Wednesday, September 10, 2014

Punca Rahim Membengkak: FIBROID & CYST

Assalamualaikum semua.

Okayh untuk hari ini Lyana nak share sedikit berkenaan "Isu yang HANGAT" diviralkan di Facebook berkenaan seorang cikgu yang mendakwa makan GLA COMPLEX menyebabkan rahimnya menjadi bengkak, itu pun dalam masa 2 bulan.

So here, Lyana ada few explanations to make the situation being cleared memandangkan ada customers yang bertanyakan tentang soal ini. Ada yang Lyana dah explain dalam Whatsapp and the case is closed.


Ini adalah gambarajah struktur rahim seorang wanita. Ini lah 'rumah' kita semua selama 40 minggu, melainkan kalau anda lahir tak cukup bulan :)


Secara anatominya, sistem reproduktif kita terdiri daripada:

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari

Ramai yang tidak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.



Sekiranya anda berhadapan dengan perkara ini, sebaiknya anda segera dapatkan diagnosis sebenar daripada doktor.

Uterus atau ovari yang bengkak? Ini memudahkan anda untuk mendapatkan konsultasi atau pandangan daripada pakar. Lebih baik jika dapat disertakan gambar dari ultrasound yang telah dibuat.

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Ovarian cyst dan fibroid ni kedua-duanya sama iaitu sejenis ketumbuhan. Bezanya, fibroid ni terdiri dari tisu yang padat dan hanya berada pada rahim. Tapi ovarian cyst terdiri dari cecair atau semi-solid dan berada dalam ovari.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).


Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Gambar yang ketumbuhan yang putih-putih di sebelah ini adalah contoh fibroid.

Sehingga kini, belum ada lagi seorang doktor atau saintis yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak hanya disebabkan satu perkara sahaja; sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor.

Antara 4 Faktor Utama tersebut adalah  :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

Fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.

Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain.

Peningkatan 5kg sahaja dari berat badan ideal juga menyebabkan risiko kematian pramatang meningkat.


4. Genetik

Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.



Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda, tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptom tertentu.

Antara simptom-simptom fibroid atau cyst adalah :

- haid yang tidak teratur atau berpanjangan
- sakit perut
- sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah PEMBEDAHAN dilakukan?


Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan atau menyebabkan gangguan kepada fungsi sistem lain seperti saluran kencing, sistem usus dan sebagainya. Berbincanglah dengan doktor pakar anda, kemungkinan besar  anda perlu melakukan pembedahan.

Kalau boleh, tak nak lah sampai kena operate kan? Tengok pun ngeri..

So, macam mana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Kita boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegah sebenarnya. Ini sangat penting jika anda telah di diagnosis mempunyai  fibroid atau cyst.

Antara langkah yang dapat membantu adalah:

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti produk yang berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, karbohidrat ringkas, salt, caffein dan alcohol.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan anda.

5. Tidak merokok atau tidak menjadi perokok pasif. Minta tolong pada suami untuk berhenti jika dia masih merokok.

6. Elakkan penggunaan kosmetik, bahan pencuci, penggunaan plastik atau polisteren untuk makanan dan banyak lagi sumber xenoestrogen.

Ok, selain itu, ramai juga yang tanya, betul ke Produk SOYA tidak bagus untuk wanita?


Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang positif dan ada yang tidak menyokong.


Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.


Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.


(Michael T. et al, 2012) 


Cadangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid adalah tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. 


Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO). ESP Shaklee adalah antara soya jenis non-GMO.

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.


Antara Nutrition supplements yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst:

1. Lipotrophic factor seperti Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin C, vitamin E, selenium and zinc.

3. Omega 3 (EPA + DHA) - anti inflamasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi.

7. Green tea - powerful antioxidant.

GLA COMPLEX boleh ke consume?

GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.

GLA dari sumber minyak borage adalah yang terbaik berbanding dari EPO. EPO juga omega 6 yang bagus tetapi mengandungi kandungan GLA yang lebih rendah. Pastikan anda memperoleh supplements dari sumber yang premium dan natural. 

Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Ramai yang tanya nak guna minyak masak apa yang terbaik?

Ok frankly speaking, semua minyak masak yang terproses atau 'refined oil' adalah tidak baik untuk kesihatan. The best memang lah gunakan cara rebus, steamed atau roasted. Tapi saya faham, kita dah terbiasa dengan kaedah menggoreng sejak kecil lagi. Susah nak tukar right? :)

The best memang lah olive oil for cooking dan Unrefined coconut oil. Ideal sangat jika dapat menggunakan minyak ini. Minyak ini adalah lebih stabil pada suhu yang tinggi dan seperti biasa yang baik sememangnya agak mahal berbanding minyak biasa.

Untuk itu, anda boleh menggunakan minyak sawit tetapi pastikan hanya digoreng sekali sahaja. Jangan gunakan berulang-ulang. Minyak yang digoreng berulang-ulang telah bertukar sifat menjadi transfatty acid. Be careful of that.

Ataupun, sekarang ni kan dah ada advances in cooking me
thod, gunakanlah 'Air Fryer' - much better, sebab goreng tidak menggunakan minyak.

Carta di bawah ini adalah details explaination tentang jenis-jenis minyak yang sihat. Nampak berserabut sikit, tapi very good explaination.



Sumber: Dr Malinda

CADANGAN SUPPLEMENT UNTUK MASALAH CYST / FIBROID

Jika anda disahkan mempunyai cyst atau fibroid atau kedua-duanya, anda boleh amalkan GLA Complex Shaklee dan Vitamin ACE.

GLA Complex Shaklee

GLA Shaklee bertindak untuk membetulkan hormon yang tidak seimbang. Estrogen dan progesteron akan diseimbangkan supaya tiada yang lebih dari yang lain.

Vitamin ACE

Vitamin Ace terdiri dari Carotomax (Vitamin A), Vitamin C dan Vitamin E. Ketiga-tiga vitamin ini merupakan rangkaian anti-oksidan yang penting untuk membunuh hormon xenoestrogen. Vitamin ACE penting untuk mengelakkan cyst membesar kembali.

Memang ada kes dah makan GLA dan alhamdulillah cyst mengecut. Tapi kemudian cyst membesar semula. Faktor ini disebabkan oleh root cause tidak diselesaikan, iaitu xenoestrogen tidak dihapuskan sepenuhnya oleh Vitamin ACE.

Kalau nak cuba GLA Complex sahaja boleh ke?

Boleh kalau nak cuba GLA saja, cuma adalah lebih digalakkan untuk menggabungkan GLA bersama Vitamin ACE kerana GLA hanya membetulkan ketidakseimbangan hormon manakala ACE menghapuskan hormon xenoestrogen.

VIVIX sebagai SUPPLEMENT yang TERBAIK (untuk FIBROID)

Vivix merupakan supplement yang kaya dengan Resveratrol iaitu antioksidan yang baik untuk mengurangkan inflamasi dan dipercayai dapat mengecutkan fibroid dengan cepat. Vivix juga menghalang sel-sel abnormal daripada berkembang. 



Sekian, semoga sharing ini bermanfaat buat semua :)

Assalamualaikum and Have a nice day.

Your Shaklee Independent Distributor
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee & @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)


 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com