Thursday, October 2, 2014

ISU: Benarkah SOYA BERBAHAYA?

Assalamualaikum semua and Hye

Isu bahaya soya kepada pengguna bukanlah suatu perkara yanbaru. Kat facebook pun ramai yang share berkenaan bahaya dan keburukan soya seperti boleh menyebabkan kanser, mengganggu sistem kesuburan, membuatkan bayi membesar super duper cepat dan sebagainya. 


Lagi-lagi bila Shaklee ada buat promosi untuk ESP, makin banyak nampaknya articles di-viralkan di Facebook mengatakan bahawa SOYA BERBAHAYA. Yelah, kan ESP diperbuat daripada soya :)




Supplement Shaklee yang first sekali Lyana consume sampai sekarang, dah lebih setahun dah :)

Nak memudahkan pembaca, Lyana listkan semula entry paling common yang di copy paste ke dalam kebanyakan blog atau facebook yang menyatakan tentang bahayanya soya. Artikel asalnya taklah Lyana ketahui dari mana pulak.

"Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.


Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.




Antara keburukan kacang soya:

•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.


•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.


•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.


Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.


FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!


Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (komponen sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)


Walau bagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.


Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.


Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat dinyahaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.


Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.


Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal. Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.


FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Seriously? Banyak nyer..


FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid"


Pada pandangan Lyana sendiri selepas membaca few articles and researcberkenaan Soya..


Lyana merupakan seorang yang "analytical thinking" iaitu tidak sewenang-wenangnya menelan setiap apa yang dipaparkan dia FB atau blog apatah lagi jika ianya tidak disertakan dengan bukti yang kukuh. Biasanya Lyana akan buat research bagi setiap paparan yang menarik perhatian Lyana.

Soya merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Tauhu, tempe, toufu-fa dan air soya merupakan antara yang menjadi kegemaran kita. Kebetulan pula Lyana adalah penggemar dan pengamal tegar ESP, antara best seller product Shaklee. Jika benar soya ni sebenarnya tak elok, apalah gunanya Lyana jadi pengedar Shaklee sedangkan niat utama Lyana ialah untuk membantu orang lain mendapat kesihatan yang baik, membantu ibu-ibu yanmenyusukan bayi dengan susu ibu yang lengkap dengan nutrisi dan beroleh pahala atas perkongsian Lyana.


Seriously, Lyana lebih suka merujuk kepada kajian yang dilakukan oleh badan bebas dunia sebab mereka ni tiada sebarang kepentingan peribadi. Artikel yang dikeluarkan lebih meyakinkan Lyana. Dalam hal ini, Lyana merujuk kepada FDA. Final rule dikeluarkan oleh FDA pada 26 October 1999 bertajuk Food Labeling: Health Claims; Soy Protein and Coronary Heart Disease.


Antara yang Lyana nak hightlight ialah mengenai phytic acid yang menghalang penyerapan mineral tertentu.


"FDA finds that the evidence of potential adverse effects of soy protein on iron and zinc status is equivocal. Interpretation of the evidence is difficult because findings in human studies are often inconsistent with results of animal studies. Moreover, many factors affect the absorption of these minerals, including the amount consumed in a meal, the enhancing and inhibiting effects of other components of the meal, and the nutritional status of the subject."


Kebanyakan studies yang dijalankan menunjukkan bahawa,


"FDA is not convinced of the relevance of these studies to human consumption of soy protein."


atau pun


"FDA finds that these two studies do not provide sufficient evidence to address the effect of soy protein on human fertility."


-Sumber


Lyana juga ada membuka beberapa blog yang memaparkan kenapa soya dikatakan tak elok dan bahaya dan kesimpulan yang saya dapat ialah SOYA YANG BAHAYA ADALAH DISEBABKAN IANYA GMO SOY, iaitu soya yang telah diubah secara genetik.


Lyana akan kongsikan berkenaan dengan 7 kriteria pemilihan soya yang selamat, yang mana salah satu ciri cirinya ialah soya itu haruslah tidak diubah secara genetik (non GMO soy). Kebanyakan soya yang berada di pasaran sekarang merupakan soya GMO dan ESP SHAKLEE MERUPAKAN NON GMO SOY DAN SELAMAT.


Fakta : 2 gelas susu soya sehari yang diambil dalam masa sebulan sudah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita?? Tak tahu lah dari mana fakta ni datang. Lyana sendiri pengguna ESP dah lebih setahun, kitaran haid Lyana normal jer, customer pun takde yang mengadu pasal kitar haid berubah.


Bagi fakta tentang susu soya untuk bayi pula, ibu-ibu perlulah tahu sama ada soya tersebut memenuhi 7 kriteria pemilihan soya yang selamat. Pada Lyana sendiri, takde satu jenis susu buatan pon yang mampu menandingi susu ibu. Even susu lembu sekalipun, ada juga bayi yang ada alahan dengan laktosa dalam susu lembu.

Tahukan anda, soya nih dipopularkan oleh penduduk Asia sebenarnya. Rakyat Jepun dan China suka makanan berasaskan soya dan ada kajian yang menunjukkan salah satu punca kesihatan yang baik di kalangan rakyat Jepun adalah datang dari sumber soya yang ASLI dan SEMULAJADI. Barat pun mula lah mempopularkan soya di kalangan mereka sehingga timbul persaingan dan pelbagai taktik dijalankan untuk meraih keuntungan dan mengurangkan kos. Maka, timbul lah isu bahaya soya apabila GMO Soy dihasilkan. Barat ni kan suka buat "havoc" :)


Kurma, kismis dan madu merupakan makanan sunnah Rasullullah. Tak pernah ada larangan untuk memakannya dan tak pernah pulak Lyana baca sesiapa memburuk-burukkan makanan sunnah ini. Jadi pada Lyana, tiada isu sogokan musuh Islam. Pilihan di tangan kita. Lyana sendiri penggemar makanan sunnah ini dan Lyana juga penggemar soya. Ustaz Dr Zaharuddin pernah menerangkan isu ini di radio IKIM masa Ramadhan/Syawal 2012. Nabi makan apa yang ada di kawasannya. Nabi juga tak makan nasi macam kita orang Asia. Adakah bermakna nasi tu tak elok dan bahaya?


Jadi, terpulang kepada setiap individu untuk menilai. Jika anda penggemar soya seperti Lyana, pastikan ianya soya yang tidak bahaya dengan memastikan 7 kriteria di bawah ini dipatuhi:


1. Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik


2. Kacang soya tu mestilan Non GMO (tak dihasilkan secara genetic)


3. Soy Protein tu mesti mengandungi 9 asid amino yang diperlukan dalam badan


4. Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alkohol


5. Bahan anti-thyroid / anti-growth substance mesti disingkirkan


6. Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan


7. Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur kalsium untuk meneutralkan asid di dalamnya







Untuk pilihan yang terbaik, semestinya Lyana memilih soya dari ESP. Lagi tengah pregnant nih Lyana consistent amalkan ESP mix dengan Susu Kambing perisa Coklat. Sedap dan berkasiat! 





Boleh baca my previous entry berkenaan ESP Shaklee for more info, 
click here :)




So yang berhajat nak consume ESP tu tak perlu risau yer sebab ESP bukan lah SOYA yang BERBAHAYA. Seperti motto Shaklee sendiri, Sentiasa SelamatBerkesan dan Semula Jadi.





 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com