Tuesday, July 22, 2014

INFO: Penyakit Buah Pinggang

Assalamualaikum semua.

Hari nih Lyana nak share sedikit info khusus untuk pesakit buah pinggang memandangkan Lyana ada few customers yang kini sedang menghidap penyakit ini di tahap ke 2, 3 dan juga 4. Untuk entry kali ini Lyana nak share lebih kepada panduan dari segi penjagaan pemakanan.  

Penjagaan pemakanan pesakit ginjal kronik bergantung kepada tahap kerosakan buah pinggang. Panduan ini adalah untuk pesakit yang belum menjalani rawatan dialisis (pre-dialisis). Adalah lebih baik sekiranya pesakit mengetahui keputusan ujian darah masing-masing untuk penjagaan dan kawalan yang lebih tepat.

Antara faktor utama yang perlu diberi perhatian ialah kandungan:
  • Garam
  • Air
  • Protein
  • Kalium (Potassium), dan
  • Fosfat
Mengapakah Kaki, Tangan dan Muka Saya Bengkak?
Bengkak adalah disebabkan oleh air yang terkumpul di dalam badan. Ini berlaku kerana ginjal yang lemah/rosak tidak dapat menyingkirkan air yang berlebihan. Penjagaan garam dan cecair adalah penting untuk mengurangkan simptom/masalah bengkak ini.
✿ Garam
Sekatan garam adalah sangat penting bagi pesakit yang mempunyai masalah ginjal. Adalah mustahil untuk mengelak dari mengambil garam memandangkan garam terdapat secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan. Bagaimanapun, jumlah penambahan garam ke dalam masakan atau makanan perlulah dikawal.
Makanan yang tinggi garam perlulah dielakkan. Garam juga tersembunyi sebagai bahan pengawet di dalam makanan terproses. Oleh itu, pesakit digalakkan untuk membaca label sebelum memilih makanan yang siap dibungkus secara komersial.
Contoh makanan yang tinggi garam yang perlu dielakkan adalah seperti berikut:
  • Ikan kering, telur asin, ikan bilis
  • Makanan terproses seperti burger, sosej dan keju
  • Kiub penambah perisa,Monosodium glutamate, mee segera
  • Ekstrak daging/ayam/ikan (misalnya: Bovril, Marmite, pati ikan haruan)
  • Salad dressings
  • Makanan di dalam paket/ tin yang ditambah bahan pengawet 
✿ Cecair
Sekatan air adalah berbeza mengikut individu, bergantung kepada keupayaan ginjal menyingkirkan air dari tubuh. Cecair didefinisikan sebagai sesuatu yang cair pada suhu bilik, oleh itu selain air dan jus, makanan lain yang perlu diambil kira ialah bubur, sup, aiskrim, agar-agar, sherbet dan buah-buahan berair  seperti tembikai dan lai.
Kesemua makanan ini akan menyumbang kepada jumlah pengambilan cecair harian pesakit. Cecair berlebihan boleh mempengaruhi tekanan darah dan akan membuatkan jantung bekerja keras.
Mengapakah Darah Saya Selalu Tidak Mencukupi?
Pesakit ginjal biasanya mengalami masalah kekurangan darah (anaemia). Ginjal berfungsi menghasilkan sejenis hormon (erithropoietin) yang mengawal pembentukan sel darah merah. Apabila hormon ini kurang atau terganggu penghasilannya maka pembentukan sel darah merah juga akan terjejas.
Makanan berprotein boleh membantu menaikkan paras haemoglobin darah. Walau bagaimanapun, makanan berprotein setelah dihadamkan akan menghasilkan bahan buangan yang dinamakan urea. Ginjal yang lemah akan bermasalah untuk mengeluarkan urea dari tubuh. Sekatan ke atas jumlah protein dan pemilihan jenis protein yang betul, membantu melambatkan kadar kerosakan buah pinggang.
Jumlah makanan berprotein, iaitu lauk-pauk yang boleh diambil bergantung kepada berat badan dan tahap kegagalan buah pinggang seseorang. Biasanya saiz lauk perlulah dikecilkan berbanding dengan saiz pengambilan lauk yang biasa semasa buah pinggang masih sihat. Silalah berhubung dengan Pegawai Dietetik yang terdekat untuk mendapatkan saranan pemakanan yang lebih tepat dan terperinci secara individu.

Apakah yang Akan Terjadi Apabila Aras Kalium Tinggi?
Kalium adalah penting untuk mengawal saraf dan otot, terutamanya jantung, untuk bekerja dengan betul. Adalah berbahaya sekiranya jumlah kaliumdarah terlalu tinggi. Kalium yang berlebihanakan membuatkan degupan jantung yang luar biasa atau berhenti dengan tiba-tiba.
Kalium adalah sejenis mineral yang boleh didapati di dalam kebanyakan makanan. Ginjal berperanan untuk mengawal jumlah kalium yang betul di dalam tubuh. Ginjal yang lemah mengakibatkan kalium terkumpul di dalam darah. 
Kalium terdapat di dalam kebanyakan makanan termasuklah hasil tenusu, daging, dan kekacang.
Tips pengurangan kalium:
  • Kalium adalah larut air. Rendamlah makanan yang tinggi kalium di dalam air untuk mengurangkan jumlah kalium.
  • Buang kulit dan empulur buah, misalnya epal, disebabkan kalium tinggi pada bahagian kulit dan empulur.
Sila rujuk senarai makanan yang mengandungi kalium di dalam jadual di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk mengurangkan aras kalium darah, pilihlah makanan rendah kalium daripada jadual-jadual di bawah.
Perlulah diingatkan bahawa saranan kalium pesakit ginjal adalah kira-kira 1500-2000 mg sehari.
Jadual: Pengkelasan sayur-sayuran berdasarkan kandungan kalium
Rendah Kalium
less than 150 mg
Sederhana Kalium
150-200 mg
Tinggi Kalium
more than 200 mg
Kangkung
Kobis
Petola
Peria
Taugeh
Asparagus
Kacang Buncis
Kacang Bendi
Kacang Panjang
Labu Merah
Lobak Merah
Salad
Sengkuang
Terung
Tomato
Bayam
Brokoli
Cekur manis
Jantung pisang
Kailan
Petai
Sawi hijau
Ubi (kentang, keledek, keladi)
*Pengkelasan berdasarkan kandungan kalium bagi setiap 1/2 cawan sayur yang sudah dimasak.

Jadual: Pengkelasan buah-buahan berdasarkan kandungan kalium
Rendah Kalium
less than 150 mg
Sederhana Kalium
150-200 mg
Tinggi Kalium
more than 200 mg
Epal (1 biji)
Jambu batu
Nenas
Pir (1 biji)
Laici
Pisang kaki
Rambutan
Tembikai
Betik
Limau Tempatan (1 biji)
Anggur
Nangka
Ciku
Durian
Longan
Pic
Plum
Pisang (semua)
Oren import (1 biji)
Mangga
Kurma (5 biji)
*Pengkelasan berdasarkan kandungan kalium bagi setiap 1 cawan buah-buahan segar, kecuali jika dinyatakan sebaliknya.

Jadual: Pengkelasan minuman berdasarkan kandungan kalium
Rendah Kalium
less than 150 mg
Sederhana Kalium
150-200 mg
Tinggi Kalium
more than 200 mg
Minuman bersirap
Minuman barli
Teh cina
Air tebu
Jus buah-buahan
Minuman bercoklat
Air kelapa
*Pengkelasan berdasarkan kandungan kalium bagi setiap 1 gelas minuman.


Makanan lain yang tinggi kandungan kalium dan perlu dihadkan pengambilannya adalah seperti berikut:
  • Kacang dan kekacang
  • Rempah serbuk
  • Gula perang
  • Pes cili
  • Makanan/minuman bercoklat
  • Makanan yang mengandungi santan
  • Buah-buahan kering
  • Cendawan kering
  • Pati ayam
  • Asam jawa
  • Makanan mil penuh

Apakah yang Akan Terjadi Apabila Aras Fosfat Tinggi?
Ginjal berperanan penting di dalam keseimbangan fosfat dan kalsium di dalam tubuh. Apabila seseorang mengalami masalah buah pinggang, fosfat akan terkumpul di dalam darah. Fosfat yang banyak di dalam darah akan menarik keluar kalsium dari tulang.

Kehilangan kalsium dari tulang akan mengakibatkan tulang menjadi lemah dan mudah retak atau patah.

Fosfat yang berlebihan juga boleh menyebabkan:
  • Gatal pada kulit
  • Kesakitan sendi
  • Keradangan mata
  • Saluran darah menjadi keras
Selepas ujian darah, pesakit perlulah mengetahui aras fosfat di dalam darah masing-masing. Tidak semua pesakit mempunyai aras fosfat yang tinggi. Penjagaan pemakanan adalah perlu sekiranya aras fosfat melebihi aras normal.
Ubat pengikat fosfat mungkin dipreskripsikan oleh doktor untuk mengawal aras fosfat pesakit. Ubat ini bertindak sebagai span untuk menyerap dan mengikat fosfat dari makanan semasa di dalam perut. Setelah diikat, fosfat tidak akan diserap ke dalam darah. Sebaliknya akan dikeluarkan bersama najis. Oleh itu ambillah ubat ini bersama makanan. Silalah merujuk kepada Doktor atau Pegawai Farmasi tentang cara yang betul pengambilan ubat pengikat fosfat ini untuk mendapatkan kesan yang optimum.
Untuk mengawal aras fosfat dalam darah, pilihlah makanan rendah fosfat dari senarai di bawah semasa memilih makanan.
Berikut adalah antara makanan yang mengandungi fosfat:
Perlulah diingatkan bahawa saranan fosfat pesakit ginjal adalah kira-kira 800-1000 mg sehari.
Jadual: Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat dalam minuman
Rendah Fosfat
less than 110 mg
Sederhana Fosfat
110-160 mg
Tinggi Fosfat
more than 160 mg
Air tebu
Krimer bukan tenusu
Sirap ros
Teh cina
Minuman kacang soya
Minuman kola
Minuman bercoklat/koko
Teh tarik
Kopi susu
*Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat bagi setiap 1 gelas minuman.

Jadual: Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat dalam makanan daripada kumpulan bijirin
Rendah Fosfat
less than 110 mg
Sederhana Fosfat
110-160 mg
Tinggi Fosfat
more than 160 mg
(1 cawan)
Kueh teow
Laksa
Mee kuning / bihun

Idli (1 keping)
Oats (2 sudu besar)
(1 cawan)
Mee goreng
Nasi

Roti putih (2 keping)
Putu mayam (1 keping)
(1 cawan)
Makaroni
Mee segera

(1 keping)
Chapati / Tosai
Roti canai

Jadual: Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat makanan sumber protein (lauk-pauk)
Rendah Fosfat
less than 110 mg
Sederhana Fosfat
110-160 mg
Tinggi Fosfat
more than 160 mg
Putih telur
(1 biji putih telur ≈ 5mg fosfat)

Ayam (90 gram)
Telur (1 biji dengan kuning telur)

(2 sudu makan)
Ikan bilis
Udang kering
(1/2 cawan)
Dhal
Kacang soya

Kebanyakan ayam, ikan & daging
(> 90gram)

Jadual: Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat buah-buahan dan sayur-sayuran
Rendah Fosfat
less than 110 mg
Sederhana Fosfat
110-160 mg
Tinggi Fosfat
more than 160 mg
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah rendah fosfat
Ubi kentang (1 biji)
(1 cawan)
Cendawan kering
Ubi kayu
Ubi keledek

Jadual: Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat susu dan hasil tenusu
Rendah Fosfat
less than 110 mg
Sederhana Fosfat
110-160 mg
Tinggi Fosfat
more than 160 mg
Tiada
Aiskrim (2 ceduk/scoop)
Keju (1 keping)
Susu pekat manis (2 sudu kecil)
Susu penuh krim (2 sudu besar)
Susu segar (1 gelas)

Jadual: Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat makanan ringan dan sapuan (spread)
Rendah Fosfat
less than 110 mg
Sederhana Fosfat
110-160 mg
Tinggi Fosfat
more than 160 mg
(1 sudu besar)
Jem / marjerin

(1 keping)
Apam
Karipap
Kuih sago
Popiah

Biskut cream crackers (3 keping)
Biskut coklat (4 keping)
Ubi kentang goreng (1 keping)
Muffin (1 biji)
Popcorn (50 gram)
Daging burger (1 keping)
Jagung (1 tongkol besar)
Mentega kacang (2 sudu besar)
Kek (1 keping)

Apakah Perkara Lain yang Perlu Diberi Perhatian?
Ramai pesakit ginjal kronik yang mempunyai penyakit kencing manis (diabetes mellitus). Penjagaan pemakanan untuk kencing manis perlulah dititikberatkan.
Selera makan pesakit ginjal selalunya berkurangan. Adalah penting untuk makan pada waktu yang tetap. Sekiranya kuantiti yang dimakan terlalu sedikit, pesakit dinasihatkan untuk cuba makan lebih kerap supaya jumlah pengambilan kalori harian mencukupi.

Cadangan supplement untuk pesakit buah pinggang:


More info on Vivix Shaklee, click here

To purchase Vivix by ONLINE, click this link





 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com