Wednesday, August 27, 2014

✿ Rahsia Kulit Cantik & Kesihatan Yang Lebih Baik dengan SUSTAINED RELEASE VITA-C SHAKLEE ✿

Assalamualaikum semua :)

Untuk perkongsian hari ini, Lyana nak share berkenaan pengalaman Lyana sendiri dengan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee. Vitamin C nih Lyana amalkan di sepanjang masa Lyana pregnant nih jugak tau. Just that masa awal-awal jer Lyana ambil yang Chewable 100 mg punya sebab nak kurangkan loya and rasa mual. Lepas 3 months, sambung balik yang Vitamin C 500 mg sampai lah sekarang nih alhamdulillah Lyana dah masuk 25 weeks.


Lyana memang jenis senang kena demam, selsema and sakit tekak. Memang tak boleh lah orang bersin-bersin dekat dengan Lyana, kejap jer menjangkit dah. Pendek kata, antibodi lemah lah gituu..

Masa awal pregnancy, Lyana ambil yang Chewable Vita-C. Tapi memang tak cukup power lah sebab badan Lyana kan jenis lemah sikit, so senang jer kena demam. Sikit-sikit demam, badan mula panas. Kesian kat Encik Suami lah sampai kena cuti nak jaga Lyana masa tu. Nak tinggalkan risau kata nyer, dengan muntah-muntah lagi. Memang First Trimester, morning sickness Lyana quite teruk tau. Sampaikan berat turun 2 kg masa check up sebab kurang makan. Nak buat macam mana, selera makan tak de..

 Macam ni lah rupa yang Chewable Vita-C tu. Lyana prefer kunyah sebab bila hisap rasa macam tajam kat lidah. Dah nama nyer pun chewable kan.. Kena ambil sehari dlm 3-5 biji jugak, sebab satu tablet tu 100 mg jer.

 Yang nih pulak yang Vitamin C 500 mg punya. Telan sebiji sehari cukup dah untuk kulit yang flawless and glowing, also untuk antibodi and immune system yang kuat.

Lepas 3 bulan jer Lyana start consume balik yang Vitamin C 500 mg, since morning sickness makin reduce. Baru lah masa tu demam tak seteruk masa First Trimester. Kalau tak, badan tetiba jer panas lagi-lagi bila time hujan sebab automatic nya keadaan sekeliling makin sejuk. Time malam pun sama, nak tidur dalam air cond tapi bila bangun pagi selsema, sakit tekak, batuk and demam semua start datang.

Another thing, masa nak masuk 3 bulan tu kan Lyana start nai ruam-ruam kat kawasan tepi telinga and leher. Dia macam jerawat tapi bukan, dia adalah sejenis ruam yang naik secara tiba-tiba. Doctor kata tu normal, sebab hormon masa pregnant yang tak stable. Then muka macam senang naik jerawat sebab kulit Lyana jadi oily secara tiba-tiba! Padahal dulu Lyana jenis normal skin. Terpaksa lah sedekah Nutriwhite kat adik, sebab dah tak sesuai since kulit Lyana jadi oily skin dah. Tu yang Lyana tukar pakai produk NOUR AIN SKIN CARE, sebab ramai tanya awat Lyana tukar produk. Nih Lyana dah jawab yer sebab nyer :)

Untuk mereka yang consume Vita-Lea atau pil iron macam Iberet Folic ke atau Obimin, make sure awak consume Vitamin C yer. Sebab kalau badan awak tak cukup Vitamin C, awak makan lah banyak mana pun supplement iron tu tak mana nye badan awak serap. Macam Lyana, memang Lyana sekarang pencinta Vita-Lea Shaklee sebab Doctor dah puji BP and HB cantik jer masa check up. Plus, feeling feeling jelita kulit macam makin halus, rambut and kuku pun makin sihat lepas amalkan Vita-Lea nih, selalu telan sekali dengan Vitamin C.

 Lyana biasa consume dua nih masa pagi. Ohh and take note, bila nak ambil any iron pills make sure jangan ambil anything related with calcium yer (susu ker or pil kalsium ke) sebab nanti mengganggu penyerapan iron.

For those yang nak memiliki kulit yang cerah, gebu, flawless and glowing di samping kesihatan yang lebih baik, Lyana highly recommend awak consume this Sustained Release Vita-C, ada budget lebih boleh ambil sekali Vita-Lea. Untuk info berkenaan Vita-Lea boleh refer to previous entry yer.

Your Shaklee Independent Distributor
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee & @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)

#ShakleeEffect #s2ufamilies #s2United 


Tuesday, August 26, 2014

VITA-LEA SHAKLEE, Daily Supplement Pilihan Saya.

Assalamualaikum semua :)

Happy Tuesday lovelies. Moga Allah permudahkan hari-hari kita semua, juga buka pintu rezeki yang luas buat kita insyaAllah. InsyaAllah untuk minggu nih Lyana nak kerapkan perkongsian #ShakleeEffect kepada diri Lyana sendiri, moga memberi manfaat dan panduan buat awak semua juga.

Untuk hari nih, Lyana nak share dengan awak semua berkenaan supplement Vita-Lea yang kini menjadi pilihan hati Lyana sendiri sejak pregnant nih. Alhamdulillah tergerak juga hati nak consume, sebab Obimin yang Doctor bagi macam tak jalan kat Lyana. 


Okayh sebelum nih Lyana pernah cerita kat entry-entry lama, berkenaan dengan masalah tekanan darah rendah yang Lyana alami sejak kecil lagi. Kalau nak tahu, berlarutan tau sebenarnya sampai sekarang malahan makin teruk semasa pregnant. Lyana cepat rasa nak pitam bila lambat makan, keadaan terlampau panas atau badan terlalu penat sebab travel Muar-Pasir Gudang. Just that Lyana perasan yang sejak Lyana amalkan Vita-Lea, alhamdulillah takde lagi dah rasa pening, nak pitam, dan seterusnya boleh sampai ke pengsan. So siapa yang share the same problem macam Lyana nih, meh lah try Vita-Lea nih. Jangan nanti sampai makin teruk baru nak take action yer. Bukan wanita hamil jer boleh consume Vita-Lea nih :)

Kenapa Vita-Lea menjadi antara daily supplement pilihan Lyana sendiri? 


Lyana memilih Vita-Lea sebab Vita-Lea nih bertindak sebagai...

Penambah tenaga
Pelengkap nutrisi
Melambatkan proses penuaan
Stimulasi metabolism
Melindungi organ
Membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya
Membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk

Semuanya terdapat dalam 1 supplement, dengan hanya 1 tablet sehari VITA-LEA SHAKLEE. Kadang-kadang ambil 2 juga bila Lyana tahu yang dalam 1 hari tu activities agak pack (pagi sebiji, malam sebiji).

Another thing.. Syukur sangat pada Allah, sejak consume Vita Lea dari awal pregnancy (nak dekat 3 bulan masa tu) memang HB takde problem and yang paling ketara sekali tang rambut and kuku tu. Rambut gugur memang kurang sangat-sangat, kuku pun nampak tak kusam and tak mudah rapuh. Kalau tak masa mula-mula awal pregnancy tu rambut gugur penuh masa lepas shampoo, kuku pulak tak boleh terlebih panjang sikit senang crack hujung dia macam nak patah! Sakit wooo :( Thanks to Vita-Lea, both problems reduce and then terus okay sampai sekarang masuk 6 months pregnancy. Alhamdulillah..




Dari segi tenaga pulak, memang Lyana perasan lepas consume Vita Lea memang badan tak cepat letih and kurang sikit mengantuk. Kulit pun takde masalah sangat, masa awal-awal dulu naik ruam kejap may be sebab perubahan hormon kann masa pregnant nih, Doctor kata it is normal. But then after Lyana consume Vita Lea sekali dengan Vitamin C and ESP, alhamdulillah my skin dah back to normal. Licin jer balik :)

Meet my kakak.. Eh bukan lah, ni my ibu. Ramai yang cakap muka Lyana dah banyak ikut macam ibu. Dah ada wajah keibuan lah kata nyee.. Yer la sangat, Lyana rasa muka Lyana makin mengembang ade laaa :P

Okayh.. So siapa sebenarnya yang sesuai ambil Vita Lea nih?

Pregnant mommies, boleh consume dari awal pregnancy
Mommies yang anak berderet cepat letih, makan tak terjaga and tak cukup tidur
Mereka yang ada masalah Low Blood Pressure, cepat rasa pitam
Mereka yang mudah rasa letih akibat stress kerja, study. Students pun sangat digalakkan tau
Mereka yang ingin menjaga kesihatan secara keseluruhan sebab Vita Lea nih MULTIVITAMIN & MULTIMINERAL

For orders and inquiries, boleh contact Lyana terus okayh :)

Your Shaklee Independent Distributor
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee & @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)

#ShakleeEffect #s2ufamilies #s2United 


Monday, August 25, 2014

Makanan & Minuman yang perlu diELAKkan semasa HAMIL.

Assalamualaikum semua :) 

Entry hari ini Lyana nak share khusus buat wanita yang sedang hamil atau bakal-bakal hamil coming soon, insyaAllah. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan boleh dijadikan panduan semasa kehamilan anda.

Oleh kerana kini anda adalah bakal ibu, adalah penting untuk mencuba dan menambahkan pengambilan vitamin dan mineral tertentu (seperti asid folik dan zat besi). Jika diet anda tidak begitu baik pada mulanya, membuat perubahan diet dengan mengambil hidangan yang berkhasiat dan seimbang adalah lebih penting. Jadi di sini, Lyana ingin mencadangkan pengambilan supplement B COMPLEX dan juga VITA-LEA sebagai persediaan daripada sebelum anda hamil lagi.
 



 Dalam pada anda mengambil makanan berkhasiat, anda juga perlu tahu beberapa jenis makanan atau minuman yang perlu dielakkan sepanjang kehamilan.

Jom kita lihat beberapa jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan.



1) Keju lembut
Keju lembut yang diperbuat daripada susu yang tidak dipasteur boleh membiakkan bakteria listeria yang merbahaya kepada ibu dan bayi yang dikandung. Listeria mampu menyeberangi uri, menjangkiti bayi dalam kandungan dan seterusnya membawa kepada jangkitan atau keracunan makanan yang boleh membawa maut. Seelok-eloknya, elak jenis keju seperti brie, camembert, feta, blue cheese, queso blanco, queso fresco dan panela (melainkan dilabel produk keju tersebut ditulis "Telah Dipasteur").

2) Daging mentah atau separuh masak
Daging mentah atau separuh masak mengandungi bakteria toxoplasma dan pelbagai jenis bakteria lain. Bila makan diluar, pastikan menu daging anda betul-betul panas dan telah dimasak sempurna. Begitu juga di rumah, pastikan masakan anda dimasak pada suhu 145° F utk daging, 160° F untuk hamburger, dan 165° F untuk ayam.

3) Berhati-hati dengan jus buah-buahan


Jus buah-buahan memang sedap diminum dan terkenal kerana berkhasiat. Tetapi anda harus waspada dengan jus buah-buahan yang diperah (terutama digerai-gerai makan atau restoran) kerana minuman tersebut tidak dipasteur untuk melindungi dari bakteria salmonella dan e.coli. Anda tidak pasti kebersihan peralatan yang digunakan untuk membuat jus tersebut bukan? Seelok-eloknya buat sendiri di rumah.

4) Sushi
Maaf kepada peminat sushi, anda perlu 'berpantang' dari sushi selama 9 bulan! Walaupun makanan laut adalah sumber yang bagus untuk protein, namun ia juga boleh mengandungi bakteria dan parasit yang merbahaya. FDA (Food and Drug Administration US) menggalakkan wanita hamil makan ikan dan makanan laut yang telah dimasak sempurna. But in case nak juga makan sushi, boleh pilih sushi yang bahannya dimasak sempurna contohnya seperti tempura, atau anda boleh buat home made sushi anda sendiri di rumah.

5) Adunan tepung mentah
Sometimes kita sering curi-curi cubit dan makan adunan tepung bila membuat biskut, kek atau kuih di dapur. Tanpa kita sedar, ia sebenarnya mengundang kepada bahaya. Sekiranya adunan tersebut mengandungi telur mentah, walaupun sedikit adunan yang kita rasa atau makan, ia boleh membahayakan atau berisiko kepada ibu dan bayi kerana telur mentah mungkin mengandungi bakteria salmonella. Bakteria ini juga mampu menyebabkan keracunan makanan yang teruk.

6) Salad dressing
Telur mentah juga terkandung dalam sos dan dressing yang dibuat di rumah (home made). Pilih sos atau dressing yang dibeli di kedai (yang diperbuat dari telur yang telah dipasteur).

7) Tiramisu


Kebanyakan pencuci mulut (desserts) mengandungi telur mentah. Kalau boleh, elakkan pencuci mulut yang diperbuat dari telur mentah yang tidak dipasteur. Melainkan anda sendiri yang membuatnya menggunakan telur yang tertulis dilabel "Telah dipastuer".

8) Ikan bermerkuri tinggi
Ikan memang sumber protein yang tinggi. Namun ia boleh menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. FDA mencadangkan saiz hidangan sajian ikan terhad kepada 12 auns seminggu. 

Berdasarkan kajian oleh P.Hajeb dan S.Jinap - Mercury Exposure Through Fish and Seafood Consumption in the Rural and Urban Coastal Communities of Peninsular Malaysia (http://www.idosi.org/wjfms/wjfms3(3)11/8.pdf) berikut adalah ikan yang perlu dihindari atau diambil dalam kuantiti yang sedikit:

(a) IKAN DENGAN KADAR MERKURI YANG SEDERHANA (mengandungi merkuri 0.09-0.29 ppm)
Jenis ikan ini masih boleh diambil 6x atau kurang dalam tempoh 1 bulan. 

Jenis ikan: ikan cod dari alaska, ikan halibut dari atlantik dan pasifik, lobster, tuna kalengan, ikan cakalang dan trout laut (weakfish).

(b) IKAN DENGAN KADAR MERKURI TINGGI (mengandungi merkuri 0.3-0.49 ppm)
Jenis ikan ini masih boleh diambil tapi maksimum 3x atau kurang dalam tempoh 1 bulan. 

Jenis ikan: ikan kerapu, makarel dari sepanyol, tuna kuning, sea bass dan bluefish.

9) Daging yang diproses (deli meats)
Berlainan dengan kuman dan bakteria lain, listeria boleh membiak pada suhu sejuk (di dalam peti sejuk). Oleh sebab itu, ibu hamil harus elak memakan daging yang diproses (deli meats) seperti ham, ayam turki, salami, bologna, sausage atau hotdog. Kebanyakan orang tidak mengalami apa-apa masalah apabila termakan makanan yang tercemar dengan listeria. Tetapi, ia berbeza bagi ibu mengandung yang 20 kali lebih berisiko kepada penyakit berbahaya. Dan bayi dalam kandungan mendapat kesan jangkitan yang lebih teruk berbanding ibu iaitu risiko keguguran, kelahiran pramatang atau kematian. Namun anda boleh memakannya dengan masak secara sempurna (betul-betul panas) dan terus memakannya sejurus selepas dimasak. Tapi seelok-eloknya elakkan lah yer.

10) Kekacang
Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada), mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius. Sekiranya tiada sebarang alahan, kekacang boleh dimakan dalam kuantiti yang sederhana.

11) Buah-buahan atau sayur-sayuran yang tidak dibasuh


Ketika hamil adalah saat dimana anda harus banyakkan memakan buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Tapi PASTIKAN anda telah membasuhnya dengan sempurna! Parasit toxoplasma boleh hidup atau membiak pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dibasuh dan boleh mengakibatkan penyakit Toxoplasmosis yang sangat merbahaya kepada bayi yang dikandung.

12) Taugeh mentah
Elakkan makan taugeh mentah kerana bakteria boleh membiak di dalam benih taugeh sebelum ia tumbuh dan membesar lagi! Bakteria ini hampir mustahil untuk di'buang'. Di kedai makan, pastikan sandwich yang anda pesan tidak mengandungi taugeh mentah. Di rumah pula, pastikan anda memasak taugeh dengan sempurna untuk mematikan bakteria!

13) Makanan laut atau ikan salai (ready-to-eat smoked seafood)
Elakkan makanan laut sejuk-beku salai kerana ia terdedah kepada bakteria listeria. Namun ia boleh dianggap selamat untuk dimakan sekiranya dicampur ke dalam hidangan yang dimasak seperti kaserol.

14) Kerang-kerangan mentah
Kerang-kerangan mentah adalah salah satu penyebab utama keracunan makanan yang disebabkan oleh makanan laut kerana mengandungi parasit dan bakteria. Jadi elakkan tiram yang dimakan mentah. Namun, makanan laut (seperti tiram, kerang, kepah, kupang) yang dimasak sempurna adalah selamat dimakan semasa hamil. PERINGATAN: Jika cengkerang makanan laut tidak terbuka walaupun selepas dimasak, jangan teragak-agak dan sila buang!

15) Ikan dari perairan tempatan
Elakkan memakan ikan yang ditangkap atau dipancing sendiri, melainkan anda memang arif dan tahu kawasan perairan (kolam, tasik, anak sungai) tersebut tidak tercemar. Sesetengah tasik atau sungai telah tercemar dengan bahan kimia sisa industri. So elakkan ikan yang ditangkap dari tasik atau sungai tercemar dengan polychlorinated biphenyls yang tinggi. Nak makan juga boleh, tapi berhati-hati yer.

16) Juadah 'potluck'


Mungkin anda tak sampai hati untuk menolak pelawaan juadah potluck yang dibawa atau disediakan oleh rakan-rakan anda, namun perlu diingat makanan yang terbiar terlalu lama (tidak disejukkan atau disimpan dalam peti sejuk) boleh membahayakan. Patuhi '2-HOUR RULE' : Jangan makan juadah potluck yang terbiar pada suhu bilik melebihi 2 jam. Tempoh akan lebih singkat menjadi 1 jam sekiranya suhu persekitaran melebihi 90° F.

17) Susu yang tidak dipasteur
Susu segar yang diperah dari lembu atau kambing belum melalui proses pempasteuran yang melindungi dari bakteria listeria. Ia boleh memudaratkan ibu dan bayi yang dikandung.

18) Minuman dan makanan yang berkafein
Sesetengah kajian mengatakan jumlah kafein yang sederhana selamat semasa hamil. Sekiranya anda perlu mengambil minuman berkafein, hadkan kepada 200mg sehari (bersamaan 12auns cawan kopi). Tapi harus diingat, kafein turut terkandung dalam minuman bergas, teh, dan coklat. Kafein dikatakan boleh menjejaskan berat badan bayi di dalam kandungan. Ia juga boleh memberi risiko keguguran yang tinggi, kelahiran pramatang dan menganggu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh ibu yang mengandung.



19) Alkohol, Minuman bergas dan Makanan ringan

Alhamdulillah sebagai umat Islam, alkohol adalah diHARAMkan sama-sekali. Terbukti secara klinikal alkohol boleh menyebabkan keabnormalan dalam perkembangan janin dan masalah emosi terhadap bayi yang dikandung. Minuman bergas atau berkarbonat mengandungi gula yang tinggi iaitu sehingga 7 - 9 sudu dalam satu tin, boleh menyebabkan kadar gula dalam darah wanita hamil tidak seimbang, berisiko mendapat kencing manis, serta menyumbang kepada ketidakstabilan paras gula tubuh bayi yang dikandung. Minuman bergas juga mengandungi pewarna makanan tiruan, perasa tambahan dan sebagainya. Oh, jangan lupa hadkan juga makanan ringan sebab ia tiada nutrien dan mengandungi MSG.

20) Bungkusan makanan polisterin
Elakkan membungkus makanan dari kedai makan/restoran, kerana suhu di dalam kereta boleh meningkat dengan cepat dan ini membuatkan bakteria mudah membiak (melainkan anda ingin terus pulang ke rumah). Namun sekiranya anda perlu membungkus makanan yang tidak habis dimakan (untuk mengelakkan pembaziran), pastikan makanan tersebut disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh 2 jam dari ia dihidangkan. ELAKKAN menyimpan makanan yang dibungkus berada terlalu lama di dalam kereta.


Cadangan pengambilan supplement sewaktu kehamilan:


Antara supplement yang TIDAK DIGALAKKAN untuk diambil semasa kehamilan:

🚫 Alfalfa Complex
🚫 DTX Complex
🚫 Collagen Powder
🚫 Garlic Complex
🚫 Herb Lax
🚫 Lecithin
🚫 Carotomax
🚫 Nutriferon
🚫 Vitamin E
🚫 GLA Complex


For orders and inquiries, boleh contact Lyana terus okayh :)

Your Shaklee Independent Distributor
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee & @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)


Monday, August 18, 2014

Product Review: S+Recover Gold Nano CC Cream by Hansaegee Nature

Assalamualaikum lovely people :)

How was your day? Alhamdulillah as for me, all is well. Baby tengah tidur tak main futsal dalam perut so Mama dia boleh lah menghadap laptop kejap yer. Kalau baby dah start kicking, memang Mama dia alamatnya duk bersandar jelah kat katil tak boleh nak bergerak.

Okayh, hari nih Lyana nak share dengan awak semua salah satu product make up to be exact my basic daily make up routine bila nak keluar pergi mana-mana. Seriously Lyana bukan penggemar foundation. Instead of using any other kinds of foundation, I will use CC Cream and S+Recover Gold Nano CC Cream ni merupakan my current favourite CC Cream.

Sequence dia biasa Lyana akan buat macam nih every time nak keluar pergi mana-mana:

Cleanser Toner Serum CC Cream Compact Powder 

So yang Lyana nak share hari ni adalah berkenaan CC Cream yang Lyana gunakan from Hansaegee Nature.



Antara CC Cream and BB Cream, Lyana memang prefer untuk gunakan CC Cream for daily use bila nak keluar lama. The reason why Lyana tak suka BB Cream sebab BB Cream ni sama jer macam foundation, completely cover semua liang pori muka kita. Long term effect bila pori tersumbat will  cause JERAWAT. Also whiteheads and blackheads as well if you tak cuci bersih muka. Kalau nak attend event contoh macam wedding ke and kat tempat yang sejuk ber-air-cond, boleh lah pakai BB Cream untuk nampak kulit yang flawless. But setakat nak keluar shopping and outdoor activities, CC Cream adalah yang TERBAIK. 

Lyana memilih produk from Hansaegee Nature for almost all of my make up things sebab produk dari Hansaegee Nature semua mineral based. Jangan guna yang oily based, nanti muka senang naik jerawat, whiteheads and blackheads.


Snap using iphone 5 camera jer, with NO FILTER. Gold Nano CC Cream nih tak buat muka kita jadi bercapuk or over ter-putih, it blends in our skin tone and buat kulit kelihatan lebih flawless serta glowing! So memang nampak natural jer skin kita and paling Lyana suka kulit tak berminyak even keluar sepanjang hari. Nak cuci muka untuk solat pun senang :)



 Bekas Gold Nano CC Cream nih pun jenis tube, senang nak bawa pergi ke mana-mana. Nak solat cuci muka, lepas solat boleh pakai balik. Tak perlu pakai bedak or compact pun tak pe sebab macam Lyana nyatakan tadi, memang tak berminyak :)

To shop online, click here → Gold Nano CC Cream
  
By the way, you should try their face mask too. Best and ada variety of choices. Antara yang menjadi my personal favourite: N.M.F Hydrating Esthetic Solution Mask, Argan & Oatmeal Double Aha Esthetic Solution Mask and Vita Collagen Serum Esthetic Solution Mask

Selamat bershopping! 

*This is a Paid Ads* 



Sunday, August 10, 2014

INFO: Mengapa Islam sangat menganjurkan Penyusuan Susu Ibu?

Assalamualaikum dan Salam Ahad :)

Apabila seorang bayi dilahirkan rezekinya juga akan sampai kepadanya iaitu susu ibu. Allah telah menjadikan penyusuan susu ibu bagi manusia  dan juga haiwan. Manusia sudah disusukan sejak awal kewujudan mereka.

Malah para Nabi juga telah disusukan. Allah telah mengilhamkan ibu kepada Nabi Musa untuk meletakkannya ke dalam sebuah bakul lalu dihanyutkan ke dalam sungai bagi menyelamatkan baginda daripada dibunuh oleh Firaun. Dengan takdir Allah, ahli keluarga Firaun telah menemuinya dan ingin memelihara baginda. Mereka terpaksa mencari ibu susuan kepada Nabi Musa dan kerana takdir Allah juga telah menyebabkan Nabi Musa tidak mahu disusukan oleh wanita lain melainkan ibunya sendiri.

Nabi Muhammad saw juga telah disusukan oleh ibunya Aminah, Thuwaybah (hamba kepada Abu Lahab), Ummu Aiman dan Halimah As-Sa'diyyah. Manakala anak lelaki baginda juga telah disusukan. Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al Bara (bin Azib), anak lelaki baginda Ibrahim telah disusukan sehingga berumur 22 bulan dan kemudian meninggal dunia dan masih ada baki 2 bulan bagi mencukupkan tempoh penyusuannya. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw telah berkata bahawa akan ada penyusuan baginya di syurga.

Hanya setelah susu formula dari lembu atau kambing mula diperkenalkan, wanita-wanita yang berkerjaya mula menggunakan alasan kesibukan berkerjaya untuk tidak menyusukan anak yang telah dikandungnya sendiri. Sedangkan Allah telah menganjurkan penyusuan susu ibu sebagaimana firmannya,

"And the mothers are to suckle their infants for two years, for those who wish to complete the suckling” – Surah Al Baqarah. 

“We have enjoined upon the human being to treat his parents kindly. His mother bore him with weakness upon weakness, and his weaning is in two years.” - Surah Luqman.

Khusus untuk ibu-ibu dan bakal ibu. Lihatlah sendiri betapa pentingnya penyusuan susu ibu itu sehingga Allah telah beberapa kali berfirman dalam Al-Quran mengenai kewajipan seorang ibu menyusukan bayinya.

Sheikh Suhaib Hasan berkata:
“…the child should be suckled for the first two years of his life, instead of being given powdered milk which has been stored in tins for months. Few adults would abandon fresh fruit and vegetables for stale, tinned foods, yet they are quite happy to feed nothing but tinned milk and foods to their infants. Secondly, just as the mother’s blood in the womb passes nutrients and her emotions through to the blood of her child, so her milk also passes her characteristics and emotions to her child while she is suckling him, causing him to feel immense comfort and confidence.”

Nasihat dari Ibn ul Qayyim:
“Babies should only be fed the (mother’s) milk until their teeth appear. Their stomach and digestive system (in the early months) are incapable of handling (solid) food. When the babies teeth come out, its stomach becomes strong and ready for food. Indeed, Allah delays the growth of teeth until the baby needs the food.  This is from His wisdom and kindness, and out of mercy toward the mother and her breast’s nipples, so that the baby would not bite them with its teeth The babies should be given solid food in a gradual manner, starting with soft foods, such as wet bread, (animal) milk, yoghurt, meat broth…The parents should not be too disturbed by the baby’s crying and screaming, especially when it is hungry for milk. That crying benefits the baby tremendously, training its limbs, widening its intestines, broadening its chest…The complete breast-feeding term is two years. This is a right for the baby – if it needs it and cannot do without it…”

(Petikan dari "Advice for the New Mother" oleh Fatima Bakatulla)

Lyana tidak pernah lagi mengalami pengalaman menyusukan bayi. Namun Lyana percaya, menjadi impian setiap ibu untuk menyusukan sendiri anak masing-masing kan? Tetapi, bila susu sendiri tak banyak, kita surely akan rasa down, stress dan kesian kat anak kita. Risau anak kenyang ke tak.. Risau takut anak tak puas bila tak mendapat bekalan susu yang secukupnya. Hati Lyana sering tersentuh apabila ada customer yang mengadu pada Lyana bahawa beliau merasa sedih bila susu beliau sendiri tidak banyak untuk diberikan kepada anaknya.


Ikhtiar yang boleh dilakukan ialah selain daripada berurut, Lyana akan cadangkan pengambilan supplemen Shaklee. Bukan hanya kerana Lyana menjual Shaklee, tetapi juga kerana Lyana sendiri pernah mendapat testimoni-testimoni mereka yang BERJAYA dengan Set Penyusuan Shaklee.



Susu ibu adalah makanan terbaik bagi seorang bayi. Antara KELEBIHAN susu ibu:

❤️ Memberikan segala keperluan nutrisi bayi, bersih dan bebas dari kuman serta tersedia pada suhu yang sesuai.

❤️ Mudah dihadam dan mengandungi antibodi yang diperlukan oleh tubuh bayi.

❤️ Belum pernah ada seorang bayi pun yang dilaporkan menunjukkan reaksi alergi pada susu ibunya sendiri, tidak seperti susu formula daripada sumber haiwan.

❤️ Bayi yang disusukan juga mempunyai sistem ketahanan daripada penyakit yang lebih baik, seterusnya kurang mendapat penyakit.

Susu ibu telah dicipta oleh Allah sebagai satu sumber makanan yang sempurna bagi keperluan tumbesaran bayi. Bayi yang disusukan dengan susu ibu tidak memerlukan makanan tambahan sehingga 6 bulan pertama hayatnya.

Menurut Islam, seorang wanita itu hendaklah menyusukan anaknya melainkan dia mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak berbuat sedemikian. Ia merupakan tanggungjawab kedua ibu bapa kepada anak tersebut - ibu; menyusukan bayi dan ayah; menyediakan keperluan dan sokongan bagi isterinya supaya membolehkannya menyusukan anak mereka.


Ramai wanita beralih kepada penyusuan selain susu ibu kerana lebih selesa atau pun berpendapat bahawa berat bayi mereka tidak mengikut carta pertumbuhan yang telah ditetapkan. Walau pun pada peringkat awal penyusuan susu ibu mungkin akan memenatkan kerana setelah menghadapi sakit bersalin ibu terpaksa bangun beberapa kali ditengah malam untuk menyusukan bayi, lama kelamaan ia akan menjadi satu rutin yang menyeronokkan. Tidak sedikit wanita yang merasakan bahawa adalah tidak adil bagi mereka kerana terpaksa bersusah payah berjaga untuk menyusukan bayi, sedangkan lelaki boleh lena dibuai mimpi. Oleh itu, sekiranya bayi tersebut diberikan susu selain dari susu ibu, mereka boleh bergilir-gilir berjaga untuk menyusukannya.

Bagaimana pun, sebagai wanita, kita sepatutnya tidak lupa betapa tingginya darjat seorang ibu kerana pengorbanan yang telah dilakukannya sehingga Islam telah meletakkan banyak hak anak kepada ibu. Diriwayatkan apabila seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, "Wahai rasulullah, kepada siapa aku harus berbuat baik?' Rasulullah saw telah menjawab "ibumu" dan diulanginya sebanyak tiga kali apabila ditanya lagi. Setelah itu barulah rasulullah menjawab "bapamu". Bukankah semua itu kerana pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu, kerana kesakitan yang dialaminya ketika mengandungkan anaknya dan kerana malam-malam dimana dia terpaksa berjaga kerana menyusukan anaknya.

Okayh di bawah nih merupakan SET LENGKAP PENYUSUAN SHAKLEE, antara ikhtiar yang boleh diambil untuk penghasilan susu ibu yang lebih banyak dan juga cukup berkhasiat untuk bayi selain ibu sendiri mengamalkan pemakanan yang sihat dan juga seimbang.

SET LENGKAP PENYUSUAN: VITA-LEA, B-COMPLEX, VITAMIN C, ESP, ALFALFA COMPLEX, OSTEMATRIX


Vita-Lea
  • Adalah yang terpenting untuk anda dan bayi kerana Vita-Lea mempunyai nutrisi lengkap bagi memastikan kesihatan yang sempurna dari segala aspek kesihatan.
B-Complex
  • Amat penting untuk memastikan perkembangan saraf yang sempurna untuk bayi anda, di samping memastikan kesihatan mata, mulut dan kulit anda serta bayi. Selain itu, B-Complex membantu penghasilan tenaga dan darah.
Vitamin C
  • Penting untuk mengoptimumkan sistem imun anda dan bayi, selain membantu dalam penghasilan collagen. Vitamin C sangat bagus untuk kulit yang cerah, cantik dan sihat.
ESP
  • Mengandungi Isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen, membantu dalam meningkatkan penghasilan susu. Isoflavone membantu melembap, menggebu dan menganjalkan kulit dan payudara. 
Alfalfa Complex
  • Telah digunakan sekian lama secara tradisi oleh para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu. Alfalfa juga bagus untuk kesihatan buah pinggang dan merendahkan kandungan kolestrol.
Ostematrix (Kalsium)
  • Ianya sangat penting untuk memastikan kesihatan gigi dan tulang anda. Susu yang anda berikan kepada bayi mengandungi kalsium yang tinggi. Sekiranya anda tidak mengambil kalsium yang cukup, kalsium dari tulang anda akan diserap bagi menghasilkan susu. Lama kelamaan, terutamanya ibu yang mempunyai bilangan anak yang ramai, tulang anda akan mudah rapuh, gigi akan rongak dan bahagian belakang badan juga akan membongkok. Oleh itu, anda perlu memastikan pengambilan kalsium yang cukup dan sempurna.
SET BASIC PENYUSUAN: ESP, ALFALFA COMPLEX

Untuk semua ibu-ibu dan bakal ibu sekalian, berikan lah yang terbaik buat anak anda. 9 bulan anda mengendongnya di dalam rahim anda sendiri, sudah pasti anda ingin berikan yang terbaik buatnya bukan? :)


Your Shaklee Independent Distributor
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee & @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)


Tuesday, August 5, 2014

SET HAMIL SHAKLEE

Assalamualaikum semua and Hye


Hari nih Lyana nak berkongsi pula berkenaan supplements yang bagus untuk diamalkan semasa kehamilan, yang mana Lyana sendiri amalkan dari awal kehamilan sehingga sekarang (Trimester ke-2).


Latest picture masa Raya, perut tersorok tak nampak :)

Apakah cabaran yang biasanya dialami oleh Ibu Hamil?

Kehamilan adalah satu proses yang panjang dan mencabar terutama buat ibu yang baru pertama kali mengandung. Cabaran yang dihadapi ibu dalam proses untuk membesarkan janin dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan juga kekuatan fizikal.

Antara simptom-simptom yang mungkin berlaku kepada sesetengah ibu hamil ialah:

❁ Alahan Teruk

❁ Morning Sickness

❁ Tak boleh makan atau tiada selera makan

❁ Muntah dan Loya

❁ Anemia – Berbahaya jika tidak ditangani, 
boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin

❁ Keletihan, mengantuk dan rasa malas

❁ Mood swing

Lazim bagi ibu mengandung mengalami simptom kehamilan yang adakalanya boleh mengganggu aktiviti rutin harian. But then, jangan bimbang kerana keadaan tersebut hanya sekejap sahaja dan biasanya hanya pada Trimester yang Pertama sahaja.

Hampir semua masalah yang disebutkan di atas tadi insyaAllah dapat diatasi dengan mendapatkan nutrisi yang diperlukan secara lengkap di samping rehat yang mencukupi dan sokongan daripada suami.

Setiap ibu mengandung pasti mahukan bayi dalam kandungannya mendapat khasiat yang terbaik untuk pembesaran yang sempurna dan pertumbuhan otak yang cemerlang. Set Mengandung Shaklee memenuhi kesemua keperluan Ibu Hamil dengan rangkaian supplement yang terbaik untuk ibu mengandung.


Apa yang terdapat dalam SET HAMIL SHAKLEE?

1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)

❁ Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis 
vitamin dan mineral. 

❁ Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi 
kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi 
dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, 
kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

2) Sustained Release Vita-C

❁ Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan 
ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. 

❁ Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron 
sekapal pun takkan diserap oleh badan.

3) B-Complex with Folic Acid

❁ Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan 
demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih 
stabil dan wajah berseri. 

❁ B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan 
susu adalah lebih baik.

4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)

❁ Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah 
makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan 
pemeliharaan tisu. 

❁ Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.

❁ Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu,
protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk 
mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

❁ ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam
lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum 
untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. 

❁ Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)

❁ Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.

❁ Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh 
manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium 
tidak boleh dipandang remeh.

❁ Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium
dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap 
dari yang sedia dalam tubuh ibu.

❁ Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium 
ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan
tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

❁ Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah
susu merudum ketika period.

6) OmegaGuard (EPA & DHA)

❁ DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama 
pada otak. 

❁ DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek 
lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam
retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

❁ Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh
DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu
melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

❁ Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung
dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk
perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.


Pengambilan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci utama kepada:

❁ Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna

❁ Perkembangan bayi yang sihat

❁ Pencegahan baby dari mendapat jaundice.

Buat ibu yang berhasrat nak memberi yang terbaik kepada bayi yang dikandungkan dan ingin mendapatkan Set Kehamilan Shaklee yang paling lengkap untuk kebaikan bayi yang dikandung, boleh hubungi Lyana dan Lyana akan sarankan supplements yang terbaik seperti yang Lyana sendiri consume semasa Lyana pregnant :)

Atau untuk pembelian secara online boleh click link di bawah:


Bagaimana Cara Makan Set Kehamilan Shaklee?

Oleh kerana setiap individu adalah berbeza, maka cara makan vitamin Shaklee memerlukan sukatan yang berlainan mengikut keperluan individu.

Contohnya, Ibu Hamil yang ada Diabetes semasa hamil tentulah sukatan vitaminnya berbeza dengan ibu mengandung yang ada anemia. Betul tak mommies semua?

Cara makan exclusive dan consultation Lyana akan guide khusus untuk customers tersayang sahaja :)

Jadi buat anda,

❁ Para Suami yang sayang isteri yang sedang hamil dan bayi yang sedang berkembang dalam rahim

❁ Ibu yang mahu memberikan yang terbaik untuk bayi dalam kandungannya

Boleh whatsapp Lyana di 016-2099703 untuk mendapatkan special consultation Set Hamil Shaklee. InsyaAllah Lyana menjanjikan harga yang terbaik beserta consultation yang complete sebagai rujukan buat anda.

Akhir kata, Lyana doakan bakal-bakal mama nih semua sihat dan selamat hingga melahirkan insyaAllah. Doakan kesihatan Lyana dan baby juga ye :)



Monday, August 4, 2014

GLA COMPLEX SHAKLEE: Mengurangkan Senggugut & Meningkatkan Peluang untuk Hamil.

Assalamualaikum and masih lagi dalam mood beraya :)

Hari nih Lyana nak share salah satu supplement Shaklee yang sememangnya patut menjadi "bestfriend" to all LADIES out there iaitu GLA COMPLEX.


#1 Masalah SENGGUGUT / Period Pain 

Sebelum nih, GLA memang menjadi kecintaan hati Lyana sendiri. Masa sebelum kahwin, Lyana consume GLA sebab Lyana ada masalah senggugut yang teruk! (Senggugut = Period Pain). Memang dari zaman sekolah sampai lah ke zaman kerja, senggugut dengan diri yana tak dapat dipisahkan every 2nd day period datang.

Alhamdulilah, selepas consume GLA nih memang takde dah berguling-guling di hari ke-2 period. Kalau tak dulu masa kerja memang asyik mc jer bila kena senggugut. Thanks to GLA, Lyana berjaya juga atasi masalah senggugut yang dah lebih 10 tahun Lyana alami.


#2 Untuk Kesuburan Wanita, meningkatkan peluang untuk HAMIL

Next, Lyana nak cakap berkenaan dengan kesuburan pulak.

*Meh kita throwback sikit masa last year naa*

Lebih kurang dua bulan sebelum tarikh wedding, time tu memang Lyana dah consume ESP dengan Collagen Powder dah sebab nak kulit cantik gebu and flawless time wedding. Then terbaca pasal GLA COMPLEX nih yang bagus untuk kesuburan and the most important thing is BETULKAN KITAR HAID. My period memang datang ikut suka hati dia jer, cycle tak pernah yang tepat. Kejap 26, bulan dpn 30, bulan lagi satu 28 pulak.

So apa yang Lyana perasan selepas Lyana consume GLA COMPLEX, cycle cantek 28 days 3 bulan berturut-turut! Alhamdulillah.. Lepas tu positive pregnant takde la period kann. But Allah lebih tahu apa yang terbaik, belum rezeki Lyana, baby miscarriage masa nak masuk 12 weeks. Doctor Specialist tu pesan kena gap at least 3 bulan sebelum plan for next pregnancy which means masa tu around Dec 2013 baru boleh start plan balik.

Mula-mula tu Lyana tak consume GLA COMPLEX lagi, just ambil supplement Shaklee yang bagus lepas miscarriage (berpantang). Then sibuk lah tiap-tiap bulan pergi beli pregnancy test sebab berharap sangat nak baby kan, tapi negative result. Hampa! Sedih! Tapi keep on bersabar and yakin Allah akan berikan lagi rezeki lepas nih. Then baru lah Lyana teringat pasal GLA COMPLEX itu pun lepas 2 bulan check asyik negative, so Lyana pun start lah consume GLA COMPLEX.

Alhamdulillah syukur sangat-sangat, selepas sebulan tu period tak datang dah and bila check bulan berikutnya dah 5-6 weeks pregnancy. Syukur sangat pada Allah, doakan kesihatan kami berdua :)

Untuk pasangan yang dah mendirikan rumah tangga tapi belum ada rezeki lagi nak ada zuriat, jangan give up okayh. Teruskan ikhtiar dan banyakkan berdoa insyaAllah ada nanti rezeki Allah beri. PENGAMBILAN SUPPLEMENT juga adalah antara salah satu ikhtiar, tak salah mencuba selain berdoa.

For those yang nak mencuba SET KESUBURAN Shaklee boleh whatsapp Lyana, insyaAllah yana sedia memberikan tips dan consultation sekali. Kita hanya berusaha dan berikhtiar, then selebihnya kita serahkan pada Allah.



More info berkenaan Set Kesuburan Shaklee: click here 

1 bottle of GLA COMPLEX ada 60 capsules, so tahan untuk 2 bulan yer and bulan AUGUST 2014 nih merupakan promo GLA COMPLEX Buy 6 bottles free 1 bottle. Harga memang berbaloi-baloi, beli 1 bottle pun ada SPECIAL PRICE only for this month :)

Your Shaklee Independent Distributor
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee & @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com