Sunday, November 29, 2015

SHAKLEE TRIP: ITALY PART 1

Assalamualaikum and Hye!

Untuk entry kali nih, inshaaAllah Lyana akan ceritakan pengalaman Lyana bercuti di Italy bersama geng-geng Shaklee yang lain. Trip nih khusus untuk mereka yang perform sepanjang cycle lepas, based on points yang dikumpul setiap bulan. Segala-galanya ditanggung oleh pihak Shaklee, memang semua First Class dari luggage, flight ticket, transportation (bus and train), hotel and food. Tahun nih dapat pergi seorang jer, inshaaAllah next year hubby dapat join sekali. Tapi yang sedih, Ayish laa kena tinggal. Kids below 4 years memang tak boleh bawa lagi. Tak pe lah Ayish, nanti Mama and Papa bawa pergi holiday next year yer, inshaaAllah.

Beberapa hari sebelum pergi lagi Lyana memang keep on cakap dengan Ayish yang Lyana akan pergi business trip, Lyana pesan kat dia jangan naughty and be a good boy, dengar cakap Papa, Atuk and Mak Su dia. Memang almost every night dia meragam jugak, lepas tu terbangun cari Mama. Paling Lyana sedih, ada satu malam tu dia terus baring kat Lyana then siap pegang muka Lyana. Lyana nanges, dia pandang jer and masa dia pegang muka tu macam dia lap air mata Lyana pulak. 

Masa nak pergi tu, Lyana dukung dia and peluk dia kuat-kuat. Then terus bagi kat ibu and Lyana terus masuk kereta. Alhamdulillah, nampak dia okay cuma dia tak nak pandang sangat. Lyana tahu dia faham. Sebab kalau tak biasanya bila Lyana nak keluar jer dia mesti merengek nak ikut, kalau dalam play pen tu siap boleh hentak kaki nak ikut. Tapi tadi dia macam okay jer. Mama dia pulak yang emo lelebih. Mama yang banjir!



20TH NOVEMBER 2015: KL-DUBAI-MILAN

Sampai KLIA lambat! Sebab tengah hari tu ada urusan penting kat KL. Gerak dari KL around 3 lebih petang lepas tu boleh pulak jalan sesak. Memang risau la kalau check in lambat kan sebab travel seorang jer bukan dengan family, even dalam group pun kalau kita lambat takde lah orang lain nak tunggu kita. Huhu

Bila dah kurang sesak jer hubby pun apa lagi kan, speed jelah. Siap pesan kat Lyana, "Papa bawa laju nih. Kalau kena saman Mama bayar yerr.." Iya kan aje, kalau tak nanti tertinggal flight lagi laa niaye..


Alhamdulillah, sampai KLIA ngam pukul 5. Terus naik tingkat 5 and check in kat counter Fa. Then sempat lah teman hubby makan ringan-ringan and minum coffee. Sempat facetime tengok Ayish, tapi tengok jelah sebab dia tidur pulak. Sobs! Mama rinduu..

Entah macam mana lah kan, boleh tak dengar announcement suruh check in for boarding. Almost late again! Haha seriously, berlari kot naik train then sampai jer berlari lagi ke gate C26. Memang pengalaman betul, next time tak boleh sambil lewa lagi dan kena lebih awal daripada masa yang sepatutnya! 

Muka macam cool kan? Walhal dah menggelabah sebenarnya 
sebab dah lambat!

Bertolak ke Dubai tepat jam 7.30 malam. Emirates memang best and comfortable. Makanan pun sedap, layanan memang first class. Cuma satu jer yang tak best masa flight transit ke Dubai, orang sebelah Lyana nih non-Muslim. Mula-mula order beer, okay la takde bau sangat. Sekali beer dah habis, dia order red wine pulak! Bau kuat okay, macam anggur masam yang tak best and busuk. Seriously, Lyana tahan jer dari rasa nak muntah. Huhu

And Lyana dapat pengalaman baru untuk solat semasa dalam flight. Memang tak pernah pun solat dalam plane sebelum nih, almaklum lah mana ada travel overseas jauh-jauh before this. Setakat pergi Bandung, Indonesia tu berapa lama lah sangat kan. Islam memang agama yang mudah, kat mana-mana pun boleh solat.

Sampai Dubai Air Port around jam 2 pagi waktu Malaysia, tapi kat Dubai baru pukul 10.15 pm. Facilities kat sini semua memang terbaik, air port nih hanya untuk Emirates Airlines sahaja. Meal free jer, semua Shaklee sponsor :)


Flight ke Milan pukul 3.45 am waktu Dubai. Malaysia masa tu dah pukul 7 lebih pagi dah. Sempat lah layan movie The Longest Ride and The Devils Wear Prada selain tidur secukup-cukupnya. Flight Dubai-Milan ambil masa around 7 hours jugak. So memang kena rest betul-betul sebab sampai jer Milan nanti terus nak pergi jalan-jalan. Before sampai Milan, ada sekali lagi meal for breakfast.






21ST NOVEMBER 2015: MILAN CITY TOUR (DAY 1)

Sampai Milan pukul 10 pagi, waktu Malaysia dah pukul 2 lebih petang. Lepas settle ambil barang semua, kami terus dibawa ke salah sebuah hotel di Bandar Milan untuk breakfast sebelum memulakan aktiviti 'City Tour'.




The food was good. Kat sini memang wajib ada roti and roti kat sini memang lagi sedap dari kat Malaysia. Lepas breakfast, ronda-ronda kejap kat luar and apa lagi kan kalau bukan niat nak bergambar ;)



Dah kenyang apa lagi kan, bermula lah aktiviti 'City Tour'. Banyak bangunan unik dan antik yang boleh dilihat di sekitar Bandar Milan. Lepas city tour, lunch dulu before mula ber-shopping. Makan kat Restoran Arab. Not bad, sedap jugak. Siap ramai-ramai berkampung kat situ tumpang solat.






Another thing yang menjadikan Milan nih menjadi bandar tumpuan ialah Milan nih memang tempat SHOPPING yang heaven. Just name it: GUCCI? LV? PRADA? DIOR? SALVATORE FERRAGAMO? Semuanya ada di sini. Tapi tak best shopping sekarang sebab duit Euro tinggi. Kalau nak shopping baju ke kasut ke jaket ke haa boleh. Sebab memang lagi murah daripada Malaysia.



Habis city tour and shopping activities baru check in hotel. Dinner dulu baru lah naik ke bilik untuk mandi, rest dan tidur.











Alhamdulillah that everything went well for our first day here. Good food and friendly people, just masa city tour and shopping kena beware of pick pockets. Kalau ada orang datang nak ikat benang macam lucky charm ke, hulur jagung suruh bagi makan kat burung ke atau apa-apa la sila elakkan diri. Kalau tak dia suruh you bayar 5 euro nanti.

This year pergi seorang jer dengan upline dan sideline. InshaaAllah target next year bukan setakat nak bawa Husband jer, nak bawa anak cucu Pearls sekali. Aminn

Till then. Nanti next post Lyana cerita berkenaan Florence pulak okay? 

Assalamualaikum :)



Jus ALKURMA: Makanan Berasaskan Sunnah yang Terbaik.

Assalamualaikum semua :)


Untuk entry kali nih, Lyana nak share berkenaan dengan satu lagi produk minuman berasaskan makanan sunnah yang terbaik iaitu Jus Al Kurma. Jus Al Kurma nih 100% diperbuat daripada ekstrak kurma Ajwa dan tiada campuran air gula serta bahan-bahan pengawet yang lain.


Kebanyakan jus kurma lain di pasaran hanya menggunakan kurma jenis biasa dan murah. Kurma Ajwa turut dikenali sebagai kurma Nabi. Kurma Ajwa merupakan jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW. Terdapat lebih 1000 jenis kurma di dunia, namun kurma Ajwa merupakan jenis kurma yang paling tinggi nutrisinya dan mempunyai nilai perubatan yang paling tinggi. Harga kurma Ajwa juga lebih mahal berbanding kurma yang lain, di mana ia boleh mencecah sehingga RM150 untuk 1 kilogram.

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Alhamdulillah, dah sebulan Lyana amalkan secara consistent. Biasanya setiap pagi, Lyana akan bancuh bersama dengan ESP SHAKLEE. Sememangnya gabungan yang terbaik dan bertindak sebagai

BEAUTY DRINK
ENERGY BOOSTER
SLIMMING 


And for Mama-mama yang breastfeeding, Jus Al Kurma nih juga bertindak sebagai MILK BOOSTER. Amalkan secara consistent inshaaAllah susu memang akan semakin banyak dan pekat. Boleh nampak sendiri perbezaannya setelah consume 2-3 times.

Dari masa Lyana mengandungkan Ayish, Lyana memang consistent amalkan makan kurma setiap hari dan Lyana memang amalkan kurma Ajwa untuk kurangkan masalah jaundice lepas baby lahir sebab Lyana darah jenis O, memang usually baby akan kena jugak jaundice kalau ibunya berdarah jenis O. Cuma harga kurma Ajwa yang Lyana beli tu mahal sikit la, sekotak kecil tu harga paling murah yang Lyana pernah beli pun RM40 lebih. Sekarang dah jumpa Jus Al Kurma nih lebih mudah dan menjimatkan. 

Dalam sebotol Jus Al Kurma nih ada 7 biji kurma Ajwa, sebotol nih macam Lyana sendiri boleh guna untuk 3-4 kali bila bancuh dengan ESP. Lepas buka jer boleh simpan dalam fridge untuk mengekalkan kualiti dan khasiat jus kurma nih.

Mudah dibawa untuk travel :)

Antara Khasiat Jus Kurma Ajwa: 

  • Menyuburkan rahim, sesuai untuk pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata. Boleh dicampurkan ke dalam ESP dan susu kambing untuk kesan yang lebih baik dan rasa yang lebih lazat. 
  • Membekalkan khasiat yang tinggi semasa kehamilan. Ia kaya dengan vitamin B6, asid folik, kalium, besi dan magnesium. 
  • Menyokong bayi dalam kandungan. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”. 
  • Membekalkan tenaga dan memudahkan proses bersalin. Ketika Maryam sedang sakit ingin melahirkan Nabi Isa, malaikat Jibrail menyerunya untuk menggoncangkan pokor kurma tempat beliau bersandar dan memakan kurma yang gugur itu. 
  • Membantu mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi. 
  • Membekalkan tenaga dan zat yang diperlukan tubuh semasa berpantang selepas melahirkan bayi. ‘Amr bin Maimun di dalam tafsirnya “Tidak ada sesuatu yang lebih baik bagi perempuan nifas kecuali kurma kering dan kurma basah” 
  • Mencegah masalah sembelit terutamanya selepas melahirkan anak dan mengawal berat badan 
  • Meningkatkan penghasilan dan kualiti susu ibu. 
  • Untuk mentahnik bayi yang baru lahir. 
  • Untuk dicampurkan ke dalam makanan bayi selepas 6 bulan. Tidak perlu lagi mengukus kurma untuk melembutkannya kerana ia akan mengurangkan khasiat kurma. 
  • Mengubati gangguan usus yang kronik, seperti ketidakserasian dengan gluten yang menghalang penyerapan.

Baby start 7 bulan ke atas dah boleh bagi minum Jus Al Kurma nih tau. Tapi dos 2 sudu kecik sahaja. Ayish dah start consume seminggu. Sebelum nih makan macam nak tak nak jugak, lepas Lyana bagi dia minum Jus Al Kurma nih nampak dia makin berselera makan :)


Lyana memang seorang yang mementingkan penjagaan kesihatan dan kecantikan dalaman serta luaran. So memang Lyana hanya memilih supplement (makanan tambahan) yang berasaskan bahan-bahan semula jadi sahaja.

Pilihan supplement Lyana semestinya SHAKLEE dan Lyana juga mementingkan pengambilan produk berasaskan makanan sunnah, that is why sekarang nih consistent amalkan Jus Al Kurma nih :)


Untuk order dan konsultasi produk Shaklee dan Jus Al Kurma, boleh hubungi Lyana menerusi whatsapp.

Lyana Hisham | 016-2099703
Your Health and Beauty Consultant
Facebook: Lyana Hisham
Instagram: @lyanashaklee @alkurmagroup_Lyana


Tuesday, November 3, 2015

[CINTA PERTAMA YANA DENGAN ESP SHAKLEE- PART 3]

Assalamualaikum :)

Okayh untuk hari nih, Yana nak share pula pengalaman Yana berpantang dengan ESP. Cerita bersambung daripada Part 1 and Part 2.

Bismillah..

#Throwback lebih kurang 9 bulan yang lalu.

Alhamdulillah Lyana selamat melahirkan seorang Putera yang diberi nama Muhammad Aqeef Ayish Bin Muzakkir pada 9 Disember 2014 yang lalu. Bukan rezeki Yana masa tu untuk melahirkan Ayish secara normal memandangkan saiz kepala baby melebihi saiz tulang pelvis Mama nye. Setelah di-induced dan tak berjaya, akhirnya Doctor buat keputusan untuk baby keluar ikut "tingkap".


Ramai yang beranggapan bersalin secara operation lebih mudah, tak rasa sakit macam orang bersalin secara normal. Ketahui lah sesungguhnya lepas kesan ubat bius hilang, sakit perit pedih semuanya hanya Allah yang tahu. Rasa macam badan kena hempap dengan suatu konkrit / besi yang berat sangat!

Boleh terasa lagi sakit and ngilu tu macam mana bila terkenang balik. Tapi kita kena ada mindset yang POSITIVE ➡️ inshaaAllah rasa sakit tu akan pulih dan hilang yang penting sabar dan bertahan.

Lepas bersalin, Yana tak dibenarkan bangun dari katil. Masuk hari ke-3, nurse bantu untuk Yana bangun daripada katil. Fuhhhh! Sakitnya ya Allah, mengalir juga air mata nih. Masa tu Yana tak dapat menyusukan Ayish lagi tapi dah start kena pam sebab Yana dah kena bengkak susu. Mungkin sebab Yana consistent minum ESP + Susu Kambing masa pregnant lagi. Sekali pam masa tu boleh capai nearly 4oz.

Yana akui ESP memang sangat-sangat membantu dalam membanyakkan dan memekatkan susu badan. Masa stock habis and terputus sehari, memang perasan bila pam susu cair semacam jer. Time minum ESP pekat colour susu, Ayish minum pun cepat kenyang.

Hasil Yana combine kan dengan pengambilan VITAMIN E, stretch mark pun mulai pudar seawal 2 minggu and lepas sebulan hampir tak nampak dah kesannya.

The best thing is, Yana berjaya kawal selera makan tanpa perlu ganggu penyusuan baby. So hasilnya, I'm back on shape once my confinement is over. Berat badan pun kembali macam time anak dara dulu :)


Kesan untuk kulit? Memang tak dapat disangkal lagi ESP sememangnya antara supplement Shaklee yang TERBAIK untuk mereka yang inginkan kulit CERAH SEKATA, GEBUU and FLAWLESS. Masalah KULIT BERMINYAK, PORI MUKA BESAR serta PARUT JERAWAT dan JERAGAT juga boleh diatasi dengan pengambilan ESP secara consistent ❤️

Yana dah mencuba dan merasai sendiri MANFAAT daripada pengambilan ESP. And bila lagi? :)

Our latest picture :) 
Ayish dah nak masuk 11 bulan dah, berat pun dah 11kg!


Your Health and Beauty Consultant
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee , @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)


 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com