Saturday, October 13, 2018

MY 2ND PREGNANCY

Assalamualaikum and hye :)

Entry nih Yana post sebagai kenangan bila anak-anak dah besar nanti.

Syukur Alhamdulillah, 27 April 2018 adalah hari di mana Yana first tahu yang Yana positive pregnant. Masa nih period dah delay, terus suruh Husband belikan upt test and check.



Paling semua kaum wanita excited, bila nampak double line. Alhamdulillah :')

Then masa 6 Mei 2018, saje gataii pergi beli upt yang digital pulak. Nak puaskan hati sebelum pergi check up and scan lah kononnya.



Paling nyata dan jelas. Terus esoknya pergi scan :)

Alhamdulillah segala mabuk-mabuk loya bagai dah takde start masuk 4 bulan. Masa 1st trimester jelah yang teruk sampai rasa lemah longlai sungguh. Selera makan langsung takde, pedas sikit tak boleh, angin banyaknyaa sungguh tak selesa, muntah tak kira masa. Fuhhh! Memang mencabar sangat. Tapi bersyukur jugak sebab pregnancy kali nih a lot better daripada masa Ayish dulu tau. Time Ayish dulu sampai 6-7 bulan baru lah okay. Lama kan?

Disebabkan takde selera makan semua, Yana memang totally kena bergantung pada supplement untuk make sure Yana dapat cukup keperluan nutrisi. Yelah, risaunya baby dalam perut nih nak kena grow kan? So kalau tak makan nanti macam mana? Daripada mana baby nak dapat cukup nutrisi?

And of course, pilihan Yana kali nih tetap dengan Set Hamil Shaklee. Complete segala nutrisi untuk my baby.



Dari kiri: Kalsium + Magnesium, Vitamin B lengkap + Asid Folik, Omega-3, Protein lengkap, Vitamin C, Multivitamin lengkap + Iron.


Banyaknya item dalam Set Hamil nih Yana, Yana consume semua sekali ke?

Yes of course Yana consume semua. Sebab macam Yana cakap tadi, I have to make sure Yana cukup vitamins and nutritions setiap hari. Yana share sedikit manfaat dan kebaikan setiap supplement dalam Set Hamil yang Yana consume.



ESP : Yang nih memang penting untuk Yana sebabnya Yana nih sometimes lambat breakfast. Tak boleh biar perut kosong pagi pagi, kesian la kat baby.. ESP nih Yana biasa Yana ambil untuk alas perut sebelum heavy breakfast. Lagi satu, ESP nih energy booster jugak tau, bila consume ESP Yana kurang rasa letih walau pun perut makin membesar.

B COMPLEX : Nih memang penting untuk consume dari awal pregnancy sebab ada Folic Acid. Bila dah masuk ke 2nd and 3rd Trimester pun, Yana still continue consume sebab Vitamin B bantu tukarkan gula berlebihan dalam darah kepada tenaga. InshaaAllah dapat elakkan masalah GDM masa pregnancy.

VITA LEA : Yang nih pun Yana consume dari awal sebab Yana sejak kecik ada masalah tekanan darah rendah. Sebelum pregnant pun dah low BP, masa pregnant lagi kena jaga. Iron juga sangat membantu untuk make sure bacaan HB cantik dari awal pregnancy.

OSTEMATRIX : Wajib untuk ibu mengandung yang jenis tak minum susu. Untuk yang minum susu, tak perlu ambil OSTEMATRIX nih pun tak pe. Macam Yana memang ada jugak la minum susu tapi time pagi jer bancuh dengan ESP. Still tak cukup total intake untuk daily calcium. Yana memang suka OSTEMATRIX nih sebab dia membantu untuk atasi sakit sakit seluruh badan khususnya pinggang, belakang, kaki, lutut dan juga bantu atasi masalah susah buang air besar. 

OMEGA GUARD : Doctor memang sarankan ambil Omega-3 semasa hamil sebab bagus untuk perkembangan minda baby dalam kandungan. Yang ada masalah high BP and kolestrol pun bagus consume. Selain itu, OMEGA GUARD nih jugan bantu mengelakkan berat badan naik mendadak semasa hamil.

SR VITA C PLUS : Yana ambil Vitamin C untuk boost my inmune system. As a Mama, memang nak always jaga kesihatan so Vitamin C nih la yang sangat membantu. Memang Vitamin C tak boleh elakkan demam selsema semua tu, tapi apa yang Yana perasan kalau Yana dah start rasa nak demam ke selsema ke, biasanya kejap jer dah okay. Takkan ambil masa berhari hari untuk baik. Vitamin C juga bagus untuk immune baby dalam kandungan.

Sebenarnya depends pada individu untuk ambil ikut keperluan masing masing. You boleh consume mana yang you perlukan sahaja 🙂


On my 29th Birthday, masa nih 27 weeks. Cuba teka baby boy ke girl? :)


Kalau tanya pada Yana cabaran terbesar pregnancy kali nih, Yana rasa part sakit pinggang datang menyerang tu yang paling tak tahan. Biasa bila kena sakit pinggang extra nih Yana akan up kan dose untuk kalsium baru lah dia okay and rasa lega bila bangun esoknya.
Apa-apapun, setiap kesakitan yang kita hadapi masa mengandung nih ada ganjarannya inshaaAllah. Kadang rasa nak merungut dan mengadu sakit kat Husband tapi bila baby kicking gerak-gerak terus tak jadi duk bayangkan jer dia keluar nanti :')

Walau macam-macam dugaan yang datang masa pregnancy terutamanya part morning sickness tadi, Yana rasa enjoy setiap kali pregnancy. Paling tak sabar masa setiap kali check up nak scan jumpa baby. Ayish pun hari-hari duk kiss perut sayang kat adik dia. Yana pasti dia pun tak sabar nak tunggu adik dia keluar, dah nak jadi abang dah :')


Moga Allah sentiasa lindungi anak Mama kat dalam perut nih dan permudahkan segala urusan sehingga melahirkan nanti. Aminn


Last month, masa pergi Europe trip. Nanti inshaaAllah Yana akan share on my next entry :)


Wednesday, May 2, 2018

TIPS BERTENAGA DI BULAN PUASA

Assalamualaikum and Hye

Tak lama lagi dah nak puasa, maka Shaklee pun buat promosi untuk supplements yang dapat membantu untuk berikan anda lebih bertenaga supaya ibadah puasa dapat dilakukan dengan lebih sempurna inshaaAllah.



Ada 3 supplements yang under promo bulan nih :

1️⃣ CINCH SHAKE (VANILLA)

Cinch Shake nih memang sesuai untuk korang yang nak slim dalam masa yang sama nak lebih bertenaga semasa berpuasa.

So siapa yang nak loose weight tu, boleh lah consume Cinch Shake nih semasa sahur.

InshaaAllah korang akan rasa kenyang lebih lama dan lebih bertenaga dalam masa yang sama leucine dalam Cinch Shake akan membantu untuk mencairkan lemak dalam badan.

2️⃣ PERFORMANCE DRINK (PD)

PD nih sejenis minuman seperti isotonik tapi takde gas.

PD bagus untuk mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air.

PD akan seimbangkan proses kehilangan air dalam badan so that badan kekal rasa segar and dapat lah mengurangkan rasa dahaga. Digalakkan juga diambil semasa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.

3️⃣ MEAL SHAKES

Sebagai sumber multivitamin yang terbaik. Bila kita berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi.

Bukan orang dewasa jer boleh consume, Meal Shakes juga sesuai untuk kanak kanak yang baru berlatih dan start berpuasa, inshaaAllah anak anak puasa pun lebih enjoy sebab kurang rasa letih.


So untuk korang yang agak agak letih memanjang and lemau jer masa nak berpuasa tu, boleh lah cuba mana mana supplement yang dapat membantu untuk memberikan lebih tenaga semasa berpuasa.

InshaaAllah you will feel the difference dengan pengambilan supplement semasa sahur 👍🏻

Bila badan rasa lebih bertenaga, inshaaAllah ibadah puasa juga dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna ❤️

Untuk order dan pertanyaan lanjut, boleh whatsapp Yana terus kat sini 👇🏻

📲 016-2099703
📲 016-2099703
📲 016-2099703

Atau sesiapa yang online guna henfon boleh click jer terus link kat bawah nih 👇🏻


Untuk pembelian direct secara online pulak boleh click link kat bawah nih ðŸ‘‡ðŸ»



Tuesday, January 9, 2018

5 LANGKAH MEMILIKI KULIT YANG SIHAT DAN FLAWLESS!

Assalamualaikum semua and Hye

Untuk entry kali ini Yana nak share dengan anda semua antara supplement yang anda boleh amalkan untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik secara semula jadi. Sebenarnya ada banyak supplement untuk kulit cantik tetapi yang terbaik dan effective bertindak untuk kecantikan ialah:

Vitamin E
Vitamin C
ESP
Vivix
CoQ-Trol
Collagen Powder 

Untuk mendapat kulit yang CANTIK, MULUS dan juga GEBU ada 5 STEPS yang Shaklee sediakan untuk kita amalkan. 

Selain untuk kulit yang cantik, gebu dan mulus, 5 STEPS ini juga dapat menampakkan wajah kita lebih muda dari usia sebenar. Ini adalah kerana 5 STEPS ini bertindak dari dalam (sel-sel badan) dan bukan hanya lapisan dermis (bahagian luar kulit).


So what are the 5 STEPS? 

Meh saya huraikan satu demi satu.

Step 1 ~ MELAMBATKAN PROSES PENUAAN (VIVIX)


Vivix merupakan extract daripada: 

-Polyganum Aspidatum (anti aging )
-Anggur Muscadine~ lebih cromosom (bertindak lebih bagus)
-Lobak Ungu (Kaya dengan polifenol)
-Elderberry

Antara Khasiat Vivix:

-10 kali lebih berkuasa daripada resveratrol (sejenis polifenol) iaitu anti aging terbaik. Saintis Shaklee ada compare vivix dengan resveratrol dan terbukti vivix 10x lebih berkuasa

-Bagus untuk memperbaiki DNA. DNA yang sihat akan menghasilkan sel yang sihat. Bila sel kita sihat akan reflect kepada luaran, kulit lebih berseri-seri.

-Pertahanan Sel, mempertahankan sel daripada terkena serangan penyakit

-Meningkatkan prestasi sel.. Bila sel sihat, organ pun akan sihat. Maka penyakit dapat dijauhi inshaaAllah.

Additional Info:

-DNA boleh musnah melalui Radikal bebas dan Penuaan. Radikal bebas boleh dapat akibat pencemaran, pemakanan yang tidak sihat dan stress.

-DNA yang rosak boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit.

-Vivix membantu mengurangkan sel kulit mati.

-Vivix mengurangkan risiko penyakit dan radang sel melalui pembaikan sel.

-Vivix memberi kesan ke atas MITOCHONDRIA (membanyakkan). Kekurangan MITOCHONDRIA boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

-Vivix membantu melambatkan penghasilan AGE PROTEIN. AGE PROTEIN terbentuk dari gabungan protien+gula yang boleh menyebabkan sel-sel mati. Ianya boleh mengakibatkan penyakit diabetes.


STEP 2 ~ MEMBAIKI PEREDARAN DARAH DAN PERLINDUNGAN MATAHARI (COQ-TROL)


COQ-TROL terdiri daripada Coenzyme Q10, Resveratrol dan Tokoferol.

More info, click here.

Bila kita ambil vivix, ianya bantu banyakkan mitochondria dalam tubuh dan pengambilan COQ health membantu memperbanyakkan coq10 dalam mitochondria 

Khasiat CoQ 10:

-Paling bagus untuk membaiki peredaran darah 
-Tingkatkan penghasilan tenaga dalam sel 
-Perlindungan dari sinaran UV

Coq10 paling tinggi masa umur 20 tahun sebab tu badan kita lebih bertenaga berbanding sekarang. Jadi,dengan pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan semula tenaga. 

Peredaran darah yang sihat menjadikan kulit kita lebih cantik kerana oksigen dan nutrien dibawa dengan sempurna ke seluruh sel kulit.

Peredaran darah yang lemah pula menjadikan kulit kita kusam, kasar dan pigmentation (jeragat) mula timbul.

Hasil penggunaan CoQ10 secara consistent:

-Kulit lebih cerah, gebu dan sekata 
-Kulit jadi tegang dan awet muda 
-Tona kulit lebih sekata dan kurang tompok pigmentation 

**Penghasilan sel yang sihat amat penting untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik. Jadi, CoQ10 mempunyai kuasa meningkatkan tenaga sel berbanding produk Shaklee yang lain. 


STEP 3~PENGHASILAN KOLAGEN (SHAKLEE COLLAGEN POWDER) 


Kolagen membantu memberi kelembapan dari rambut sampai kaki. 

Kolagen shaklee terhasil dari sisik ikan merah yang KUAT TEKANAN & DAYA TAHAN and mampu hidup 5m jauh ke dasar laut. 

**Manusia boleh dive sampai 4m sahaja.. Lebih daripada tu tekanan yang terlalu tinggi tak dapat ditampung oleh badan dan boleh mengakibatkan arteri darah pecah.. Tapi ikan merah boleh hidup sehingga 5m ke bawah di mana ia tahan tekanan lagi tinggi dari manusia. 

Keistimewaan Collagen daripada Shaklee:

-Saiz molekul 1000 dalton membuatkan ianya lebih mudah diserap badan.. Kolagen biasa bersaiz 3000 dalton 

-Saiz paling optimum utk penyerapan kolagen ialah 1000 dalton.. Kurang daripada itu buatkan ia susah nak diserap atau cepat musnah 

-Memelihara keanjalan kulit iaitu hasil dari ramuan kolagen -sisik ikan, kerangan laut, bakteria baik 

-Membantu penghidratan hasil dari ramuan-ekstrak biji camelia, ekstrak pfaffia. Turut mengandungi isoflavones yang sangat baik untuk kesihatan (menurunkan kadar kolesterol) 

-Anti oksidan tinggi hasil dari ramuan-vit c, vit b2 dan b6 dari jagung 

-Mengandungi Probiotik Lactobacilus acidophilus untuk meningkatkan penyerapan Shaklee Collagen Powder dalam usus kecil. 

**Sumber glucosamine untuk penghasilan synovial fluid bagus untuk mereka yang kerap sakit sendiri kerana bantu menambah kolagen pada sendi 


STEP 4~PERLINDUNGAN ANTIOKSIDAN ( VITAMIN C+VITAMIN E) 


Vitamin C shaklee dari ekstrak jagung. Keistimewaan Vitamin C Shaklee:

*Ditambah dengan BIOFLAVONOIDS (bantu penyerapan Vitamin C + bantu cegah Vitamin C dari oxidization) 

*Pembebasan perlahan-lahan setiap 5 jam 

Kuasa Vitamin C:

-Antioksidan yang tinggi 

-Membantu dalam penghasilan kolagen 

-Tingkatkan sistem imun badan ~ Darah putih memerlukan Vitamin C untuk dihasilkan 

-Kulit lebih CERAH,TEGANG dan juga GEBU 

Nota penting : Merokok memusnahkan vitamin C dalam badan 

Kuasa Vitamin E:

-Antioksidan yang kuat 

-Melindungi kulit dari UV 

**Untuk mereka yang kerap terdedah dengan cahaya matahari boleh ambil sebiji vitamin C + sebiji vitamin E di awal pagi 

**Vitamin E lebih baik diambil selepas makan kerana vitamin E tergolong dalam vitamin larut lemak (A,D,E,K). Vitamin E juga boleh diambil 2x sehari. 


Step 5~ KHASIAT KULIT (ESP) 


-Sumber Non GMO iaitu semula jadi dan tidak diubah secara genetik 

-Shaklee memantau soya dari pada tempoh awal sehingga matang dan pilih hanya soya yang terbaik

Untuk yang kurang tahu apa BEZA antara soya NON GMO dengan soya GMO:

Soya Shaklee ditanam secara semula jadi tanpa proses GMO (Genetically Modified Organism) yang mengubah sel-sel semula jadi nya sehingga merosakkan kesihatan manusia dengan pengambilan yang telah disyorkan oleh pakar.

Maksudnya, Shaklee tanam dan biakkan soya secara semula jadi tanpa sebarang bahan kimia yang digunakan secara langsung atau tidak langsung. So here, takde isu bahaya kepada kesihatan, baik dari sudut agama atau sudut teknologi pertanian dan pemakanan.

Masih kurang faham?

Okay macam nih... Soya, tumbuhan dan haiwan masa sekarang nih seiring dengan teknologi yang semakin maju dan pertambahan penduduk dunia yang semakin ramai menyebabkan kebanyakan penternak menggunakan cara suntikan pengubah genetik atau dalam bahasa teknologinya, Genetically Modified Organism (GMO).

Ini bertujuan untuk membanyakkan hasil tanaman atau mempercepat tumbesaran haiwan supaya boleh cepat diproses sebagai makanan atau minuman kepada pengguna di seluruh dunia.

So here, take note ESP Shaklee adalah SEMULA JADI @ NATURAL. InsyaAllah antara supplement yang terbaik untuk badan kita. 

-ESP juga memiliki 9 amino asid yang lengkap 

(badan manusia boleh menghasilkan 11 jenis asid amino tetapi tak boleh hasilkan 9 jenis asid amino. Kesembilan asid amino terdapat dalam ESP) 

**Protein ialah blok asas penghasilan sel badan ( key benefit of ESP). Sekiranya badan cukup sumber protein---> Kulit akan cantik, kuku + rambut cantik.. Otot juga lebih sihat.

**Protein juga merangsang penghasilan kolagen dalam badan. Since ESP nih memang high in protein, so yang ambil secara consistent insyaAllah kulit memang lebih halus mulus, gebu, cerah dan tegang.

Untuk order secara ONLINE, boleh click link di bawah :



Atau boleh whatsapp Yana terus di 016-2099703.

 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com