Saturday, November 16, 2013

Hidup untuk MEMBERI :)


Assalamualaikum and Happy Saturday.

Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas di bumi Allah ini. Hope that uols semua menjalani weekend nih dengan aktiviti yang penuh dengan manfaat bersama keluarga dan orang-orang yang tersayang.

Hari nih saya just nak share dengan uols, what I had been doing since June. Banyak perkara yang saya lalui, suka duka semuanya saling bercampur antara satu sama lain. Walau ada kesedihan yang menimpa, saya tahu Allah itu sebaik-baik perancang. Di setiap ujian ada seribu hikmah dan kemanisan yang akan datang. Allah tahu kemampuan hamba-hambaNya, Allah tahu setakat mana hamba-hambaNya mampu bertahan. Jadi benar lah, Allah takkan menduga melebihi kemampuan hamba-hambaNya. Kita kena percaya, kita kena yakin, kita kena ikhlas dalam menempuhi apa jua ujian yang diberikan kepada kita kerana ujian itu lah yang sebenarnya menjadikan kita lebih kuat dalam menempuh hari-hari yang akan datang.

Sebelum berkahwin, saya mula merisik sahabat saya yang ketika itu merupakan seorang distributor Shaklee kerana saya mencari supplement untuk kulit dan kesuburan. Maka di sini saya sebenarnya merupakan seorang pengguna Shaklee sebelum saya sendiri menjadi seorang distributor Shaklee. 

Apa yang membuatkan saya tertarik untuk join business Shaklee nih?

Well at first, bukan bonus yang saya kejarkan semata-mata. Saya jadi ahli sebab saya nak beli barang Shaklee dengan harga ahli so that saya tak perlu bayar lebih. But then I found out that there are TWO ways untuk jadi member:
  1. Pay RM75 to be a Shaklee Member. Then Shaklee akan pos member kit yang mengandungi catalogue products and price list. Lepas jadi member jer dah boleh beli dengan harga ahli, kalau minat nak berbisnes dah boleh start as well.
  2. Kalau nak FREE MEMBERSHIP, tak nak bayar RM75 pun boleh.. Kumpul-kumpul produk Shaklee yang diingini dan beli sekaligus dalam satu pembelian, mesti lebih daripada RM660 maka uols berhak mendapat FREE MEMBERSHIP. Untung kan tak payah bayar pun RM75, lagi save beli products jer :)
Saya memilih option number 2, in order not to pay for the RM75. Ingat lagi masa tu beli skin care Nutriwhite and few sets of vitamins untuk skin and kesuburan. 

Pada mulanya, tujuan utama saya nak join Shaklee nih sebab saya nak beli produk dengan harga yang lebih murah. Tapi, selepas saya sendiri merasai kelebihan dan keberkesanan produk Shaklee nih, terus saya berazam nak share dengan orang lain. Saya nak orang lain merasai apa yang saya rasakan. Dari segi kesihatan, kecantikan. Plus, produk Shaklee nih memang price dia affordable and reasonable So memang insyaAllah mampu milik oleh semua orang even students pun boleh tau.

Saya bermula dengan bonus RM80. Almaklum lah.. Masuk dah nak hujung bulan pun masa tu. Sales belum start banyak, orang pun baru nak kenal and tau, "Ohh.. Lyana Hisham sekarang dah jadi distributor Shaklee.." Masuk bulan kedua, makin ramai yang tau saya nih menjual produk Shaklee sebab saya rajin share apa jua kelebihan dan kesan yang saya sendiri dapat rasakan pada diri saya sendiri, pada ibu yang turut amalkan Shaklee dan juga saudara mara yang saya recommend suruh makan supplement Shaklee. Start bulan kedua, sales saya mula meningkat alhamdulillah dengan izin Allah.. Menjelang closing, saya tau bonus EMPAT ANGKA kini menjadi milik saya.. Syukur sangat. And until now, bonus saya mula meningkat dan insyaAllah akan menghampiri LIMA ANGKA pula lepas nih. Doakan saya :')

Bila kita ada rezeki lebih, selalu lah kita beringat pada mereka yang memerlukan. Selain niat hati kita mencari duit lebih sebab nak bantu keluarga, kita kena sentiasa beringat untuk sedekah dan zakat. InsyaAllah lebih berkat rezeki yang kita perolehi. First sekali toleh dulu pada keluarga atau saudara mara terdekat, ada tak yang hidup agak susah, ada tak yang memerlukan? Kadang-kadang saya perasan ada yang lebih prefer untuk memberi kepada badan-badan kebajikan tertentu, tapi bagi saya lebih afdal kita menoleh dahulu pada yang terdekat dengan kita: keluarga, saudara mara atau jiran tetangga. Ini dari segi sedekah, zakat mungkin boleh kita salurkan terus pada Pusat Zakat. Sekarang nih semuanya di hujung jari, online jer.

Saya bersyukur saya diperkenalkan dengan Shaklee. Kenapa saya suka Shaklee daripada segala brand yang ada sekarang nih?

Sebab Shaklee nye vitamins memang affordable, tak rasa pun kena keluar duit banyak sangat sebab mostly banyak yang tahan 3 bulan dan ke atas. So you don't have to buy every month.

Sebab Shaklee bukan sekadar untuk kecantikan semata-mata, Shaklee juga menawarkan supplement untuk kesihatan. Contoh supplement : Omega Guard.


See, bukan semua supplement Shaklee untuk kecantikan kulit semata-mata. Omega Guard nih antara supplement paling BEST SELLING untuk kategori produk kesihatan selain daripada Vivix, CoQ Health etc. And also mostly vitamins from Shaklee yang untuk kulit, function dia bukan lah untuk kulit semata-mata malahan untuk kesihatan pun ada juga yer. 

And lastly sebab saya sendiri dah JATUH CHENTA dengan produk Shaklee. Bila saya sendiri dah cuba dan alami keberkesanannya, saya nak share dengan orang lain pulak yang mungkin sebelum nih ada certain masalah yang sama dengan saya. Hidup untuk memberi bukan sedar harta, wang ringgit tetapi juga ilmu dan manfaat :)

So my dear lovelies, just in case you have any health or any issues you mind to share with me, do not hesitate to contact me. InsyaAllah I will give you at my best, to recommend the best products that suits your needs and budget as well. Mostly I have repeat customers sebab diorang suka deal dengan saya, which is the option "Anda boleh WHATSAPP atau WECHAT atau SMS saya bila-bila masa sahaja selepas anda secara official nya membeli produk dengan saya dan secara automatic nya menjadi customer saya.." Saya memperuntukkan masa dari pukul 8am till 10pm untuk reply mesage customers, after 10pm kalau belum tidur and tak busy membungkus parcel untuk pos esok nya memang saya reply as well or of not esok pagi nya saya akan reply insyaAllah.

Bila menjalankan bisnes, kena ada kekuatan dan mental yang tinggi untuk menghadapi pelbagai jenis dan ragam customers. Tapi semua ni lah yang menjadikan saya lebih tinggi keyakinan diri, tinggi tahap kesabaran dan better communication skills sebab dah biasa interact dengan macam-macam jenis orang. Such an interesting life, alhamdulillah. Thank you Allah for all the happiness that you give :)

Till then, I just love you guys sebab sudi baca entry panjang berbaur bebelan Cik Puan Lyana Hisham. I just missed blogging so much, kehidupan yang hectic kadang-kadang buat saya tak sempat nak membebel di entry. Baru taip pembuka bicara dah save as draft lepas tuh buat kerja lain. Bila buka blog balik delete jer draft tadi. Sadis kan? Sobs.

Hava a wonderful day ahead, moga Allah berkati dan permudahkan kehidupan kamu semua.

Assalamualaikum.



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com