Friday, October 17, 2014

Kenapa saya memilih SHAKLEE sebagai bisnes?

Assalamualaikum semua.

Hari ini terdetik di hati Lyana untuk share dengan anda semua bagaimana perjalanan Lyana dengan business yang kini dah menjadi sebahagian daripada diri Lyana sendiri iaitu business Shaklee. Business yang membolehkan Lyana bekerja dari rumah dan juga tak perlu terikat dengan masa kerja :)


My dream home-office. Lyana memang penggemar warna putih and ini target Lyana untuk next year inshaaAllah lepas habis berpantang.

Alkisahnya bermula..


Masa awal-awal Lyana join Shaklee, Lyana takde pun impian yang besar. Lyana cuma nak earn extra income jer sebab masa tu dah terasa gaji masa tu yang Lyana perolehi tak mencukupi, always cukup-cukup makan. Nak shopping barang untuk diri sendiri pun fikir banyak kali. Lyana bukan jenis yang suka nak meminta pada suami sebab Lyana tak nak membebankan dia. So Lyana sedar, Lyana kena buat sesuatu.

Masa tu kan, savings Lyana memang habis untuk wedding, yelah gaji pun tak de lah besar mana so what should I expect kan? Dari lima angka duit simpanan dalam bank, lepas wedding yang tinggal hanya tiga angka sahaja. But tak kisah pun. Asalkan majlis selesai dengan baik dah Alhamdulillah. Tak nak fikir pasal duit yang keluar sebab bukan majlis orang lain, kan majlis sendiri jugak. Duit hantaran suami beri, semua Lyana berikan pada ayah dan ibu sebab Lyana tahu mereka pun banyak keluar duit untuk majlis Lyana.

So one day, masa tu dalam bulan Jun jugak masa baru balik dari honeymoon, Lyana decide untuk join business Shaklee nih itu pun lepas dah jatuh chenta sangat-sangat dengan produk Shaklee yang Lyana consume masa tu iaitu ESP Shaklee. Syukur Alhamdulillah Allah pertemukan Yana dengan seorang MENTOR yang hebat, iaitu Master Siti Farhana yang juga merupakan kawan Lyana sendiri. Masa tu tak rapat pun, sejak bersama-sama dengan Shaklee dah macam adik beradik jer rasa. Semua share cerita sama-sama :')


Penghujung Jun 2013 itu lah merupakan detik permulaan Lyana dengan business Shaklee. Ingat lagi masa tu first bonus baru RM80, masih bertatih lagi belajar berkenaan product knowledge, sales and marketing. Okay lah kan daripada takde, dengan duit bonus tulah Lyana beli produk Shaklee kalau tak silap masa tu Lyana beli GLA COMPLEX untuk kesuburan, mengatasi masalah senggugut teruk yang Lyana alami sejak zaman persekolan lagi dan juga membantu untuk stabilkan kitar haid Lyana yang memang tak teratur. Plus, ada Vitamin E yang sememangnya bagus untuk kecantikan kulit.

Bulan Kedua iaitu Julai 2013, Lyana ingat lagi masa tu memang Lyana stress kat office. Kalau tak silap baru habis billing, so asyik kena pressure jer dengan senior and bos bila billing target ada yang tak meet. Pandai pung pang bising bila tak meet, tapi increment tiap-tiap tahun punya la kedekut. Tambah stress lagi disebabkan workload yang terlalu membebankan kepala, sampai balik rumah malam tidur pun mimpi pasal kerja. Mana tak nya, bayangkan pukul 1-2 pagi pun ada terima call and message berkenaan kerja from production area. Nasib lah makan B-Complex hari-hari nak bantu reduce stress and lebih energy, ESP memang of course la maintain cuma B-Complex special sikit bab-bab stress nih.Tak de la jerawat besar keluar time tengah stress tuu.

So then Lyana tanya kat mentor Lyana iaitu Nana, macam mana caranya Lyana nak lebih maju dan mara lagi dalam business Shaklee nih? Syukur sangat-sangat mentor Lyana nih hebat dan tak putus-putus memberikan ilmu serta kata-kata semangat, bulan Julai tu Lyana memang all out habis kat sales. Ingat lagi berpuluh tong ESP Lyana berjaya jual masa tu, ada la campur-campur supplements lain sekali macam Vitamin E, B Complex etc. Kat sini Lyana nak highlight sikit, kalau nak buat sesuatu business berkenaan produk, please make sure awak sendiri adalah seorang yang consistent dan amalkan produk tersebut. Contoh macam Lyana sendiri amalkan ESP and other vitamins, kulit makin cantik gebuu agak-agak orang yakin tak nak beli and jadi ahli at the same time? itu TIPS UTAMA dalam berbisnes. Jangan jual produk yang anda sendiri tak tahu langsung and anda tak pernah mencuba.

Alhamdulillah, bulan Ke-2 dengan Shaklee Lyana berjaya rank up ke tangga pertama iaitu SUPERVISOR sekaligus memberikan Lyana bonus mula mencecah empat angka. So Lyana nampak dengan jelas, Lyana boleh lebih berjaya lagi dengan Shaklee and Lyana aim once bonus yang Lyana dapat melebihi gaji Lyana bekerja masa tu, Lyana nak resign and full time jer dengan business. Sebabnya... Lyana dah penat terikat dengan kerja office yang penuh dengan pressure tapi gaji macam tak berganjak sangat pun, increment pun ciput aje. So MATLAMAT Yana masa tu nak WORK AT HOME, tapi Lyana boleh earn 3-4 times higher than gaji Lyana kerja masa tu :)

Masuk bulan Oktober 2013, Lyana mara setapak lagi ke rank seterusnya iaitu Senior Supervisor. Alhamdulillah, masa tu bonus Lyana dapat lebih 2k daripada gaji Lyana kerja makan gaji. Tapi takde lah terus resign masa tu, of course nak capai income yang lebih stable dulu kan baru fikir pasal nak resign. Annual bonus company pun bulan 12, so sabar jelah dulu. Setiap bulan makin lama makin meningkat bonus yang Lyana capai. Masuk bulan Disember tu, Lyana entitle pulak untuk terima CAR BONUS daripada Shaklee yang sekaligus menaikkan lagi bonus bulanan yang Lyana bakal terima. Lebih 1k jugak car bonus Shaklee bagi, semua berdasarkan sales setiap bulan so amount dia tak fix. Lebih sales anda buat, lebih lah bonus anda dapat.


 #Throwback : Muka orang tak cukup rehat sebab time tu Quarter 4 Billing.
Malam pulak sibuk dengan Shaklee, memang masa tidur tak cukup.

Februari 2014, Lyana berjaya lagi rank up ke tangga ketiga iaitu Coordinator. Masa ni bonus memang dah lebih 7-8k sebulan. Alhamdulillah, tak pernah menyangka boleh dapat banyak tu. Lyana dah mula berkira-kira nak resign since income Shaklee masa tu dah makin stable. Mac 2014 memang buat Lyana pasti untuk membuat keputusan nak resign, Lyana berjaya rank up lagi ke rank Senior Coordinator. Alhamdulillah, mula mencecah income lima angka. Syukur sangat-sangat pada Allah atas segala rezeki yang Lyana perolehi. En Suami adalah antara yang memberikan Lyana fully green light untuk Lyana resign. Maka, bermula lah episod Lyana sebagai seorang housewife tetapi bergaji :)


Rezeki lepas resign, Lyana pregnant for the second time. Yang mengikuti blog Lyana sure akan aware, first pregnancy belum ada rezeki. Baby hanya bertahan sehingga 12 weeks and Lyana miscarriaged. Allah belum nak berikan Lyana rezeki zuriat masa tu, tapi Lyana dapat rezeki daripada business Shaklee. And now, baby dalam perut nih dah 32 weeks ++, inshaaAllah Lyana due end of next month or early December. Doakan Lyana and baby sihat serta selamat. Memang bersyukur dah resign masa April tu sebab morning sickness Lyana agak teruk. So tak perlu MC, kan Lyana work at home maka I can rest whenever that I need. Syukur :') Yang masa first pregnancy bos pun asyik buat muka time Lyana kat office kena morning sickness teruk, lepas tu banyak pulak MC and emergency leave sebab tak larat. Second pregnancy nih aman jer, morning sickness duduk rumah boleh tidur. Hee alhamdulillah..

Nampak tak kat sini betapa kejayaan dan impian tu sebenarnya takde lah sukar untuk dicapai, and yes takde la senang jugak. Apa yang anda perlukan ialah,

ヽ(•‿•)ノ MINAT
ヽ(•‿•)ノ USAHA
ヽ(•‿•)ノ BIMBINGAN daripada MENTOR
ヽ(•‿•)ノ USAHA dan DOA

Paling penting yang dah berkahwin, mesti dapatkan RESTU daripada suami :)

Lyana tak segan nak mengaku impian Lyana yang paling utama sememangnya FINANCIAL FREEDOM. And Lyana percaya ramai lagi yang kat luar sana pun inginkan FINANCIAL FREEDOM juga kan? Buat anda yang berimpian sama macam Lyana, meh Lyana tunjukkan jalan dan Lyana akan bimbing anda sehingga berjaya inshaaAllah!

Here's what Shaklee can offers you :)


TIME FREEDOM yang membolehkan anda bebas daripada waktu kerja office dan bekerja hanya dari rumah 


FINANCIAL FREEDOM yang membolehkan anda bebas daripada hutang, bantu ringankan beban suami, boleh berikan ibu ayah lebih duit belanja, boleh bantu pembelajaran adik beradik, lebih banyak bersedekah untuk membantu mereka yang memerlukan serta boleh spend untuk diri dan family anda sendiri (kerjakan umrah, haji, travel and holiday)

❤ HEALTH FREEDOM untuk diri anda, suami, ibu ayah, family dan orang lain. Pengambilan SUPPLEMENT yang NATURAL dan SELAMAT inshaaAllah boleh membantu mencegah penyakit. But make sure, kena ada product knowledge. Yang ni tak perlu risau, semua boleh belajar :)

So for those...

Yang nak mencapai income 4-5 angka sebulan..

Yang mengimpikan untuk bekerja dari rumah sambil menjaga anak-anak, keluarga..

Yang sanggup berkorban demi mencapai impian..

Lyana sangat mengalu-alukan kedatangan anda untuk bernaung di bawah group Lyana #PhenomenalPearls. InshaaAllah bimbingan serta tunjuk ajar akan diberikan sepenuhnya dan semua class hanya secara online di Whatsapp :)

Yang nak berjaya, JOMM kita REALISASIKAN IMPIAN kita.

Yang tak nak tak pe, boleh tengok jer dari jauhhh...




 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com