Thursday, June 25, 2015

Baby Ayish and His Solid Food.

Assalamualaikum semua :)

As for today, Lyana nak share sikit cerita pengalaman Lyana bagi baby Ayish solid food. Ayish nih Lyana nampak quite fussy jugak sebab tak semua benda dia nak makan. Ada yang Lyana baca kebanyakan baby suka makan contohnya macam Banana, but Ayish totally reject tak nak makan Banana at all. Manis kot? Pelik dia tak suka sebab majority kawan-kawan Lyana yang baby lebih kurang sebaya dengan Ayish semua suka Banana. 

Hurmm.. Mungkin tak kena la dengan tekak dia.

 Masa nih awal-awal bagi dia makan, Lyana pilih Pumpkin as his first solid food. 
Alhamdulillah dia suka :)

Sebelum Ayish masuk 6 bulan, perkara pertama yang Lyana buat ialah survey 'Baby Cook' khas untuk buat solid food for Ayish. Survey punya survey, Lyana paling berkenan dengan brand AVENT yang boleh STEAM and BLEND.

Easy steps to cook baby-food using Avent Steamer & Blender:

1- STEAM
2- FLIP
3- BLEND


Sangat mudah nak guna tak payah transfer bekas lepas steam. 
Just terbalikkan and blend aje.

Antara resepi yang Lyana dah cuba buat untuk Ayish:

1- Pumpkin (Ayish suka)
2- Banana (Ayish reject) 
3- Pear (Ayish reject)
4- Apple (Ayish reject)
5- Mango (Ayish reject)
6- Pumpkin + Carrot (Ayish suka)
7- Potato (Ayish suka)
8- Potato + Broccoli (Ayish suka)
9- Potato + Bubur Nasi (Ayish suka)
10- Potato + Broccoli + Bubur Nasi (Ayish suka)
11- Pumpkin + Bubur Nasi (Ayish suka)
12- Kurma (Ayish makan sikit, tak habis)

 Sedap kan Mama masak? :)

Ramai yang suggest untuk buat 4 days rule but Lyana tak buat since Ayish nih cepat bosan makan benda sama. Dah try dah bagi ikut 4 days rule tapi masuk hari ke-3 jer dia akan reject makanan tu. Bila Lyana ubah bagi lain baru la dia nak makan. 

Sama la macam kita, cuba bayang makan benda sama 3 hingga 4 hari berturut-turut, bosan tak? But Lyana suggest yang first time nak bagi tu boleh jer cuba ikut 4 days rule, at least boleh detect allergic pada baby kalau ada kan..

 Contoh 4 days rule.

Lepas nih nak buat chicken stock pulak untuk dia. Sure sedap nanti makan dengan bubur nasi and sayur. Nyummy! InshaaAllah next next entry nanti Lyana akan share lagi yer resepi solid food yang Lyana buat untuk Ayish. Kalau rajin I siap tepek gambar sekali naa..

 Makin bambam dia sejak makan nih. Alhamdulillah..
Doakan Ayish membesar dengan sihat dan menjadi 
anak yang soleh inshaaAllah :)

Till then, Assalamualaikum and Salam Ramadhan.


2 feedback(s):

Mysara Ab Rahman said...

Comelnyer ayish!! Bambam dh

Humairah Jimat said...

comelnya ayish.. =)



 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com