Thursday, June 26, 2014

Penyakit GOUT.

Assalamualaikum and Happy Thursday :)

Kali ini saya nak berkongsi dengan awak semua info berkenaan penyakit GOUT. Pernah dengar kan pasal penyakit #Gout

Penyakit Gout adalah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes hanya menjejaskan satu sendi khususnya ibu jari kaki.




Punca penyakit Gout antaranya ialah:

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari.
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram.
3. Gemar makan buah-buahan jeruk.
4. Gemar makan mee segera.
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa.
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
7. Gemar dan kerap minum teh kedai.
8. Gemar dan kerap makan coklat dan Milo.
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu.
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin.
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lain.
14. Terlalu kerap makan makan kari.
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma.
17. Kerap mengambil ubat pain killer.
18. Gemar makan dan kerap fast food seperti burger dan sebagainya.
19. Penggambilan ubat supplement yang terlalu banyak.

Antara TANDA-TANDA penyakit Gout:

Sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan dan kehangatan serta kekakuan pada sendi.
Demam gred rendah.
Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerakkan.
Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit walaupun hanya disentuh dengan lembut.
Gout biasanya menyerang ibu jari kaki. Gout juga menjejaskan sendi-sendi lain seperti mata kaki, tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari dan tulang belakang.
Gout boleh terjadi juga pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Penghidap penyakit Gout perlu MENGELAKKAN makanan yang berikut:

Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
Ikan bilis, kembung, sardin
Daging cincang
Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging
Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

Juga MENGURANGKAN makan makanan yang berikut:

Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
Peanuts, lentil, beans dan peas
Roti jagung dan bijirin

Bagi pesakit gout adalah dinasihatkan agar menjaga pemakanan bagi mengelakkan penyakit menyerang dan menjadi lebih kritikal. Pesakit Gout juga dicadangkan untuk mengambil supplement berikut bagi mengurangkan kesan serangan gout.

Berikut merupakan antara SUPPLEMENT yang dapat membantu dalam mengatasi dan mengurangkan penyakit Gout:




ALFALFA COMPLEX: untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan, membantu mengawal keseimbangan asid / alkali di dalam badan. Ia tinggi kandungan protein dan mengandungi lapan enzim pencernaan. Ia juga membantu dalam mengatasi bengkak, sakit sendi, bengkak buku lali dan kaki. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

OMEGA GUARD: Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation (jangkitan) pada sendi-sendi pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

Dan sebagai tambahan, PERFORMANCE DRINK diperlukan bagi memastikan tubuh pesakit Gout sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik.

JOINT HEALTH TABLET pula utk merawat sakit-sakit sendi akibat penyakit Gout.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Jaga lah pemakanan awak daripada sekarang untuk mengelakkan diri daripada terkena penyakit Gout :)




Nur Liyana | 016-2099703
Health is Wealth 

 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com