Wednesday, April 24, 2013

Rumpai Laut Ungu Asli from Semporna, Sabah.

Assalamualaikum..

Hi uols! Hari nih nak share sejenis minuman yang saya amalkan setiap pagi, minuman yang berasaskan rumpai laut, yang berupaya menghasilkan collagen dalam badan. Seperti yang kita semua tau, collagen sememangnya baik untuk kesihatan dalaman dan juga luaran khususnya kulit. Kulit merupakan bahagian yang paling sensitive pada tubuh, jadi nak jaga dia pun kena lah dengan penjagaan yang terbaik :)

Sebelum nih saya biasa minum cocoa collagen, tapi tak mampu lah nak maintain sekotak dah rm20 and tahan 10 hari je. Sampai lah saya jumpa rumpai laut nih, harga murah and tahan lebih lama. Rumpai laut nih mengandungi segala jenis vitamin yang diperlukan dalam badan dan berupaya meningkatkan penghasilan collagen dengan lebih cepat.

Okayh, nih nak bagi info sikit berkenaan rumpai laut yang saya amalkan nih:

Rumpai Laut (Seaweed) Ungu adalah spesis Euchema Cottonii atau Euchema Kappayachus Alvarezi. Spesies rumpai laut ini adalah antara yang terbaik di dunia. And also, rumpai laut yang saya amalkan nih memang betul-betul pure dari dalam laut kat Semporna, Sabah. Biasa ada yang tak pure, rumpai laut yang diternak. Ini memang yang asli, memang ambil dari dalam laut punyee :)




Bahan antioksida merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Bahan ini menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menyebabkan terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatif. Ada beberapa bentuk bahan antioksida, di antaranya vitamin, mineral, dan fitokimia. Pelbagai jenis bahan antioksida ini bekerja bersama dalam melindungi sel normal dan meneutralkan radikal bebas.

Kesannya..

TUBUH LEBIH TAHAN SERANGAN PENYAKIT
Kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
 
MENDAPAT KEMBALI KEANJALAN, KELEMBUTAN KULIT
Ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.
 
PERTUMBUHAN RAMBUT LEBIH BAIK DAN KELEMUMUR AKAN HILANG
Sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
 
MENGATASI MASALAH PENYAKIT DEGENERATIF DAN MASALAH USIA UMUR LANJUT 
Anti oksida semulajadi dalam rumpai laut adalah penghambat pembentukan radikal bebas.
 
Kebaikan antioksida dapat membantu mengatasi masalah penuaan dan meningkatkan ketahanan sel badan.
 
Hasil kajian saintifik juga menunjukkan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan mengandungi bahan antioksida yang mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit dialami manusia hari ini. Antaranya, buah quince yang terkenal dengan warna kuning keemasan ini dikatakan kaya dengan antioksida yang bermanfaat untuk awet muda.
 
Keistimewaan Rumpai Laut Ungu:
   -Nilai nutrisi collagen ini 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil harganya RM300)
   -Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (RM400 hingga ribuan ringgit)
   -24% collagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang
   -Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan
   -PH bernilai 7.6
   -Jika diamalkan seharian kulit akan nampak semakin cerah/putih.
Dalam masa seminggu akan nampak kesannya especially pori-pori muka akan rapat dan kulit muka anda akan nampak licin. 

Cara Penggunaan :
1. Basuh rumpai laut seperti basuh beras 5-6 kali.






2. Rendam rumpai laut yang telah dibasuh semalaman.


3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali, toskan.
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus.

Boleh masukkan daun pandan untuk menghilangkan bau hanyir laut.

5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (boleh tahan untuk 4-8 minggu bergantung pada kekerapan anda minum).
**Pastikan anda tidak meletakkan bekas berkenaan pada tempat yang menerima cahaya matahari kerana dikhuatiri mengurangkan kualiti khasiat dan manfaat rumpai laut ungu ini.
 
 
Cara Pengambilan :

1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur).
2. Rumpai laut yang dimasak ini akan jadi seperti jelly, ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah.



Saya minum campur Ribena. Minum pagi sebelum pegi kerja, sampai ofis dalam half an hour later baru makan supplement BE. Minum rumpai laut nih quite kenyang, so masa breakfast makan sikit jer. Yang paling best, memang sangat lawas and uols boleh nampak sendiri rupa toksin yang keluar daripada badan masa buang air besar.

3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat :)

Cara Membuat Masker :
1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori-pori di muka terbuka luas.
2. Ambil sedikit rumpai laut yang telah menjadi seperti jelly dan sapu rata di muka (sangat bagus dibuat setiap hari).
3. Biarkan lebih kurang 15-30 minit. Kulit muka akan terasa lebih tegang.
4. Cuci muka dengan bersih.

My ibu memang rajin buat masker, anak dia nih je malas sikit. Ngee :D

PERHATIAN :
* Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe atau sebarang minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, collagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita..
* Banyakkan minum air kosong.

1 packet (120g), harga RM24 (not including postage).
Untuk pembelian 5 packet dan ke atas, harga RM20 each.

Untuk order, boleh email to the_whitelavender@yahoo.com
 
Untuk mereka yang stay area Muar nak beli yang dah siap dimasak juga boleh, harga RM30 beserta bekas disediakan. So tinggal makan jer. Yang area Melaka pun boleh, tapi COD during weekend only :)

Till then, have a nice day ahead dearies.. Assalamualaikum.






 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com