Sunday, November 29, 2015

SHAKLEE TRIP: ITALY PART 1

Assalamualaikum and Hye!

Untuk entry kali nih, inshaaAllah Lyana akan ceritakan pengalaman Lyana bercuti di Italy bersama geng-geng Shaklee yang lain. Trip nih khusus untuk mereka yang perform sepanjang cycle lepas, based on points yang dikumpul setiap bulan. Segala-galanya ditanggung oleh pihak Shaklee, memang semua First Class dari luggage, flight ticket, transportation (bus and train), hotel and food. Tahun nih dapat pergi seorang jer, inshaaAllah next year hubby dapat join sekali. Tapi yang sedih, Ayish laa kena tinggal. Kids below 4 years memang tak boleh bawa lagi. Tak pe lah Ayish, nanti Mama and Papa bawa pergi holiday next year yer, inshaaAllah.

Beberapa hari sebelum pergi lagi Lyana memang keep on cakap dengan Ayish yang Lyana akan pergi business trip, Lyana pesan kat dia jangan naughty and be a good boy, dengar cakap Papa, Atuk and Mak Su dia. Memang almost every night dia meragam jugak, lepas tu terbangun cari Mama. Paling Lyana sedih, ada satu malam tu dia terus baring kat Lyana then siap pegang muka Lyana. Lyana nanges, dia pandang jer and masa dia pegang muka tu macam dia lap air mata Lyana pulak. 

Masa nak pergi tu, Lyana dukung dia and peluk dia kuat-kuat. Then terus bagi kat ibu and Lyana terus masuk kereta. Alhamdulillah, nampak dia okay cuma dia tak nak pandang sangat. Lyana tahu dia faham. Sebab kalau tak biasanya bila Lyana nak keluar jer dia mesti merengek nak ikut, kalau dalam play pen tu siap boleh hentak kaki nak ikut. Tapi tadi dia macam okay jer. Mama dia pulak yang emo lelebih. Mama yang banjir!



20TH NOVEMBER 2015: KL-DUBAI-MILAN

Sampai KLIA lambat! Sebab tengah hari tu ada urusan penting kat KL. Gerak dari KL around 3 lebih petang lepas tu boleh pulak jalan sesak. Memang risau la kalau check in lambat kan sebab travel seorang jer bukan dengan family, even dalam group pun kalau kita lambat takde lah orang lain nak tunggu kita. Huhu

Bila dah kurang sesak jer hubby pun apa lagi kan, speed jelah. Siap pesan kat Lyana, "Papa bawa laju nih. Kalau kena saman Mama bayar yerr.." Iya kan aje, kalau tak nanti tertinggal flight lagi laa niaye..


Alhamdulillah, sampai KLIA ngam pukul 5. Terus naik tingkat 5 and check in kat counter Fa. Then sempat lah teman hubby makan ringan-ringan and minum coffee. Sempat facetime tengok Ayish, tapi tengok jelah sebab dia tidur pulak. Sobs! Mama rinduu..

Entah macam mana lah kan, boleh tak dengar announcement suruh check in for boarding. Almost late again! Haha seriously, berlari kot naik train then sampai jer berlari lagi ke gate C26. Memang pengalaman betul, next time tak boleh sambil lewa lagi dan kena lebih awal daripada masa yang sepatutnya! 

Muka macam cool kan? Walhal dah menggelabah sebenarnya 
sebab dah lambat!

Bertolak ke Dubai tepat jam 7.30 malam. Emirates memang best and comfortable. Makanan pun sedap, layanan memang first class. Cuma satu jer yang tak best masa flight transit ke Dubai, orang sebelah Lyana nih non-Muslim. Mula-mula order beer, okay la takde bau sangat. Sekali beer dah habis, dia order red wine pulak! Bau kuat okay, macam anggur masam yang tak best and busuk. Seriously, Lyana tahan jer dari rasa nak muntah. Huhu

And Lyana dapat pengalaman baru untuk solat semasa dalam flight. Memang tak pernah pun solat dalam plane sebelum nih, almaklum lah mana ada travel overseas jauh-jauh before this. Setakat pergi Bandung, Indonesia tu berapa lama lah sangat kan. Islam memang agama yang mudah, kat mana-mana pun boleh solat.

Sampai Dubai Air Port around jam 2 pagi waktu Malaysia, tapi kat Dubai baru pukul 10.15 pm. Facilities kat sini semua memang terbaik, air port nih hanya untuk Emirates Airlines sahaja. Meal free jer, semua Shaklee sponsor :)


Flight ke Milan pukul 3.45 am waktu Dubai. Malaysia masa tu dah pukul 7 lebih pagi dah. Sempat lah layan movie The Longest Ride and The Devils Wear Prada selain tidur secukup-cukupnya. Flight Dubai-Milan ambil masa around 7 hours jugak. So memang kena rest betul-betul sebab sampai jer Milan nanti terus nak pergi jalan-jalan. Before sampai Milan, ada sekali lagi meal for breakfast.






21ST NOVEMBER 2015: MILAN CITY TOUR (DAY 1)

Sampai Milan pukul 10 pagi, waktu Malaysia dah pukul 2 lebih petang. Lepas settle ambil barang semua, kami terus dibawa ke salah sebuah hotel di Bandar Milan untuk breakfast sebelum memulakan aktiviti 'City Tour'.




The food was good. Kat sini memang wajib ada roti and roti kat sini memang lagi sedap dari kat Malaysia. Lepas breakfast, ronda-ronda kejap kat luar and apa lagi kan kalau bukan niat nak bergambar ;)



Dah kenyang apa lagi kan, bermula lah aktiviti 'City Tour'. Banyak bangunan unik dan antik yang boleh dilihat di sekitar Bandar Milan. Lepas city tour, lunch dulu before mula ber-shopping. Makan kat Restoran Arab. Not bad, sedap jugak. Siap ramai-ramai berkampung kat situ tumpang solat.






Another thing yang menjadikan Milan nih menjadi bandar tumpuan ialah Milan nih memang tempat SHOPPING yang heaven. Just name it: GUCCI? LV? PRADA? DIOR? SALVATORE FERRAGAMO? Semuanya ada di sini. Tapi tak best shopping sekarang sebab duit Euro tinggi. Kalau nak shopping baju ke kasut ke jaket ke haa boleh. Sebab memang lagi murah daripada Malaysia.



Habis city tour and shopping activities baru check in hotel. Dinner dulu baru lah naik ke bilik untuk mandi, rest dan tidur.











Alhamdulillah that everything went well for our first day here. Good food and friendly people, just masa city tour and shopping kena beware of pick pockets. Kalau ada orang datang nak ikat benang macam lucky charm ke, hulur jagung suruh bagi makan kat burung ke atau apa-apa la sila elakkan diri. Kalau tak dia suruh you bayar 5 euro nanti.

This year pergi seorang jer dengan upline dan sideline. InshaaAllah target next year bukan setakat nak bawa Husband jer, nak bawa anak cucu Pearls sekali. Aminn

Till then. Nanti next post Lyana cerita berkenaan Florence pulak okay? 

Assalamualaikum :)



2 feedback(s):

aLiXaL said...

Tahniah yana.... and all the best!

Unknown said...

bestnyaaa!!!



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com