Friday, October 14, 2016

Kenapa EPA dan DHA penting untuk anak anda?

Assalamualaikum and Hye

Untuk entry kali ini, Yana ingin memberi sedikit pendedahan dan pencerahan kepada semua ibu ibu betapa pentingnya untuk make sure anak kita mendapat EPA dan DHA secukupnya.

Kita sering dengar tentang DHA dan EPA. Tapi, tahukah anda apa DHA dan EPA ini sebenarnya?

DHA (Asid Dokosaheksaenoat) dan EPA (Asid Eikosapentaenoat) lebih kita kenali sebagai Omega-3. Sedangkan AA (Asid Arakhidonat) dikenali juga sebagai Omega-6. Baik DHA, EPA dan AA kesemuanya sangat diperlukan oleh bayi dalam perkembangan otak (minda) dan pertumbuhan golden period bayi seawal dari dalam kandungan ibu.

Pada saat baru lahir, masa otak bayi hanya 25% dari otak orang dewasa sedangkan pada saat berumur 2 tahun masa otaknya mencapai 75% dari otak orang dewasa. Jangkamasa 0-2 tahun ini kita kenal dengan "golden period", iaitu masa emas pertumbuhan otak anak.

Mengapa DHA, EPA, dan AA sangat penting bagi bayi?
DHA, EPA, dan AA merupakan bahan utama dalam pembentukan serabut saraf dan prostaglandin yang diperlukan untuk kekebalan tubuh dan pembekuan darah. Beberapa penelitian inilah yang menunjukan kombinasi DHA, EPA, dan AA dapat meningkatkan fungsi kognitif dan kemampuan visual pada bayi.

Penelitian tersebut menyebutkan adanya hubungan antara IQ anak pada saat umurnya mencapai 3 tahun dengan skor "problem solving".


Dengan kata lain, berdasarkan penelitian dia atas, bayi yang menerima supplement DHA dan AA ini berkemungkinan besar lebih cenderung memiliki IQ yang lebih tinggi daripada bayi yang tidak menerima supplement DHA dan AA.

Kesan Pengambilan EPA dan DHA Kepada Bayi Dalam Kandungan
Wanita hamil perlu mengambil 1500mg DHA dan 800mg EPA sehari untuk menampung keperluan dirinya dan kandungan. DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak - keupayaan mental untuk menyedari dan memahami sesuatu dan keupayaan retina - mengoptimakan penglihatan untuk proses berfikir dan melihat.

Mengikut keputusan kajian yang membandingkan wanita hamil yang mengambil sehingga 1100mg DHA serta 800mg EPA setiap hari dengan wanita hamil yang mengambil cuma 100mg DHA setiap hari, wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur 4 tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya mengambil 100mg. Kanak-kanak yang mendapat keperluan DHA dan EPA yang lebih tinggi ini juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, immuniti yang lebih baik serta kurang risiko elergik.

Kepentingan Omega-3 DHA dan EPA Kepada Kanak-kanak
Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protin, fiber, mineral dan vitamin. Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu diambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, kanak-kanak memerlukan kandungan lemak seperti linolenik asid dan alpha.

Linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh didapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha-linolenik asid akan ditukarkan kepada omega-3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.

Omega-3 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia iaitu berperanan sebagai:

  • Sistem Imun Badan - terutamanya di dalam tindak balas elergik
  • Sistem Pencernaan - mengawalatur sistem pencernaan perut
  • Baik Pulih Sel - pembentukan sel-sel baru
  • Suhu Badan - memastikan suhu badan pada tahap normal
  • Tekanan Bendalir - pada bahagian mata dan telinga*sumber : Omega-3 Oils (A practical guide)

Kesimpulannya, untuk perkembangan minda kanak-kanak, sebagai ibu bapa kita perlu menggalakkan anak-anak mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapatkan khasiat yang seimbang. Contoh makanan yang kaya dengan omega-3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam, kekacang dan sebagainya.

Namun, adakah makanan tersebut masih mempunyai DHA dan EPA yang tinggi setelah melalui pelbagai proses?

Pilihan Yana sendiri semestinya Omega Guard Shaklee untuk menyediakan EPA dan DHA yang lengkap terutamanya dalam diet seharian Yana sekeluarga.



KEISTIMEWAAN OMEGA GUARD SHAKLEE

Ultratulen Bergred farmaseutikal

~ Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui satu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak Omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

~ Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

*sumber : Buku Nutrisi Shaklee

Pengalaman Yana Sendiri Dalam Mengamalkan Omega Guard
Dari masa Yana pregnant kan Aqeef Ayish, Yana start consume Omega Guard semasa masuk Trimester yang Kedua. So dari dalam kandungan lagi anak Yana dah dibekalkan dengan EPA dan DHA. Lepas bersalin, Yana continue consume dan anak Yana still dapat melalui susu badan.

Sekarang anak Yana dah berumur 1 tahun 10 bulan, Yana campurkan pula minyak di dalam kapsul Omega Guard dan dicampurkan ke dalam makanan dia. 

Alhamdulillah Aqeef Ayish seorang yang cepat belajar, pantang nampak buku sibuk suruh kita ajar dia baca :)

Sebagai parents, tiada salahnya kita cuba untuk ikhtiar segalanya yang terbaik buat anak kita. Pilihan Yana, semestinya Shaklee! HALAL, SELAMAT DAN SEMULA JADI.


Thursday, October 13, 2016

Cara Mudah & Jimat Untuk Menjadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum and Hye

Entry ini khusus untuk anda yang belum pernah menjadi Ahli Shaklee lagi, ada special offer yang jauh lebih menjimatkan dan menguntungkan anda jika anda mendaftar sebagai AHLI SEBELUM 15 OKTOBER 2016.

Excited tak nak tahu? :)

Sebelum itu, Yana nak share apa yang best nya mendaftar sebagai Ahli Shaklee. 
Antara kelebihan mendaftar sebagai Ahli:

Pertama sekali, semestinya anda berpeluang untuk menikmati HARGA AHLI untuk setiap pembelian produk. Setiap bulan juga Shaklee ada promo untuk produk yang berbeza beza, anda juga layak untuk menikmati HARGA PROMO bagi produk tertentu setiap bulan.

Kedua, untuk setiap pembelian melebihi RM480 dalam 1 bulan, anda juga berpeluang untuk mendapat bonus dalam bentuk cash yang akan dikreditkan terus ke akaun anda. Bonus bermula dengan 5% hingga 21%, bergantung kepada berapa jumlah pembelian anda setiap bulan.

Ketiga, anda berpeluang untuk menyertai team Yana untuk memulakan bisnes sekiranya anda berhajat untuk mula serius berbisnes. Yana akan guide anda sebaik mungkin, dengan pengalaman Yana sendiri selama lebih 3 tahun Yana menyertai bisnes Shaklee. Alhamdulillah, Yana sendiri kini berada di rank tertinggi iaitu MASTER COORDINATOR dan anak didik Yana sendiri sudah ramai yang memegang income 4-5 angka sebulan.



SHAKLEE bukan MLM biasa, yang mana anda kena head hunting untuk dapatkan bonus besar. If anda nak bonus besar, Yana akan ajar anda bagaimana caranya untuk score sales. 

Okayh, berbalik kepada special offer untuk anda yang ingin mendaftar sebagai Ahli sebelum 15hb ini:

Anda berpeluang untuk mendapatkan FREE GIFT 1 BOTOL LECITHIN atau 
1 BOTOL VITAMIN C.

Caranya?

Pertama, sekiranya anda mendaftar sebagai ahli dan anda membuat pembelian produk melebihi RM350 atau 100 uv (point), anda layak untuk mendapat 1 BOTOL LECITHIN secara percuma. Untuk anda yang tak tahu, LECITHIN berfungsi untuk PECAH LEMAK dan juga MENGUATKAN DAYA INGATAN.

Kedua, sekiranya anda mendaftar sebagai ahli dan anda membuat pembelian produk melebihi RM670, anda layak mendapat FREE MEMBERSHIP + FREE 1 BOTOL VITAMIN C + CASH BACK BONUS +-RM40.

Untung kan? :)

Grab this opportunity and contact me now for registration as member.

Have a nice day lovelies!



Shaklee Trip 2016: Orlando, USA PART 2

Assalamualaikum and Hye!

Bersambung lagi kisah trip Shaklee hari tu ke Orlando, USA.

DAY 3: GLOBAL CONFERENCE, PRODUCT WORKSHOP &
DISNEY SPRING



 Good Morning! Pagi pagi bangun pergi breakfast dulu la macam biasa. Then baru pergi ke Convention Centre untuk attend Product Workshop half day.

 Product workshop best, banyak dapat belajar berkenaan produk Shaklee. Penting tau untuk seorang Shaklee Independent Distributor nih untuk ada extra knowledge, so selain you consult customer you boleh bagi ilmu sekali berkenaan produk yang mereka nak consume :)

 Had our lunch kat Arab Restaurant. Sedap and boleh tahan, tapi tak boleh lawan kat Malaysia laa..


Then pergi ke Disney Spring, tempat shopping yang banyak outlet tapi takde sales sangat sebab mostly items yang new arrival. So cuci mata jelah ye..







4TH DAY: GLOBAL CONFERENCE LAST DAY & FACTORY OUTLET

 EHEM! This is our CEO, Mr Roger :)



 Met other SID from Philippines. Mereka kagum sebenarnya sebab tengok orang Malaysia muda muda dah ada rank tinggi dalam Shaklee :)

 Pre-Shopping, baru pergi Factory Outlet yang kecik aje nih. 

 Dinner at Medieval Times. Sambil makan sambil tengok orang lawan pedang atas kuda ala ala zaman Hercules.

 Dapat grab few untuk Ayish from Tommy Hilfiger store and crocs sepasang.

5TH DAY: NASA SPACE CENTRE


Morning! Pagi pagi dah kena siap sebab nak ke NASA Space Centre. So whole day belajar everything about space and astronauts.




And we had dinner at Landry's Seafood. Semuanya sedaaaaap!


Pencuci mulut paling best! Seriously sedap sangat.

6TH DAY: DISNEYLAND EPCOT





 This one memang pening! Lepas keluar dari Mission Space nih kepala macam weng sekejap.



Gift shop sangat best! Segala characters Disney semua ada.





 At Frozen's place.

 Meet Anna.

 Semangat tau Kak Hana and Aida belikan toys untuk gegirl masing-masing.





Sehari memang tak cukup nak pusing satu Epcot nih sebab besar sangat. But okay lah jugak banyak rides dapat naik cuma tak sempat pusing all the 'countries. kat dalam tu.

8TH DAY: FACTORY OUTLET

Haa ini lah yang paling ku tunggu tunggu! Finally, full day for shopping. Dapat beli semua untuk Ayish, Papa Ayish, Ibu Ayah, Adik adik, Mertua dan few untuk families yang lain. Tak lupa juga of course untuk my Shaklee babies :)






 Cari Kate Spade for my biras.


 Hasil tangkapan di Kate Spade and MK!

 Aida borong Coach!

 Cari Coach for my lil sister and then I'm done. Nampak tak luggage Samsonite colour royal blue tu? Haa baru beli laa tu sebab tak muat dah luggage yang ada kat hotel. Hehe!

9TH AND 10TH DAY: BALIK MALAYSIA + DUBAI CITY TOUR

 Masa datang satu luggage jer, bila balik how come luggage beranak?

 Orlando Airport.

 Food dalam flight memang sedap, that's why I loveeeee Emirates.

Transit at Dubai. We had lunch and City Tour.







 Chinese Food for lunch. Sedaaaaap!



 Yang kat belakang tu Burj Al Arab, 7 stars Hotel.

 Cuaca sangat panas sebenarnya tau. Masa ni around 43 degree!


 And this is Burj Khalifa.






 The Dubai Fountains, Burj Khalifa.


Thank you very much Shaklee for this wonderful opportunity. Memang sangat best and trip sangat mewah Shaklee sediakan buat kami semua yang perform untuk cycle lepas. InshaaAllah next year bakal ke Jepun pulak, and paling bermakna sebab I am now a Master Coordinator. InshaaAllah next entry Yana cerita okayh? :)

Till the, Assalamualaikum and have a nice day ahead.



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com