Thursday, January 4, 2018

PENGALAMAN DENGAN BISNES SHAKLEE

Assalamualaikum semua and Hye

Salam kenal semua. Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua yang berkunjung ke blog ini :)

Pertama sekali izinkan saya untuk perkenalkan diri saya, nama saya Nur Liyana Binti Mohamed Norhisham (lebih mesra dipanggil sebagai Yana) dan saya berusia 29 tahun. Saya mempunyai kelulusan Bachelor Degree Of Honour in Science (Statistics) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum Yana terlibat dengan bisnes Shaklee, Yana pernah bekerja sebagai seorang Planning Officer selama 3 tahun dalam industri Semiconductor. Kini Yana seorang work at home mom, full time bersama Shaklee dan Alhamdulillah Yana berjaya mencapai title Master Coordinator pada bulan September 2016.


Dalam bisnes Shaklee, Master Coordinator merupakan antara rank yang tertinggi. Tapi sebelum ke rank Master, semua Shaklee Independent Distributor perlu melalui 6 rank terlebih dahulu iaitu:

SUPERVISOR
SENIOR SUPERVISOR
COORDINATOR
SENIOR COORDINATOR
KEY COORDINATOR
SENIOR KEY COORDINATOR

Dan setelah itu baru lah rank seterusnya iaitu, MASTER COORDINATOR,

Yana berjaya menaiki rank Supervisor di bulan ke-2 bersama Shaklee, dan seterusnya untuk ke rank Senior Supervisor, Coordinator, Senior Coordinator dan Key Coordinator average lebih kurang 4 bulan yang Yana ambil untuk naik ke setiap rank. Car bonus pula Yana capai sewaktu di rank Senior Supervisor, Alhamdulillah 3 bulan sahaja Yana berjaya complete kan untuk capai Car Bonus ini.

Kalau anda semua nak tahu, Yana resign kerja sewaktu Yana berada di rank Coordinator. Masa tu bonus Shaklee Yana lebih kurang 9-10k sebulan, lebih 3 kali ganda gaji Yana kerja makan gaji. 

Antara sebab utama Yana buat bisnes Shaklee nih memang sebab Yana nak jadi work at home mom, sebab Yana nak duduk dengan husband. Sebelum tu kami PJJ, jumpa weekend jer. Yana di Muar, husband di Pasir Gudang. 

Yana semakin nekad untuk buat bisnes Shaklee betul betul selepas Yana keguguran anak yang pertama, dan kalau anda nak tahu masa Yana pantang selepas keguguran tu juga Husband Yana terlibat dengan accident - highway ke JB yang melibatkan lori dan bas. Syukur Alhamdulillah, husband takde kecederaan yang teruk hanya luka luka sikit dan bengkak, cuma kereta memang remuk teruk. Kalau tengok keadaan kereta memang tak expect driver kat dalam alhamdulillah selamat. Kuasa Allah. Ini yang buat Yana lebih bersemangat untuk berjaya dan resign terus jadi work at home mom - andai Yana ada rezeki hamil seterusnya sebab Yana nak duduk bersama sama Husband.

Benar lah perancangan Allah itu lebih indah. Selepas Yana letakkan resignation letter, Yana disahkan hamil 6 minggu. Alhamdulillah, pregnant duduk rumah jer sambil buat bisnes Shaklee, sakit pening semua boleh rehat. Kalau kerja dulu asyik mc sampai bos pun buat muka. Walhal kita memang tak larat dan tak sihat, mana boleh paksa diri kan? Tu yang sampai miscarriaged, doctor kata sebab pressure and letih sangat, baby tak kuat.

Yana stuck lama di rank Key Coordinator, lebih kurang setahun juga. Nak tahu tak apa yang buat Yana stuck agak lama?

Sebenarnya Yana stuck agak lama sebab Yana mula cari peluang bisnes lain - niat nak tambah income. Sebenarnya Yana silap, bila Yana buat beberapa bisnes dalam satu masa, Yana jadi terlalu sibuk sampai Yana kurang masa untuk touch group Shaklee. So rank pun sama jelah tak naik naik, income Shaklee pun stagnant jer dalam 12-13k tak naik naik. Campur dengan bisnes lain Yana buat boleh la capai nearly 20k sebulan.

Sampai lah saat Yana join trip ke US tahun 2016. Yana nampak ramai sangat Master Coordinator dari serata tempat, even yang muda pun ada. Mereka semua lagi susah tau, ada yang asal dulu takde rumah, tidur pun menumpang. Tapi semangat mereka kuat, buat Shaklee betul betul sampai dah naik level Master. Masa tu Yana tanamkan dalam diri, kalau orang lain boleh kenapa tidak Yana?

Balik daripada trip US, bagaikan ada satu semangat baru dalam diri Yana. Yana tak nak stuck pada level sama lama lama, Yana nak tarik anak didik yang lain untuk berjaya sama sama. Yana mula slow dalam bisnes lain, Yana serahkan pada adik adik untuk tolong manage dan Yana fokus Shaklee 200%. 

Sebenarnya Yana target naik Senior Key Coordinator bulan September, Master bulan October (bulan kelahiran Yana). Tapi kalau dah kata rezeki Allah nak bagi, lagi cepat pun Dia boleh bagi. Alhamdulillah, Yana berjaya naik Senior Key Coordinator pada bulan August iaitu bulan Yana pergi US. Kira balik jer terus pecut naik. Dan bulan September, Yana terus pecut ke rank Master Coordinator.

Macam senang jer kan sebut pecut pecut nih. Sebenarnya tak de lah senang mana, Yana buat extra homework and put more effort untuk Yana naik rank bukan magic terus boleh naik.

First sekali, Yana upgrade kan amalan rohani. Yana sendiri bukannya sempurna, banyak lompong sana sini tapi Yana berusaha untuk jadi lebih baik setiap hari. Yana dekatkan diri pada Allah, segala apa semua Yana mengadu kat Dia. Apa Yana nak capai semua Yana cerita plan kat Dia. Yana banyakkan memberi, bantu orang orang terdekat yang memerlukan. Dan semestinya, Yana doakan anak anak didik Yana juga. Doa untuk orang lain tanpa pengetahuan dia sebenarnya lebih mudah diperkenankan, dan bila kita doa untuk orang lain, malaikat yang ada di sekeliling kita akan mendoakan yang sama untuk kita.

Secondly, Yana minta husband, ibu ayah, mertua, atok nenek yang masih ada untuk doakan Yana. 

Thirdly, planning and target. Yana akan ambil buku nota peribadi Yana, Yana akan tulis planning Yana untuk rank up dan juga target sales yang Yana nak score. Personal sales pun Yana score besar untuk make sure anak didik Yana turut terinspirasi untuk score sama sama, I believe the theory of Lead by Example.

Bagaimana nak bertahan lama dalam bisnes Shaklee?

Jawapannya you need to KEEP FOCUS!

Macam mana nak fokus?

First kita kena tahu apa yang membuatkan kita fokus dan nak buat betul betul dalam bisnes nih - Find your PUSH FACTOR. Selami apa yang menyebabkan kita kena fight demi push factor ini.

Secondly, cuba bayangkan apa impian yang you nak sangat capai - rumah idaman, kereta idaman, pergi umrah atau haji, travel satu dunia dan lain lain.

Thirdly, kalau pun you takde impian sendiri, jadi lah orang yang membantu untuk orang lain berjaya capai impian mereka. Hidup ni biar kita jadi orang yang bermanfaat, yang boleh beri nilai tambah dalam hidup orang lain.

Macam Yana sendiri salah satu sebab Yana fokus dengan Shaklee sebab Yana sayang anak didik Yana lillahita'ala. Yana tak nak capai income besar  sendiri, Yana tak nak nikmati kehidupan yang lebih selesa sendiri sebaliknya Yana nak tarik anak didik Yana semua untuk dapat macam apa yang Yana dapat inshaaAllah. Jadi Yana fokus untuk keep on growing my group and grow group mereka juga so that Yana tak stable sorang sorang.

So bila you dah tahu jelas apa sebab atau push factor you untuk fokus, you kena find out pulak bagaimana caranya untuk you kekalkan fokus.

Tips untuk kekal fokus:

1• Kekalkan mindset positive, jangan sesekali ada negative yang masuk. Tak kisah la dengan customers ke downlines ke, kalau ada yang negative jer terus cakap, doa dan fikir yang baik baik sahaja

2• Jangan berhenti mencari ilmu, cari lah guru guru yang hebat yang boleh you belajar untuk sentiasa tingkatkan strategi marketing untuk bisnes you. Sekarang nih macam macam ada kan, tinggal you kena pandai cari sendiri and pergi jer. Kena bayar tu bayar jela, jangan expect nak ilmu free sentiasa.

3• Always in touch dengan upline, apa jua masalah jangan cerita kat orang lain yg boleh down kan you sebaliknya cari upline yg boleh boost balik semangat you.

4• Jangan sibuk stalk jalan orang lain terutamanya mereka yang dari group lain. Jangan compare jalan kejayaan masing masing sebab semua orang Allah dah tetapkan jalan yang berbeza beza. You fokus jer pada jalan you, bisnes you, family you yang lain semua tolak ke tepi.

5• Duplicate mentor you, apa dia ajar ilmu tu cuba apply sebaiknya. Bukan copy tapi duplicate :)

6• Always brainstorm cara sharing dan marketing yang berkesan, cara close deal, offline sales, then ajar anak didik you buat sama sama. Sebaiknya buat semua medium yang ada: fb, instagram, blog.

7• Buat target, berapa nak kena score by daily basis, apa yang nak score mana yang nak fokus.

8• Consistent amalan amalan rohani dan amalan menjemput rezeki, ajak anak didik sekali untuk buat sama sama.

Moga apa yang Yana share ini bermanfaat untuk anda semua dan Yana doakan moga anda semua juga berjaya dunia akhirat dalam apa jua yang anda lakukan :)


"Winners are not people who nevel fail, but people who never quit"

Master Lyana Hisham
Founder of The Phenomenal Pearls




 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com