Thursday, October 23, 2014

Pantang Larang dalam Pengambilan Vitamin atau Supplement.

Assalamualaikum semua.

Untuk hari ini, Lyana ingin berkongsi beberapa PANTANG LARANG sewaktu kita mengamalkan VITAMIN / SUPPLEMENT. Mungkin ada di antara kita yang terlepas pandang atau langsung tidak tahu berkenaan pantang larang ini, semoga sharing dari Lyana ini bermanfaat buat semua :)



Lyana yakin ramai yang tahu kelebihan "CONSISTENCY" iaitu amalan yang mungkin dilakukan secara sedikit tetapi berterusan. Even dalam mendapatkan kesan hasil daripada pengambilan supplement, kita disarankan untuk mengambil supplement secara consistent selama 3 bulan untuk mendapatkan keserasian di antara supplement dan sistem dalam badan kita, di mana sel kita biasanya hidup di antara 90-120 hari.

Ada segelintir yang mengamalkan supplement merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement yang mereka ambil. Sebenarnya, ia berlaku disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Tidak mengambil air kosong secukupnya.


Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang berwarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Kita disarankan untuk membanyakkan minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.



Pengambilan air kosong juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis

Apa itu Healing crisis? Sila klik di SINI.

2. Elakkan makan vitamin / supplement secara banyak sekaligus pada satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin / supplement secara sekali gus / serentak, ini boleh meningkatkan kepekatan darah dalam badan kita pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka mengamalkan cara ini apabila waktu hendak tidur iaitu mengambil semua supplement sekali gus sedangkan pada masa selepas itu lah kita akan kurang minum air.



Cuba agihkan masa pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu masa.

3. Elakkan pengambilan vitamin / supplement bersama ubat lain.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin / supplement kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin / supplement pada waktu tengahari atau malam. Namun, sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan pagi dan petang, maka amalkan vitamin / supplememt selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? 




Pengambilan minuman berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin / supplement yang kita amalkan selama ini. Kesannya, kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan khasiat dalam vitamin /supplement rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin / supplement.


-Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi seperti Vitalea tidak boleh diambil bersama air susu / ostematrix / pil kalsium. Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

-Vitamin E dan GLA Complex (terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama Alfalfa kerana Alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti berikut,

-Pesakit SLE: Alfalfa

-Pesakit talasemia: Vita Lea


-Pesakit Hipertiroid: Vita Lea

-Pesakit Hipotiroid: ESP

Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotomax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin / Supplement yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin / supplement yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Ibu Menyusu: Cinch disarankan agar diganti dengan ESP kerana kandungan kalori yang rendah di dalam Cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu-ibu yang menyusu dan Vivix.





TIPS UNTUK IBU MENYUSU:

Makanlah vitamin / supplement yang membantu untuk menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama supaya tidak terlalu banyak vitamin / supplement yang anda amalkan, juga dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. 


Untuk info SET PENYUSUAN SHAKLEE, click di SINI.

Sekiranya anda membeli sebarang jenis vitamin / supplement, make sure anda mendapatkan jadual pengambilan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi serta kebaikan vitamin yang anda beli. 

For orders and consultation,

Your Shaklee Consultant
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee & @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)

 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com