Monday, March 2, 2020

RES V SHAKLEE KINI MULA DIJUAL!

Assalamualaikum and Hye 

ResV merupakan penemuan revolusi terbaharu daripada Shaklee. ResV Shaklee dihasilkan secara saintifik yang direka untuk mengekalkan keremajaan dan untuk hidup yang lebih aktif dan bertenaga. Melalui pembangunan bertahun-tahun bersama saintis-saintis terkemuka dan penyelidikan canggih secara global, Shaklee telah berjaya menghasilkan ResV. 


RES V MENGANDUNGI POLIFENOL

ResV juga seperti Vivix. ResV mengandungi campuran proprietari, ekstrak polifenol botani semulajadi yang dipilih secara teliti untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan optimum. Di Shaklee semestinya:

✿ Semula Jadi
✿ Tanpa Warna Tiruan
✿ Tanpa pemanis Tiruan
✿ Tanpa Pewarna Tiruan
✿ Tanpa Pengawet
✿ Tanpa Gluten Tambahan

Pendek kata “dari alam semula jadi kepada manusia” 

Apa itu Polifenol

Polifenol adalah bahan semula jadi yang didapati dalam anggur tertentu, buah beri, herba dan sayur-sayuran. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan tumbuhan yang bertindak balas kepada persekitaran yang bahaya. Polifenol melindungi tumbuh-tumbuhan daripada makhluk perosak, serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan keadaan iklim yang bahaya dan tidak menentu. Polifenol juga memberikan warna yang cantik dan terang kepada buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Sebab itu, tumbuhan yang kaya dengan polifenol mampu hidup dalam cuaca yang melampau dan mampu berdaya saing.

Polifenol adalah nutrien semulajadi untuk mengekalkan keremajaan dan menjadikan hidup penuh bersemangat.

Apa itu Resveratrol

Resveratrol adalah salah satu Polifenol yang paling berkuasa. Resveratrol telah mendapat reputasi sebagai ramuan penting untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan yang baik

Ramuan ResV Shaklee

ResV Shaklee mengandungi campuran propietari Polifenol tumbuhan seperti Anggur Muscadine, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu. Melalui penemuan formula revolusi baharu, ramuan ResV ditambah dengan lima bahan lagi, menjadikan lapan bahan utama terdapat dalam ResV Shaklee. Campuran 8 bahan ini merupakan campuran proprietary spectrum polifenol yang luas.



Anggur Muscadine (Vitis Rotundifolia)


Anggur Muscadine adalah buah anggur yang luar biasa. Ciri-ciri unik ini membolehkan Anggur Muscadine mempunyai sifat antioksidan yang sangat berkuasa iaitu 6 hingga 8 kali lebih daripada beri biru dan jumlah asid Elagik dan Elagithanin, iaitu sejenis polifenol yang sangat tinggi. Kedua-dua polifenol yang terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan 

Japanese Knotweed

Japanese Knotweed atau dikenali sebagai Polygium Cuspidatum adalah perenial yang besar berasal dari Asia. Ia juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Japanese Knotweed ini kaya dengan ResveratrolResveratrol adalah salah satu polifenol yang paling banyak dikaji dan telah mendapat reputasi untuk kesihatan yang lebih baik. 

Lobak Ungu

Lobak ungu salah satu sumber semulajadi yang kaya antioksidan. Walaupun semua jenis lobak adalah sihat dan bernutrisi, lobak ungu mengandungi antioksidan berkuasa iaitu Antosianin dan Lutein yang mempunyai manfaat kesihatan luar biasa 


Chebulic Myrobalan (Buah Kaduka)

Chebulic Myrobalan adalah herba teraputik Ayurveda. Chebulic Myrobalan mengandungi polifenol penting seperti Asid Galik dan Asid Elagik.

Anggur Hitam (Blackcurrant)

Anggur hitam sangat kaya dengan vitamin, sehingga dikenali sebagai “superstar vitamin”. Sumber vitamin C yang sangat baik hampir empat kali ganda lebih banyak daripada buah oren. Anggur hitam juga mengandungi Polifenol Antosianin dan Sianidin.

Buah delima (Pomegranate)
Buah delima adalah salah satu buah yang paling sihat di dunia. Buah delima penuh dengan nutrien penting dan secara amnya dikaitkan dengan kandungan polifenol yang tinggi seperti Elagitanin, Asid Elagik, dan Flavonoid lain (Quercetin, kaempferol dan luteolin glycosides). 

Hampas Anggur dan Anggur Merah

Buah anggur merah kaya dengan antioksidan dan serat. Kulit dan biji anggur yang boleh dimakan, kaya dengan antioksidan, terutamanya Resveratrol. Ia juga mengandungi polifenol seperti Proantosianidin.

Kapsul ResV



Untuk pengetahuan anda, Kapsul ResV agak pejal berbanding supplement kapsul Shaklee yang lain. Fungsinya supanya kandungan ResV tidak teroksidan dan mengekalkan kandungan Polifenol.

Kapsul ResV mengandungi 2 selaput iaitu:

✿ Selaput bahagian luar kapsul diselaputi dengan bovine
✿ Selaput bahagian dalam kapsul pula diselaputi dengan hampas kulit anggur / biji anggur. 

Mengikut piawaian KKM, ResV didaftarkan sebagaitraditional medicine walaupun ResV ini bukan ubat. Sebab itu, dibahagian kotak ResV terpapar semua ramuan yang terkandung dalam ResV.

Keistimewaan ResV Shaklee

✿ Unik dan Ekslusif

Keistimewaan ResV Shaklee adalah ResV disokong oleh 6 paten. Shaklee menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan segala kebaikan polifenol dalam ResV supaya boleh menikmati kandungan nutrisi dan manfaatnya secara sepenuhnya. 6 paten ini hanya eksklusif di Shaklee sahaja.

✿ Pertanian Secara Berterusan

Shaklee komited kepada piawaian yang tertinggi dalam pertanian mesra alam dan berterusan supaya anda boleh menikmati nutrient yang bermanfaat dengan kepakatan tertinggi sepanjang tahun.

✿ Tidak Perlu Disimpan Dalam Peti Sejuk

Kapsul lembut ResV tidak perlu disimpan dalam peti sejuk dan mempunyai jangka hayat selama 24 bulan(Kekal segar sehingga 24 bulan). Ia sangat memudahkan anda boleh mengambilnya dimana-mana dan bila-bila sahaja.


Dos Harian ResV Shaklee

Dos harian bagi ResV Shaklee adalah biji sehari selepas makan.

Bagi menikmati kehidupan yang penuh bertenaga dan kecergasan yang optimum, serta menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bersemangat, anda digalakan untuk mengambil ResV dan Vivix juga.


ResV Produk Terbaharu Shaklee


Manfaat Polifenol dalam ResV

ResV Produk Terbaharu Shaklee

✿ Meningkatkan tenaga dan menguatkan otot
✿ Kulit yang kelihatan lebih muda
✿ Mengekalkan paras gula darah sihat
✿ Menggalakkan detoksifikasi badan dan pembersihan yang efektif
✿ Menggalakkan kesihatan peredaran
✿ Menggalakkan kekal tajam dan focus
✿ Memelihara dan menyokong keselesaan sendi
✿ Boleh melindungi daripada pertumbuhan sel abnormal

Kelebihan Res-V

✿ Ia berbentuk liquid gel, jadi mudah nak travel ke mana-mana.
✿ Tidak perlu simpan dalam peti ais. Mampu bertahan sehingga 24 bulan.
✿ Mengandungi tambahan 5 lagi ramuan berbanding produk Vivix
✿ Mempunyai kuasa 30% lebih polifenol.
✿ Disokong 6 paten

Kesimpulan

Walaupun ResV sama macam Vivix tetapi tidak serupa sebenarnya, kerana ResV 30x Lebih Hebat Berbanding Vivix kerana

Sejajar dengan penemuan formula dan revolusi baharu, para saintis menambahkan beberapa ramuan baru di dalam Res-V menjadikan resV 30x ganda lebih sebatian polifenol.

✿ Spektrum polifenol untuk Res-V telah berubah dan jumlah polifenol bagi setiap hidangan juga telah dipertingkatkan. Dalam kajian makmal, formula Res-V yang baru ini terbukti 30% lebih berkuasa untuk menghalang pembentukan protein AGE berbanding dengan formula sebelumnya. 

✿ Disokong oleh enam paten, ResV mengandungi proprietary, semua campuran semulajadi dari spektrum polifenol yang luas berdasarkan anggur muscadine yang memaparkan kepekatan asid elagik dan Elagithanin yang lebih baik berbanding anggur lain, apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang lebih hebat.

Penggunaan polifenol boleh melindungi telomere daripada memendek, membantu anda untuk hidup lebih muda lebih lama.


Apa itu telomere?


 Telomere adalah penutup pelindung yang melindungi hujung kromosom dalam sel. Apabila umur meningkat, telomere pula semakin memendek, dan telomere yang lebih panjang dikaitkan dengan kesihatan yang baik.
 Penggunaan Shaklee mempunyai kadar 40% lebih rendah dalam pemendekkan telemore yang berkaitan faktor usia.




Untuk order dan pertanyaan lanjut, boleh terus whatsapp Yana, click terus link kat sini 📲 

Untuk berdaftar sebagai ahli, boleh terus click link kat bawah nih 👇🏻


Kalau tak nak bisnes sekadar nak jadi ahli untuk makan sendiri pun boleh tau. Semestinya bila you jadi ahli, you dapat menikmati harga yang lebih murah dan lebih jimat 😎


Thursday, February 13, 2020

RES V SHAKLEE PRODUK TERBARU DARI SHAKLEE

Assalamualaikum and Hye :)

VIVIX adalah antara produk Shaklee yang sememangnya BEST SELLING setiap bulan. Korang boleh imagine tak ada satu supplement nih yang lebih powerful daripada VIVIX dan ianya adalah dalam bentuk kapsul!

Teruja tak? I am! Sebab lepas nih senang dah nak bawa pergi travel since ianya adalah berbentuk “softgel” dan yang best nya tak perlu simpan dalam fridge. Jadinya sangat “travel friendly” dan mudah di bawa ke mana mana.


This new product is known as RES V.

Kandungannya adalah sama seperti VIVIX tapi ada tiga tambahan bahan utama yang membuatkan effect RES V akan jadi more powerful than VIVIX!





To cut short, VIVIX is for protection and RES V is for repair.

Nantikan kemunculannya pada bulan March 2020!




Sunday, January 12, 2020

Peluang Bisnes Shaklee, Daftar Sebagai Ahli Sekarang!

Assalamualaikum and good morning 

Dalam banyak banyak bisnes yang Yana pernah buat, sejujurnya memang bisnes Shaklee lah yang paling serasi dan dekat di hati Yana.

So untuk pagi nih Yana nak share dengan uols semua, kenapa Yana pilih bisnes Shaklee dan kenapa Yana masih setia dengan Shaklee sampai lah sekarang dah nak masuk 7 tahun 😊

WHY I ❤️ SHAKLEE?

First sekali semestinya disebabkan produk Shaklee sememangnya terbaik - safe, proven and effective! Yana sendiri dah consume produk Shaklee hampir 7 tahun dan terlalu banyak kesan positif yang Yana sendiri dah dapat. Of course, family Yana pun Yana dah Shaklee kan sekali. Takde sehari pun dalam hidup Yana tanpa Shaklee, balik kampung ke pergi holiday ke tetap ku bawa bersama.


Secondly sebab bisnes Shaklee sememangnya kategori low risk business. Sebab apa? Sebab bisnes Shaklee tak perlukan modal yang besar pun, tak wajib simpan stock and even Shaklee dah sediakan online system untuk mereka yang jauh dari branch. Click click, Shaklee tolong pos kan.


Thirdly sebab support group yang sangat strong! Yana bersyukur sebab Yana merupakan sebahagian daripada Spectacular under Master Nana & Master Firdaus, antara group yang sangat strong di Malaysia. Melalui Spectacular lah group Yana sendiri mula berkembang dan jumlah anak didik Phenomenal Pearls juga yang semakin ramai. Tak lupa juga kepada group S2U under Master Iffah & Master Dosh, S2U nih merupakan antara leading group di Malaysia yang dah melahirkan ramai sangat Masters. InshaaAllah one day Pearls juga akan bakal sehebat S2U 💪🏻💪🏻

Phenomenal Pearls First Gathering 2017

Special Annual Dinner 2019

Meet and Greet, Offline Coaching Session

Bermula bonus pertama lebih kurang RM80 sehingga lah Yana berjaya maintain income lima angka setiap bulan. Syukur Alhamdulillah pulangan yang berganda ganda selepas hampir 7 tahun Yana consistent dalam bisnes nih.

So here Yana nak buka peluang untuk anda yang berhajat nak menjana income dengan bisnes Shaklee, nak Yana guide dari basic sehingga berjaya inshaaAllah dan anda akan automatically diserap masuk di dalam setiap online class di dalam group whatsapp Pearls.

Yana buka penyertaan terhad kepada 10 ORANG sahaja untuk intake bulan January 2020 nih dan Yana hanya mencari mereka yang benar benar serius dan komited sahaja ya. Sebab nak berjaya dalam bisnes nih bukan sekelip mata, ada tangga dan jalan yang perlu anda lalui. Ada cara dan fasa yang perlu anda redah.

Kelebihan berada di dalam group bimbingan Yana sendiri :

✅ Basic and marketing tips class  
✅ Nutrition and product knowledge class 
✅ Active support group 
✅ Special Gathering and Event every year
✅ Offline coaching upon request and availability
✅ Reward for all those who perform well and achieve target / requirement

Untuk berdaftar sebagai ahli, boleh terus click link kat bawah nih 👇🏻


Atau pun boleh contact Yana menerusi whatsapp inshaaAllah I'm willing to help.


Kalau tak nak bisnes sekadar nak jadi ahli untuk makan sendiri pun boleh tau. Semestinya bila you jadi ahli, you dapat menikmati harga yang lebih murah dan lebih jimat 😎

See you at the TOP!



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com