Saturday, October 13, 2018

MY 2ND PREGNANCY

Assalamualaikum and hye :)

Entry nih Yana post sebagai kenangan bila anak-anak dah besar nanti.

Syukur Alhamdulillah, 27 April 2018 adalah hari di mana Yana first tahu yang Yana positive pregnant. Masa nih period dah delay, terus suruh Husband belikan upt test and check.



Paling semua kaum wanita excited, bila nampak double line. Alhamdulillah :')

Then masa 6 Mei 2018, saje gataii pergi beli upt yang digital pulak. Nak puaskan hati sebelum pergi check up and scan lah kononnya.



Paling nyata dan jelas. Terus esoknya pergi scan :)

Alhamdulillah segala mabuk-mabuk loya bagai dah takde start masuk 4 bulan. Masa 1st trimester jelah yang teruk sampai rasa lemah longlai sungguh. Selera makan langsung takde, pedas sikit tak boleh, angin banyaknyaa sungguh tak selesa, muntah tak kira masa. Fuhhh! Memang mencabar sangat. Tapi bersyukur jugak sebab pregnancy kali nih a lot better daripada masa Ayish dulu tau. Time Ayish dulu sampai 6-7 bulan baru lah okay. Lama kan?

Disebabkan takde selera makan semua, Yana memang totally kena bergantung pada supplement untuk make sure Yana dapat cukup keperluan nutrisi. Yelah, risaunya baby dalam perut nih nak kena grow kan? So kalau tak makan nanti macam mana? Daripada mana baby nak dapat cukup nutrisi?

And of course, pilihan Yana kali nih tetap dengan Set Hamil Shaklee. Complete segala nutrisi untuk my baby.



Dari kiri: Kalsium + Magnesium, Vitamin B lengkap + Asid Folik, Omega-3, Protein lengkap, Vitamin C, Multivitamin lengkap + Iron.


Banyaknya item dalam Set Hamil nih Yana, Yana consume semua sekali ke?

Yes of course Yana consume semua. Sebab macam Yana cakap tadi, I have to make sure Yana cukup vitamins and nutritions setiap hari. Yana share sedikit manfaat dan kebaikan setiap supplement dalam Set Hamil yang Yana consume.



ESP : Yang nih memang penting untuk Yana sebabnya Yana nih sometimes lambat breakfast. Tak boleh biar perut kosong pagi pagi, kesian la kat baby.. ESP nih Yana biasa Yana ambil untuk alas perut sebelum heavy breakfast. Lagi satu, ESP nih energy booster jugak tau, bila consume ESP Yana kurang rasa letih walau pun perut makin membesar.

B COMPLEX : Nih memang penting untuk consume dari awal pregnancy sebab ada Folic Acid. Bila dah masuk ke 2nd and 3rd Trimester pun, Yana still continue consume sebab Vitamin B bantu tukarkan gula berlebihan dalam darah kepada tenaga. InshaaAllah dapat elakkan masalah GDM masa pregnancy.

VITA LEA : Yang nih pun Yana consume dari awal sebab Yana sejak kecik ada masalah tekanan darah rendah. Sebelum pregnant pun dah low BP, masa pregnant lagi kena jaga. Iron juga sangat membantu untuk make sure bacaan HB cantik dari awal pregnancy.

OSTEMATRIX : Wajib untuk ibu mengandung yang jenis tak minum susu. Untuk yang minum susu, tak perlu ambil OSTEMATRIX nih pun tak pe. Macam Yana memang ada jugak la minum susu tapi time pagi jer bancuh dengan ESP. Still tak cukup total intake untuk daily calcium. Yana memang suka OSTEMATRIX nih sebab dia membantu untuk atasi sakit sakit seluruh badan khususnya pinggang, belakang, kaki, lutut dan juga bantu atasi masalah susah buang air besar. 

OMEGA GUARD : Doctor memang sarankan ambil Omega-3 semasa hamil sebab bagus untuk perkembangan minda baby dalam kandungan. Yang ada masalah high BP and kolestrol pun bagus consume. Selain itu, OMEGA GUARD nih jugan bantu mengelakkan berat badan naik mendadak semasa hamil.

SR VITA C PLUS : Yana ambil Vitamin C untuk boost my inmune system. As a Mama, memang nak always jaga kesihatan so Vitamin C nih la yang sangat membantu. Memang Vitamin C tak boleh elakkan demam selsema semua tu, tapi apa yang Yana perasan kalau Yana dah start rasa nak demam ke selsema ke, biasanya kejap jer dah okay. Takkan ambil masa berhari hari untuk baik. Vitamin C juga bagus untuk immune baby dalam kandungan.

Sebenarnya depends pada individu untuk ambil ikut keperluan masing masing. You boleh consume mana yang you perlukan sahaja 🙂


On my 29th Birthday, masa nih 27 weeks. Cuba teka baby boy ke girl? :)


Kalau tanya pada Yana cabaran terbesar pregnancy kali nih, Yana rasa part sakit pinggang datang menyerang tu yang paling tak tahan. Biasa bila kena sakit pinggang extra nih Yana akan up kan dose untuk kalsium baru lah dia okay and rasa lega bila bangun esoknya.
Apa-apapun, setiap kesakitan yang kita hadapi masa mengandung nih ada ganjarannya inshaaAllah. Kadang rasa nak merungut dan mengadu sakit kat Husband tapi bila baby kicking gerak-gerak terus tak jadi duk bayangkan jer dia keluar nanti :')

Walau macam-macam dugaan yang datang masa pregnancy terutamanya part morning sickness tadi, Yana rasa enjoy setiap kali pregnancy. Paling tak sabar masa setiap kali check up nak scan jumpa baby. Ayish pun hari-hari duk kiss perut sayang kat adik dia. Yana pasti dia pun tak sabar nak tunggu adik dia keluar, dah nak jadi abang dah :')


Moga Allah sentiasa lindungi anak Mama kat dalam perut nih dan permudahkan segala urusan sehingga melahirkan nanti. Aminn


Last month, masa pergi Europe trip. Nanti inshaaAllah Yana akan share on my next entry :)


Wednesday, May 2, 2018

TIPS BERTENAGA DI BULAN PUASA

Assalamualaikum and Hye

Tak lama lagi dah nak puasa, maka Shaklee pun buat promosi untuk supplements yang dapat membantu untuk berikan anda lebih bertenaga supaya ibadah puasa dapat dilakukan dengan lebih sempurna inshaaAllah.



Ada 3 supplements yang under promo bulan nih :

1️⃣ CINCH SHAKE (VANILLA)

Cinch Shake nih memang sesuai untuk korang yang nak slim dalam masa yang sama nak lebih bertenaga semasa berpuasa.

So siapa yang nak loose weight tu, boleh lah consume Cinch Shake nih semasa sahur.

InshaaAllah korang akan rasa kenyang lebih lama dan lebih bertenaga dalam masa yang sama leucine dalam Cinch Shake akan membantu untuk mencairkan lemak dalam badan.

2️⃣ PERFORMANCE DRINK (PD)

PD nih sejenis minuman seperti isotonik tapi takde gas.

PD bagus untuk mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air.

PD akan seimbangkan proses kehilangan air dalam badan so that badan kekal rasa segar and dapat lah mengurangkan rasa dahaga. Digalakkan juga diambil semasa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.

3️⃣ MEAL SHAKES

Sebagai sumber multivitamin yang terbaik. Bila kita berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi.

Bukan orang dewasa jer boleh consume, Meal Shakes juga sesuai untuk kanak kanak yang baru berlatih dan start berpuasa, inshaaAllah anak anak puasa pun lebih enjoy sebab kurang rasa letih.


So untuk korang yang agak agak letih memanjang and lemau jer masa nak berpuasa tu, boleh lah cuba mana mana supplement yang dapat membantu untuk memberikan lebih tenaga semasa berpuasa.

InshaaAllah you will feel the difference dengan pengambilan supplement semasa sahur 👍🏻

Bila badan rasa lebih bertenaga, inshaaAllah ibadah puasa juga dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna ❤️

Untuk order dan pertanyaan lanjut, boleh whatsapp Yana terus kat sini 👇🏻

📲 016-2099703
📲 016-2099703
📲 016-2099703

Atau sesiapa yang online guna henfon boleh click jer terus link kat bawah nih 👇🏻


Untuk pembelian direct secara online pulak boleh click link kat bawah nih ðŸ‘‡ðŸ»



Tuesday, January 9, 2018

5 LANGKAH MEMILIKI KULIT YANG SIHAT DAN FLAWLESS!

Assalamualaikum semua and Hye

Untuk entry kali ini Yana nak share dengan anda semua antara supplement yang anda boleh amalkan untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik secara semula jadi. Sebenarnya ada banyak supplement untuk kulit cantik tetapi yang terbaik dan effective bertindak untuk kecantikan ialah:

Vitamin E
Vitamin C
ESP
Vivix
CoQ-Trol
Collagen Powder 

Untuk mendapat kulit yang CANTIK, MULUS dan juga GEBU ada 5 STEPS yang Shaklee sediakan untuk kita amalkan. 

Selain untuk kulit yang cantik, gebu dan mulus, 5 STEPS ini juga dapat menampakkan wajah kita lebih muda dari usia sebenar. Ini adalah kerana 5 STEPS ini bertindak dari dalam (sel-sel badan) dan bukan hanya lapisan dermis (bahagian luar kulit).


So what are the 5 STEPS? 

Meh saya huraikan satu demi satu.

Step 1 ~ MELAMBATKAN PROSES PENUAAN (VIVIX)


Vivix merupakan extract daripada: 

-Polyganum Aspidatum (anti aging )
-Anggur Muscadine~ lebih cromosom (bertindak lebih bagus)
-Lobak Ungu (Kaya dengan polifenol)
-Elderberry

Antara Khasiat Vivix:

-10 kali lebih berkuasa daripada resveratrol (sejenis polifenol) iaitu anti aging terbaik. Saintis Shaklee ada compare vivix dengan resveratrol dan terbukti vivix 10x lebih berkuasa

-Bagus untuk memperbaiki DNA. DNA yang sihat akan menghasilkan sel yang sihat. Bila sel kita sihat akan reflect kepada luaran, kulit lebih berseri-seri.

-Pertahanan Sel, mempertahankan sel daripada terkena serangan penyakit

-Meningkatkan prestasi sel.. Bila sel sihat, organ pun akan sihat. Maka penyakit dapat dijauhi inshaaAllah.

Additional Info:

-DNA boleh musnah melalui Radikal bebas dan Penuaan. Radikal bebas boleh dapat akibat pencemaran, pemakanan yang tidak sihat dan stress.

-DNA yang rosak boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit.

-Vivix membantu mengurangkan sel kulit mati.

-Vivix mengurangkan risiko penyakit dan radang sel melalui pembaikan sel.

-Vivix memberi kesan ke atas MITOCHONDRIA (membanyakkan). Kekurangan MITOCHONDRIA boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

-Vivix membantu melambatkan penghasilan AGE PROTEIN. AGE PROTEIN terbentuk dari gabungan protien+gula yang boleh menyebabkan sel-sel mati. Ianya boleh mengakibatkan penyakit diabetes.


STEP 2 ~ MEMBAIKI PEREDARAN DARAH DAN PERLINDUNGAN MATAHARI (COQ-TROL)


COQ-TROL terdiri daripada Coenzyme Q10, Resveratrol dan Tokoferol.

More info, click here.

Bila kita ambil vivix, ianya bantu banyakkan mitochondria dalam tubuh dan pengambilan COQ health membantu memperbanyakkan coq10 dalam mitochondria 

Khasiat CoQ 10:

-Paling bagus untuk membaiki peredaran darah 
-Tingkatkan penghasilan tenaga dalam sel 
-Perlindungan dari sinaran UV

Coq10 paling tinggi masa umur 20 tahun sebab tu badan kita lebih bertenaga berbanding sekarang. Jadi,dengan pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan semula tenaga. 

Peredaran darah yang sihat menjadikan kulit kita lebih cantik kerana oksigen dan nutrien dibawa dengan sempurna ke seluruh sel kulit.

Peredaran darah yang lemah pula menjadikan kulit kita kusam, kasar dan pigmentation (jeragat) mula timbul.

Hasil penggunaan CoQ10 secara consistent:

-Kulit lebih cerah, gebu dan sekata 
-Kulit jadi tegang dan awet muda 
-Tona kulit lebih sekata dan kurang tompok pigmentation 

**Penghasilan sel yang sihat amat penting untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik. Jadi, CoQ10 mempunyai kuasa meningkatkan tenaga sel berbanding produk Shaklee yang lain. 


STEP 3~PENGHASILAN KOLAGEN (SHAKLEE COLLAGEN POWDER) 


Kolagen membantu memberi kelembapan dari rambut sampai kaki. 

Kolagen shaklee terhasil dari sisik ikan merah yang KUAT TEKANAN & DAYA TAHAN and mampu hidup 5m jauh ke dasar laut. 

**Manusia boleh dive sampai 4m sahaja.. Lebih daripada tu tekanan yang terlalu tinggi tak dapat ditampung oleh badan dan boleh mengakibatkan arteri darah pecah.. Tapi ikan merah boleh hidup sehingga 5m ke bawah di mana ia tahan tekanan lagi tinggi dari manusia. 

Keistimewaan Collagen daripada Shaklee:

-Saiz molekul 1000 dalton membuatkan ianya lebih mudah diserap badan.. Kolagen biasa bersaiz 3000 dalton 

-Saiz paling optimum utk penyerapan kolagen ialah 1000 dalton.. Kurang daripada itu buatkan ia susah nak diserap atau cepat musnah 

-Memelihara keanjalan kulit iaitu hasil dari ramuan kolagen -sisik ikan, kerangan laut, bakteria baik 

-Membantu penghidratan hasil dari ramuan-ekstrak biji camelia, ekstrak pfaffia. Turut mengandungi isoflavones yang sangat baik untuk kesihatan (menurunkan kadar kolesterol) 

-Anti oksidan tinggi hasil dari ramuan-vit c, vit b2 dan b6 dari jagung 

-Mengandungi Probiotik Lactobacilus acidophilus untuk meningkatkan penyerapan Shaklee Collagen Powder dalam usus kecil. 

**Sumber glucosamine untuk penghasilan synovial fluid bagus untuk mereka yang kerap sakit sendiri kerana bantu menambah kolagen pada sendi 


STEP 4~PERLINDUNGAN ANTIOKSIDAN ( VITAMIN C+VITAMIN E) 


Vitamin C shaklee dari ekstrak jagung. Keistimewaan Vitamin C Shaklee:

*Ditambah dengan BIOFLAVONOIDS (bantu penyerapan Vitamin C + bantu cegah Vitamin C dari oxidization) 

*Pembebasan perlahan-lahan setiap 5 jam 

Kuasa Vitamin C:

-Antioksidan yang tinggi 

-Membantu dalam penghasilan kolagen 

-Tingkatkan sistem imun badan ~ Darah putih memerlukan Vitamin C untuk dihasilkan 

-Kulit lebih CERAH,TEGANG dan juga GEBU 

Nota penting : Merokok memusnahkan vitamin C dalam badan 

Kuasa Vitamin E:

-Antioksidan yang kuat 

-Melindungi kulit dari UV 

**Untuk mereka yang kerap terdedah dengan cahaya matahari boleh ambil sebiji vitamin C + sebiji vitamin E di awal pagi 

**Vitamin E lebih baik diambil selepas makan kerana vitamin E tergolong dalam vitamin larut lemak (A,D,E,K). Vitamin E juga boleh diambil 2x sehari. 


Step 5~ KHASIAT KULIT (ESP) 


-Sumber Non GMO iaitu semula jadi dan tidak diubah secara genetik 

-Shaklee memantau soya dari pada tempoh awal sehingga matang dan pilih hanya soya yang terbaik

Untuk yang kurang tahu apa BEZA antara soya NON GMO dengan soya GMO:

Soya Shaklee ditanam secara semula jadi tanpa proses GMO (Genetically Modified Organism) yang mengubah sel-sel semula jadi nya sehingga merosakkan kesihatan manusia dengan pengambilan yang telah disyorkan oleh pakar.

Maksudnya, Shaklee tanam dan biakkan soya secara semula jadi tanpa sebarang bahan kimia yang digunakan secara langsung atau tidak langsung. So here, takde isu bahaya kepada kesihatan, baik dari sudut agama atau sudut teknologi pertanian dan pemakanan.

Masih kurang faham?

Okay macam nih... Soya, tumbuhan dan haiwan masa sekarang nih seiring dengan teknologi yang semakin maju dan pertambahan penduduk dunia yang semakin ramai menyebabkan kebanyakan penternak menggunakan cara suntikan pengubah genetik atau dalam bahasa teknologinya, Genetically Modified Organism (GMO).

Ini bertujuan untuk membanyakkan hasil tanaman atau mempercepat tumbesaran haiwan supaya boleh cepat diproses sebagai makanan atau minuman kepada pengguna di seluruh dunia.

So here, take note ESP Shaklee adalah SEMULA JADI @ NATURAL. InsyaAllah antara supplement yang terbaik untuk badan kita. 

-ESP juga memiliki 9 amino asid yang lengkap 

(badan manusia boleh menghasilkan 11 jenis asid amino tetapi tak boleh hasilkan 9 jenis asid amino. Kesembilan asid amino terdapat dalam ESP) 

**Protein ialah blok asas penghasilan sel badan ( key benefit of ESP). Sekiranya badan cukup sumber protein---> Kulit akan cantik, kuku + rambut cantik.. Otot juga lebih sihat.

**Protein juga merangsang penghasilan kolagen dalam badan. Since ESP nih memang high in protein, so yang ambil secara consistent insyaAllah kulit memang lebih halus mulus, gebu, cerah dan tegang.

Untuk order secara ONLINE, boleh click link di bawah :



Atau boleh whatsapp Yana terus di 016-2099703.

Sunday, January 7, 2018

HOW MUCH CAN YOU EARN WITH SHAKLEE?

Assalamualaikum semua and Hye



Ramai sebenarnya yang PM saya di Facebook dan ada juga yang whatsapp bertanyakan berkenaan bisnes Shaklee. Antara soalan yang paling famous saya dapat ialah...


HOW MUCH MONEY CAN YOU EARN WITH SHAKLEE?

Ramai yang nak tahu berapa sebenarnya income yang mereka boleh dapat kalau mereka join bisnes Shaklee

Lebih kurang 4 tahun 6 bulan yang lepas, my first bonus cheque with Shaklee was RM79.80. 

And a month after, I became a Supervisor and my bonus terus jadi empat angka. It was around RM2,001. Tambah lagi RM500 sama dah gaji Yana kerja as Planner waktu tu.

Sebenarnya tujuan paling utama Yana buat bisnes Shaklee adalah sebab Yana nak resign dan Yana nak pindah ke Johor duduk dengan Husband - memang kitorang pjj lepas kahwin.

Juga, Yana mengimpikan untuk jadi seorang Work At Home Mom. Bekerja dari rumah, anak ada depan mata dalam masa yang sama income berganda ganda.

Alhamdulillah after 6 months, my income started to reach average around 7-9k per month. 

Sampai lah suatu ketika bila mana my Husband sendiri yang bersuara untuk Yana tender my resignation, Yana pun terus resign on February 2014. Masa tu genap 8 bulan Yana buat bisnes Shaklee and my income dah pun melebihi 10k per month.

Syukur Alhamdulillah, sekarang Yana dah pun jadi seorang Work At Home Mom lebih dari 3 tahun and my income pun dah berkali kali ganda jauh melebihi gaji selama 3 tahun Yana makan gaji dulu.


Yang paling membahagiakan, Husband pun dah resign dan full time buat bisnes Shaklee bersama sama dengan Yana since Raya hari tu :’)

I am not going to tell you the exact figures of my current income after more than 4 years Yana buat bisnes Shaklee, but Yana nak share income anak anak didik Yana sendiri yang mana Yana guide dari basic then mereka buat apa yang diajar sehingga lah mereka sendiri berjaya di tahap sekarang.

Ada yang melebihi 20k sebulan.
Ada yang 10-15k sebulan.
Ada yang 5-10k sebulan.
Yang 1-5k pun berderet deret.

Siapa mereka nih semua?



Ada di antara anak didik Yana yang merupakan work at home mom, anak depan mata all the time.

Ada anak didik Yana yang masih belajar lagi, mampu biaya pelajaran dan perbelanjaan sendiri.

Ada juga anak didik Yana yang berkerjaya, mereka buat Shaklee as passion and side income.

So in Shaklee business, everyone has a chance to grow and success.

It doesn’t even matter if you nih cantik ke, kurus ke, pandai ke, famous ke or any other qualities - well that’s a bonus if you have the criteria.

Even orang yang tak de education tinggi pun boleh berjaya asalkan ada passion nak belajar, nak berjaya dan yang penting kena rajin. 

And of course you need to love what you do, you need to love the Shaklee products as well.

Konsep bisnes Shaklee nih mudah jer.

✅ USE the products that suits your body needs
✅ SHARE your Shaklee Effects to others
✅ DUPLICATE your mentor - proven success!

So how much money can you earn with Shaklee business?

3 figures, 4 figures, 5 figures or more you named it. 

Cuma masa you nak dapat amount tu depends pada usaha, rezeki dan kemampuan you sendiri. 

Yang best juga, you might have the chance to join 5 STARS INTERNATIONAL TRIP for free! Semuanya pihak Shaklee sponsor :)


Trip Shaklee Italy 2015


Trip Shaklee US 2016


Trip Shaklee Japan 2017
FULL ENTRY HERE

As a mentor, I could be your waze to show you the way, but you need to drive on your own to reach your destination. Either Ferrari or Kancil, you decide! 


Untuk anda yang ingin menyertai team Shaklee di bawah bimbingan Yana sendiri, boleh terus hubungi Yana untuk pertanyaan lanjut di 016-2099703.


Saturday, January 6, 2018

PETUA KULIT CANTIK MENGGUNAKAN AIS BATU

Assalamualaikum semua and Hye


Kecantikan kulit wajah amat penting terutama bagi para wanita. Sebenarnya terdapat macam-macam petua yang boleh kita amalkan untuk memastikan kecantikan dan kesegaran wajah dapat dikekalkan.

Seharian bekerja dan kemudian pulang ke rumah melayani keluarga pasti letih dan tidak sempat melakukan rawatan kecantikan untuk muka. Begitu juga dengan full time housewife atau work at home mom yang sibuk sepanjang hari.

Untuk hari ini, Yana nak share dengan anda semua cara paling mudah dan murah memelihara kecantikan kulit dengan hanya menggunakan ais batu :)

Ais batu bukan sahaja dapat menyejukkan minuman, tetapi juga boleh digunakan sebagai petua untuk mencantikkan wajah. 

Antara 5 kelebihan ais batu yang boleh digunakan untuk menjaga kecantikan kulit:

1. AIS BATU MENGHILANGKAN JERAWAT 


Jerawat ialah musuh utama untuk kulit wajah terutama bagi kaum wanita. Kewujudannya pasti tidak disenangi pada wajah anda.

TIPS MENGECUTKAN JERAWAT MENGGUNAKAN AIS BATU:
Ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangkan bengkak dan kemerahan pada wajah.

Selain itu, ais juga boleh mengimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan serta membantu mengecutkan jerawat anda.

2. AIS BATU MENGECILKAN LIANG PORI 


Ais boleh digunakan untuk mengecilkan liang pori yang besar pada wajah.

Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil pada wajah anda untuk mengurangkan saiz liang pori sebelum anda make up. Cuba lah lepas nih, make up pun lagi cantik.

Selain itu, ais batu juga membantu mengurangkan jumlah bahan kimia daripada meresap ke dalam kulit.

3. AIS BATU MENGURANGKAN MATA YANG SEMBAB


Mata yang sembab biasanya berlaku akibat masalah kurang tidur atau terlalu stress.

TIPS MENGURANGKAN MATA SEMBAB:
Ambil beberapa ketulan ais batu dan bungkuskan dengan tuala. Gosok secara perlahan-lahan di permukaan kulit di keseluruhan bahagian mata anda. Kesejukan daripada ais akan memberikan kesan yang menenangkan di bahagian mata.

4. AIS BATU MENGEMBALIKAN KESEGARAN WAJAH. 


Apabila anda menekap ais batu di wajah, secara automatik ia akan meningkatkan peredaran darah. Kesan sejuk dapat membantu menyegarkan kulit anda yang kusam.

TIPS SEGARKAN WAJAH DENGAN AIS BATU:
Ambil beberapa ketulan ais dan letakkan ke dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda dengan menekapnya pada wajah.

Atau, letakkan ais di dalam tuala kecil dan tekapkan pada wajah anda.

5. AIS BATU MELANCARKAN PEREDARAN DARAH 


Gosok ais batu yang sudah dibalut dengan tuala atau kain pada wajah selama satu minit. Ini dapat membantu untuk melancarkan peredaran darah pada bahagian wajah dan kepala.

Ia sangat berkesan untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Sebaiknya amalkan tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.

Dari segi penjagaan dalaman, boleh ambil supplement sebagai langkah untuk menjaga kecantikan dan kesihatan dari dalaman. Salah satunya yang terbaik adalah VIVIX. Boleh click di link di bawah untuk info lanjut berkenaan Vivix :)



Untuk order secara online boleh click link di sini,


Atau boleh whatsapp Yana di 016-2099703.


Friday, January 5, 2018

HERBAL BLEND SHAKLEE REVIEW

Assalamualaikum and Hye Semua

Untuk entry kali ini, Yana nak share dengan anda semua berkenaan salah satu produk Shaklee untuk kegunaan luaran iaitu HERBAL BLEND.  

SETIAP RUMAH WAJIB ADA SEKURANG-KURANGNYA SATU

Yana kan bila kena gatal-gatal ke, kulit kering sampai mengelupas ke, memang Yana akan sapu jer Herbal Blend nih.

Bila tengah masak tiba-tiba minyak masak terpercik kena kat tangan ke atau kat muka ke, pun Yana akan terus sapu Herbal Blend nih cepat-cepat.

Husband Yana pun suka krim Herbal Blend nih, biasa Yana tengok dia sapu kat tumit kaki sebab sebelum nih tumit dia selalu kering dan merekah. Husband cakap lepas sapu Herbal Blend, terus licin dah tumit dia.

SEJAK BILA YANA START GUNA HERBAL BLEND?

Yana start guna Herbal Blend nih sebenarnya start Yana ada Ayish. Sebab Ayish masa baby dulu kulit dia sensitif dengan habuk, mesti naik ruam kalau tempat tak bersih. Lepas sapu Herbal Blend, cepat jer hilang ruam tu.

Setiap kali Ayish ada kena gigit nyamuk, pun Yana akan sapu Herbal Blend nih. Kejap jer dah hilang kesan merah, takde langsung tinggalkan parut.

Ada sekali tu, Ayish kena bisul dekat lutut, tak tahu sebab apa tiba-tiba jer keluar bisul ada mata. Yana ikhtiar sapu jer Herbal Blend Alhamdulillah 2-3 hari terus surut dan hilang.

Masa time Ayish jatuh and luka pun Yana sapu Herbal Blend nih, cepat jer kering luka dan tak tinggalkan kesan parut.

Best kan krim Herbal Blend Shaklee nih? Banyak sangat manfaat dan kegunaan dia sebab tu Yana kata setiap rumah wajib ada at least 1 tiub :)


This is how it looks, memang tahan lama 1 tiub nih sebab bila pakai dia sapukan nipis-nipis jer. Paling best, boleh digunakan untuk kegunaan seisi keluarga.

Antara Manfaat Herbal Blend by Shaklee:


1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga

Ini lah antara tujuan asal saya nak beli Herbal Blend pada mulanya sebab bila tidur selalu kena gigit nyamuk. Nyamuk kat rumah tuh memang tak makan saman dah, dia tak heran setakat Ridsect dan yang seumpama dengan nya.. Kesan gigitan nyamuk slalunya susah nak hilang.. Alhamdulillah lepas sapu Herbal Blend nih mmg cpt je hilang bekas-bekas merah gigitan nyamuk.. 

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah

Tumit kering dan pecah sememangnya menjadi masalah saya sejak dahulu lagi. Pernah cuba macam-macam jenis krim mahal beli kat pharmacy. Tapi, tak berapa nampak hasilnya. Tapi, sekali pakai Herbal Blend, memang puas hati. Lembut je tumit kaki I gituu..

3. Ubat luka / lecur

Boleh guna ganti minyak gamat. Seeloknya ada satu herbal blend dalam rumah, bila ada luka je, cepat baik. Terhiris pisau? Kena cakar kucing? Terkena minyak panas? Semua pun boleh sapu Herbal Blend.. InsyaAllah luka cepat sembuh nanti :)

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu

Memang dah terbukti, bila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat.. Jadi, lepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, kena ada herbal blend di sisi. Herbal blend ni sangat natural, jadi jangan risau.. Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat..

5. Menghilangkan parut

Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah akan pudar dan hilang..

6. Ruam pada baby

Baby sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Baby kan masih kecil, kulit dia baru jer nak sesuai dengan persekitaran. So just sapukan jer Herbal Blend. Herbal Blend nih akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam. Jangan sapukan krim steroid tau! Kesian kat baby nanti..

 7. Sebagai daily lotion

Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal blend tidak berminyak so sememangnya selesa digunakan :)

Kenapa Herbal Blend menjadi pilihan saya?

Sebab Herbal Blend diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary). So of course it is naturally safe untuk semua peringkat umur sebab takde bahan kimia yang berbahaya.

SHARING ANTARA TESTIMONI HERBAL BLEND:







Untuk pembelian HERBAL BLEND secara ONLINE, boleh click link berikut:


Atau whatsapp Yana di 016-2099703 untuk order dan pertanyaan lanjut.



Thursday, January 4, 2018

PENGALAMAN DENGAN BISNES SHAKLEE

Assalamualaikum semua and Hye

Salam kenal semua. Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua yang berkunjung ke blog ini :)

Pertama sekali izinkan saya untuk perkenalkan diri saya, nama saya Nur Liyana Binti Mohamed Norhisham (lebih mesra dipanggil sebagai Yana) dan saya berusia 29 tahun. Saya mempunyai kelulusan Bachelor Degree Of Honour in Science (Statistics) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum Yana terlibat dengan bisnes Shaklee, Yana pernah bekerja sebagai seorang Planning Officer selama 3 tahun dalam industri Semiconductor. Kini Yana seorang work at home mom, full time bersama Shaklee dan Alhamdulillah Yana berjaya mencapai title Master Coordinator pada bulan September 2016.


Dalam bisnes Shaklee, Master Coordinator merupakan antara rank yang tertinggi. Tapi sebelum ke rank Master, semua Shaklee Independent Distributor perlu melalui 6 rank terlebih dahulu iaitu:

SUPERVISOR
SENIOR SUPERVISOR
COORDINATOR
SENIOR COORDINATOR
KEY COORDINATOR
SENIOR KEY COORDINATOR

Dan setelah itu baru lah rank seterusnya iaitu, MASTER COORDINATOR,

Yana berjaya menaiki rank Supervisor di bulan ke-2 bersama Shaklee, dan seterusnya untuk ke rank Senior Supervisor, Coordinator, Senior Coordinator dan Key Coordinator average lebih kurang 4 bulan yang Yana ambil untuk naik ke setiap rank. Car bonus pula Yana capai sewaktu di rank Senior Supervisor, Alhamdulillah 3 bulan sahaja Yana berjaya complete kan untuk capai Car Bonus ini.

Kalau anda semua nak tahu, Yana resign kerja sewaktu Yana berada di rank Coordinator. Masa tu bonus Shaklee Yana lebih kurang 9-10k sebulan, lebih 3 kali ganda gaji Yana kerja makan gaji. 

Antara sebab utama Yana buat bisnes Shaklee nih memang sebab Yana nak jadi work at home mom, sebab Yana nak duduk dengan husband. Sebelum tu kami PJJ, jumpa weekend jer. Yana di Muar, husband di Pasir Gudang. 

Yana semakin nekad untuk buat bisnes Shaklee betul betul selepas Yana keguguran anak yang pertama, dan kalau anda nak tahu masa Yana pantang selepas keguguran tu juga Husband Yana terlibat dengan accident - highway ke JB yang melibatkan lori dan bas. Syukur Alhamdulillah, husband takde kecederaan yang teruk hanya luka luka sikit dan bengkak, cuma kereta memang remuk teruk. Kalau tengok keadaan kereta memang tak expect driver kat dalam alhamdulillah selamat. Kuasa Allah. Ini yang buat Yana lebih bersemangat untuk berjaya dan resign terus jadi work at home mom - andai Yana ada rezeki hamil seterusnya sebab Yana nak duduk bersama sama Husband.

Benar lah perancangan Allah itu lebih indah. Selepas Yana letakkan resignation letter, Yana disahkan hamil 6 minggu. Alhamdulillah, pregnant duduk rumah jer sambil buat bisnes Shaklee, sakit pening semua boleh rehat. Kalau kerja dulu asyik mc sampai bos pun buat muka. Walhal kita memang tak larat dan tak sihat, mana boleh paksa diri kan? Tu yang sampai miscarriaged, doctor kata sebab pressure and letih sangat, baby tak kuat.

Yana stuck lama di rank Key Coordinator, lebih kurang setahun juga. Nak tahu tak apa yang buat Yana stuck agak lama?

Sebenarnya Yana stuck agak lama sebab Yana mula cari peluang bisnes lain - niat nak tambah income. Sebenarnya Yana silap, bila Yana buat beberapa bisnes dalam satu masa, Yana jadi terlalu sibuk sampai Yana kurang masa untuk touch group Shaklee. So rank pun sama jelah tak naik naik, income Shaklee pun stagnant jer dalam 12-13k tak naik naik. Campur dengan bisnes lain Yana buat boleh la capai nearly 20k sebulan.

Sampai lah saat Yana join trip ke US tahun 2016. Yana nampak ramai sangat Master Coordinator dari serata tempat, even yang muda pun ada. Mereka semua lagi susah tau, ada yang asal dulu takde rumah, tidur pun menumpang. Tapi semangat mereka kuat, buat Shaklee betul betul sampai dah naik level Master. Masa tu Yana tanamkan dalam diri, kalau orang lain boleh kenapa tidak Yana?

Balik daripada trip US, bagaikan ada satu semangat baru dalam diri Yana. Yana tak nak stuck pada level sama lama lama, Yana nak tarik anak didik yang lain untuk berjaya sama sama. Yana mula slow dalam bisnes lain, Yana serahkan pada adik adik untuk tolong manage dan Yana fokus Shaklee 200%. 

Sebenarnya Yana target naik Senior Key Coordinator bulan September, Master bulan October (bulan kelahiran Yana). Tapi kalau dah kata rezeki Allah nak bagi, lagi cepat pun Dia boleh bagi. Alhamdulillah, Yana berjaya naik Senior Key Coordinator pada bulan August iaitu bulan Yana pergi US. Kira balik jer terus pecut naik. Dan bulan September, Yana terus pecut ke rank Master Coordinator.

Macam senang jer kan sebut pecut pecut nih. Sebenarnya tak de lah senang mana, Yana buat extra homework and put more effort untuk Yana naik rank bukan magic terus boleh naik.

First sekali, Yana upgrade kan amalan rohani. Yana sendiri bukannya sempurna, banyak lompong sana sini tapi Yana berusaha untuk jadi lebih baik setiap hari. Yana dekatkan diri pada Allah, segala apa semua Yana mengadu kat Dia. Apa Yana nak capai semua Yana cerita plan kat Dia. Yana banyakkan memberi, bantu orang orang terdekat yang memerlukan. Dan semestinya, Yana doakan anak anak didik Yana juga. Doa untuk orang lain tanpa pengetahuan dia sebenarnya lebih mudah diperkenankan, dan bila kita doa untuk orang lain, malaikat yang ada di sekeliling kita akan mendoakan yang sama untuk kita.

Secondly, Yana minta husband, ibu ayah, mertua, atok nenek yang masih ada untuk doakan Yana. 

Thirdly, planning and target. Yana akan ambil buku nota peribadi Yana, Yana akan tulis planning Yana untuk rank up dan juga target sales yang Yana nak score. Personal sales pun Yana score besar untuk make sure anak didik Yana turut terinspirasi untuk score sama sama, I believe the theory of Lead by Example.

Bagaimana nak bertahan lama dalam bisnes Shaklee?

Jawapannya you need to KEEP FOCUS!

Macam mana nak fokus?

First kita kena tahu apa yang membuatkan kita fokus dan nak buat betul betul dalam bisnes nih - Find your PUSH FACTOR. Selami apa yang menyebabkan kita kena fight demi push factor ini.

Secondly, cuba bayangkan apa impian yang you nak sangat capai - rumah idaman, kereta idaman, pergi umrah atau haji, travel satu dunia dan lain lain.

Thirdly, kalau pun you takde impian sendiri, jadi lah orang yang membantu untuk orang lain berjaya capai impian mereka. Hidup ni biar kita jadi orang yang bermanfaat, yang boleh beri nilai tambah dalam hidup orang lain.

Macam Yana sendiri salah satu sebab Yana fokus dengan Shaklee sebab Yana sayang anak didik Yana lillahita'ala. Yana tak nak capai income besar  sendiri, Yana tak nak nikmati kehidupan yang lebih selesa sendiri sebaliknya Yana nak tarik anak didik Yana semua untuk dapat macam apa yang Yana dapat inshaaAllah. Jadi Yana fokus untuk keep on growing my group and grow group mereka juga so that Yana tak stable sorang sorang.

So bila you dah tahu jelas apa sebab atau push factor you untuk fokus, you kena find out pulak bagaimana caranya untuk you kekalkan fokus.

Tips untuk kekal fokus:

1• Kekalkan mindset positive, jangan sesekali ada negative yang masuk. Tak kisah la dengan customers ke downlines ke, kalau ada yang negative jer terus cakap, doa dan fikir yang baik baik sahaja

2• Jangan berhenti mencari ilmu, cari lah guru guru yang hebat yang boleh you belajar untuk sentiasa tingkatkan strategi marketing untuk bisnes you. Sekarang nih macam macam ada kan, tinggal you kena pandai cari sendiri and pergi jer. Kena bayar tu bayar jela, jangan expect nak ilmu free sentiasa.

3• Always in touch dengan upline, apa jua masalah jangan cerita kat orang lain yg boleh down kan you sebaliknya cari upline yg boleh boost balik semangat you.

4• Jangan sibuk stalk jalan orang lain terutamanya mereka yang dari group lain. Jangan compare jalan kejayaan masing masing sebab semua orang Allah dah tetapkan jalan yang berbeza beza. You fokus jer pada jalan you, bisnes you, family you yang lain semua tolak ke tepi.

5• Duplicate mentor you, apa dia ajar ilmu tu cuba apply sebaiknya. Bukan copy tapi duplicate :)

6• Always brainstorm cara sharing dan marketing yang berkesan, cara close deal, offline sales, then ajar anak didik you buat sama sama. Sebaiknya buat semua medium yang ada: fb, instagram, blog.

7• Buat target, berapa nak kena score by daily basis, apa yang nak score mana yang nak fokus.

8• Consistent amalan amalan rohani dan amalan menjemput rezeki, ajak anak didik sekali untuk buat sama sama.

Moga apa yang Yana share ini bermanfaat untuk anda semua dan Yana doakan moga anda semua juga berjaya dunia akhirat dalam apa jua yang anda lakukan :)


"Winners are not people who nevel fail, but people who never quit"

Master Lyana Hisham
Founder of The Phenomenal Pearls



 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com