Friday, September 5, 2014

Persediaan Kesihatan untuk Ibadah Haji dan Umrah.

Assalamualaikum semua :)


Seperti yang kita sedia maklum, musim ibadah Haji kini bermula. Mungkin ada di antara kita yang terpanggil sudah untuk pergi, atau ada ibu ayah, keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang pergi kali ini. Jadi di sini, Lyana nak share antara supplements yang boleh dibawa sebagai bekalan kesihatan sewaktu mengerjakan ibadah Haji serta Umrah.



Well, kita nak pergi tunaikan ibadah kan. So lebih baik kalau kita pelihara kesihatan kita sebaik yang mungkin sepanjang kita berada di sana. Boleh fokus untuk melakukan ibadah sungguh-sungguh tanpa gangguan kesihatan Inshaa-Allah.

Okayh so here's the list, antara supplement-supplement yang boleh di bawa ke sana ialah:



1. NUTRIFERON



Nutriferon adalah antara salah satu supplement 'penyelamat'. Nutriferon berfungsi untuk meningkatkan Immune System tubuh badan kita. Kiranya macam askar-askar dalam badan lah yang menghalang badan kita dari terkena serangan penyakit.

Mengapa Lyana katakan Nutriferon ini penyelamat? Sebabnya, sepanjang berada di Mekah sometimes cuaca sangat panas dan berhabuk. Apa yang Lyana tahu, di sekeliling Masjidil Haram terdapat banyak projek pembinaan yang sedang giat dijalankan oleh pihak Arab Saudi. So risiko terkena penyakit seperti demam, batuk, sakit tekak dan flu memang agak tinggi.

Jadi di sini, Nutriferon dapat membantu mengelakkan kita dijangkiti penyakit,

☂ Daripada persekitaran yang panas dan berhabuk
 Jangkitan daripada mereka yang sudah terkena jangkitan penyakit

Setiap kali rasa nak start rasa tak sedap badan atau sakit tekak, ambil satu sachet Nutriferon dan koyakkan lepas tu boleh terus masuk dalam mulut :)

Sedikit info mengenai Nutriferon:

Nutriferon merupakan adunan empat ramuan botani, apabila digabungkan bersama akan membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran Interferon tanpa menambah tekanan pada badan.
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita Mochata) yang telah didapati mendorong pengeluaran Interferon
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang duguna untuk meransang sistem imun
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle yang digunakan dalam perubatan asia

2. PERFORMANCE DRINK



Selain daripada Nutriferon, Performance Drink adalah sebagai penyelamat yang kedua kerana disebabkan cuaca di Mekah yang sangat panas dan kering, maka tekak boleh jadi sangat kering. Di samping itu, kulit juga mudah jadi sangat kering, bersisik dan mengelupas.

Setiap hari dan setiap kali nak ke masjid, boleh isi siap-siap dari bilik hotel serbuk Performance Drink dalam bekas air dan sesampainya di masjid, isi bekas air tadi dengan air zam-zam. Inshaa-Allah membantu sangat-sangat in terms of memberikan tenaga yang berpanjangan sewaktu beribadah dan juga dapat mengelakkan daripada dehydration akibat cuaca panas.

Jadi selain Nutriferon, Lyana sangat suggest untuk bakal-bakal jemaah sila lah bawa sekali Performance Drink ke sana nanti. Untuk menjaga kesihatan dan memudahkan ibadah di sana nanti juga inshaa-Allah :)

Sedikit info mengenai Performance Drink:
  • Sejenis minuman Elektrolit yang terbukti secara klinikal dapat menyokong hidrasi tubuh lebih cepat daripada air
  • Mengandungi lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding minuman elektrolit jenama lain
  • Mengurangkan kehilangan bendalir dengan meningkatakan hidrasi tubuh badan, mengekalkan tahap gula dalam darah bagi mengekalkan tenaga untuk meningkatkan stamina
  • Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang pengawet

3. OSTEMATRIX


Ostematrix ni bagi Lyana memang WAJIB BAWA. Sebab ibadah Haji serta Umrah memerlukan kita banyak bergerak dan pergi ke banyak tempat. Tambah-tambah lagi hotel yang terletak agak jauh daripada Masjid. So nak berjalan kaki ke masjid memang agak jauh dan nak tunaikan ibadah lagi, kalau yang muda okay lah jugak tapi bagi yang dah agak berusia risaukan mereka tak larat nanti. Badan boleh kejang and sakit-sakit, kaki cramp.

Pengambilan Ostematrix nih dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit-sakit dan cramp inshaa-Allah. Pengambilan terbaik sewaktu sebelum tidur. Bangun pagi jer dah rasa badan lebih sihat dan kuat, boleh sambung beribadah :)

Sedikit info mengenai Ostematrix: 
  • Ostematrix Shaklee membekalkan 1000mg unsur Kalsium daripada sumber-sumber yang tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap daripada alam semulajadi
  • 400mg Magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya
  • 400IU Vitamin D untuk membantu meransang penyerapan Kalsium

4. VITAMIN C


Selain daripada Nutriferon, Vitamin C jugak banyak membantu untuk mengelakkan diri daripada terkena penyakit. As per previous entries yang Lyana pernah share sebelum nih, Vitamin C sememangnya membantu meningkatkan imunisasi dalam badan.

Vitamin C nih seperti yang kita tahu sememangnya sangat bagus untuk kulit. Sepanjang di sana tak perlu gunakan sebarang skincare pun tak pe inshaa-Allah kulit muka kekal sihat jer dan bebas daripada jerawat, jeragat dan sun burn walau pun kita terdedah dengan cahay matahari yang panas. Sebab takut nanti ada kandungan yang tak boleh sah solat kat dalam tu. Kalau setakat nak pakai malam sebelum tidur kat bilik tu tak pe lah :)

5. VITAMIN E



Ini lagi satu penyelamat daripada kulit kering dan SUNBURN. Dengan cuaca yang panas terik, memang tak mustahil nak kena dua masalah nih.

Nutritionist Shaklee pernah inform semasa Health Talk on Product Knowledge, cara untuk elakkan kulit daripada terkena sunburn ialah dengan ambil vitamin yang tinggi dengan anti-oksidan pagi-pagi sebelum keluar rumah dan terkena cahaya matahari. So here, ambil lah Vitamin E pagi sebelum keluar menunaikan ibadah semasa di sana nanti.

Cadangan pengambilan all the supplements sewaktu berada di sana:

Setiap pagi selepas breakfast ambil sebiji Vitamin C dan sebiji Vitamin E untuk kesihatan diri dan kulit. Sebabnya, banyak penyakit yang kita boleh dapat bila kulit terkena lebih sinaran UV kan. Nak pakai sunblock pun leceh. Kalau pakai pun confirm sekejap jer, nanti sampai masjid ambil wuduk balik memang hilang dah sunblock nyer. 

Nutriferon hanya ambil bila perlu sahaja, contohnya kalau mula rasa tak sedap badan, badan mula panas ke atau tekak mula sakit. Boleh standby siap-siap 1-2 sachet dalam beg.

Performance Drink bawa dalam bekas air, kan campur dengan air zamzam kat Masjid tadi. Bila tekak rasa kering dan dahaga boleh lah minum.

Last sekali, Ostematrix ambil tiga atau empat biji waktu malam sebelum tidur. Inshaa-Allah, esok pagi mudah jer nak bangun :)

Sekian untuk kali ini, semoga sharing ini bermanfaat buat semua. Buat yang akan pergi mengerjakan ibadah Haji, Lyana doakan semoga anda selamat pergi dan selamat pulang, juga semoga mendapat ibadah Haji yang mabrur inshaa-Allah.

Assalamualaikum and Have a nice day 

Your Shaklee Independent Distributor
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee & @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)


 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com