Wednesday, January 21, 2015

20 Petua Untuk Mengempiskan Perut Selepas Bersalin.

Assalamualaikum..

Entry ini khusus Lyana share dengan Mama-mama yang baru lepas bersalin tengah berpantang tuu, nak kembali kurus, flat dan langsing balik kan selepas bersalin? InshaaAllah moga bermanfaat untuk anda semua cuba sendiri ya :) 

 Yeay! Mama Ayish dah habis pantang, dah start drive balik 
dah Alhamdulillah.

Baby Ayish makin bambambam mashaaAllah :')

Okayh, di bawah ini Lyana kongsikan petua tradisional untuk mengempiskan perut selepas bersalin yang Lyana jumpa menerusi Encik Google. Yang tak bersalin pun nak kempis boleh lah cuba juga yer.

Petua Untuk Mengempiskan Perut Selepas Bersalin

#1: Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asam jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal, titiskan beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin yang lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung. Ulangi proses ini setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas bersalin.
 

#2: Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.
 

#3: Ambil sedikit beras dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya. Kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.

#4: Ambil halia lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

#5: Ambil lengkuas padi/helang/ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.

#6: Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh berpantang.
 

#7: Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

#8: Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.

#9: Ambil lada hitam lebih kurang 2 ½ genggam. Kemudian tumbuk halus, campur dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian, bengkung kuat atau ketat.

#10: Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.

#11: Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke bahagian perut yang buncit.

#12: Campurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehinnga nampak perubuhannya.

#13: Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

#14: Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.

#15: Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

#16: Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

#17: Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam - 3 jam kemudiannya.

#18: Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.

#19: Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.

(Sumber: www.opzzpinky.my)
 

So anda boleh pilih sendiri mana yang anda ingin cuba, Lyana pun cuma amalkan yang petua nombor #14, selain itu Lyana banyak amalkan makan halia dan kunyit yang ibu biasa masukkan sekali dalam lauk berpantang. Sayur yang Lyana banyak amalkan ialah sawi, lobak putih dan lobak merah yang sememangnya bagus juga untuk banyakkan susu badan.


  
Antara menu Lyana semasa berpantang, memang sebulan tu makan ikan, sayur dan daging sahaja. Ayam pun Lyana start masuk nak dekat hari ke-40 time nak habis pantang.

Kalau melihatkan pada title, ada 20 petua kan Lyana tulis? So ini petua yang ke-20, Lyana nak kongsikan supplement Shaklee yang Lyana amalkan sehingga Lyana berjaya turun 10kg bila habis berpantang tanpa senaman atau berbengkung since Lyana bersalin secara operation :)



Lyana takde skip nasi, mesti makan paling kurang 2 kali sehari iaitu semasa lunch dan dinner. Lyana makan nasi sepinggan, tak lebih tak kurang. So Lyana akan pastikan Lyana makan ikan and sayur lebih, so perut kenyang dan susu pun takde lah berkurangan since Lyana breastfeed baby. Ayish pulak memang subhanAllah kuat sangat menyusu nye, so Mama dia makan pun kena lah cukup.

Lepas makan, Lyana akan make sure untuk ambil 3 supplements iaitu OMEGA GUARD, LECITHIN and ALFALFA.

OMEGA GUARD: Bakar lemak, atasi masalah perut buncit dan selulit.

LECITHIN: Emulsi dan Pemecah lemak, also yang breastfeeding bagus ambil nih untul elakkan bengkak susu.


ALFALFA: Detox, lawas, also sebagai MILK BOOSTER sememangnya terbaik.

Sebelum Lyana terlupa, ESP pun ambil juga tapi time pagi and malam jer. So takde lah lapar sentiasa, sebab breastfeeding mommies nih memang cepat lapar okayh asyik nak mengunyah jer rasa tau. Dari makan yang merepek meraban, bancuh ESP lagi bagus. Perut kenyang, berkhasiat, susu meriah, badan slim juga bonus kulit cantik berseri plus badan lebih bertenaga even tak cukup tidur.



Untuk Mama dalam pantang dan bakal Mama, satu lagi yang Lyana sarankan ialah berikan lah anak anda susu badan selama mana yang termampu. ini juga salah satu cara nak kecutkan rahim dan kempiskan perut dalam masa yang sama. Dengan syarat, kena lah juga amalkan pemakanan yang betul dan seimbang. tak salah makan banyak atau lebih sebab nak maintain susu badan banyak, tapi make sure ambil pemakanan yang siha.


Till then, Assalamualaikum and Have a nice day :)

Your Health and Beauty Consultant
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee , @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)


Wednesday, January 7, 2015

Luka Selepas Bersalin.

Assalamualaikum semua..

Untuk hari ini, Lyana ingin berkongsi sedikit info berkenaan luka selepas bersalin yang terbahagi kepada dua iaitu:
  • Episotomi
  • Caesarean 

Luka Bersalin

Episotomi dan Caesarean merupakan dua jenis luka bersalin yang biasa kita dengar. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang penjagaannya, Dr. Khairiah bt Seman, Pakar Perunding O&G dari Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang ada maklumat lanjut.

Menurut beliau, secara umumnya, episotomi adalah luka yang dikaitkan dengan bersalin secara normal. Walaupun begitu, tidak semua kelahiran normal akan dilakukan episotomi. Episotomi berbeza dengan luka biasa. Episotomi adalah luka akibat digunting oleh doktor. Manakala luka biasa adalah yang berlaku secara semula jadi semasa proses kelahiran. “Dahulu, hampir kebanyakan wanita yang bersalin anak sulung secara normal akan dilakukan episotomi. Kini tidak lagi kerana kesakitan yang dialami oleh mereka lebih daripada luka sendiri,” tegas Dr. Khairiah. Tambahnya, banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa episotomi menyebabkan risiko luka menjadi lebih besar. Hal ini berbeza dengan luka yang terjadi dengan sendirinya. Sakitnya hanya sedikit kerana tidak melibatkan otot yang banyak.

Luka caesarean pula adalah luka akibat pembedahan dan terdapat dua jenis iaitu jenis menegak dan melintang. Biasanya seboleh-boleh doktor akan memilih cara melintang kerana lebih cepat sembuh dan kurang sakit.

Dr. Khairiah memberitahu bahawa biasanya luka bagi episotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari. Manakala bagi luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali. Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan ini boleh diguna pakai selagi tidak ada sebarang jangkitan kuman pada bahagian pembedahan. Umumnya, semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu 6 minggu.
 

Bagi menjahit luka pula, ada beberapa jenis benang digunakan. Untuk episotomi, benang yang digunakan adalah daripada jenis yang akan menyerap sendiri. Tidak perlu dibuka. Antara jenis benangnya yang digunakan ialah cat gut dan vicryl. Menurut beliau lagi, setiap jenis benang ada tahap kelembutan dan kekuatannya sendiri. Makin mahal benang tersebut bermakna benangnya lebih lembut dan tahan. Kesakitan pada tempat jahitan pun kurang.

“Seperti yang diketahui ramai, luka episotomi lebih cepat sembuh berbanding luka pembedahan kerana lukanya hanya sedikit. Manakala luka pembedahan melibatkan banyak lapisan. Lapisan dalam rahim itu sendiri, lapisan pada selaput kemudian baru kulit. Ini menyebabkan tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut adalah 6 minggu. Untuk episotomi biasanya masa 2 minggu sudah mencukupi untuk pulih seperti sedia kala,” terang Dr. Khairiah.
 

Luka Sembuh
 

Tentang bagaimana untuk memastikan luka tersebut cepat sembuh pula, beliau menekan tentang pentingnya memastikan kawasan luka sentiasa kering. “Bagi luka episotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, pastikan luka tersebut dilapkan kering-kering. Kalau ingin gunakan barut, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.”

Dalam pada itu, Dr. Khairiah mengakui ada sesetengah orang gemar menggunakan ubat-ubatan tradisional seperti minyak atau herba untuk menyembuhkan luka. Dari segi klinikal, hal ini tidak digalakkan kerana dikhuatiri minyak tersebut akan mengganggu percantuman semula kulit. Doktor lazimnya akan menasihatkan agar mereka tidak meletakkan sebarang ubat-ubatan tradisional dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit. Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut.

Apabila bercerita tentang luka, kita tidak akan terlepas daripada bercerita tentang parut. Untuk mengurangkan parut atau juga dikenali sebagai ‘keloid’ terutama pada luka caesarean, eloklah disapu dengan vitamin E. Dr. Khairiah memberitahu bahawa ‘keloid’ wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka. Hal ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum vitamin E disapu, pastikan luka tersebut sudah kering.

Ketika ditanya tentang jahitan yang terbuka, beliau mengakui kes ini adalah biasa. Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka-mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul.

Sekiranya seseorang wanita itu mendapati jahitannya terbuka, beliau menasihatkannya agar bertemu doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak. Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan memang akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.

Mengenai wanita yang menghidap diabetes, Dr. Khairiah mengakui luka mereka mengambil masa untuk sembuh. Oleh yang demikian, mereka perlu pastikan tahap kencing manis dikawal. Kandungan gula dalam darah penting agar proses penyembuhan cepat.

“Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting. Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan,”tambah beliau.

Turut ditekankan di sini ialah tentang pengambilan ubat-ubatan tradisional yang dimakan. Wanita selepas bersalin perlu berhati-hati terutamanya dari segi kebersihan ubatan yang diambil itu. Dikhuatiri kandungannya akan membahayakan kesihatan. Dr.  juga menasihatkan agar ibu-ibu hamil mengambil makanan yang berzat dan pastikan kandungan hemoglobin mencukupi agar dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin kelak. Menurut beliau, dari segi perubatan, tidak ada pantang larang terhadap pengambilan makanan-makanan tertentu kerana semua makanan kaya dengan zat yang diperlukan tubuh. Cuma sekiranya anda alah kepada sesetengah jenis makanan, eloklah dielakkan.
 

(Credit to: Pa&Ma)



Cadangan supplement dalam SET BERPANTANG SHAKLEE untuk membantu dalam memastikan luka cepat sembuh inshaaAllah:
  • ZINC COMPLEX membantu dalam mempercepat proses pengeringan luka
  • VITAMIN E menghilangkan parut kesan luka pembedahan 
  • VITAMIN C dan VITA LEA membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka luaran dan dalaman juga VITA LEA sebagai pelengkap nutrisi 


Semoga sharing hari ini bermanfaat buat semua Mama dan bakal Mama. Till then, selamat berpantang bagi yang baru jer lepas bersalin. Jaga kesihatan diri inshaaAllah tempoh berpantang segalanya akan berjalan dengan lancar :)

Assalamualaikum.

Your Health & Beauty Consultant
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee , @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)


Saturday, January 3, 2015

My Little Prince :)

Assalamualaikum semua yang setia membaca blog Lyana yang tak seberapa nih. Mudah-mudahan awak semua sentiasa berada dalam lindungan Allah :)

Alhamdulillah, Lyana selamat melahirkan baby boy pada 9th December 2014, pukul 12.10 pm and baby punya berat 3.15 kg. Both of us Alhamdulillah sihat and selamat, thank you so much pada yang sentiasa mendoakan.


Putera kesayangan kami, Muhammad Aqeef Ayish :)

InshaaAllah entry kali ini Lyana ingin berkongsi pengalaman Lyana sendiri sewaktu melahirkan my little caliph.

Ada yang tanya Lyana sakit tak bersalin? Yang ni hanya yang dah jadi mama-mama jer yang tahu. Perasaan tu sukar nak gambarkan, nak ingat balik pun tak terucap untuk diceritakan.

Kalau nak tahu, Lyana bersalin secara operation. Emergency czer. Selasa 9/12/14 pukul 3 am, contraction mula datang dengan hebatnya. Lyana bangun, rasa nak buang air kecil and on the way pegi toilet, terasa ada keluar something. Apa tu? "Tanda" nak bersalin.

Sampai-sampai kat Tey Maternity Specialist Muar, jalan tak buka lagi masa nurse check. So tunggu la Doctor datang around 7 am macam tu. Bila Doctor datang check around 7.15 am, jalan masa tu dah buka 3cm. Tapi, Doctor kata kepala baby hanya turun 1/3 sahaja. So first induce dibuat, and dalam pukul 10 lebih Doctor datang balik, unfortunately kepala baby still sama tak turun lagi even Lyana dah lemah masa tu melawan contraction. Kalau tak silap jalan dah buka 5cm dah masa tu.

Melihatkan jantung baby drop kat graph contraction masa time contraction a lil bit strong, Hubby decide suruh operate terus sebab tak nak ambil risk pada Lyana and baby. Doctor bagi option untuk induce lagi sekali dengan ubat lebih kuat. But kalau tak boleh jugak, Lyana akan still kena operate. Untuk Lyana pulak, time tu dah tak kisah pun nak kena operate ke apa asalkan baby sihat and selamat.

So terus Lyana ditolak ke OT and Lyana dibius separuh badan. Hubby awal-awal dah minta izin Doctor nak masuk and Alhamdulillah Doctor izinkan. Terus bagi dia pakai OT punya attire. Hubby teman daripada awal sampai lah akhir, nampak linangan air mata dia rasanya start masa Lyana mula kena 'potong' and sampai habis jahit dia tengok.

Hubby keep on ingatkan Lyana untuk selawat, zikir and baca itu ini. And Lyana masa tu follow jer apa yang dia cakap. So memang rasa tenang, pandang muka dia all the time. Sampai lah baby keluar semua dia update, "Sayang, anak kita dah keluar. Terima kasih sayang.."

Nampak lagi linangan air mata dia, Lyana pun sama automatic mengalir air mata bila terdengar suara tangisan anak kami. Rasa bersyukur sangat-sangat masa tu. Doctor terus suakan baby dekat dengan Lyana and bagi Lyana cium. Ya Allah nikmatnya bau anak sendiri. Then sesi azan, tahnik semua Hubby sendiri yang buat :)



Lyana tak boleh bangun langsung. Rasa sakit and lenguh satu badan Allah jer yang tahu bila kesan bius mula hilang. Rasa macam kena hempap dengan blok besi atau batu besar yang sangat-sangat berat. Dua hari Lyana tak dibenarkan bangun, masuk hari ketiga nak bangun tu takde kata-kata yang boleh digambarkan rasa sakit masa tu. Tapi bila tengok wajah anak, rasa hilang sekejap sakit. Tak de lah hilang terus, macam tipuu jer kan :)

So kita sebagai anak juga, please lah hargai pengorbanan ibu kita yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan kita. Juga buat ayah kita, yang turut berkorban macam-macam demi memastikan kita membesar dengan sempurna. Pengalaman bersalin anak pertama nih benar-benar mengajar Lyana untuk lebih menghargai Ibu Lyana sendiri, tak lupa juga pada ayah.

Perjalanan kami sebagai Mama and Papa baru sahaja bermula.
Doakan segalanya dipermudahkan buat kami, inshaaAllah :)


Diam tak diam dah masuk hari ke-25 Lyana berpantang. Untuk berpantang, of course lah Shaklee yang menjadi pilihan hati Lyana sendiri.

Antara supplement yang Lyana amalkan untuk berpantang:





Pengalaman Lyana sendiri sepanjang mengamalkan Set Berpantang Shaklee dalam 25 hari nih:

  • Berat badan sebelum bersalin last timbang 52.7kg, berat kini 43.2kg even Lyana makan tak skip pun sebab Lyana breastfeeding baby
  • Kulit tak kering pun even breastfeeding baby, Lyana bagi direct and then pump
  • Susu hasil pump makin banyak Alhamdulillah, dari 3 oz ke 4 oz ke 5 oz dan kini boleh mencapai 8 hingga 9 oz :)
  • Stretch mark semakin pudar!

Buat yang sedang menanti waktu nak due, Lyana doakan mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan awak semua. Semoga selamat melahirkan baby yang sihat, comel, soleh dan solehah.

Thank You for reading, inshaaAllah ada kesempatan masa Lyana akan update lagi yer :)

Assalamualaikum and Have a Nice Day~



VITA-LEA for CHILDREN ☃

Assalamualaikum semua :)

Untuk promo pertama bulan nih yang Lyana nak kongsikan merupakan supplement yang sering ditanyakan ramai customers Lyana sendiri iaitu, VITA-LEA for CHILDREN. Rata-rata semuanya nak belikan untuk anak-anak, combine sekali dengan Chewable Vita-C sememangnya terbaik untuk keperluan nutrisi anak anda.



VITA-LEA for children nih dah lama memang takde kat Malaysia, ada jual kat US jer. So bila dah ada balik nih for sure ramai yang menanti nak beli right? :)

Ini adalah antara Keistimewaan Vita-Lea® for Children:

  • Khusus untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas
  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral yang penting
  • Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Sumber harian tambahan bagi vitamin B


Siapa yang memerlukannya:

  • Kanak-kanak dari usia 4 tahun ke atas
  • Anak yang susah makan makanan berkhasiat
  • Anak yang aktif
  • Ibu hamil yang susah telan tablet
  • Sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai masalah tekanan darah rendah yang tak pandai telan tablet


Antara Fungsi Vita-Lea® for Children:

❁ Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi dari pemakanan seharian

❁ Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

❁ Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata

❁ Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi

❁ Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas

❁ Melindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf

❁ Meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat

❁ Menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang

❁ Membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga

❁ Mengekalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang normal

❁ Mencegah penyakit beguk (tiroid)

❁ Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan anemia atau merawat anemia (amat diperlukan oleh ibu hamil, ibu dalam pantang dan ibu yang menyusukan anak)

❁ Membantu memulihkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan

❁ Membantu meningkatkan kecerdasan minda

❁ Membantu menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan

❁ Membantu penyerapan zat dari makanan

Tahukah Anda?

1. Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini.

2. Selepas umur dua tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.

3. Pada umur lima tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.

4. Antara umur 11 dan 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.

Oleh itu jangan lah berkira dengan anak-anak, kerana anak-anak adalah amanah Allah untuk kita. Sebagai ibu bapa, semestinya kita ingin memberikan hanya yang terbaik buat mereka :)

Till then, Assalamualaikum and Have a nice day.

Your Health and Beauty Consultant
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee , @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)


 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com