Wednesday, September 24, 2014

Shaklee's MASTER CELEBRATION: Master Siti Farhana & Ahmad Firdaus

Assalamualaikum semua :)

Untuk kali ini Lyana nak berkongsi pulak berkenaan event yang baru jer berlangsung Sabtu lepas, 20 Sept 2014 iaitu Shaklee's Master Celebration for Master Siti Farhana and Ahmad Firdaus. Kenapa yer nak kena cerita pasal diorang nih? Sebabnya, mereka ni lah upline and mentor Lyana dalam business Shaklee nih.

Siti Farhana atau nama mesranya Nana nih sebenarnya kawan Lyana, yang juga merupakan kawan sekolah En Suami. Masa Lyana and En Suami tunang, hubby dia Ahmad Firdaus tulah yang jadi photographer. So kiranya perkenalan kami bukan dari Shaklee, sebelum tu lagi dah kenal.

Alhamdulillah, Lyana bersyukur dipertemukan dengan seorang sahabat merangkap mentor Shaklee yang hebat. Kerana bimbingan dan tunjuk ajar dia Alhamdulillah Lyana berjaya meraih income lebih 3 kali ganda Lyana makan gaji selama 3 tahun. Kini dah capai dah pun 5 angka, syukur sangat-sangat. Bila orang tanya kerja apa, Lyana jawab business Shaklee and ada business online lain kecik-kecik jer. Orang sure macam pelik, penat belajar Degree lepas tu business sendiri jer?

Okayh. Lyana makan gaji 3 tahun gaji Lyana baru nak 3k. Lyana join business Shaklee setahun dah and Lyana buat sales sungguh-sungguh Lyana boleh capai bonus Shaklee lebih 10k sebulan. Persoalannya di sini, mana lagi berbaloi? Kerja ofis yang pecah kepala ke kerja dari rumah mengadap laptop dengan henfon? :)

And another thing, Lyana bersyukur sangat-sangat sebab suami and keluarga memang berikan Lyana full support dalam business nih. En Suami even dia takde la ambil port sangat berkenaan apa yang Lyana buat, tapi dia selalu ambil tahu dan tanya perkembangan business semua macam mana. Bila ada event, of course dia lah peneman setia Lyana ^_^


InshaAllah next year Master Celebration kita pulak, aminn :)

Berbalik pada kisah Master Celebration tadi. Nanti Lyana kongsi lagi yer info berkenaan business Shaklee nih lepas habis story event Master Celebration nih.


Ini lah pasangan Master Termuda di Malaysia, perhaps dunia jugak :)
Master Siti Farhana and Ahmad Firdaus.

Spectacular adalah empayar di bawah mereka berdua, and I am proud to be one of her Shaklee baby.

 Kami sebaya, this year 25 dah. Doakan yer next year Master Celebration untuk saya pulak inshaAllah :)

Antara Leaders di bawah empayar Spectacular. Alhamdulillah, syukur that I am one of them :)


Antara Shaklee babies Lyana yang turut hadir, kat sini ada yang dah berjaya capai income 4 angka. Alhamdulillah :)

Master Celebration nih diadakan bertujuan untuk meraikan Shaklee Distributor yang telah mencapai rank tertinggi dalam business Shaklee ini iaitu MASTER COORDINATOR and majlis nih 100% dibiayai oleh Shaklee. Yang best nya you may choose nak buat kat hotel mana and tentukan tarikh semua. Nak ajak ramai mana pun boleh.

Menariknya selain makan-makan lah of course, pelbagai tips akan dikongsi oleh Master yang diraikan. Kiranya sebagai salah satu penyuntik semangat juga untuk kita berjaya mencapai macam apa yang Master capai. Kalau anda semua nak tahu, Master Nana nih dah melangkau 2 upline dia dalam Shaklee nih which means dia dah Master dulu dah. See, Shaklee ni MLM yang adil dan bergantung sepenuhnya pada usaha anda sendiri bukannya downline success upline yang goyang kaki pun boleh success sama. Takde istilah 'mengkayakan' pihak atas.

Macam group Lyana sendiri, there's a case yang Leader 2nd level Lyana dah naik ke 1st level sebab upline dia tak perform. So upline dia tadi tak dapat la apa pun daripada downline dia yang perform and effective as leader nih tadi. Itu antara sebab Lyana suka dengan business Shaklee, you usaha maka you berjaya. You main-main, bye-bye! :)

Tiada business yang mudah, same goes to tiada pekerjaan yang mudah and boleh buat anda terus kaya raya. Melainkan, anda lahir memang dari keluarga yang billionaire tak payah kerja pun takpe. Business nih memerlukan anda move dari satu tahap ke satu tahap yang lain di mana anda memerlukan MINAT, KESABARAN dan KESUNGGUHAN. Paling penting sekali, dengar lah cakap MENTOR anda iaitu UPLINE anda sendiri. Mentor anda berjaya, kenapa tak nak follow orang yang berjaya kan?



Keahlian yang hanya RM65 seumur hidup (postage ada additional RM10 Semenanjung and RM20 Sabah Sarawak), boleh pilih nak business atau nak makan sendiri pun boleh. Takde masalah sebab kalau awak makan sendiri and awak capai point yang ditetapkan, makan awak dapat lah bonus. Tapi, kalau awak pilih untuk business lagi lah besar bonus inshaAllah sebabnya awak buat sales. Usually buat sales and makan sendiri, agak-agak mana yang lebih banyak point? Point lebih, bonus pun lebih :)

Dengan bimbingan dan guide yang betul daripada Mentor, inshaAllah semua orang boleh berjaya dalam business nih. Untuk yang berminat nak sertai group Lyana under Phenomenal Pearls, boleh hubungi Lyana untuk mendaftar sebagai ahli. Biasanya Lyana akan mengadakan class dan coaching kat Whatsapp and ada personal group juga untuk membincangkan any issues serta info berkenaan produk. See, kalau macam nih gayanya adakah anda akan terkapai-kapai? Full guide tau inshaAllah.

Sekian sharing Lyana untuk kali ini. Semoga bermanfaat.

Assalamualaikum :)



Your Shaklee Health and Beauty Consultant
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 016-2099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee & @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)

 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com