Friday, April 18, 2014

Supplement Tak Berkesan?

Assalamualaikum and Salam Jumaat..

Today I would like to share a few info for those yang always encounter masalah makan supplement macam-macam tapi takde effect pun? Agak-agak kenapa yer?

"Kawan saya makan Omega and Herb Lax dah kurus, kenapa saya tak kurus-kurus?"

"Budak rumah sebelah tu makan Shaklee Collagen Powder punya lah gebu! Hawat saya macam nih jugak? Padahal saya siap makan vitamin lain lagi.."

"Nenek dia makan Vivix nampak muda lah.. Nenek saya makan tak muda-muda pun.."


Hehe just contoh jelah, takde kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Sometimes I have several customers yang bertanyakan soalan sebegini padahal dia baru ambil tak sampai seminggu. Memang nak kena babap! Tak sabar menyempat aih. Shaklee ni NATURAL INGREDIENTS, so it heals NATURALLY. Biar cantik secara natural insyaAllah it will last, rather than cantik secara express tetapi will harm you on the incoming days.

And of course, sebagai seorang Islam cantik biar lah secara keseluruhan bukan hanya physically beautiful but inner beautiful pun penting :)

So then, what are the reasons for some of them yang makan supplement tapi tak berkesan?

1- Kurang minum air kosong

Tubuh kita perlukan cukup air untuk membolehkan proses penyerapan supplement secara berkesan dalam badan. Most of us susah betul nak minum air kosong, sebaliknya ambil air manis melebihi air kosong. Take note air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan juga menyebabkan kegemukan.

2- Consistency

Nak kesan cepat tapi makan supplement celup-celup masa. Hari nih makan, esok lupa, lusa makan, tulat lupa balik! Tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 90 hingga 120 hari untuk kesan yang terbaik dapat kita lihat. Kesan penyerapan vitamin bagi setiap individu juga adalah tak sama, maka kena lah consistent kalau nak kesan dilihat dengan lebih cepat.

3- Elakkan makan supplement sekaligus

Kadang-kadang most of us pemalas nak makan supplement ikut jadual. Lepas breakfast semua nak telan, padahal kita dah consult cara makan elok-elok dia ikut degil dia jugak makan sekali harung! 

Apabila kita makan supplement secara serentak, kepekatan darah kita akan meningkat pada masa tertentu. Kalau awak jenis minum air banyak tu tak pe lah jugak lagi. Ada pulak yang ambil segala jenis supplement malam sebelum tidur, lepas tu minum ke air? Tak kan.. So sila lah follow jadual pemakanan supplement seperti yang telah di consult yer. Lagi pun, tak kesian ke kat buah pinggang sendiri nak kena hadap segala supplement dalam satu masa? Gap kan masa makan yer, ikut lah jadual yang betul.

4- Elak ambil supplement bersama ubat

Kalau ada ubat doctor yang nak kena makan, sila gap kan masa dengan supplement. Ini bertujuan untuk mengelakkan darah dalam badan bercelaru, tak dapat nak serap supplement dengan berkesan. 

Contoh kalau makan ubat doctor pagi, ambil lah supplement tengah hari, petang atau malam. Kata kan lah ubat doctor nak kena makan pagi, tengah hari, petang and malam. Maka, gap kan dalam 1 hingga 2 jam selepas makan ubat doctor untuk makan supplement pulak.

5- No caffein while taking supplement

Pengambilan caffein boleh merosakkan vitamin yang ada dalam badan kita. So, pengambilan caffein secara berterusan akan membazirkan kandungan vitamin yang kita ambil selama ini. Such a waste.. Macam mana nak nampak kesan yang uols harapkan?

6- Pantang larang pemakanan supplement

Certain supplements tak boleh diambil pada suatu masa sebab penyerapan salah satu daripadanya akan terbantut. Contohnya Vita Lea tak boleh diambil bersama susu, ia akan mengganggu penyerapan zat besi dalam badan.



Till then, Assalamualaikum :)
 
Your Shaklee Independent Distributor

NUR LIYANA | lyanhisham@yahoo.com
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)

 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com