Friday, November 15, 2013

P/S: Nanti dekat Akhirat saya tuntut dekat awak ye?

Assalamualaikum..

Okayh, entry hari nih saya tak nak cakap pasal kecantikan dan kesihatan. Saya rasa uols pun dah sedia tahu banyak perkara dan kepentingan pasal menjaga kecantikan dan kesihatan nih kan? So, bila cakap pasal kecantikan dan kesihatan jer first thing that appear in my mind semestinya Shaklee sebab for me, Shaklee is the most affordable brand and mampu milik oleh semua orang :)

Enough pasal Shaklee. Sebenarnya saya nak cakap pasal FAKE ACC.

Kenapa agaknya orang buat fake acc? Apa motif? Apa tujuannya?

Firstly yang saya rasa saya faham, orang nih dia LOW SELF ESTEEM atau dalam kata lainnya dia nih rendah diri tahap melampau. Allah jadikan manusia nih dengan sebaik-baiknya malahan manusia adalah makhluk Allah yang cukup sempurna. Tak nak letak gambar sendiri tak pe, letak gambar bunga ke kucing ke.. Daripada awak menggunakan gambar orang lain, bukan kah awak secara tidak langsung awak telah menceroboh hak orang itu sendiri?

Secondly, SUKA-SUKA jer nak berfoya-foya atau bahasa paling indahnya 'FLIRTING'. Yelah, dah guna gambar orang lain lepas tu menggedik bukannya orang tau diri dia yang sebenar. Orang yang macam nih sama ada dia memang takde kerja atau pun dia nih ada stress tahap melampau. Maka dia menggunakan option untuk berfoya-foya di internet dengan menggunakan gambar orang lain so that identiti dia orang bukan tahu pun.

Thirdly, NIAT yang TAK BAIK. Mungkin dia takde niat tak baik pada empunya gambar, tapi dia berniat nak pergunakan orang lain. Memperguna orang nih banyak tapi mainly mesti pasal DUIT. Sama ada dia buat business konon-kononnya lepas tuh orang dah bayar dia senyap dan hilang, atau dia bercinta habis-habisan dengan orang tu sampai dia berjaya kikis duit orang tu lalu dia hilang tanpa khabar berita.

Nampak tak kat sini betapa buruknya akibat daripada perbuatan tu? Nampak macm simple, takde hal punya tapi sebenarnya dah menyusahkan orang lain, mungkin juga memusnahkan hidup orang lain atau secara tak langsung cuba memburukkan empunya gambar yang awak gunakan. Perbuatan nih tak baik, kalau takde orang ingatkan biar saya cuba ingatkan. Kalau takde orang nak nasihatkan biar saya nasihatkan.

Sejujurnya saya jenis tak kisah dan saya berfikiran positif jer pada fakers sebab saya tahu yang ada antara mereka nih yang mungkin suka-suka takde niat lain. Tapi yang saya sedih, bila ada yang fakers nih dia mempermainkan perasaan orang lain. Ditambah lagi, dia siap kikis duit orang tu lagi. Sedih.. Ramai orang yang teraniaya kat sini :(


One thing you have to bear in mind.

Jangan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Biar masuk telinga kanan dan simpan sampai bila-bila.

Dekat dunia mungkin awak lepas, tapi zaman sekarang nih banyak perkara Allah bayar cash jer tak perlu nak tunggu sampai akhirat. Awak tak sedih ke? Awak tak takut? Kat dunia mungkin awak akan terkena, tapi yang akhirat itu pasti :)

Till then, assalamualaikum.

P/S: Nanti dekat Akhirat saya tuntut dekat awak ye?

2 feedback(s):

Fieda Redzuan said...

marah bebenor nampaknya mummyku ni.. hehe.. sabar k :)

Misz Yue said...

wut's wrong liyana? ad ap2 problem ke?



 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com