Monday, July 7, 2014

TIPS MUDAH HAMIL CARA ISLAM.

Assalamualaikum semua dan Salam Ramadhan.

Hari nih Lyana nak share dengan awak semua sedikit Tips untuk Mudah Hamil Cara Islam. InsyaAllah semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat semua terutamanya bagi mereka yang sudah lama berusaha untuk hamil tetapi masih tidak berjaya.


Saya cukup memahami perasaan wanita yang masih gagal untuk hamil walau pun sudah lama berkahwin. Kadang-kadang bila period baru delay 2-3 hari jer sibuk dah nak buat pregnancy test, lepas tuh rasa down bila result menunjukkan NEGATIVE. Kemudian akan timbul rasa bersalah sebab suami nak sangat ada anak, ditambah dengan rasa frust bila orang keliling asyik tanya bila nak ada anak. 


Berhenti rasa runsing dan Teruskan berusaha. Dapatkan rawatan moden dan tradisional. Anda juga boleh mengambil Set Kesuburan Shaklee yang telah terbukti mmebantu ramai pasangan menimang cahayamata. Dan anda juga boleh mengamalkan tips-tips berikut:

1. Banyakkan beristighfar dan bertaubat diatas segala dosa yang dilakukan.

Sucikan hati, dekatkan diri dengan Allah. Jika kesukaran untuk mengandung yang kita alami adalah kifarah dari Allah atas dosa yang pernah kita lakukan, mohon supaya Allah terima taubat kita dan berikan peluang untuk kita merasa nikmat mengandung, melahirkan dan membesarkan anak.

2. Berpuasa sunat

Ingat tak kisah Nabi Zakaria yang dah berumur tapi belum dikurniakan cahaya mata? Setiap hari Nabi Zakaria berdoa kepada Allah, sampai menangis-nangis sebab betul-betul nakkan anak. Selain berdoa, Nabi Zakaria juga mengamalkan puasa sunat. Oleh itu, kita boleh berpuasa sunat sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Amalan puasa sunat ini lebih afdhal jika dilakukan oleh suami, 2 kali seminggu iaitu puasa sunat hari Isnin dan Khamis.

3. Jaga kelakuan dan tutur kata

Lagi kisah Nabi Zakaria. Ingat tak kisah bahawa Nabi Zakaria dibisukan oleh Allah selama 3 hari selepas isterinya berjaya mengandung? Ia adalah peringatan simbolik dari Allah bahawa suami seharusnya menjaga tutur kata dan tidak bercakap perkara yang sia-sia semasa isteri mengandung. Oleh itu, jika kita sedang mencuba untuk mengandung, adalah baik jika kita menjaga kelakuan dan tutur kata agar doa kita supaya mendapat cahayamata dimakbulkan.

4. Banyakkan berdoa dan membaca Al-Quran 

Tips mudah mengandung cara islam yang seterusnya ialah banyakkan berdoa dan membaca Al-Quran. Jangan pernah berhenti berdoa. Jadikan membaca Al-Quran sebagai amalan harian.

Anda boleh mengamalkan surah-surah berikut,

Surah al-Fatihah: Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.

Surah Maryam: Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

Surah Luqman: Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

Surah Yusuf: Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

Surah Hujurat: Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

Surah Yaasin: Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah Taubah: Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

Surah an-Nahl: Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.


5.  Cari ilmu tentang kesuburan dan kehamilan

Di samping berdoa, kita juga perlu menggali ilmu tentang bagaimana proses kehamilan berlaku, kesuburan seperti punca ketidaksuburan, cara tentukan waktu subur, tips meningkatkan kesuburan suami isteri, dan punca susah mengandung,  Adalah penting juga untuk kita mengetahui  masalah ketidaksuburan di kalangan lelaki kerana ia boleh menjadi punca kenapa kita belum berjaya mengandung. Kita juga perlu tahu tentang waktu terbaik untuk membuat ujian kehamilan agar mendapat keputusan yang tepat. Kita perlu tahu apakah perkara yang perlu dielakkan kerana boleh menjejaskan kesuburan. Akhir sekali, kita perlu tahu apakah tanda awal mengandung supaya kita alert apabila kita telah berjaya.

6. Amalkan tips kesuburan

Anda juga boleh mengamalkan tips mudah mengandung yang mungkin boleh membantu usaha anda untuk mengandung.

[Tips Meningkatkan Kesuburan Isteri]

Betulkan kitaran haid

Jangan terlalu kurus atau terlalu gemuk sebab ia akan mengganggu kestabilan hormon & akibatnya period jadi tak regular. Kalau ada masalah period tak regular, sebelum kahwin lagi kena betulkan. Anda boleh mengambil supplement GLA COMPLEX SHAKLEE untuk membantu membetulkan kitar haid anda.

Jangan makan benda tajam

Nenas, air tebu, air kelapa, air coke is a BIG NO! Tinggalkan terus. Memang belum ada kajian yang membuktikan bahawa makan tajam ini boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil, tapi apa salahnya kalau kita ikut nasihat orang-orang tua? PAsti ada sebab kenapa makanan-makanan ini dikatakan tajam.

Miliki berat badan yang ideal

Berat badan yang berlebihan atau kurang sememangnya menjejaskan kesuburan anda. Dapatkan berat badan unggul. Sekiranya anda mempunyai masalah kurang berat badan, anda boleh mengambil B Complex & MealShake Shaklee. Sekiranya berat anda berlebihan, anda boleh mengambil Set Kurus Shaklee.

Kawal pengambilan makanan yang tinggi gula & karbohidrat

Makanan yang tinggi gula & karbohidrat, terutamanya junk food akan menyebabkan benih yang anda hasilkan tidak berkualiti. Amalkan pemakanan yang seimbang & cara hidup yang sihat, Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Window shopping pun dikira sebagai senaman. Mudah saje kan tips meningkatkan kesuburan supaya mudah mengandung ni?

Minum Teh Hijau

Teh hijau kaya dengan Catechins yang membantu meningkatkan kesuburan anda.

Jangan menggunakan pencuci atau pewangi vagina

Penggunaan pencuci atau pewangi vagina akan menukar PH bahagian tersebut. PH yang tidak sesuai akan membunuh sperma sekali gus mengurangkan peluang anda untuk mengandung. Membasuh bahagian intim dengan air sahaja adalah mencukupi.

Seminggu sekali anda boleh mengamalkan petua ini:

Rebus beberapa helai daun sirih & manjakani. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci bahagian intim anda. Anda juga boleh mencuci bahagian tersebut dengan air rebusan ini selepas haid anda berhenti. Tujuannya ialah untuk menyegarkan semula bahagian tersebut.

Tingkatkan kesuburan dengan Set Kesuburan Shaklee


  
Pengantin baru selalunya akan merasa gemuruh dan berdebar-debar apabila bersama suami sehingga menyebabkan kekeringan dan ketidakselesaan ketika bersama. ALFALFA COMPLEX boleh membantu mengatasi masalah ini.

Ohh lagi satu tips yang anda tahu, elakkan mandi atau berendam dalam air panas. Juga ingatkan suami anda supaya jangan mandi dengan air yang terlalu panas kerana ia akan mengganggu kualiti sperma.


[Tips Tingkatkan Kesuburan Lelaki]

Anda boleh amalkan tips tingkatkan kesuburan lelaki dalam masa 14 hari yang berikut. Sangat mudah & sesungguhnya insyaAllah terbukti berkesan.

DIET

Jaga pemakanan anda. Pastikan badan mendapat nutrien yang mencukupi agar menghasilkan sperma yang berkualiti. Kurangkan pengambilan lemak tepu kerana ia boleh meningkatkan hormon estrogen dalam badan seorang lelaki yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hormon. Kesannya? Ia boleh menyebabkan ketidaksuburan. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari & kurangkan makanan yang diproses.

SENAMAN

Apabila anda bersenam, ia bukan sahaja menyebabkan badan mengeluarkan peluh & menjadi semakin sihat, ia juga meningkatkan kesihatan jantung. Dalam masa yang sama senaman dapat menyeimbangkan hormon didalam badan dan meningkatkan kesuburan anda. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit.

TEKANAN

Elakkan tekanan kerana tekanan merupakan antara punca utama ketidaksuburan. Stress juga mengganggu mood untuk bersama.

GAYA HIDUP SIHAT

Berhenti merokok kerana asap rokok boleh menyebabkan kualiti sperma anda jatuh merudum. Elakkan alkohol & penyalahgunaan dadah termasuk steroid yang sering dugunakan oleh atlit dan ahli bina badan.

(VIVIX SHAKLEE: Supplement yang dapat membantu untuk berhenti merokok ==> http://bit.ly/1ovJOSV)

PENGAMBILAN SET SUBUR LELAKI SHAKLEE

Pengambilan set subur lelaki Shaklee sememangnya terbukti berkesan jika diambil dengan aturan makan yang betul secara konsisten. Peluang untuk mengandung akan semakin meningkat sekiranya isteri juga mengambil set subur Shaklee.

More info, click below links:

http://bit.ly/1vIk3jA

http://bit.ly/1zeXXtA

 

Semoga tips mudah mengandung yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk kita semua. Teruskan berusaha dan jangan lupa berdoa kepada Allah, mohon rahmat dan kasih sayang dari Nya. Kalau nak cuba berikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkannya dengan consultation yang terbaik. InsyaAllah dengan ilmu dan pengalaman yang saya sendiri ada, saya akan cuba untuk membantu :) 

Atau pun untuk terus order direct dari Shaklee, anda cuma perlu klik link ini: 


Jangan lupa untuk untuk menyimpan bukti pembelian dan hubungi saya untuk cara pengambilan, consultation and follow up.

Lyana Shaklee | 016-2099703
SID yang sedia membantu :)


 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com