal, disebabkan kalium tinggi pada bahagian kulit dan empulur.
Sila rujuk senarai makanan yang mengandungi kalium di dalam jadual di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk mengurangkan aras kalium darah, pilihlah makanan rendah kalium daripada jadual-jadual di bawah.
Perlulah diingatkan bahawa saranan kalium pesakit ginjal adalah kira-kira 1500-2000 mg sehari.
Jadual: Pengkelasan sayur-sayuran berdasarkan kandungan kalium
Rendah Kalium
less than 150 mg
Sederhana Kalium
150-200 mg
Tinggi Kalium
more than 200 mg
Kangkung
Kobis
Petola
Peria
Taugeh
Asparagus
Kacang Buncis
Kacang Bendi
Kacang Panjang
Labu Merah
Lobak Merah
Salad
Sengkuang
Terung
Tomato
Bayam
Brokoli
Cekur manis
Jantung pisang
Kailan
Petai
Sawi hijau
Ubi (kentang, keledek, keladi)
*Pengkelasan berdasarkan kandungan kalium bagi setiap 1/2 cawan sayur yang sudah dimasak.

Jadual: Pengkelasan buah-buahan berdasarkan kandungan kalium
Rendah Kalium
less than 150 mg
Sederhana Kalium
150-200 mg
Tinggi Kalium
more than 200 mg
Epal (1 biji)
Jambu batu
Nenas
Pir (1 biji)
Laici
Pisang kaki
Rambutan
Tembikai
Betik
Limau Tempatan (1 biji)
Anggur
Nangka
Ciku
Durian
Longan
Pic
Plum
Pisang (semua)
Oren import (1 biji)
Mangga
Kurma (5 biji)
*Pengkelasan berdasarkan kandungan kalium bagi setiap 1 cawan buah-buahan segar, kecuali jika dinyatakan sebaliknya.

Jadual: Pengkelasan minuman berdasarkan kandungan kalium
Rendah Kalium
less than 150 mg
Sederhana Kalium
150-200 mg
Tinggi Kalium
more than 200 mg
Minuman bersirap
Minuman barli
Teh cina
Air tebu
Jus buah-buahan
Minuman bercoklat
Air kelapa
*Pengkelasan berdasarkan kandungan kalium bagi setiap 1 gelas minuman.


Makanan lain yang tinggi kandungan kalium dan perlu dihadkan pengambilannya adalah seperti berikut:
  • Kacang dan kekacang
  • Rempah serbuk
  • Gula perang
  • Pes cili
  • Makanan/minuman bercoklat
  • Makanan yang mengandungi santan
  • Buah-buahan kering
  • Cendawan kering
  • Pati ayam
  • Asam jawa
  • Makanan mil penuh

Apakah yang Akan Terjadi Apabila Aras Fosfat Tinggi?
Ginjal berperanan penting di dalam keseimbangan fosfat dan kalsium di dalam tubuh. Apabila seseorang mengalami masalah buah pinggang, fosfat akan terkumpul di dalam darah. Fosfat yang banyak di dalam darah akan menarik keluar kalsium dari tulang.

Kehilangan kalsium dari tulang akan mengakibatkan tulang menjadi lemah dan mudah retak atau patah.

Fosfat yang berlebihan juga boleh menyebabkan:
  • Gatal pada kulit
  • Kesakitan sendi
  • Keradangan mata
  • Saluran darah menjadi keras
Selepas ujian darah, pesakit perlulah mengetahui aras fosfat di dalam darah masing-masing. Tidak semua pesakit mempunyai aras fosfat yang tinggi. Penjagaan pemakanan adalah perlu sekiranya aras fosfat melebihi aras normal.
Ubat pengikat fosfat mungkin dipreskripsikan oleh doktor untuk mengawal aras fosfat pesakit. Ubat ini bertindak sebagai span untuk menyerap dan mengikat fosfat dari makanan semasa di dalam perut. Setelah diikat, fosfat tidak akan diserap ke dalam darah. Sebaliknya akan dikeluarkan bersama najis. Oleh itu ambillah ubat ini bersama makanan. Silalah merujuk kepada Doktor atau Pegawai Farmasi tentang cara yang betul pengambilan ubat pengikat fosfat ini untuk mendapatkan kesan yang optimum.
Untuk mengawal aras fosfat dalam darah, pilihlah makanan rendah fosfat dari senarai di bawah semasa memilih makanan.
Berikut adalah antara makanan yang mengandungi fosfat:
Perlulah diingatkan bahawa saranan fosfat pesakit ginjal adalah kira-kira 800-1000 mg sehari.
Jadual: Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat dalam minuman
Rendah Fosfat
less than 110 mg
Sederhana Fosfat
110-160 mg
Tinggi Fosfat
more than 160 mg
Air tebu
Krimer bukan tenusu
Sirap ros
Teh cina
Minuman kacang soya
Minuman kola
Minuman bercoklat/koko
Teh tarik
Kopi susu
*Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat bagi setiap 1 gelas minuman.

Jadual: Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat dalam makanan daripada kumpulan bijirin
Rendah Fosfat
less than 110 mg
Sederhana Fosfat
110-160 mg
Tinggi Fosfat
more than 160 mg
(1 cawan)
Kueh teow
Laksa
Mee kuning / bihun

Idli (1 keping)
Oats (2 sudu besar)
(1 cawan)
Mee goreng
Nasi

Roti putih (2 keping)
Putu mayam (1 keping)
(1 cawan)
Makaroni
Mee segera

(1 keping)
Chapati / Tosai
Roti canai

Jadual: Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat makanan sumber protein (lauk-pauk)
Rendah Fosfat
less than 110 mg
Sederhana Fosfat
110-160 mg
Tinggi Fosfat
more than 160 mg
Putih telur
(1 biji putih telur ≈ 5mg fosfat)

Ayam (90 gram)
Telur (1 biji dengan kuning telur)

(2 sudu makan)
Ikan bilis
Udang kering
(1/2 cawan)
Dhal
Kacang soya

Kebanyakan ayam, ikan & daging
(> 90gram)

Jadual: Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat buah-buahan dan sayur-sayuran
Rendah Fosfat
less than 110 mg
Sederhana Fosfat
110-160 mg
Tinggi Fosfat
more than 160 mg
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah rendah fosfat
Ubi kentang (1 biji)
(1 cawan)
Cendawan kering
Ubi kayu
Ubi keledek

Jadual: Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat susu dan hasil tenusu
Rendah Fosfat
less than 110 mg
Sederhana Fosfat
110-160 mg
Tinggi Fosfat
more than 160 mg
Tiada
Aiskrim (2 ceduk/scoop)
Keju (1 keping)
Susu pekat manis (2 sudu kecil)
Susu penuh krim (2 sudu besar)
Susu segar (1 gelas)

Jadual: Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat makanan ringan dan sapuan (spread)
Rendah Fosfat
less than 110 mg
Sederhana Fosfat
110-160 mg
Tinggi Fosfat
more than 160 mg
(1 sudu besar)
Jem / marjerin

(1 keping)
Apam
Karipap
Kuih sago
Popiah

Biskut cream crackers (3 keping)
Biskut coklat (4 keping)
Ubi kentang goreng (1 keping)
Muffin (1 biji)
Popcorn (50 gram)
Daging burger (1 keping)
Jagung (1 tongkol besar)
Mentega kacang (2 sudu besar)
Kek (1 keping)

Apakah Perkara Lain yang Perlu Diberi Perhatian?
Ramai pesakit ginjal kronik yang mempunyai penyakit kencing manis (diabetes mellitus). Penjagaan pemakanan untuk kencing manis perlulah dititikberatkan.
Selera makan pesakit ginjal selalunya berkurangan. Adalah penting untuk makan pada waktu yang tetap. Sekiranya kuantiti yang dimakan terlalu sedikit, pesakit dinasihatkan untuk cuba makan lebih kerap supaya jumlah pengambilan kalori harian mencukupi.

Cadangan supplement untuk pesakit buah pinggang:


More info on Vivix Shaklee, click here

To purchase Vivix by ONLINE, click this link





Saturday, July 12, 2014

Nak kulit CANTIK sebelum Raya?

Assalamualaikum dan Selamat Berhujung Minggu :)

Okayh entry kali nih Lyana sediakan khusus untuk mereka yang ada masalah kulit dan dah cuba bermacam-macam cara untuk mengatasi masalah kulit tuh tapi masih tak berhasil.

Antara masalah kulit yang sering diadukan oleh customer Lyana antaranya:

Jerawat pasir
Jerawat batu
Parut jerawat lama
Jeragat
Whiteheads and Blackheads
Pori muka besar
Parut luka lain
Garis-garis halus
Wrinkles (kedut)

Mainly, nih antara masalah yang banyak diajukan oleh customers Lyana. Mungkin ada lagi masalah-masalah lain, insyaAllah awak boleh describe pada Lyana and I will help to suggest yang mana yang terbaik untuk awak.




Untuk Lyana sendiri, antara supplements yang Lyana consistent ambil ialah ESP, Vitamin C, Vitamin E, Omega Guard dan Collagen Powder (collagen seminggu 1-2 kali sahaja just nak maintain awet muda gituu). But pregnant ada certain supplements tak boleh ambil yer. Cukup ambil ESP dan Vitamin C untuk mengekalkan kulit yang cantik, Omega Guard boleh ambil start 2nd Trimester but make sure kena ikut dos yang betul. Lyana makan Omega nih sebab Omega boleh bantu maintain body shape even pregnant pun awak tak lah overweight sangat, also Omega boleh buat kulit muka jadi pinkish sikit macam pakai blusher :)

Ibu Lyana pulak memang Lyana bagi dia Vivix dan Vitamin C. Collagen Powder yang Lyana punya pun sometimes dia ambil jugak. Alhamdulillah kulit ibu memang maintain cantik and gebu, plus dia tak de garis-garis halus dan kedut pada wajah. Terima kasih Cik VIVIX, awet muda ibu I. Nanti dukung cucu orang ingat dukung anak gituuu..

Untuk mengetahui supplements mana yang bersesuaian dengan masalah yang awak hadapi, boleh contact Lyana terus insyaAllah Lyana akan suggest yang mana yang terbaik untuk awak consume. Kalau ada budget pun boleh state terus so lebih mudah Lyana nak suggest according to your budget :)

Okayh, Lyana nak share antara testimoni mereka yang consume supplements untuk kecantikan kulit:








So for those yang nak kulit cantik sebelum Raya, kena lah start daripada sekarang. Nanti Raya tak payah dah nak tutup cela-cela pada muka dengan foundation and concealer yang tebal.

Till then, Selamat Berpuasa semua. Assalamualaikum :)

Instagram: @lyanashaklee
Facebook: White Lavender
WeChat: lyanahisham
Whatsapp: 016-2099703
Email: lyanahisham@yahoo.com



Monday, July 7, 2014

TIPS MUDAH HAMIL CARA ISLAM.

Assalamualaikum semua dan Salam Ramadhan.

Hari nih Lyana nak share dengan awak semua sedikit Tips untuk Mudah Hamil Cara Islam. InsyaAllah semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat semua terutamanya bagi mereka yang sudah lama berusaha untuk hamil tetapi masih tidak berjaya.


Saya cukup memahami perasaan wanita yang masih gagal untuk hamil walau pun sudah lama berkahwin. Kadang-kadang bila period baru delay 2-3 hari jer sibuk dah nak buat pregnancy test, lepas tuh rasa down bila result menunjukkan NEGATIVE. Kemudian akan timbul rasa bersalah sebab suami nak sangat ada anak, ditambah dengan rasa frust bila orang keliling asyik tanya bila nak ada anak. 


Berhenti rasa runsing dan Teruskan berusaha. Dapatkan rawatan moden dan tradisional. Anda juga boleh mengambil Set Kesuburan Shaklee yang telah terbukti mmebantu ramai pasangan menimang cahayamata. Dan anda juga boleh mengamalkan tips-tips berikut:

1. Banyakkan beristighfar dan bertaubat diatas segala dosa yang dilakukan.

Sucikan hati, dekatkan diri dengan Allah. Jika kesukaran untuk mengandung yang kita alami adalah kifarah dari Allah atas dosa yang pernah kita lakukan, mohon supaya Allah terima taubat kita dan berikan peluang untuk kita merasa nikmat mengandung, melahirkan dan membesarkan anak.

2. Berpuasa sunat

Ingat tak kisah Nabi Zakaria yang dah berumur tapi belum dikurniakan cahaya mata? Setiap hari Nabi Zakaria berdoa kepada Allah, sampai menangis-nangis sebab betul-betul nakkan anak. Selain berdoa, Nabi Zakaria juga mengamalkan puasa sunat. Oleh itu, kita boleh berpuasa sunat sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Amalan puasa sunat ini lebih afdhal jika dilakukan oleh suami, 2 kali seminggu iaitu puasa sunat hari Isnin dan Khamis.

3. Jaga kelakuan dan tutur kata

Lagi kisah Nabi Zakaria. Ingat tak kisah bahawa Nabi Zakaria dibisukan oleh Allah selama 3 hari selepas isterinya berjaya mengandung? Ia adalah peringatan simbolik dari Allah bahawa suami seharusnya menjaga tutur kata dan tidak bercakap perkara yang sia-sia semasa isteri mengandung. Oleh itu, jika kita sedang mencuba untuk mengandung, adalah baik jika kita menjaga kelakuan dan tutur kata agar doa kita supaya mendapat cahayamata dimakbulkan.

4. Banyakkan berdoa dan membaca Al-Quran 

Tips mudah mengandung cara islam yang seterusnya ialah banyakkan berdoa dan membaca Al-Quran. Jangan pernah berhenti berdoa. Jadikan membaca Al-Quran sebagai amalan harian.

Anda boleh mengamalkan surah-surah berikut,

Surah al-Fatihah: Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.

Surah Maryam: Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

Surah Luqman: Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

Surah Yusuf: Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

Surah Hujurat: Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

Surah Yaasin: Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah Taubah: Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

Surah an-Nahl: Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.


5.  Cari ilmu tentang kesuburan dan kehamilan

Di samping berdoa, kita juga perlu menggali ilmu tentang bagaimana proses kehamilan berlaku, kesuburan seperti punca ketidaksuburan, cara tentukan waktu subur, tips meningkatkan kesuburan suami isteri, dan punca susah mengandung,  Adalah penting juga untuk kita mengetahui  masalah ketidaksuburan di kalangan lelaki kerana ia boleh menjadi punca kenapa kita belum berjaya mengandung. Kita juga perlu tahu tentang waktu terbaik untuk membuat ujian kehamilan agar mendapat keputusan yang tepat. Kita perlu tahu apakah perkara yang perlu dielakkan kerana boleh menjejaskan kesuburan. Akhir sekali, kita perlu tahu apakah tanda awal mengandung supaya kita alert apabila kita telah berjaya.

6. Amalkan tips kesuburan

Anda juga boleh mengamalkan tips mudah mengandung yang mungkin boleh membantu usaha anda untuk mengandung.

[Tips Meningkatkan Kesuburan Isteri]

Betulkan kitaran haid

Jangan terlalu kurus atau terlalu gemuk sebab ia akan mengganggu kestabilan hormon & akibatnya period jadi tak regular. Kalau ada masalah period tak regular, sebelum kahwin lagi kena betulkan. Anda boleh mengambil supplement GLA COMPLEX SHAKLEE untuk membantu membetulkan kitar haid anda.

Jangan makan benda tajam

Nenas, air tebu, air kelapa, air coke is a BIG NO! Tinggalkan terus. Memang belum ada kajian yang membuktikan bahawa makan tajam ini boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil, tapi apa salahnya kalau kita ikut nasihat orang-orang tua? PAsti ada sebab kenapa makanan-makanan ini dikatakan tajam.

Miliki berat badan yang ideal

Berat badan yang berlebihan atau kurang sememangnya menjejaskan kesuburan anda. Dapatkan berat badan unggul. Sekiranya anda mempunyai masalah kurang berat badan, anda boleh mengambil B Complex & MealShake Shaklee. Sekiranya berat anda berlebihan, anda boleh mengambil Set Kurus Shaklee.

Kawal pengambilan makanan yang tinggi gula & karbohidrat

Makanan yang tinggi gula & karbohidrat, terutamanya junk food akan menyebabkan benih yang anda hasilkan tidak berkualiti. Amalkan pemakanan yang seimbang & cara hidup yang sihat, Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Window shopping pun dikira sebagai senaman. Mudah saje kan tips meningkatkan kesuburan supaya mudah mengandung ni?

Minum Teh Hijau

Teh hijau kaya dengan Catechins yang membantu meningkatkan kesuburan anda.

Jangan menggunakan pencuci atau pewangi vagina

Penggunaan pencuci atau pewangi vagina akan menukar PH bahagian tersebut. PH yang tidak sesuai akan membunuh sperma sekali gus mengurangkan peluang anda untuk mengandung. Membasuh bahagian intim dengan air sahaja adalah mencukupi.

Seminggu sekali anda boleh mengamalkan petua ini:

Rebus beberapa helai daun sirih & manjakani. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci bahagian intim anda. Anda juga boleh mencuci bahagian tersebut dengan air rebusan ini selepas haid anda berhenti. Tujuannya ialah untuk menyegarkan semula bahagian tersebut.

Tingkatkan kesuburan dengan Set Kesuburan Shaklee


  
Pengantin baru selalunya akan merasa gemuruh dan berdebar-debar apabila bersama suami sehingga menyebabkan kekeringan dan ketidakselesaan ketika bersama. ALFALFA COMPLEX boleh membantu mengatasi masalah ini.

Ohh lagi satu tips yang anda tahu, elakkan mandi atau berendam dalam air panas. Juga ingatkan suami anda supaya jangan mandi dengan air yang terlalu panas kerana ia akan mengganggu kualiti sperma.


[Tips Tingkatkan Kesuburan Lelaki]

Anda boleh amalkan tips tingkatkan kesuburan lelaki dalam masa 14 hari yang berikut. Sangat mudah & sesungguhnya insyaAllah terbukti berkesan.

DIET

Jaga pemakanan anda. Pastikan badan mendapat nutrien yang mencukupi agar menghasilkan sperma yang berkualiti. Kurangkan pengambilan lemak tepu kerana ia boleh meningkatkan hormon estrogen dalam badan seorang lelaki yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hormon. Kesannya? Ia boleh menyebabkan ketidaksuburan. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari & kurangkan makanan yang diproses.

SENAMAN

Apabila anda bersenam, ia bukan sahaja menyebabkan badan mengeluarkan peluh & menjadi semakin sihat, ia juga meningkatkan kesihatan jantung. Dalam masa yang sama senaman dapat menyeimbangkan hormon didalam badan dan meningkatkan kesuburan anda. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit.

TEKANAN

Elakkan tekanan kerana tekanan merupakan antara punca utama ketidaksuburan. Stress juga mengganggu mood untuk bersama.

GAYA HIDUP SIHAT

Berhenti merokok kerana asap rokok boleh menyebabkan kualiti sperma anda jatuh merudum. Elakkan alkohol & penyalahgunaan dadah termasuk steroid yang sering dugunakan oleh atlit dan ahli bina badan.

(VIVIX SHAKLEE: Supplement yang dapat membantu untuk berhenti merokok ==> http://bit.ly/1ovJOSV)

PENGAMBILAN SET SUBUR LELAKI SHAKLEE

Pengambilan set subur lelaki Shaklee sememangnya terbukti berkesan jika diambil dengan aturan makan yang betul secara konsisten. Peluang untuk mengandung akan semakin meningkat sekiranya isteri juga mengambil set subur Shaklee.

More info, click below links:

http://bit.ly/1vIk3jA

https://lyanahisham.blogspot.com/2013/10/ikhtiar.html

 

Semoga tips mudah mengandung yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk kita semua. Teruskan berusaha dan jangan lupa berdoa kepada Allah, mohon rahmat dan kasih sayang dari Nya. Kalau nak cuba berikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkannya dengan consultation yang terbaik. InsyaAllah dengan ilmu dan pengalaman yang saya sendiri ada, saya akan cuba untuk membantu :) 

Atau pun untuk terus order direct dari Shaklee, anda cuma perlu klik link ini: 


Jangan lupa untuk untuk menyimpan bukti pembelian dan hubungi saya untuk cara pengambilan, consultation and follow up.

Lyana Shaklee | 016-2099703
SID yang sedia membantu :)



Thursday, July 3, 2014

VIVIX SHAKLEE: Kenapa MAHAL sangat?

Assalamualaikum semua :)

Hope masih belum terlambat untuk Lyana wish Selamat Berpuasa dan Selamat Menunaikan Ibadah di dalam Bulan Ramadhan. Alhamdulillah, kita semua masih diberikan peluang untuk bernafas di bumi Allah ini, juga diberi ruang untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Nya.

Untuk entry kali ini, Lyana nak berkongsi pada awak semua berkenaan supplement Shaklee yang paling famous amous sekali iaitu VIVIX atau ada yang panggil 'sirap Shaklee', tak kisah lah apa pun nama dia yang penting khasiat dia yang melimpah ruah tuu!


Ramai yang teringin nak mencuba tapi bila dengar harga jer tersentak terus sebab MAHAL sangat katanya. Okayh, memang Lyana akui harganya agak mahal. Entry kali ini Lyana akan cerita serba sedikit mengenai Vivix nih, awat mahai sangat naa? :)

Firstly, awak semua tahu tak apa yang terkandung dalam Vivix tu? Kordial sirap ke? Haha of course lah bukan yer. Kalau setakat kordial sirap beli jelah kat supermarket. Okayh kalau awak semua nak tahu, ada EMPAT bahan utama dalam Vivix nih iaitu Anggur Muscadine, Elderberry, Purple Carrot and Polygonum Cuspidatum.


1- ANGGUR MUSCADINE

Anggur bukan sebarang anggur, takde jual kat kedai buah tepi jalan.

Satu-satunya anggur yg mempunyai lebih satu kromosom yg bermanfaat untuk kesihatan. Anggur ini mempunyai ciri-ciri untuk menghentikan bahan kimia yang menjadi penyebab kanser, juga sebagai anti-virus dan anti-bakteria.

Anggur muscadine dan bijinya adalah salah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri anti-radang. Jika dibandingkan dengan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular,menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

2- ELDERBERRY / Sambucus Nigra

Berry yang bertaraf PREMIUM HIGH CLASS kalau dalam salasilah keluarga berry. Elderberry merupakan buah yang popular dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.

Antara manfaat lain yang sangat penting dari jus elderberry adalah:

❤️ Kemampuannya untuk mencegah dan mengubati cancer, fakta ini dikaitkan dengan antioksidan yang terkandung di dalamnya.
❤️ Meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta sangat membantu dalam mengubati penyakit AIDS dan cancer.
❤️ Berupaya untuk menurunkan kadar kolesterol untuk mencegah penyakit jantung.
❤️ Membantu mengatasi dan merawat masalah diabetes.
❤️ Meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal.

3- PURPLE CARROT

Purple carrot adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytochemical termasuk lah carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins bertindak sebagai anti-radang, anti-mikrob dan anti-carcinogen yang berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Asid klorogenik adalah anti oksidan paling banyak dalam semua carrot termasuk lah Purple Carrot. Ia bertanggungjawab mengurangkan risiko penyakit diabetes.

4- POLYGONUM CUSPIDATUM (Knotweed Jepun)

Sejenis tumbuhan perenial yang besar berasal dari asia, juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed jepun adalah sumber komersial Resveratrol.

Polygonum Cuspidatum banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplement anti penuaan. Kesimpulan dari ujian demi ujian menunjukkan resveratrol di dalamnya membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.


CARA PENYIMPANAN VIVIX YANG BETUL.

Oleh sebab Vivix dihasilkan dari bahan semula jadi dan tiada langsung bahan kimia didalamnya, khasiatnya perlu dijaga. Jadi penting untuk simpan dengan cara betul supaya tidak rosak zat zat di dalam nya insyaAllah.

Jangan dedahkan botol pada suhu tinggi. Simpan dalam ruangan chiller peti sejuk. Jangan simpan dalam freezer pulak

Apa yang dapat saya perhatikan, most of my customers yang beli Vivix untuk parents mereka bisanya parents mereka nih ada sakit jantung, stroke, kencing manis, gout, batu karang dan sebagainya.

And lately isteri isteri juga mula rajin membeli Vivix untuk suami mereka.

Kenapa agaknya ek?

Sebab dah banyak testimoni Vivix Shaklee bagus untuk berhenti daripada ketagihan rokok.




Lelaki yang merokok nih bau mulut and nafas dia tak best. Memang kesian kat isteri kan? Itu yang ramai cari cara dan berusaha untuk buat suami berhenti merokok, and of course suami tu sendiri kena lah ada initiative untuk quit. Kita duk belikan Vivix mahal mahal tapi dia tak minum ikut time pun takde maknanyee jugak.

Sebab yang lain isteri belikan Vivix nih untuk suami ialah Vivix nih merupakan salah satu supplement untuk kesuburan lelaki yang sangat bagus.

Macam mana Vivix boleh buat seseorang itu berhenti merokok?

Bila dia makan Vivix secara consistent, time dia merokok jadi rasa pahit. Automatically rasa rokok tu tak sedap. Secara automatic nya jugak bila suami berhenti merokok, kesuburan mereka pun meningkat.

BAGAIMANA PULA CARA PENGAMBILAN YANG DISARANKAN?

Makan 1 sudu kecik setiap pagi selepas sarapan. Make sure ikut sukatan, sebotol boleh tahan 2 bulan kalau minum sensorang. Kalau share memang tak lama laa.


Bagi mereka yang menghidap penyakit seperti cancer, buah pinggang, kencing manis etc seeloknya amalkan di waktu awal pagi semasa perut masih kosong. Means sebelum breakfast, 1 sudu kecik then terus minum air mineral atau air alkaline segelas.

SIAPA YANG TAK BOLEH CONSUME VIVIX?

✿ Wanita yang tengah pregnant. Jangan ambil yer boleh mengakibatkan keguguran sebab antioksidan yang tinggi.

✿ Ibu yang menyusukan anak. Nanti rasa susu ibu akan berubah, sudahnya baby tak nak minum terus.

✿ Mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

PROVEN, kenapa VIVIX sentiasa menjadi pilihan ramai even though harganya adalah yang paling mahal. Oh well, mahal mahal pun tetap high demand because the product speaks for itself :)



Or you may Whatsapp me to order as well. Both saya akan provide consultation and follow up :) Kalau you click above link and purchase directly, make sure simpan bukti pembelian ya.

By the way, pembelian 2 bottles VIVIX dapat FREE MEMBERSHIP. Untuk dapatkan free membership nih you may Whatsapp me. 

Lyana Shaklee | 016-2099703
Health is Wealth


 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com