Sunday, December 31, 2017

SUPPLEMENT SHAKLEE BAHAYA KE?

Assalamualaikum semua and Hye

Tahun 2018 nih merupakan tahun ke-5 Yana setia consume supplement Shaklee dan banyak Shaklee Effect yang Yana sendiri dah alami dalam tempoh hampir 5 tahun ini.


Mama and Ayish. Ayish nih memang baby Shaklee sangat sebab Yana dah consume Shaklee dari masa ikhtiar hamil, sepanjang kehamilan, lepas bersalin, berpantang, menyusu sampai lah lepas wean off Yana sambung supply Ayish dengan supplement Shaklee for kids pulak :)



Antara supplement Shaklee yang Yana consume. Tapi takde lah Yana consume semua hari-hari, ada yang Yana consume hanya bila perlu sahaja :)

Sebelum Yana kenal Shaklee dulu kan, Yana nih memang seorang yang sangat mudah kena demam, selsema dan batuk. Senang cerita antibodi sangat lemah. Time kerja dulu memang dalam sebulan for sure ada jer MC. Pantang ada kawan office yang tak sihat, lepas tu mesti Yana akan menyusul.

Sehingga lah Yana mula kenal supplement Shaklee, segalanya mula berubah 360 degree! Tahap kesihatan Yana improve jauh lebih baik.

Alhamdulillah Yana dah jarang sangat kena demam, selsema or batuk. Even ada orang sekeliling yang tak sihat, takde lah mudah sangat berjangkit macam dulu dulu.

And ada 2 lagi masalah kesihatan yang juga berjaya Yana atasi ever since Yana amalkan supplement Shaklee iaitu TEKANAN DARAH RENDAH dan SENGGUGUT setiap kali datang period.

Memang bersyukur sangat sangat sebab dua nih jugak yang selalu membataskan aktiviti fizikal Yana.

Time sekolah dulu Yana tak boleh berdiri lama masa perhimpunan memang Yana akan pitam dan tumbang. Masa sukan pun boleh join acara larian yang less than 200m kalau tak sama jugak ku akan pitam! Senggugut pulak time kena memang terbaring jer. Masa kerja dulu kalau kena memang MC or emergency leave lah jawabnya sebab tak boleh buat apa.

Lepas Yana start consume supplement Shaklee, Alhamdulillah tahap kesihatan Yana makin baik hari demi hari. Semua masalah tadi makin berkurang and lama lama takde lagi dah.

Berbalik kepada persoalan utama, adakah supplement Shaklee bahaya atau mendatangkan keburukan kepada kesihatan kita?

Jawapannya YA, kalau you tak consume dengan cara yang betul atau pun you overdosed. Setiap supplement ada cara yang betul dan sesuai untuk consume mengikut keperluan setiap individu. Pastikan anda membeli produk Shaklee daripada pengedar yang sah dan bertanggungjawab ya? Baru lah dapat consultation yang terbaik untuk anda dapatkan hasil atau effect yang anda inginkan :)

Kalau anda semua nak tahu, produk Shaklee nih dah ada sejak berpuluh puluh tahun and multivitamin Shaklee yang VITA LEA tu pulak dah wujud sejak 100 tahun yang lalu. Yang paling penting, Shaklee nih memang 100% NATURAL yer semua plant based.

✅ SAFE
✅ PROVEN
✅ EFFECTIVE

Tak perlu ada rasa ragu ragu untuk mencuba sendiri keberkesanan produk Shaklee, inshaaAllah memang terbaik.

Mana nak dapat company yang mampu buat kajian / landmark study, yang mana pengguna dah pun consume produk tu selama lebih 20 tahun.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, kumpulan yang merupakan pengguna supplement Shaklee hidup dengan tahap kesihatan yang JAUH LEBIH BAIK berbanding dengan mereka yang amalkan supplement lain dan yang langsung tidak mengamalkan supplement.


So rasa yakin tak nak makan produk yang dah TERBUKTI SELAMAT DAN BERKESAN BESERTA ADA BUKTI KAJIAN SELAMA LEBIH 20 TAHUN?

Yang dah sedia jadi pengguna Shaklee, tahniah kerana anda telah memilih antara produk supplement yang terbaik dan no 1 di US. InshaaAllah you are one step closer to a better health and maintain awet muda lah anda semua nanti ❤️

Yana dah jumpa ramai orang orang lama yang consume Shaklee, umur dah 50an dan 60an tapi nampak muda 10-20 tahun tau. So kalau nak jaga kesihatan, nak awet muda, nak cantik, kena lah consume dari umur muda sekarang. 


Habis tu yang dah berusia macam mana? 

Tak de masalah, boleh jer terus consume supplement untuk improve kesihatan kepada tahap yang lebih baik. The best yang Yana cadangkan untuk usia 30 ke atas ialah VIVIX dan COLLAGEN POWDER. InshaaAllah boleh nampak lebih muda daripada usia sebenar :)

"We're not talking about treating diseases.
We're talking about BUILDING HEALTH."

- the landmark study, Dr Bruce for Shaklee

Treating diseases kita serah pada ahlinya - Doctors & Specialists at the Hospitals.

Untuk order dan pertanyaan lanjut berkenaan produk Shaklee boleh whatsapp Yana di 016-2099703 atau untuk pembelian terus secara online boleh click link di bawah ini.





Saturday, December 30, 2017

COQ10 KINI BERWAJAH BARU DARI SHAKLEE MALAYSIA

Assalamualaikum semua and Hye

Bermula 1 Januari 2018, Shaklee akan membawa masuk satu produk baru menggantikan CoQ Health yang dihentikan penjualan di negara kita sekitar 3 tahun lalu. Produk yang baru ini dikenali sebagai CoQ-Trol Plus.

Produk CoQ-Trol Plus ini adalah antara supplement yang terbaik untuk kesihatan jantung dan sememangnya ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pengguna setia supplement Shaklee.

CoQ-Trol Plus merupakan campuran proprietari 100mg Coenzyme Q10, Resveratrol dan Tokoferol yang memberikan hasil dan manfaat Coq10 yang lebih baik.




CoQ10 untuk Kesihatan Jantung

Jantung kita mengepam kira-kira 2,000 gelen darah seluruh badan setiap hari. Sebagai otot yang bekerja paling kuat di dalam badan kita dan juga sebagai pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung kita memerlukan sejumlah besar tenaga untuk berfungsi dengan efficient.

Tenaga yang diperlukan oleh jantung disediakan dengan bantuan nutrien yang dikenali sebagai coenzyme Q10 (CoQ10) yang juga berperanan dalam menyokong kesihatan saluran darah. CoQ10 dihasilkan secara semula jadi oleh badan kita dan CoQ10 juga terdapat dalam semua sel dalam badan kita.

Pengambilan makanan dapat membantu mengekalkan tahap CoQ10 dalam sel badan kita; akan tetapi jumlah CoQ10 yang kita dapat daripada makanan biasanya kurang daripada 10 mg sehari. Faktor-faktor seperti pemakanan yang tidak sihat dan pendedahan kepada radikal bebas setiap hari menjadikan kita memerlukan nutrien ini lebih lagi daripada pengambilan makanan tambahan (supplement) untuk memastikan paras CoQ10 dalam sel kita adalah mencukupi.

Jantung kita berdegup sekitar 100,000 kali sehari.

Penggunaan ubat-ubatan tertentu boleh mengurangkan tahap CoQ10 dalam darah. Contohnya Statin. Statin adalah ubat untuk kolesterol, Statin bukan sahaja menurunkan paras LDL (kolestrol jahat), tapi Satin turut mempunyai kesan sampingan iaitu menghalang tubuh kita daripada mengeluarkan CoQ10 secara semula jadi.

Tahap CoQ10 dalam darah boleh menurun sehingga 50%.

Kenapa pentingnya CoQ10 ni?

CoQ10 ada di dalam sel badan secara semula jadi dan sangat penting untuk pengeluaran tenaga, terutamanya hati. Tanpa tahap CoQ10 yang mencukupi, pengeluaran tenaga dalam sel akan menurun yang akan menyebabkan fungsi jantung turut terjejas.

Selain itu, CoQ10 membantu melindungi daripada kolesterol LDL. Ini disebabkan CoQ10 mempunyai aktiviti anti-oksidan yang kuat dan dapat membantu melindungi arteri kita daripada kerosakan akibat LDL yang teroksida. Kolesterol LDL yang teroksidasi boleh merosakkan salur darah dan boleh mencetuskan perkembangan plak arteri. Pembentukan plak membawa kepada penyempitan arteri dan akhirnya boleh menghalang aliran darah ke jantung dan otak, menyebabkan serangan jantung atau strok.

Jadi secara ringkasnya, CoQ10 sangat penting untuk: 

- Tenaga kepada sel, supaya jantung dapat berfungsi dengan baik 
- Mengurangkan kesan sampingan pengambilan statin 
- Menggalakkan pengeluaran enzim CoQ10 
- Melindungi arteri daripada kerosakan akibat oksidasi LDL 

Apa pula kata Pakar?

Dr Stephen, pakar jantung.

Menurut Dr Stephen beliau telah memberi suplemen CoQ10 kepada pesakit jantung pada tahun 1986 dan beliau sangat teruja dengan hasil dan peningkatakan kesihatan pesakit beliau.



Dr Jamie McManus

Dr Jamie pula mencadangkan CoQ-Trol untuk kesihatan jantung. Selain CoQ-Trol, boleh ambil Omega Guard dan Phytocol-ST sebagai tambahan untuk supplement lengkap bagi kesihatan jantung.



Apa yang membuat Shaklee CoQ-Trol Plus lain daripada CoQ10 lain di pasaran? 

* CoQ-Trol Plus mengandungi campuran unik CoQ10 dan resveratrol yang berfungsi untuk membantu menghasilkan tenaga dan menguatkan jantung anda. Resveratrol juga membantu melambatkan penuaan.

* CoQ-Trol Plus mengandungi minyak zaitun sebagai sebahagian daripada sistem penyerapan semula jadi daripada Shaklee. 

Bagaimana CoQ10 Membantu Untuk Mencantikkan Kulit?

Selain untuk kesihatan, CoQ10 juga memainkan peranan yang penting untuk menjadikan kulit kita lebih cantik dan awet muda. Apabila umur kita semakin meningkat, paras CoQ10 dalam sel kita juga semakin berkurangan. Kebanyakan wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas juga mempunyai paras CoQ10 yang lebih rendah daripada yang sepatutnya. 

Kekurangan CoQ10 akan membawa kepada kurangnya penghasilan kolagen dan elastin pada kulit. Kolagen sangat penting kerana ianya membuatkan kulit kita menjadi lebih tegang dan anjal manakala elastin menjadikan kulit kita lebih fleksibel. Kekurangan kolagen dan elastin akan menyebabkan kulit kita mula berkedut dan menjadi kendur.

CoQ10 juga membantu mencantikkan kulit dengan bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat. Ia membantu untuk meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel badan kita seterusnya menyebabkan penuaan berlaku dengan lebih cepat. Bila sel kita dilindungi, sel kita tidak mudah dirosakkan oleh radikal bebas daripada persekitaran,

Harga juga jauh lebih jimat dan berbaloi-baloi daripada supplement CoQ10 lain di pasaran. Nantikan kemunculannya pada 1 Januari 2018!



Friday, December 29, 2017

TRIP SHAKLEE: STAR CRUISE LIBRA PART 4

Assalamualaikum semua and Hye

Okay bersambung lagi daripada entry yang lalu, yang nih last part of my Star Cruise Libra trip with Shaklee.


Untuk hari ke-4, kami telah turun ke Pulau Pinang dan fokus utama ialah nak jalan-jalan cari makan :)


Breakfast dulu pagi di Four Seasons. Nampak tak sachet Collagen tu? Haa Yana memang kalau travel wajib tau bawa Collagen nih. Sangat membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit dan mengatasi masalah sunburn. Seharian kat Phuket semalam pun Alhamdulillah kulit Yana tak sunburn sangat. So for those yang kulit jenis sensitif atau senang sunburn, Collagen nih memang terbaik.

Untuk lebih info berkenaan Collagen boleh baca di sini:



4 hari atas cruise saiz pipi pun bertambah dengan dahsyatnya!


Husband pun naik badan sebab asyik makan jer :P


With my downline, Rozanna :) Congratulations Nana sebab dapat 2 tiket untuk trip Shaklee kali nih, dapat bawa Husband sekali.


Dua dua nama Nana, tapi seorang downline dan seorang lagi upline :)


Penyelamat sepanjang beberapa hari sibuk berjalan ke sana sini. Performance Drink nih memang sangat membantu untuk mengurangkan rasa dahaga, memberikan lebih tenaga dan mengelakkan kita dehydration. Nak purchase secara online boleh click link di bawah :)



The Husbands, sementara menunggu waktu untuk keluar daripada cruise.

Welcome to Penang! Feeling macam tourist sangat :D


Baru sampai kat Port Swettenhem. Ada bas yang dah menanti untuk bawa kami jalan-jalan di sekitar Penang.


Sky Tower, beratur nak naik lif untuk sampai ke atas.


Orang semua beratur nak jalan atas cermin tu. Kena pakai sarung dekat kasut mungkin nak jaga kebersihan kalau tak sure cermin tu kotor dah.


Pemandangan dari Sky Tower.


Chill dulu sambil tunggu kurang sikit orang yang beratur.


Our turn. Sesungguhnya Yana memang gayat maka Yana tengok depan jer tak tengok langsung kat bawah :P


With my super upline and the President of Shaklee Malaysia.

Kalau pergi Penang, tak lengkap rasanya kalau tak pekena Nasi Kandar kan? Dulu pergi Penang dengan family makan kat Kayu Nasi Kandar, kali nih cuba yang Line Clear pulak. 

Boleh tahan juga, tapi Yana lagi prefer Kayu Nasi Kandar sebab yang Line Clear nih rasa rempah dia kuat sikit. Siapa suka kari kaw for sure suka :)


NASI KANDAR LINE CLEAR.


Besar betul kepala ikan!


Penuh pinggan dia letakkan.

Yana ambil sotong + telur sotong dengan ayam goreng. Sedap!

Selepas makan, sambung jalan-jalan dekat Bazaar Chowrasta. Tapi lupa nak ambil gambar sebab dah kenyang dan mengantuk. Yana just beli jeruk sikit dengan souvenirs.

Lebih kurang pukul 5 pm dah balik ke port dan naik cruise semula. Malam tu dinner makan buffet dekat the Mariners. Lepas makan ada sesi offline coaching dengan group Spectacular. Malam akhir baru coaching, sebab awal-awal Master Nana bagi chance mood holiday :D


My Spectacular family, sayang semua lillahita'ala :)

Esoknya kami sampai dan keluar daripada cruise awal sekitar jam 8.30 pagi. Thank you very much to Shaklee Management Team for everything, everything was perfect! Staff semua sangat membantu sepanjang trip dan kami memang enjoy sangat-sangat trip kali nih. Actually semua trip Shaklee memang best dan tak pernah menghampakan :')

Thank you for reading, this is the last part of my Star Cruise Libra trip.

Untuk anda belum pernah mendaftar sebagai ahli dan anda ingin menjadi sebahagian daripada my Shaklee family, boleh hubungi Yana terus menerusi whatsapp di 016-2099703. InshaaAllah Yana akan bantu untuk anda juga sama-sama berjaya dengan bisnes Shaklee.

Till then, Wassalam.



Thursday, December 28, 2017

TRIP SHAKLEE: STAR CRUISE LIBRA PART 3

Assalamualaikum semua and Hye

Untuk entry kali ini, Yana nak sambung lagi share pengalaman Yana pada hari ke-3 Trip Star Cruise Libra 5 hari 4 malam Port Klang-Langkawi-Phuket-Penang bersama Shaklee. 


Pada hari ke-3 nih, aktiviti seharian kami memang tertumpu di Phuket sebab dari pagi sampai ke petang kami berada di sana :)

Macam biasa kami breakfast dulu dekat Mariners Restaurant. Lepas settle breakfast, kami berkumpul di Galaxy Of Stars dan seterusnya kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan aktiviti kami sebaik sahaja tiba di Phuket nanti. Keluar jer daripada Cruise kami terus menaiki sebuah bot dan bot ini seterusnya membawa kami ke Patong Beach. 


Masa dalam bot on the way ke Patong Beach.


Husband bakal join aktiviti Parasailing, Yana pulak bakal join aktiviti Sea-Walker.


Patong Beach, Phuket.

Dari Patong Beach, kami bergerak menuju ke bas yang dah sedia menunggu untuk membawa kami ke jeti. Next, kami dibawa menaiki speed boat menuju ke Banana Beach pulak. Banana Beach nih air dia lebih jernih daripada Patong Beach tadi. 


Ada macam-macam aktiviti yang Shaklee sediakan untuk kami di sini seperti parasailing, sea-walker, banana boat, zipline dan snorkeling.


Dari speed boat tadi nak ke tepi pantai kena lalu atas jambatan terapung warna biru nih. Mencabar jugak lah lagi-lagi bila ombak kuat.


Semua berkumpul mengikut aktiviti masing-masing.


With our uplines Master Daus and Master Nana. Masa nih sebelum mula aktiviti air semua.

Thanks to our super upline Master Dosh and Master Iffah for sponsoring us this awesome T-Shirt! team S2U Families semua pakai t-shirt nih masa kat Phuket. Semoga Allah murahkan lagi rezeki MIA sekeluarga, amin :)


Untuk aktiviti sea-walker, Yana dipakaikan satu alat di bahagian kepala yang ada oksigen sebelum masuk ke dalam air. Nervous jugak masa nih, lagi laa Yana nih tak pandai berenang sangat. Tapi bila dah masuk bawah tu terus okay jer, tak de lagi rasa takut atau cuak :)


Aktiviti sea-walker, jalan di dasar laut sambil melihat sendiri keindahan di dasar lautan ciptaan Allah :')


Husband tengah join aktiviti parasailing :)


Ada juga yang join aktiviti snorkeling.

Lepas settle aktiviti, it's lunch time. Jujur Yana cakap sepanjang trip Shaklee memang Yana tak pernah ada kesempatan nak rasa lapar, sebab Shaklee memang provide makanan cukup lengkap, on time and sedap sangat-sangat. 

By the way, makanan dekat Phuket memang terbaik. Kami dihidangkan dengan buffet yang ada macam-macam lauk masakan Thai. Air kelapa pun dapat seorang sebiji, air yang lain-lain ada juga disediakan. 


Fresh dan sedap air kelapa dia, manis rasa pandan.


Semua makanan yang sedap-sedap belaka.


And my favourite Pulut Mangga pun ada. Sangat sedap!

Selepas selesai lunch di Banana Beach, kami semua mula bergerak ke speed boat semula untuk kembali ke Patong Beach. Di sini kami diberikan masa beberapa jam untuk shopping. Dapat beli T-shirt untuk Ayish serta beberapa souvenirs seperti note book, keychain dan fridge magnet. 


Sempat Husband menembak :)

Selepas selesai shopping, kami kembali ke jeti untuk menaiki speedboat dan kembali ke cruise. Berehat seketika sebelum ke acara Gala Dinner "Captain's Night" pada malam tersebut. Semua kena berpakaian formal malam tu.


Our OOTD for Captain's Night :)


The course.


Lobster dia sooooo nice! All the food taste so good tapi sebab Yana jenis kuat makan maka I tak kenyang. Sambung supper kat Mariners :P


Lepas makan malam tu Yana pergi spa untuk full body massage. Fuhh rasa lega betul, almaklum lah seharian banyak berjalan dan join aktiviti air kan. So bila pergi massage tu memang release betul.

Next entry nanti inshaaAllah Yana akan sambung lagi cerita berkenaan hari ke-4 pula kami di Penang. Stay tuned :)



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com