Sunday, October 13, 2013

Skin Care: NUTRIWHITE Shaklee

Assalamualaikum..

Mostly people would think that Shaklee nih cuma ada supplements dalam bentuk vitamins sahaja. Silap besar lah yang cakap macam tuh, sebab Shaklee nih selain vitamins ada juga set penjagaan rambut berbentuk Shampoo, fresh laundy, dish wash, skin care pun ada!

Okayh entry kali nih nak fully cakap pasal skin care yang sememangnya menjadi pujaan hati saya dan hubby. Haha yes, my hubby pun dah pakai jugak sebab terkenan masa saya buat facial kat dia. So now beli 2 set lah sebab nya hubby kan duduk jauh sikit, tak boleh share lagi lah kan. Yang bijaknya, weekend dia balik sini skin care set dia tinggal kat sana :P 

Alhamdulillah so far saya pakai skin care nih memang totally berpuas hati sangat-sangat. Memang the best skin care yang saya pernah pakai compared to previous ones. Kulit muka terasa lebih licin, halus dan parut jerawat lebih cepat sembuh. Since saya nih memang jenis suka memicit jerawat, parut memang akan tertinggal lah selalunya. So dengan pemakaian NutriWhite nih, alhamdulillah parut cepat jer hilang. Hubby pun dulu kulit muka dia kasar. Lagi lah dia kerja banyak pergi site and all.. Environment dia kerja dah lah tak bersih, senang sangat muka nak naik jerawat and bintik-bintik hitam, plus muka cepat jer tanned. So bila dia pakai NutriWhite nih memang improved sangat-sangat.. Kulit muka dia jadi lagi halus, lembut and tak cepat tanned lagi macam dulu :)


NutriWhite nih merupakan set penjagaan kulit dan wajah supaya lebih cantik dan berseri. Kulit menjadi cantik putih gebu tetapi secara semula jadi dan bukanlah putih sampai berbeza warna tangan dan muka. It heals and brightens naturally. Nak kulit muka dan badan sekata kena lah ambil vitamins sekali, insya-Allah luaran dan dalaman seimbang. Di samping itu, amalan rohani jangan lupa okayh :)

Akan tetapi, kalau kulit anda jenis berjerawat yang teruk, NutriWhite nih tak sesuai sebab fungsinya lebih kepada mencerah dan menghaluskan kulit. Kandungan Vitamin C yang tinggi dalam NutriWhite tak sesuai dengan kulit yang berjerawat teruk. In case kulit anda jenis berjerawat teruk, Shaklee menawarkan skin care Enfuselle untuk dua jenis kulit iaitu oily skin and dry skin. Yang nih saya akan terangkan di entry lain okayh..

Sedikit Info mengenai Nutriwhite Shaklee

  • Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika
  • 3 tahun pembangunan produk
  • Pemilihan bahan aktif dan mentah yang diperolehi dari 16 buah negara
  • Ujian yang menyeluruh
  • Ramuan gabungan yang optimum
  • Selamat dan berkesan
  • Vitamin C derivatif (ascorbyl/glucoside)- ramuan yang selamat dan terbukti secara clinical
  • Patent-pending WhiteN-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan lebih putih, kulit lebih cerah dan glowing

Bahan-bahan yang terdapat dalam NutriWhite Shaklee:

Gabungan 16 ramuan botani yang mujarab:
  • Bearberry - meringankan, melegakan dan mengurangkan keradangan
  • Soybean - mencerahkan, melembutkan, melembap dan mengurangkan tompok
  • Skullcap - meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid
  • Beech Tree - meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit
  • Strawberry Begonia -mencerahkan dan pigmentasi
  • Mullberry - mencegah kerosakan kulit dan melembap
  • Peony - mencerahkan, melembapkan dan mengurangkan keradangan
  • Rosemary - mengetatkan, merangsangkan dan mengurangkan keradangan
  • Aloe Vera - melegakan, melembapkan dan keradangan
  • Mountain Arnica - mengurangkan keradangan dengan flavones
  • Cat's Claw - menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin
  • Kudzu Leaf & Roots - menegang dan mengurangkan keradangan
  • Linden - menyuburkan dan menghidrat di peringkat dalam
  • Marshmallow - melembapkan dengan tanin
  • Seaweed - mengeluarkan, memelihara dan menegangkan
  • Green Algae - menyahtoksin dan melembapkan
Set penjagaan wajah NutriWhite Shaklee mengandungi:

1. Gentle Deep Foam Cleansing
- Membersihkan dan menyegarkan kulit
- Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
- Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
- Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
- Lembut dan menyegarkan

2. Soothing Radiance Whitening Softener 
- Melembutkan dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
- Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
- Kudzu menegangkan dan mencerahkan
- Marshmallow melembapkan
- Ianya sangat berkesan dalam memastikan kulit tidak kering

3. Daily Defense Whitening Essence
- Bear-berry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
- Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen kulit
- Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
- Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
- Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
- Lembut dan mudah diserap oleh kulit

4. Ultimate Protection Whitening Lotion
- Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari 
- Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit
- pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari 
- membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

5. Overnight Renewal Whitening Cream
- Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
- Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
- Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
- Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
- Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri

6. Gentle Action Makeup Remover
- Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
- Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
- Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
- Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri

7. Spot Whitening Treatment
 - Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
- Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
- Cats Claw menegangkan kulit
- Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus


*sila click untuk baca dengan lebih jelas*

Untuk basic set saya suggest Gentle Deep Foam Cleansing + Soothing Radiance Whitening Softener, and if you have extra budget boleh tambah Overnight Renewal Whitening Cream and Ultimate Protection Whitening Lotion. Untuk yang ada parut jerawat degil and jeragat, Spot Whitening Treatment adalah jawapannya! :)

Harga masa awal-awal nak beli memang terasa mahal, tapi sebenarnya tak de lah mahal pun sebabnya boleh tahan selama tiga-hingga empat bulan.

 Customer ni mula-mula beli cleanser jer.. Lepas jatuh hati dengan NutriWhite terus order toner and night cream pulak :)

Siapa yang berminat and nak cuba sendiri betapa best nya skin care NutriWhite nih boleh email saya, lyanahisham@yahoo.com or wechat lyanahisham. Insya-Allah uols pun akan berpuas hati sangat dengan hasilnya nanti :D

Till then, have a nice day ahead lovelies.

Assalamualaikum..



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com