Tuesday, December 26, 2017

TRIP SHAKLEE : STAR CRUISE LIBRA PART 1

Assalamualaikum semua and Hye :)

Untuk entry kali ini, Yana nak share dengan anda semua berkenaan Trip Star Cruise Libra 5 Days & 4 Nights Port Klang - Langkawi - Phuket - Penang yang di taja sepenuhnya oleh Shaklee pada 22-26 November 2017 yang lalu.

Ingat tak lagi Yana cerita berkenaan trip ke Jepun dalam entry sebelum ini? Haa.. Dalam satu cycle, Shaklee ada anjurkan 2 trip, International and National. Untuk melayakkan diri ke trip yang Shaklee anjurkan ini, kena kumpul conference points setiap bulan dan points nih yang menentukan berapa tiket yang kita dapat. Macam Yana untuk last cycle Yana berjaya score 2 tiket International dan 3 tiket National.

Since Yana berjaya score 3 tiket untuk National Trip, trip Shaklee kali ini Yana berpeluang untuk bawa bersama my Husband and my mother in law.
Anak-anak yang bawah umur 4 tahun memang tak boleh bawa lagi untuk trip Shaklee, sebab tu Yana masih tak bawa Ayish bersama sama. InshaaAllah trip next year Ayish dah boleh ikut dah :)

Okay sambung cerita berkenaan trip Star Cruise Libra.

Perjalanan Star Cruise Libra bermula daripada Port Klang - Langkawi - Phuket - Penang. Keseluruhan perjalanan trip ini mengambil masa selama 5 hari dan 4 malam.

DAY 1 : Berkumpul di Port Klang

Kami drive sendiri dari rumah dan ambil Mak mertua di Sungai Buloh sebelum menuju ke Boustead Cruise Centre di Port Klang. Kemudahan parking ada disediakan tapi open dan tak berbumbung. Harga parking hanya Rm10/per entri tak mahal pun. 

Bagi mereka yang datang dari jauh atau tiada kenderaan untuk ke sana, pihak Shaklee juga ada menyediakan kemudahan bas yang menunggu mereka di beberapa tempat berkumpul yang lain iaitu HQ Shaklee di Sunway GEO, Branch Shaklee di Sri Rampai dan KLIA2. Bas-bas ini tadi akan membawa mereka semua ke Bousted Cruise Centre, Port Klang.


Boustead Cruise Centre, Port Klang.



Di antara bas yang pihak Shaklee sediakan untuk peserta-peserta trip.


Ketibaan kami disambut dengan banner Shaklee :)

 Selepas selesai urusan pendaftaran di Bousted Cruise Centre, kami diberikan access card untuk menaiki Cruise. Access card penting tau sewaktu berada dalam Cruise, kira macam ic kita jugak la tak boleh hilang. Antara kegunaan access card ni ialah untuk membayar bil restoran, spa, bil wifi, bil laundry dan juga shopping di free duty shop yang ada di atas kapal. 

Memang semua kena guna card nih, masa nak turun nanti baru settle kan total bills dekat Reception. Tapi untuk bil restoran semua Shaklee dah siap-siap bayarkan la, kita cuma perlu swipe je access card tu sebelum masuk mana-mana restoran yang ada di atas Cruise tu nanti.


Access card beserta duit untuk belanja makan di Penang sekali. Setiap kali nak naik dan turun dari Cruise pun wajib swipe access card ni dulu.

Lebih kurang jam 6 petang, kami pun mula beransur untuk masuk ke dalam Cruise. Memang rasa excited sangat-sangat! Sebenarnya ini adalah pengalaman yang pertama Yana naik cruise tau.Thank you Shaklee bagi peluang kami honeymoon atas Cruise. 


Kena naik tingkat atas untuk ke tempat check-in Cruise.


Star Cruise Libra, kena jalan sikit untuk masuk ke dalam cruise.


With my Husband and my mother in law, dapat 3 tiket kali nih untuk National Trip :)


Welcome on board! Dari luar dah nampak banner Shaklee :)



Masuk jer dalam cruise ada lagi banner Shaklee yang menyambut ketibaan kami :)


After settle segala urusan check-in, kami diberikan kunci bilik masing-masing. Lugagge semua pihak Shaklee dan cruise tolong bawakan ke bilik. Masuk bilik, lepas letak beg dan barang-barang semua kami terus bersiap untuk pergi dinner pulak di Deck 9, Mariners Restaurant.


Dalam Star Cruise Libra ni ada 4 jenis Restaurant iaitu Spices, Mariners, Four Seasons dan Oceanview. Antara keempat-empat restoran ni, hanya Oceanview sahaja yang non-halal. Yang lain semuanya halal.


Kat Mariners ni memang style buffet. Macam-macam makanan ada ambil lah nak makan banyak mana pun. Ada barbeku udang, octopus, kupang, ikan dan lauk lain pun ada, jagung manis dan macam-macam lagilah. Desserts dia pun best best semuanya!

Alhamdulillah memang kenyang sangat rasa malam tu.



Kat restoran Mariners ni ada bahagian tempat makan di luar dan di dalam (with aircond). Kalau makan kat luar lagi best boleh makan sebelah swimming pool sambil ditiup angin gittew.


Ni tempat makan restoran Mariners kat bahagian dalam. 

Lepas dinner malam, kami kena join aktiviti fire drill. Fire drill ni memang wajib untuk semua orang yang baru naik Cruise ni and dia akan ambil attendance. Kalau tak pergi yang nih kena join hari berikutnya pulak. Kami semua telah di ajar langkah-langkah keselamatan andai kata kalau berlaku apa-apa kecemasan waktu sepanjang kami berada di atas Cruise ini.


Semua orang dikehendaki membawa life jacket yang disediakan di bilik masing-masing.


Pemandangan Star Libra Cruise dari luar. Semasa sesi fire drill tu, Cruise nih baru jer nak bergerak dari Port Klang dan menuju ke destinasi yang pertama iaitu Pulau Langkawi.

Selepas selesai sesi fire drill, kami pun balik ke bilik masing-masing untuk mandi dan berehat. Kena tidur awal sebab nak simpan tenaga untuk sambung aktiviti hari esok pulak. 

InshaaAllah next entry nanti Yana akan sambung cerita berkenaan aktiviti kami di hari-hari yang seterusnya. First day kami ada aktiviti atas Cruise dan sebelah petang pula kami pergi ke Pulau Langkawi.

Stay tuned darlings.



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com