Wednesday, October 1, 2014

Sharing untuk IBU HAMIL: 8 Petua Mudah Untuk Bersalin Normal

Assalamualaikum semua :)

Entry kali nih Lyana nak share lagi info untuk bakal-bakal ibu yang dah makin dekat nak due iaitu PETUA MUDAH BERSALIN secara normal. InshaaAllah moga info ini sama-sama bermanfaat buat kita semua. Yang belum kahwin pun boleh baca sebagai ilmu pengetahuan jugak.

Setiap wanita dianugerahkan kelebihan untuk menahan sakit bersalin yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana lelaki di dunia. Petua mudah bersalin bukan sesuatu yang dibuat-buat. Juga, sakit bersalin adalah sakit yang tidak dapat digambarkan. Hanya orang yang pernah merasainya yang tahu bagaimana rasanya sakit bersalin, seperti satu perjuangan antara hidup dan mati seseorang ibu. Oleh sebab itulah jika seseorang wanita meninggal semasa bersalin dikira sebagai syahid. Kesakitan yang dialami ketika bersalin merupakan lumrah yang tidak dapat dielakkan. Sebagai umat Islam, anggaplah kesakitan ketika bersalin itu sebagai kafarah dosa.

Ibu yang sedang hamil termasuklah Lyana sendiri biasanya akan study dan banyakkan pembacaan berkenaan cara untuk melancarkan proses bersalin agar kesakitan yang ditanggung tidak lama. Sememangnya kita perlu untuk berusaha mencari maklumat dan berkongsi pengalaman bersalin agar dapat dijadikan panduan dan pengajaran antara satu sama lain. Sebenarnya, setiap kelahiran adalah berbeza proses bersalin yang akan dilalui oleh ibu hamil walaupun sudah mempunyai ramai anak.

Berikut sedikit perkongsian antara usaha yang boleh diaplikasi semasa hamil dan semasa proses bersalin untuk membantu melancarkan proses bersalin:

1. Menimba pengetahuan

Rajin-rajinkan mulut bertanya pengalaman bersalin orang sekeliling sama ada kawan sepejabat, saudara mara, mahupun jiran tetangga. Mereka pasti teruja untuk menceritakan pengalaman masing-masing di samping memberi nasihat yang berguna kepada anda kelak. 


Selain itu, luaskan pengetahuan melalui pembacaan. Belilah buku yang berkaitan kehamilan dan bersalin sebagai langkah awal untuk mendapat sedikit gambaran tentang perjalanan seorang ibu hamil hingga melahirkan bayi. Ikutilah juga kelas antenatal yang dianjurkan di mana-mana pusat kesihatan. Kalau kat hospital kerajaan free jer.



DOA NABI YUNUS


LA ILA HA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN


"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Engkau, ya Allah. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

2. Persediaan mental dan rohani

Ibu perlu yakin terhadap kemampuan diri sendiri. Jadilah seorang yang berfikiran positif. Fikirkan bahawa jika wanita lain boleh melakukannya, mengapa anda tidak? Apabila anda yakin, secara tidak langsung akan menaikkan semangat anda. Sentiasa berdoa agar dipermudahkan proses sebelum, semasa, dan selepas bersalin, membaca Al-Quran serta amalkan solat-solat sunat dan zikir.

3. Persediaan fizikal

Ibu hamil mesti menjaga kesihatan agar sihat tubuh badan. Otot-otot sendi yang kuat dan mantap akan membantu melancarkan proses bersalin. Hindari aktiviti yang boleh memudaratkan dan mendapat jangkitan. Elakkan daripada mendapat selsema dan batuk. Sekiranya terjangkit, segeralah mencari penawar agar sistem dalam badan tidak terganggu terlalu lama. Sentiasalah bersenam dan mengambil diet yang seimbang supaya badan cergas. Untuk mencegahnya, Lyana sarankan pengambilan SUSTAINED RELEASE VITA-C Shaklee.

4. Menenangkan diri



Walaupun sakit, ibu hamil harus berusaha untuk bertenang. Ungkapkanlah zikir dan selawat sebagai penambah semangat di samping mengurangkan sakit yang ditanggung. Ketika ini, sokongan moral daripada suami sangat membantu terutamanya di saat kelahiran. Mintalah ampun kepada suami dan kedua orang tua sebelum bersalin. Amalkan teknik pernafasan yang betul semasa ingin bersalin. Kebiasaannya, kakitangan hospital akan membantu ibu-ibu semasa proses bersalin berjalan.

5. Alas perut

Melahirkan anak bakal memerlukan tenaga yang banyak. Kekurangan tenaga akan menyukarkan atau melambatkan proses bersalin. Alaslah perut anda sebelum dibawa ke bilik bersalin. Makanlah sesuatu walaupun anda tidak berselera kerana menahan sakit. Jangan biarkan perut kosong. Sekurang-kurangnya makanlah sebuku roti atau beberapa keping biskut sebagai alas perut atau yang terbaik, makanlah KURMA dan minum air zamzam.

Makanan dan minuman dari tanah arab ini sering disebut-sebut sebagai makanan tambahan ataupun penawar kepada penyakit. Kurma adalah sejenis buah yang bakal memberikan tenaga segera, pantas diproses dan diserap. Selain mengandungi karbohidrat, kurma juga terdiri daripada serat dan potassium.

Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung kerana dapat memudahkan proses bersalin dan mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin. Makan lah buah kurma sebanyak yang boleh semasa sedang sakit hendak bersalin sementara menunggu untuk masuk ke bilik bersalin. Minum air zam zam sebagai penghilang dahaga.

6. Minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara atau lebih dikenali sebagai VCO (virgin coconut oil) adalah salah satu petua bagi membantu proses bersalin. Ia juga merupakan antiviral yang boleh melawan jangkitan. Minyak kelapa dara boleh diminum atau diambil dalam bentuk kapsul. Pengambilan minyak kelapa dara sepanjang kehamilan dipercayai akan menunjukkan kesan yang menakjubkan.

7. Telur ayam kampung

Telur ayam kampung sememangnya sinonim dengan pemulihan tenaga. Menurut petua orang lama, pengambilan telur ayam kampung bersama air milo sangat membantu semasa proses bersalin terutamanya semasa meneran. Ambil sebutir telur ayam kampung mentah dan pecahkan ke dalam secawan air milo. Kacau kemudian diminum sebelum anda pergi ke hospital setelah tanda-tanda hendak bersalin kelihatan. InsyaAllah ianya akan membantu dalam proses bersalin anda. Telur ayam kampung juga boleh diambil sepanjang kehamilan dalam bentuk separuh masak.

8. Bendi

Sayur bendi terdiri daripada 90% air dan kaya dengan kandungan kalsium. Sayur yang berlendir ini bukan sahaja dapat membantu dalam proses bersalin, malahan ia juga turut menjadi penawar kepada sembelit, diabetis, dan jaundis. Bendi boleh dimakan dalam pelbagai cara termasuklah sebagai ulam, ditumis, dimasak bersama ikan dan sebagainya. Ibu hamil yang mempunyai masalah buasir juga boleh mengamalkan makan bendi supaya tiada masalah yang timbul semasa bersalin nanti.




Lyana mengamalkan SET KEHAMILAN SHAKLEE nih alhamdulillah memang bertenaga so far even perut makin membesar. Untuk lebih  info berkenaan supplements yang terdapat dalam set nih, click here. InshaaAllah nanti berpantang pun dengan SET BERPANTANG SHAKLEE juga.

Okayh yang nih pulak amalkan bila semakin menghampiri sakit nak bersalin, sharing daripada mereka yang berpengalaman. Ada yang kat atas tadi Lyana dah senaraikan tapi Lyana ulang balik lebih spesifik sebab nak tekankan cara untuk anda amalkan bila dah makin dekat due :)


TIPS UNTUK MEREKA YANG MENGHAMPIRI EDD (due date nak bersalin)

 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk memberikan tenaga.

♥ Bila sakit nak bersalin, makan sebiji telur mentah.

♥ Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka.

♥ Rebus epal hijau then makan time tengah sakit contraction.

♥ Amalkan membaca surah Maryam untuk memudahkan bersalin.

♥ Time kat labour room, banyakkan membaca Al-Fatihah dan doa Nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.

♥ Amalkan minum air kelapa hujung-hujung nak bersalin (inshaaAllah nanti baby lahir kulitnya bersih jer).

♥ Makan kurma dalam bilangan ganjil.

♥ Banyakkan berjalan, naik tangga ke.. Exercise sebelum deliver baby.

♥ Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang nak lahirkan baby.

♥ Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari-jari kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

♥ Masa proses meneran, baring sambil kaki atau betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sebab nanti koyak teruk.

♥ Amalkan menyapu minyak zaitun atau minyak kelapa dara di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut untuk mengelakkan atau membantu mengurangkan koyakan semasa bersalin. 

♥ Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat-cepat.

♥ Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air.

♥ Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan masuk 37 minggu.

♥ Minum air selusuh, lebih baik kalau dibuat sendiri oleh suami inshaaAllah lebih berkat.

Wanita sememangnya diciptakan begitu istimewa dengan kemampuan untuk mengandung dan melahirkan anak. Mudah-mudahan dengan tips dan petua yang dah dikongsikan ini dapat mengurangkan bebanan sakit hendak bersalin dan melancarkan proses bersalin inshaaAllah. Kawan-kawan Lyana yang dah berpengalaman semua cakap bahawasanya kesemua kesakitan akan lenyap serta merta setelah keluarnya bayi comel dari rahim kita :)

Semoga sharing kali ini memberikan manfaat dan boleh dijadikan panduan untuk kita semua. Doakan Lyana dipermudahkan untuk bersalin nanti, Lyana juga doakan ibu-ibu hamil semua dipermudahkan juga nanti inshaaAllah.


Till then, Assalamualaikum.



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com