Monday, September 29, 2014

Petua Mengubati Bisul

Assalamualaikum semua and Happy Monday.

Dalam sesetengah kes yang tidak dirawat, bisul boleh mengakibatkan keracunan darah dan mengancam nyawa. Walau pun kebanyakan masalah kulit tidak membahayakan nyawa tetapi ia boleh mendatangkan rasa tidak selesa dan mengganggu emosi pesakit. 


‘‘Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar.

‘‘Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh,’’ kata Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.


Menurutnya, bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Kadangkala, bisul boleh terjadi di dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunkel.

Walaupun sesiapa sahaja boleh menghidap jangkitan yang menyakitkan ini, mereka yang mempunyai diabetes, sistem imun yang tertekan, acne (jerawat) atau lain-lain masalah kulit lebih berisiko tinggi.

‘‘Selalunya, pesakit boleh menjaga seketul bisul di rumah sahaja tetapi anda dinasihatkan tidak memicitnya kerana ia akan merebakkan jangkitan. Antibiotik atau penyaliran surgikal diperlukan untuk membuang jangkitan itu,’’ jelas beliau.


So untuk hari nih, Lyana nak share sedikit petua tradisional dan juga moden untuk mengubati masalah BISUL.

Petua Tradisional mengubati Bisul

1) Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.

2) Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.

3) Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

4) Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

Tips Penjagaan Sendiri dalam mengubati Bisul

* Bubuh satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.

* Basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari. Kemudian, sapukan antibiotik yang boleh didapati di kaunter farmasi. Kemudian, tutup dengan pembalut.

* Elakkan memicit atau memecahkan bisul kerana ini boleh merebakkan jangkitan.

* Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang terkena kawasan yang dijangkiti.


Rawatan Alternatif

* Minyak tea-tree. Minyak asas ini telah digunakan untuk berkurun lamanya sebagai antiseptik, antibiotik dan agen antifungi. Sapukan minyak tersebut ke bisul anda beberapa kali sehari. Minyak ini boleh menyebabkan tindakbalas alahan. Berhenti jika masalah timbul.

* Ubat homeopati. Ubat homeopati untuk bisul termasuklah belladonna, hepar sulfuris dan silica.

* Herba. Teh herba seperti dandelion dan red clover dipercayai boleh membantu merawat jangkitan bakteria. Ubat salap lain yang mengandungi marshmallow atau elm yang licin boleh melegakan keradangan.

Shaklee juga mempunyai KRIM yang special untuk membantu mengurangkan masalah Bisul dan inshaaAllah sapuan secara consistent berupaya untuk membantu mengubati Bisul tanpa rasa sakit atau pedih. 

It's HERBAL BLEND :)


Antara kegunaan krim Herbal Blend by Shaklee:

1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga
Ini lah antara tujuan asal saya nak beli Herbal Blend pada mulanya sebab bila tidur selalu kena gigit nyamuk. Nyamuk kat rumah tuh memang tak makan saman dah, dia tak heran setakat Ridsect dan yang seumpama dengan nya.. Kesan gigitan nyamuk slalunya susah nak hilang.. Alhamdulillah lepas sapu Herbal Blend nih mmg cpt je hilang bekas-bekas merah gigitan nyamuk..

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
Tumit kering dan pecah sememangnya menjadi masalah saya sejak dahulu lagi. Pernah cuba macam-macam jenis krim mahal beli kat pharmacy. Tapi, tak berapa nampak hasilnya. Tapi, sekali pakai Herbal Blend, memang puas hati. Lembut je tumit kaki I gituu..

3. Ubat luka / lecur / bisul / nanah
Boleh guna sebagai ganti kepada minyak tradisional and krim lain yang biasanya berbau atau pun memedihkan. Seeloknya ada satu herbal blend dalam rumah, bila ada luka ke melecur ke terus sapu, inshaaAllah cepat baik. Terhiris pisau? Kena cakar kucing? Terkena minyak panas? Terkena bisul? Semua pun boleh sapu Herbal Blend.. InsyaAllah cepat sembuh nanti :)

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Memang dah terbukti, bila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat.. Jadi, lepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, kena ada herbal blend di sisi.Herbal blend ni sangat natural, jadi jangan risau.. Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat..

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah akan pudar dan hilang..

6. Ruam pada baby
Baby sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Baby kan masih kecil, kulit dia baru jer nak sesuai dengan persekitaran. So just sapukan jer Herbal Blend. Herbal Blend nih akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam. Jangan sapukan krim steroid tau! Kesian kat baby nanti..

7. Sebagai daily lotion
Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal blend tidak berminyak so sememangnya selesa digunakan :)

Kenapa Herbal Blend menjadi pilihan Lyana?

Sebab Herbal Blend nih diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi (horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary). So of course it is naturally safe untuk semua peringkat umur even for Baby sebabnya Herbal Blend takde langsung bahan kimia yang berbahaya.

More info and to order, boleh contact Lyana okayh.

Till then, Assalamualaikum.

Your Shaklee Health and Beauty Consultant
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 016-2099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee & @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)



 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com