Thursday, November 20, 2014

SHARING UNTUK IBU HAMIL: Pemakanan Semasa Hamil

Assalamualaikum semua.

Since Lyana sendiri dalam tempoh kehamilan, so Lyana akan banyak share berkenaan segala amalan dan info berkenaan dengan kehamilan.


Untuk sharing hari ini, Lyana nak share berkenaan pemakanan semasa hamil. Pemakanan nih la yang paling penting bagi wanita yang hamil. Sebab apa? Sebab baby kat dalam perut kan nak makan juga. Of course lah kita nak berikan yang terbaik untuk dia kan? :)

Kenapa pengambilan makanan yang sihat sangat penting semasa hamil? 
  • Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat. 
  • Untuk mengekalkan kesihatan ibu. 
  • Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa hamil.
  • Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah di antara 12-18kg. 
  • Jika berat badan anda normal sebelum hamil, anda perlu menambah di antara 11-16kg. 
  • Jika berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah di antara 7-11kg. 
  • Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg. 


Semasa hamil, berapa banyakkah yang sebenarnya perlu dimakan? 

  • 7 hidangan nasi/bijiran atau roti.
  • 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan Vitamin C dan satu dalam Vitamin A).
  • 2 hidangan susu atau produk tenusu. 
  • 1 hidangan ikan, 1 hidangan daging/ayam dan 1 hidangan kekacang. 
  • 6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan atau satu cawan kopi atau teh sehari. 

Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa hamil?

Kalori (tenaga) dan nutrien tambahan adalah penting untuk memenuhi keperluan perkembangan fetus dan tisu baru, terutama semasa trimester kedua dan ketiga.

Tenaga tambahan yang diperlukan semasa hamil

Trimester Kedua: + 360 kcal/hari
Trimester Ketiga: + 470 kcal/hari

Cadangan pengambilan nutrien semasa hamil

TRIMESTER KE-2 :

Lemak (g/day)= 54-82
Protein (g)= +7.5
Kalsium (mg)= 1000 
Zink (mg)= 7.0
Selenium (µg)= 27
Thiamine (mg)= 1.4         
Riboflavin (mg/day)= 54-82 
Niasin (mg NE)= +7.5 
Asid Folic (µg)= 1000 
Vitamin C (mg)= 7.0
Vitamin A (µg)= 27 
Vitamin D (µg)= 1.4
Vitamin E (mg)= 7.5 

TRIMESTER KE-3 :            

Lemak (g/day)= 57-85 
Protein (g)= +7.5 
Kalsium (mg)= 1000 
Zink (mg)= 10.0 
Selenium (µg)= 29 
Thiamine (mg)= 1.4 
Riboflavin (mg/day)= 57-85
Niasin (mg NE)= +7.5
Asid Folic (µg)= 1000
Vitamin C (mg)= 10.0
Vitamin A (µg)= 29
Vitamin D (µg)= 1.4
Vitamin E (mg)= 7.5


(Source : Recommended Nutrient Intakes for Malaysia 2005)

Pilih lah makanan yang kaya dengan nutrisi yang lengkap dan seimbang

  • Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya). 
  • Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas). 
  • Vitamin A (hati, susu, telur).
  • Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu). 
  • Vitamin C (jambu, betik dan limau). 
  • Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang). 
  • Ambil makanan tambahan / supplement (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan. 

Jika anda menghadapi masalah di bawah ini, apakah perkara-perkara yang perlu anda lakukan? 

1. 'Lactose intolerance'

  • Cuba produk susu yang mengandungi rendah laktosa. 
  • Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardin, ikan bilis). 
  • Minum susu kacang soya dan produk kacang soya. 
  • Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik. 
2. Loya (Morning Sickness)
  • Makan pada waktu makan yang teratur. 
  • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap. 
  • Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng. 
  • Minum banyak air. 
3. Sakit ulu hati (Heartburn)
  • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap. 
  • Kunyah makanan dengan perlahan. 
  • Elakkan berbaring sejurus selepas makan. 
4. Sembelit (Constipation)
  • Minum banyak air. 
  • Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran). 
  • Sentiasa aktif. 
Sumber: www.myhealth.gov.my

Cadangan pengambilan supplement semasa kehamilan 
seperti yang Lyana amalkan :) :)
Untuk info berkenaan setiap supplement, boleh baca di sini.

Lyana cukup faham tak semua antara kita yang mungkin mampu untuk consume semua disebabkan masalah kewangan. Tak mengapa sebab anda sebenarnya boleh ambil mengikut priority, mana yang paling penting untuk anda consume.

Cadangan Lyana sendiri bagi mereka yang under budget, VITA LEA merupakan salah satu supplement utama yang perlu anda ambil. Kandungan di dalamnya lengkap sebagai PENAMBAH TENAGA dan juga PELENGKAP NUTRISI. Wanita hamil yang mempunya masalah tekanan darah dan hemoglobin yang tidak normal, semestinya VITA LEA merupakan pilihan yang terbaik untuk anda.



Beberapa perkara yang perlu anda take note untuk consume VITA LEA:
  • Anda bukan penghidap Talasemia
  • Anda consume Vitamin C pada masa yang sama, tak kisah sama ada dalam bentuk supplement, buah-buahan yang fresh atau pun jus. Ini kerana Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang lebih berkesan.
  • Waktu anda consume VITA LEA, jangan ambil sebarang susu atau calcium. Contohnya, katakan anda ambil VITA LEA selepas breakfast, sebelum atau selepas telan VITA LEA please make sure anda tak ambil sebarang susu atau calcium. Gap kan dalam masa 2 jam at least. Ini kerana susu atau calcium akan mengganggu penyerapan zat besi.

Lyana harap semoga sharing dan info yang Lyana berikan kali ini dapat memberikan manfaat buat bakal-bakal mama semua. Selamat menempuhi alam kehamilan dan pada yang dah dekat dengan due macam Lyana, moga Allah permudahkan urusan kelahiran anda. Anda semua doakan untuk Lyana juga ya :)

Till then, Assalamualaikum.

Your Health & Beauty Consultant
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee , @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)


 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com