Friday, June 5, 2015

My TTC Journey.

Assalamualaikum

Yana pernah merasa saat TTC, walaupun singkat namun tetap memberikan kesan dalam diri Yana. Hari nih Yana rasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua berkenaan ikhtiar untuk hamil, khusus untuk mereka yang dah lama menunggu untuk mendapatkan zuriat. Ramai sebenarnya golongan TTC nih, mostly semuanya di antara 20an dan awal 30an.

Pengalaman Yana sendiri selepas Yana miscarriage my first baby, setengah tahun jugak Yana menunggu untuk kehamilan yang kedua. Rasa macam sekejap jer kan? Tapi dalam hati Yana nih hanya Allah sahaja yang tahu betapa Yana rasa sayu bila nampak pasangan lain dukung anak lagi-lagi bila Yana pergi wedding. Imagine, 3 bulan you suffer morning sickness yang teruk sangat-sangat sampai tak boleh bangun, then sikit lagi nak masuk ke 2nd Trimester Doctor sahkan baby dah takde.. Hancur luluh hati nih sebab memang dah berangan dah macam-macam nak sediakan untuk baby. Nasib baik time tu tak start beli apa-apa pun lagi, kalau tak lagi laa tak boleh nak kawal emosi.

Yana menangis first day lepas Yana miscarriage, masa tu da discharge dari ward and dah boleh balik. Yana duduk seorang diri dalam bilik, teringat saat scan sebelum tu dah nampak bentuk fizikal baby. Yana masih ingat lagi Doctor siap tunjuk kaki baby yang dah mula terbentuk. Suddenly air mata keluar non-stop, Yana salahkan diri sendiri yang tak jaga emosi, melayan stress kerja yang bertimbun kat office and paling Yana ingat sekali ialah Yana memang skip makan supplements disebabkan terlampau busy dengan kerja plus morning sickness tahap melampau. Hubby yang banyak tenangkan Yana, kalau dia takde di sisi Yana pun tak tau apa akan jadi sebab masa tu Yana memang sangat beremosi sampai tak boleh nak kawal. Ibu pun ada sama, always ingatkan Yana untuk istighfar dan ingat pada Allah. Ibu kata Yana tetap kena berpantang, tak boleh nangis-nangis nanti bentan. Apa yang Yana faham bentan nih salah satunya macam kena demam urat, sakit satu badan rasa bisa and badan akan jadi terlalu panas dan terlalu sejuk secara tiba-tiba.

Yana kuatkan diri. Yana berazam dalam diri Yana untuk lebih berhati-hati once Yana hamil lagi. Yana and Hubby cuba lagi ikhtiar untuk Yana hamil kali kedua. Honeymoon pergi Bandung, Cameron.. Semuanya sebab nak bagi both of us lebih ruang untuk spend time bersama since masa tu dedua masih dalam long-distance relationship, Pasir Gudang-Muar. Paling Yana tak boleh lupa, punya laa banyak kali Yana buat test upt even though period delay 2-3 haru jer. Tapi result tetap hampa, NEGATIVE!

Masuk bulan ke-5, Yana tau Yana perlu buat sesuatu. Sibuk jual supplement Shaklee kat orang lain untuk kesuburan tapi diri sendiri punya busy tak consistent pun consume supplement untuk kesuburan (GLA, ALFALFA, VITA-LEA, ESP). Hubby pun duduk jauh dengan Yana lagi laa harapan nak suruh dia consume kann.. Memang memanjang tak ingat. So Yana sit down with Hubby and we have a serious talk. Both of us dah berjanji akan cuba consistent untuk consume all the supplements sebagai satu ikhtiar untuk Yana hamil.

Supplements yang Yana consume: GLA, ALFALFA, ESP, VITA-LEA
Supplements yang Hubby consume: VITAMIN E, ZINC

Selain pengambilan supplements sebagai ikhtiar untuk hamil, Yana juga amalkan solat Hajat, Tahajjud dan Dhuha. Kemudian Yana amalkan membaca surah Maryam setiap kali selepas solat. Yana percaya kalau kita ikhlas meminta pada Allah, inshaaAllah Dia kan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui :')

Syukur Alhamdulillah, masuk bulan seterusnya period Yana lewat seminggu. Tapi masa tu cool jer lagi tak nak check sebab tak nak frust. Huhu! Tapi masuk jer 2 weeks, tekak dah rasa lain macam (masa nih mula wekwek dah), terus beli pregnancy test clearblu and Alhamdulillah, I'M PREGNANT. Terus sambung pula Set Kehamilan Shaklee :) 

Trimester Pertama: VITA-LEA, VITAMIN C, OSTEMATRIX
Trimester Kedua: Sama macam Trimester Pertama cuma tambah ESP & OMEGA GUARD

Muhammad Aqeef Ayish dah nak masuk 6 bulan, Alhamdulillah :)
 
Untuk semua anda yang sedang under TTC, jangan putus asa and banyakkan berdoa pada Allah. InshaaAllah ada nanti rezeki zuriat Allah berikan.

 
Your Health and Beauty Consultant
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee , @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)

 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com