Thursday, December 21, 2017

KENAPA KITA NAMPAK TUA DARI USIA SEBENAR?

Assalamualaikum and Hye


Semua orang nak hidup lebih lama, tapi adalah kita boleh mengekalkan tahap kesihatan bila umur kita semakin meningkat?

Kebiasaannya bermula umur 40an 50an, macam macam penyakit yang akan mula timbul contohnya darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan lain lain lagi. Ada juga yang mula NAMPAK TUA DARI USIA sebenar, baru umur 40 tapi dah macam 60 dan macam macam penyakit mula timbul satu persatu.

Punca puncanya mungkin disebabkan oleh :

✅ Persekitaran yang tercemar
✅ Sinaran uv dan radikal bebas
✅ Pemakanan yang tidak sihat
✅ Gaya hidup tidak aktif
✅ Tertekan / stress berpanjangan
✅ Faktor keturunan


Dan kesemuanya mengganggu kita ever since kita baby lagi, radikal bebas ada di mana mana untuk merosakkan sel sel dalam badan kita.

That is why kalau kita terdedah kepada semua punca punca tadi, sel kita akan jadi semakin lemah. 

Bila sel makin lemah, effect dia akan membawa kepada penuaan yang lebih cepat daripada usia kita sebenar.

•Effect pada kulit - akan timbul pigmentation, kulit berkedut, keluar garis halus

•Effect pada badan - metabolisme semakin rendah badan cepat naik

•Effect pada kesihatan - mula diserang pelbagai jenis penyakit 

Nak tahu tak macam mana sel dalam badan kita mengalami penuaan disebabkan punca punca yang ummi dah share tadi?

Ada 4 mekanisme yang akan berlaku dan menyebabkan sel dalam badan kita mengalami proses penuaan.

Okay yang pertama, sel kita jadi tua disebabkan berlakunya 
KEMUSNAHAN DNA.

Radikal bebas akan menyerang daripada luar, DNA kemudiannya akan jadi terbelah dua atau terputus.

DNA ni sebenarnya yang menyimpan dan membawa genetik kita, DNA ini lah yang menentukan karekter seseorang. 

Contohnya : 

Mata warna coklat
Rambut warna perang
Rambut jenis curl

Semua ini ada dalam setiap individu.

DNA ni terdapat dalam setiap sel kita. Setiap kali sel kita diserang oleh radikal bebas seperti pencemaran daripada asap kenderaan ke, DNA kita akan terganggu dan rosak. So bila DNA rosak, sel kita akan cepat mati.

DNA yang rosak ni sel kita memang boleh baiki semula, tapi untuk baiki tu tak semestinya akan dibaiki dengan cara yang betul. Kalau DNA kita dibaiki dengan cara yang salah, boleh menyebabkan terjadi sel yang abnormal (penyebab kepada penyakit seperti cancer).

Mekanisme kedua yang menyebabkan penuaan sel lebih cepat ialah PENGURANGAN KEPADA PRESTASI SEL.

Punca utama adalah disebabkan oleh peningkatan penghasilan AGE protein dalam badan. Let say hari ni sel kita boleh bekerja 1000x lagi cepat, esok jadi 900x. Makin banyak AGE protein makin lemah sel kita bekerja.

Dari mana datangnya AGE protein ni?

Haa.. daripada pemakanan kita la. Bila mana kita ambil gula / lemak secara berlebihan daripada makanan yang manis manis 🍰🍫🍬🍦🍩, paras gula dlm darah akan jadi tinggi. 

Memang badan kita perlukan gula untuk tenaga, tapi ada certain amount sahaja. Bila gula yang perlu dah habis serap, akan ada gula yang tak diperlukan dan tertinggal dalam darah. 

Gula yang berlebihan ni tadi akan masuk dalam sel badan kita dan bergabung dgn protein lalu membentuk AGE protein. AGE protein ni yang akan stay dalam sel badan kita.

Imagine la hari hari kita makan banyaaaak makanan manis dan berlemak, bertimbun timbun AGE protein yang akan terhasil dan stay dalam sel badan kita.

Makin banyak makanan bergula kita makan, 
Makin tinggi AGE protein,
Makin slow sel sel kita akan bekerja,
Makin cepat sel kita akan mengalami penuaan dan mati.


Banyak kajian dah membuktikan AGE protein antara punca paling cepat kita nampak lebih tua daripada usia sebenar.

Antara kesan lain bila AGE protein berlebihan dalam badan :

1.Jantung jadi semakin lemah
2.Fungsi buah pinggang terganggu
3.Fungsi otak berkurang, daya ingatan semakin lemah
4.Kesihatan mata, hati dan otot terjejas
5.Masalah penyakit kencing manis - fungsi sel yg lemah menyebabkan sel tak alert dengan kehadiran insulin

Mekanisme ketiga yang menyebabkan penuaan sel ialah PENGHASILAN TENAGA SEMAKIN BERKURANGAN disebabkan pengurangan jumlah mitokondria. Mitokondria ni adalah kilang penghasil tenaga dalam sel. Dalam sel kita setiap satu sel ada banyak mitokondria.



Setiap kali kita makan karbohidrat contohnya, karbohidrat ni akan meresap masuk dalam sel dan masuk ke dalam mitokondria tadi yg seterusnya akan menghasilkan tenaga.

Waktu usia muda kita akan ada banyak mitokondria. Mitokondria ni akan berkurangan apabila usia kita makin bertambah. Ini yang menjelaskan secara saintifik kenapa orang muda lebih kuat dan bertenaga daripada mereka yang lebih tua.

Mitokondria menjadi semakin berkurangan disebabkan oleh :

• Gaya hidup tidak sihat 
• Terdedah pada radikal bebas

Sebab tu badan kita memerlukan anti oxidant yang cukup untuk neutralkan semua punca punca nih, supaya sel kita dapat kekal sihat bila usia kita semakin bertambah.

Saya bagi contoh organ yang paling memerlukan mitokondria yang tinggi iaitu JANTUNG. Jantung kita ni tak pernah berhenti bekerja, even kita tidur jantung masih tetap bekerja untuk berdegup. Jantung perlukan cukup mitokondria untuk pastikan jantung terus berdegup dengan lancar.

Ini adalah sebab kenapa orang tua ramai yang kena sakit jantung, lemah jantung, sebab mitokondria dia dah makin sedikit maka jantung dia tak dapat berfungsi dengan lebih baik dan efficient.

Tapi ada juga orang tua yang masih kekal aktif dan cergas walau pun di usia 60 tahun ke atas. Ini menunjukkan jumlah mitokondria dalam sel badan dia masih di tahap yang tinggi, which means dia mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Dan ada juga orang yang muda muda lagi dah sakit jantung dan macam macam lagi penyakit lain. Ini disebabkan punca punca yang saya dah share tadi. Tak mustahil di usia muda pun mitokondria boleh jadi semakin sedikit.

Mekanisme keempat yang menyebabkan sel kita menjadi cepat tua ialah PEMENDEKAN TELOMERE. Telomere ni adalah satu penutup yang melindungi DNA yang berada di hujung kromosom. 



DNA yang memegang genetik kita.
Dalam DNA pulak ada rantaian kecik kecik yang dinamakan GENE.
Semua DNA dan GENE ni duduk dalam bentuk ‘X’ yg dinamakan KROMOSOM.

Kromosom ni tak boleh bersentuhan satu sama lain, that’s why dia perlukan penutup dekat hujung dia. Penutup ini yang dinamakan TELOMERE.

Sebab tu penting untuk kita jaga telomere ni, telomere ni untuk elakkan kromosom kita saling bercantum. Bila kita makin berusia, telomere akan jadi semakin pendek. Scientists conclude that telomere ni berkait dengan jangka hayat. Makin pendek telomere means jangka hayat kita juga makin pendek dan tahap kesihatan kita juga lebih rendah.

Badan kita akan sentiasa menghasilkan sel sel yang baru.

-Bila sel baru terhasil, kromosom dalam sel tadi akan sama beranak kromosom yang baru.
-Kromosom yang baru akan copy sebijik kromosom asal, tapi telomere dia akan lebih pendek sikit dari yang asal.
-Sampai lah suatu masa, telomere tu jadi pendek sangat dan kromosom tu tak boleh nak beranak sel yang baru lagi.
-Masa ni penuaan akan berlaku di mana sel tadi akan mati sebab tak boleh beranak lagi.

SO HABIS BAB MEKANISME PENUAAN SEL, MACAM MANA SEL KITA JADI TUA.

SEKARANG KITA MASUK PART MACAM MANA NAK MAINTAIN KESIHATAN DAN AWET MUDA BILA USIA MAKIN MENINGKAT?

Segalanya bermula dengan PENJAGAAN SEL.

• MAKAN NUTRIEN YANG BETUL
• AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT

Di Shaklee, kita menggalakkan setiap orang untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Amalkan bersenam setiap hari at least 30 minutes untuk kekalkan metabolisme di tahap yang tinggi.

Gaya hidup yang sihat seperti tidur yang cukup, elakkan stress dan persekitaran yang bersih juga memainkan peranan yang penting.

Pada masa yang sama, kita digalakkan mengambil supplement sebagai tambahan sebab pemakanan harian kita sendiri tak betul betul seimbang. Salah satunya ialah VIVIX, sebagai sumber anti oxidant yang terbaik 👍🏻


Dalam Vivix kita ada 4 main ingredients :

•Polyganum Cuspidatum
•Muscadine Grape
•European Elderberry
•Purple Carrot

Kombinasi 4 bahan ini menghasilkan sumber POLIFENOL yang sangat bagus untuk kesihatan sel dalam badan kita.

Yang pertama ia dapat membantu melindungi dan memperbaiki semula DNA.

Everytime kita makan 4 bahan yang terkandung di dalam Vivix ini, dia akan bantu kita dari serangan radikal bebas. Memang akan ada radikal bebas yang tembus masuk juga ke dalam sel, di sini lah 4 bahan ni akan bertindak untuk baiki semula DNA kita supaya DNA kita tak rosak dan DNA kita juga akan dibaiki dengan cara yang betul. Kita akan kurang menghadapi risiko untuk mengalami masalah sel yang abnormal.

Satu research on DNA damage yang dah dibuat oleh 2 group of people :

1st person - makan makanan tinggi lemak dan karbohidrat
2nd person - makan makanan tinggi lemak dan karbohidrat + VIVIX

~Hasil kajian menunjukkan orang yang makan makanan tinggi lemak dan karbohidrat, kadar keradangan dia MENINGKAT terutamanya semasa jam yang ke-3 sebab ketika itu makanan sudah mula diproses. Lepas 3 jam kadar keradangan menurun semula tetapi tetap tinggi dan tak mencapai tahap seperti orang ke 2 yang diberikan Vivix.

~Orang yang makan makanan tinggi lemak dan karbohidrat + VIVIX kadar keradangan dia tetap mendatar dan tak meningkat.

Keradangan yang tinggi boleh merosakkan sel dan DNA dalam badan.

Di sini menunjukkan, Vivix membantu untuk mengurangkan keradangan dalam tubuh dan seterusnya membantu melindungi dan memperbaiki DNA dalam sel badan kita.

Selain itu, kajian daripada luar menunjukkan Resveratrol (salah satu active substance dalam Vivix) sangat bagus untuk anti inflamasi dan bersifat chemo preventive - menghalang penghasilan sel sel yang abnormal dalam badan.

Yang kedua, 4 bahan yang terkandung di dalam Vivix membantu meningkatkan prestasi sel. Jadinya contoh kalau kita makan makanan berlemak dan tinggi kandungan gula, kemudian kita consume 4 bahan ni tadi, penghasilan AGE protein adalah lebih rendah.

Shaklee ada buat kajian di antara kandungan bahan dalam Vivix dengan Resveratrol lain. Biasa kat US ada Resveratrol yang dijual dalam bentuk pil.

Berdasarkan kajian yang dibuat, mereka yang amalkan Vivix nih PENGURANGAN PENGHASILAN AGE PROTEIN adalah lebih tinggi compared to Resveratrol biasa.

So ini menunjukkan bila kita amalkan pengambilan 4 bahan yang terkandung dalam Vivix nih, AGE protein lebih kurang terhasil dan seterusnya sel kita akan kekal bekerja dengan lebih efficient.

-Kajian daripada luar juga menunjukkan Polifenol membantu dalam menurunkan penghasilan AGE protein. Ini menunjukkan kulit dan biji Muscadine Grape boleh membantu mengurangkan AGE protein.

Yang ketiga, Vivix juga meningkatkan penghasilan tenaga dalam sel.

Semakin meningkat usia, mitokondria juga semakin sedikit. That is why kita akan mengalami penuaan.

Tapi dengan pengambilan 4 bahan dalam Vivix dapat membantu untuk meningkatkan semula tenaga melalui penghasilan mitokondria. 

Kajian daripada luar juga menunjukkan bahawa Polifenol memang membantu juga untuk meningkatkan fungsi mitokondria dalam badan kita dan seterusnya meningkatkan tenaga dalam sel.

Yang keempat, 4 bahan dalam Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan telomere dan juga reserve kepanjangan telomere.

Shaklee juga ada buat Telomere study, betul atau tidak bahan dalam Vivix membantu untuk reserve kepanjangan telomere.

1st group - Mereka yang tinggal di kawasan yang rendah pencemaran, tak merokok, healthy lifestyle

2nd group - Pengguna Vivix + supplement Shaklee yang lain

Hasil kajian menunjukkan kadar pemendekan telomere untuk pengguna Shaklee lebih rendah berbanding individu yang mengamalkan gaya hidup yang sihat tadi. Ini bermakna, telomere pengguna Shaklee ni lebih panjang dari yang tak ambil Shaklee even dia mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Sebab tu kita digalakkan ambil Vivix sejak usia muda lagi bukan tunggu dah masuk usia tua baru nak start ambil. Nak jaga kesihatan kena dari awal, baru lah boleh maintain awet muda ❤️

Proven Clinically, Vivix sememangnya dapat membantu untuk menjadikan sel dalam badan kita lebih sihat inshaaAllah. 

Jadi bila sel sihat, kita rasa lebih bertenaga, minda lebih cepat berfikir, daya ingatan lagi kuat, badan lebih segar dan juga biasa untuk yang dah berusia, biasa bahagian joint akan ada sakit sakit kan? Di sini lah Vivix boleh membantu untuk mengurangkan keradangan pada sendi dan tubuh badan.

So memang Vivix nih adalah antara supplement Shaklee yang mengandungi nutrisi yg terbaik untuk individu yang nak jaga kesihatan dan kelihatan lebih muda.

Vivix nih memang ALL NATURAL and Clinically Proven. Formula Vivix nih pun memang ekslusif untuk Shaklee sahaja, you takkan jumpa produk yang sama macam nih sebab Shaklee dah pun patenkan.

Untuk order dan pertanyaan lanjut berkenaan produk Vivix Shaklee boleh whatsapp Yana di 016-2099703 atau jika ingin terus membuat pembelian secara online boleh click link di bawah :)




 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com