Wednesday, January 6, 2016

SHAKLEE TRIP: ITALY PART 3

Assalamualaikum and Hye!
 
24TH NOVEMBER 2015: FLORENCE-ROME (DAY 4)
 

Pagi nih macam biasa wake up call pukul 7 pagi. But Lyana dah terjaga dari pukul 5, memang tak tidur balik dah.



Turun breakfast pukul 8 then gerak ke Train Station pukul 9 lebih. Bye bye Florence, inshaaAllah ada rezeki next time boleh datang lagi.


Sampai Train Station dalam pukul 10.15 pagi, train pukul 11 so dia bagi la chance ronda-ronda kat area situ since banyak jugak kedai-kedai yang ada. Lyana masuk kat SEPHORA jer sebab dekat, terus grab Naked make up pallet untuk ibu. Souvenir yang paling dia suka laa, sebab ibu memang suka make up :)

Train sampai lebih kurang pukul 11.10 pagi, perjalanan diteruskan ke Rome.



 VITA LEA, VITAMIN C dan VITAMIN E memang sentiasa di bawa ke mana-mana. OSTEMATRIX pun standby 4 biji, yang lain simpan dalam luggage.
 

Sampai Rome lebih kurang jam 12.15 tengah hari. First sekali pergi ke Grand Mosque dulu untuk solat.

Usai solat, terus ke Lebonese Restaurant untuk lunch. The food was quite okay, cuma tak boleh lah lawan masakan dan makanan di Malaysia. 

 

Settle lunch, baru lah proceed ke aktiviti city tour di Kota Rome. Personally, antara Milan, Florence dan Rome, bagi Lyana sendiri Rome paling cantik and happening bandar dia. Nak beli souvenir pun kat Rome lagi best and murah lah jugak.




Trevi Fountain, kat sini lah tempat orang baling syiling dengan harapan mereka akan kembali ke Kota Rome.


Pantheon, asalnya adalah gereja tapi kini jadi makam di Raja.




 Piazza Navona, Rome.

 Before check in hotel, dinner dulu di local restaurant Papa Rex. Dah settle dinner, perut pun dah full.. Balik ke bus untuk gerak ke hotel. This will be our last place to stay in Italy, Marriott Park Hotel.



Hotel kat Milan and Florence both ada free wifi kat bilik. Sekali yang last nih boleh pulak takde.. Free wifi kat lobby jer, kalau nak kat bilik kena bayar 12 euro per day.. Mahal okay! So naik bilik rest and tidur jelah.



25TH NOVEMBER 2015: ROME (DAY 5)

Aktiviti hari nih tak berapa pack dan tak memenatkan, melawat Colosseum sebelah pagi dan sebelah petang pulak shopping di Factory Outlet.




Colosseum nih dulu tempat battle, sebagai entertainment umum. Asalnya antara haiwan dengan haiwan, kemudian haiwan dengan manusia and lastly manusia dengan manusia. Manusia nih terdiri daripada golongan pesalah, battle dengan haiwan and usually ending dia memang akan mati. Kiranya battle nih sebagai hukuman mati untuk pesalah. Then bila dah rasa bosan dengan entertainment nih, ditukar pula dengan battle antara manusia (gladiator). Yang battle nih pulak terdiri daripada golongan hamba.



Lepas melawat Colosseum, next aktiviti nih lah yang paling best iaitu SHOPPING TIME! Kami dibawa ke Castel Romano Designer Outlet. Kat sini memang sangat banyak brand, ada yang kita kenal dan ada jugak yang brand tempatan kita tak pernah dengar.



 Harga pun quite okay, ada yang jauh lebih murah compared to Malaysia. Lepas settle shopping, terus pergi ke local restaurant untuk dinner.

 
Balik hotel tak boleh terus rest. Nak kena mengemas luggage. Tak nak lah last minute nanti kelam kabut kan..


 Hasil tangkapan dari Florence dan Rome. Masa kat Milan tak sempat shopping pun.

InshaaAllah next post Lyana akan share satu lagi tempat menarik yang Lyana pergi masa last day sight seeing di Kota Rome. Nanti Lyana akan kongsikan sekali tips bagi mereka yang ingin pergi bercuti di Italy.

Stay tuned... :)

 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com