Friday, November 14, 2014

SHARING UNTUK IBU HAMIL: Kontraksi Braxton's Hicks

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah, currently Lyana berada dalam minggu yang ke-37. Doakan kesihatan Lyana and baby yer. Mudah-mudahan urusan bersalin nanti dipermudahkan, inshaaAllah.

Gambar perut dah kena sorok, sebab makin besar and bulat :)

Hari ini Lyana terpanggil untuk berkongsi berkenaan Kontraksi Braxton's Hicks.


Apakah itu Kontraksi Braxton's Hicks?

Apabila kehamilan anda semakin sampai ke penghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simptom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.

Kontraksi 
Braxton’s Hick selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 minit setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.

Sebenarnya, ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat. Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Kontraksi 
Braxton’s Hick sebenarnya memberi persediaan ibu hamil ke arah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana rasanya Kontraksi Braxton Hick ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segelintir yang merasa kontraksi 
Braxton’s Hick yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau ibu hamil mungkin akan merasa sedikit ketidakselesaan dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat kontraksi Braxton’s Hick ini berlaku.

Kontraksi 
Braxton’s Hick tidak teratur dan datang sekali-sekala, juga ia selalunya secara tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam. Semasa kontraksi Braxton’s Hick ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

Anda mungkin perasaan yang kontraksi 
Braxton’s Hick ini lebih kerap terjadi apabila:
  • Bayi bergerak dengan aktif 
  • Semasa senaman atau membawa barang berat 
  • Mengurut perut 
  • Semasa hubungan intim 
  • Dehidrasi 

Apakah yang membezakan Kontraksi 
Braxton’s Hick dengan Kontraksi Kelahiran yang Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan 
Braxton’s Hick atau tanda-tanda kelahiran. 

Ini adalah perbezaannya:
  • Kontraksi Braxton’s Hick tidak menjadi semakin kuat, berbeza dengan sakit bersalin. 
  • Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala Braxton’s Hick akan hilang akhirnya.
  • Kontraksi Braxton’s Hick tidak teratur dan berlaku sekali-sekala manakala sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat. 
  • Kontraksi Braxton’s Hick tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin.

Tips Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi Braxton’s Hick.

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasakan yang kontraksi Braxton’s Hick akan datang.
  2. Rehat lebih lama. Cuba berbaring pada sebelah kiri badan. 
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebabkan otot mengecut dan menyebabkan kontraksi Braxton’s Hick.
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan Braxton’s Hick. 
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan rasa ketidakselesaan.
(Sumber: alamhamil.com)

Start 36 weeks hari tu Lyana dah mula terasa kontraksi Braxton’s Hick nih. Memang ngilu lagi-lagi kat bahagian ari-ari. Tapi Alhamdulillah, nak solat semua masih boleh berdiri lagi even masa tengah mengalami kontraksi Braxton’s Hick. Apa yang Lyana perasan, bila Lyana amalkan OSTEMATRIX Shaklee secara consistent, memang Lyana kurang mengalami masalah sakit pinggang, lenguh-lenguh kaki dan juga urat rasa tersimpul (ada sesetengah kata simpul biawak). And I believe Ostematrix really help me dalam mengurangkan rasa ketidakselesaan semasa kontraksi kontraksi Braxton’s Hick ini berlaku.

Untuk awal pregnancy, memadai sekadar 2 caplets per day. But masuk jer 5 hingga 6 bulan, boleh up kan 3 hingga 4 caplets per day. Sebab masa tu perut dah makin membesar untuk kita tampung :)

Okayh yang nih pula antara supplement lain yang Lyana amalkan sejak dari awal Trimester Kedua, just that lepas masuk 8 bulan hari tu Lyana stop dulu Omega Guard. Nanti lepas bersalin sambung balik.

More info berkenaan SET KEHAMILAN SHAKLEE yang Lyana amalkan seperti di atas, click here.

For orders and consultation,

Your Shaklee Independent Distributor
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee & @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)

 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com