Sunday, December 24, 2017

SHAKLEE'S NEW MASTER COORDINATOR CELEBRATION

Assalamualaikum and Hye semua

Seperti yang Yana dah kongsikan sebelum ini, Alhamdulillah bulan September 2016 tahun lepas Yana berjaya mencapai rank tertinggi dalam bisnes Shaklee iaitu Master Coordinator. Sempena dengan kejayaan ini juga, pihak Shaklee telah meraikan Yana dan Husband dalam suatu event Master Celebration yang telah berlangsung pada 23 Julai 2017 yang lalu.

Untuk pengetahuan anda semua, being a Master means Yana telah berjaya melahirkan ramai pemegang income 4-5 angka sebulan di bawah bimbingan Yana sendiri dan untuk seorang effective Master Coordinator, income setahun adalah melebihi 500k. Master juga berpeluang mencapai Car Bonus 7-10k sebulan atau lebih dan juga score tiket percutian International melebihi 2 tiket (boleh bawa Husband, anak anak or parents bersama).

Yana akan banyak share gambar dan Yana akan ceritakan serba sedikit perjalanan majlis. Moga dapat memberikan inspirasi terutamanya buat semua anak didik Yana dan juga Shaklee Independent Distributor yang lain untuk buat bisnes Shaklee betul betul sampai lah ke rank Master dan seterusnya inshaaAllah.


 Event ini telah berlangsung di Grand Ballroom, Marriott Hotel Putrajaya.


Yana dipakaikan bunga di pergelangan tangan, Husband dipakaikan bunga 
di blazer.


Bersama-sama dengan Yana, ada 2 orang lagi Masters yang diraikan yang juga 
merupakan sidelines Yana di bawah group Spectacular.


With Shaklee's Top Management team :)


Persembahan pembukaan majlis.


Recognition untuk mereka yang berjaya rank up Leaders.


 Finally acara yang ditunggu-tunggu, sharing and speech by New Masters. 
Our turn yang first sekali :)


Sedikit petikan daripada sharing saya, 

"Bulan Jun tahun 2013 merupakan permulaan saya dengan bisnes Shaklee. Masa tu niat dan matlamat saya yang utama hanyalah satu iaitu saya nak berhenti kerja, duduk dengan suami,  jaga anak sendiri tapi dalam masa yang sama, saya nak ada income lebih daripada kerja saya makan gaji pada waktu tu. To be in exact, saya nak jadi seorang WORK AT HOME MOM.

Saya jadi sangat busy bila saya kerja dan buat bisnes dalam masa yang sama. Waktu punch card saya adalah 8.30 pagi sampai 6.15 petang. 6.15 tu memang jarang-jarang la nak dapat, biasa paling awal 6.30 petang paling lambat sampai ke pukul 9 malam. Jadi apa yang saya buat ialah saya akan siapkan planning awal untuk marketing, apa yang saya nak share di social media semua saya dah prepare lebih awal. Untuk online coaching group pun saya akan plan lebih awal, saya cuba cari masa 1 jam dalam 3-4 kali seminggu untuk touch group saya.

Saya ingat lagi masa tu waktu break and lunch lah saya akan reply whatsapp customers dan settle kan postage. Memang gigih jugak la sebab masa tu shaklee takde online order lagi tau, semua kena manual by call. Waktu lunch antara pukul 1 hingga 2, saya akan pergi ke citylink untuk pick up barang yg saya order dari Shaklee, lepas tu pergi poslaju pulak untuk pos barang pada customers. Memang penat sangat berkejar ke sana sini, tapi hasilnya Alhamdulillah berbaloi-baloi. Orang yang nak berjaya takkan beri alasan, sebaliknya dia akan cari apa jua cara untuk dia berjaya capai apa yang dia inginkan.

Saya disahkan hamil semasa bulan ke 2 saya join bisnes Shaklee. Masa tu kerja office semakin banyak, dengan bisnes lagi, memang saya tak cukup rehat. Morning sickness pun agak teruk, tapi itu semua tak mematahkan semangat saya untuk terus struggle dalam bisnes Shaklee. Kemudian saya diuji, saya miscarriaged on my 12th weeks of pregnancy. Dalam masa saya berpantang selepas keguguran, Husband pula accident masa tu. Syukur Alhamdulillah dia selamat, cuma kerete yang agak teruk.


Ujian demi ujian yang datang buat saya jadi lebih kuat, saya nekad sebelum saya hamil kali kedua, saya mesti dah resign dan buat bisnes Shaklee secara full time. Saya ingat lagi masa tu income Shaklee saya sebenarnya dah pun 3-4 kali ganda gaji kerja saya, tapi saya masih belum nak resign lagi sebab saya rasa seronok pulak tengok dua kali gaji masuk. Sampai lah masa tu Husband sendiri yang suruh saya resign, sebagai isteri kena la ikut cakap suami kan. 

Rupa rupanya ada hikmah yang lebih besar lepas saya berhenti, Alhamdulillah saya disahkan hamil kali kedua. Saya rasa bersyukur sangat sangat sebab sepanjang kehamilan kali kedua saya hanya bekerja dari rumah, bila sakit pening atau letih boleh rehat tak perlu lagi ambil mc atau emergency leave. Income Shaklee selepas berhenti kerja pun Alhamdulillah semakin bertambah setiap bulan. Mungkin sebab saya dah boleh fokus sepenuhnya, tak perlu lagi fikir soal kerja.


Dalam bisnes, kita akan hadapi macam macam jenis cabaran dan ujian. Semuanya terpulang pada diri kita sendiri, macam mana kita nak hadapi semua tu. Kalau kita pilih untuk jadi lemah, maka kita akan jatuh. Sebaliknya jika kita pilih untuk kuat, berdepan dan hadapi semua cabaran dan ujian, inshaaAllah in future kita akan jadi orang yang jauh lebih matang. Masa tu nanti datang la apa badai sekali pun, inshaaAllah kita takkan terkesan sangat dah.

Saya percaya, ramai di antara anda semua yg menghadapi 2 cabaran yg utama iaitu MASA dan REJECTION. 
Dari segi masa, yang bekerja akan kata terlalu busy dengan kerja sampai takde masa untuk fokus bisnes. Walhal matlamat asal dia buat bisnes tadi nak TIME FREEDOM, nak berhenti kerja dan jadi work at home Mom. Jika masa dijadikan alasan kenapa you tak boleh fokus untuk berjaya, sampai ke sudah Shaklee hanya mampu jadi bisnes part time sahaja.

Yang dah jadi work at home mom pulak kata tak cukup masa untuk fokus bisnes sebab busy dengan anak. Kesian anak, asalnya jadi BIG WHY lepas tu jadi the REASON WHY tak boleh berjaya pulak. Tanya balik diri masing-masing, kalau orang lain boleh kenapa tidak you? Memang cabaran setiap ibu adalah berbeza, takkan pernah sama. Segalanya berbalik pada diri you, apa yang you boleh buat untuk atasi semua kekangan yang menggangu fokus you. Kalau masa lah yang jadi masalah utama you, then you kena belajar untuk manage masa dengan lebih baik dan sistematik lagi lepas nih.

Untuk rejection pulak, lumrah dalam kehidupan kita akan mengalami penolakan. Dalam bisnes Shaklee sendiri you akan ada 2 jenis rejection, satu daripada customers yang tak jadi atau tak nak beli, lagi satu ialah daripada downlines yang belum bersedia nak berjaya. Pegang lah pada kata kata nih, "When people said NO, you just need to say NEXT." Percaya lah di luar sana ramai lagi orang yg memerlukan produk Shaklee, ramai lagi orang yang nak berjaya untuk ubah taraf hidup jadi lebih baik. Tak perlu fokus pada yang tak nak ni tadi, kita move on terus pada orang lain.


Apa yang saya nak tekankan di sini ialah you kena tetapkan mindset you untuk sentiasa positif. Bukan setakat dalam bisnes jer kita akan jumpa macam-macam orang, even dalam kehidupan pun sama. Ada yang suka, ada yang tak suka. Itu semua lumrah. Buat baik depan depan orang kata menunjuk, buat baik senyap senyap pun orang mengutuk. Yang penting ialah diri kita, keluarga kita, orang-orang yg kita sayang. Cakap-cakap orang sila tolak ke tepi, buang ke belakang dan fokus pada kejayaan jer.

Bisnes Shaklee nih banyak mengajar saya erti kehidupan bila mana saya jumpa dengan macam macam jenis manusia. Saya belajar utk jadi seorang yg lebih sabar, saya jadi lebih kuat dalam menempuh setiap ujian yg datang dan juga saya belajar untuk hormat pada orang lain tanpa mengira pangkat, darjat atau pun umur. Semua ini yang menjadikan saya berdiri di sini pada hari ini dan juga memberikan saya sebuah team yang hebat, yang ada bersama di setiap saat jatuh dan bangun. Satu key word penting you kena pegang dan ingat ialah CONSISTENCY - ini lah salah satu rahsia utk berjaya dalam apa jua yg kita lakukan. Setiap daripada kita Allah dah tentukan jalan kejayaan masing-masing, cuma cepat atau lambat segalanya bergantung kepada doa, usaha, ikhtiar dan rezeki masing-masing.

4 tahun kami berada dalam bisnes Shaklee, inshaaAllah kami percaya yang bisnes ini lah yang kami akan jadikan sebagai lifetime business kami. Saya dah ada pengalaman buat bisnes bisnes lain, tapi pendapat peribadi saya sendiri, bisnes Shaklee adalah antara bisnes yang dah cukup terbaik dah baik dari segi marketing plan mahupun dari segi produk. Yang penting you need to keep your focus, elakkan untuk buat terlalu banyak bisnes dalam satu masa."

Shaklee's Master Celebration
Master Liyana & Muzakkir
23rd July 2017, Marriott Putrajaya


Husband pula banyak bercerita kisah dirinya sejak kecil, apa yang membuatkan dia bekerja keras untuk capai target sampai lah satu masa dia sedar yang sebenarnya paling penting adalah masa bersama keluarga. Dengan pekerjaan dulu, Husband terlalu busy dan sering tiada di rumah. Kini dengan Shaklee, Husband sentiasa ada bersama kami :')


 And he cried :') Terkenang kisah masa zaman kecik kecik dulu.


After sesi sharing, curi masa kejap untuk bergambar dengan my anak didik :)
Thank you semua sudi meluangkan masa untuk hadir.


Selesai sesi sharing all Masters, sesi recognition for all new Masters. 
Dapat crown, sash, sijil and a bouquet of flowers.


With our super uplines :)


Master Siti Farhana dan Master Ahmad Firdaus yang banyak didik kami dari awal sampai lah kami berjaya. Thank you so much to both of you for everything :)


Thank you for coming ibu, ayah and adik adik :) And thank you sebab always support dan doakan kami dari awal sampai lah sekarang.


Our dear beloved son, Aqeef Ayish. Salah satu push factor untuk kami berjaya sehingga ke tahap sekarang :')


One with the President.


 "The love of a family is life's greatest blessing"


Thank you Shaklee's Management Team untuk event yang sangat meriah and grand nih. Rasa bertuah sangat-sangat berada sebahagian daripada Shaklee Family, kejayaan kami diraikan dengan majlis yang cukup bermakna dan tak mungkin kami lupakan sampai bila-bila :')

Alhamdulillah juga, bulan Oktober yang baru lepas nih Yana dah pun berjaya melahirkan seorang New Master Coordinator iaitu Master Irine Nadia :)


InshaaAllah soon kita nantikan Master Celebration untuk Irine pulak. Nanti next entry Yana akan share berkenaan event yang Yana sendiri anjurkan untuk my group gathering and pre-celebration for our New Master nih :)

Thank you for reading and have a nice day!



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com