Saturday, January 3, 2015

My Little Prince :)

Assalamualaikum semua yang setia membaca blog Lyana yang tak seberapa nih. Mudah-mudahan awak semua sentiasa berada dalam lindungan Allah :)

Alhamdulillah, Lyana selamat melahirkan baby boy pada 9th December 2014, pukul 12.10 pm and baby punya berat 3.15 kg. Both of us Alhamdulillah sihat and selamat, thank you so much pada yang sentiasa mendoakan.


Putera kesayangan kami, Muhammad Aqeef Ayish :)

InshaaAllah entry kali ini Lyana ingin berkongsi pengalaman Lyana sendiri sewaktu melahirkan my little caliph.

Ada yang tanya Lyana sakit tak bersalin? Yang ni hanya yang dah jadi mama-mama jer yang tahu. Perasaan tu sukar nak gambarkan, nak ingat balik pun tak terucap untuk diceritakan.

Kalau nak tahu, Lyana bersalin secara operation. Emergency czer. Selasa 9/12/14 pukul 3 am, contraction mula datang dengan hebatnya. Lyana bangun, rasa nak buang air kecil and on the way pegi toilet, terasa ada keluar something. Apa tu? "Tanda" nak bersalin.

Sampai-sampai kat Tey Maternity Specialist Muar, jalan tak buka lagi masa nurse check. So tunggu la Doctor datang around 7 am macam tu. Bila Doctor datang check around 7.15 am, jalan masa tu dah buka 3cm. Tapi, Doctor kata kepala baby hanya turun 1/3 sahaja. So first induce dibuat, and dalam pukul 10 lebih Doctor datang balik, unfortunately kepala baby still sama tak turun lagi even Lyana dah lemah masa tu melawan contraction. Kalau tak silap jalan dah buka 5cm dah masa tu.

Melihatkan jantung baby drop kat graph contraction masa time contraction a lil bit strong, Hubby decide suruh operate terus sebab tak nak ambil risk pada Lyana and baby. Doctor bagi option untuk induce lagi sekali dengan ubat lebih kuat. But kalau tak boleh jugak, Lyana akan still kena operate. Untuk Lyana pulak, time tu dah tak kisah pun nak kena operate ke apa asalkan baby sihat and selamat.

So terus Lyana ditolak ke OT and Lyana dibius separuh badan. Hubby awal-awal dah minta izin Doctor nak masuk and Alhamdulillah Doctor izinkan. Terus bagi dia pakai OT punya attire. Hubby teman daripada awal sampai lah akhir, nampak linangan air mata dia rasanya start masa Lyana mula kena 'potong' and sampai habis jahit dia tengok.

Hubby keep on ingatkan Lyana untuk selawat, zikir and baca itu ini. And Lyana masa tu follow jer apa yang dia cakap. So memang rasa tenang, pandang muka dia all the time. Sampai lah baby keluar semua dia update, "Sayang, anak kita dah keluar. Terima kasih sayang.."

Nampak lagi linangan air mata dia, Lyana pun sama automatic mengalir air mata bila terdengar suara tangisan anak kami. Rasa bersyukur sangat-sangat masa tu. Doctor terus suakan baby dekat dengan Lyana and bagi Lyana cium. Ya Allah nikmatnya bau anak sendiri. Then sesi azan, tahnik semua Hubby sendiri yang buat :)



Lyana tak boleh bangun langsung. Rasa sakit and lenguh satu badan Allah jer yang tahu bila kesan bius mula hilang. Rasa macam kena hempap dengan blok besi atau batu besar yang sangat-sangat berat. Dua hari Lyana tak dibenarkan bangun, masuk hari ketiga nak bangun tu takde kata-kata yang boleh digambarkan rasa sakit masa tu. Tapi bila tengok wajah anak, rasa hilang sekejap sakit. Tak de lah hilang terus, macam tipuu jer kan :)

So kita sebagai anak juga, please lah hargai pengorbanan ibu kita yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan kita. Juga buat ayah kita, yang turut berkorban macam-macam demi memastikan kita membesar dengan sempurna. Pengalaman bersalin anak pertama nih benar-benar mengajar Lyana untuk lebih menghargai Ibu Lyana sendiri, tak lupa juga pada ayah.

Perjalanan kami sebagai Mama and Papa baru sahaja bermula.
Doakan segalanya dipermudahkan buat kami, inshaaAllah :)


Diam tak diam dah masuk hari ke-25 Lyana berpantang. Untuk berpantang, of course lah Shaklee yang menjadi pilihan hati Lyana sendiri.

Antara supplement yang Lyana amalkan untuk berpantang:





Pengalaman Lyana sendiri sepanjang mengamalkan Set Berpantang Shaklee dalam 25 hari nih:

  • Berat badan sebelum bersalin last timbang 52.7kg, berat kini 43.2kg even Lyana makan tak skip pun sebab Lyana breastfeeding baby
  • Kulit tak kering pun even breastfeeding baby, Lyana bagi direct and then pump
  • Susu hasil pump makin banyak Alhamdulillah, dari 3 oz ke 4 oz ke 5 oz dan kini boleh mencapai 8 hingga 9 oz :)
  • Stretch mark semakin pudar!

Buat yang sedang menanti waktu nak due, Lyana doakan mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan awak semua. Semoga selamat melahirkan baby yang sihat, comel, soleh dan solehah.

Thank You for reading, inshaaAllah ada kesempatan masa Lyana akan update lagi yer :)

Assalamualaikum and Have a Nice Day~


3 feedback(s):

MG schmidt said...

happy berpantang!
take care mommy baby :)

cik fadh said...

Tahniah sis lyana dan husband..sy pown tgah menunggu detik utk melahirkan khalifah Allah swt..doakan sy ;)

MasReena said...

Tahniah Lyana! Akak doakan Lyana bahagia ye.. insya allah =)



 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com