Wednesday, August 12, 2015

#Throwback Raya

Assalamualaikum and Hye!

Lama menyepi tinggalkan belog kesayangan nih. Selalu update pasal Shaklee jer kan.. Kali nih Lyana update sikit pasal Raya yer.

Raya dah nak habis laa nih baru sempat nak update belog. Nih pun curik-curik sementara dak Ayish tengah manja-manja dengan Tok Ibu dia. Hihi! Boleh la Mama melayan belog kejap. Rinduu tau nak mengarang :')


Alhamdulillah, this is our FIRST RAYA with Muhammad Aqeef Ayish :) This year turn rumah mertua. So Raya pertama kat Sungai Buloh la kita. Theme colour Green tahun nih. Kesian Ayish, Subuh-subuh Mama dah bangunkan dia untuk mandi and siap-siap pakai baju Melayu. Tak banyak aktiviti sangat pun Raya pertama, just pergi beraya rumah sedara sebelah Hubby and malam bawa Ayish jalan-jalan kat The Curve.

Raya Kedua balik Muo lah kita. Entah macam mana tahun nih memang terlebih Green pulak baju. Tak plan pun sebenarnya. Yang Emerald Green nih memang kain dah beli awal-awal, so tempah and pakai jelah time Raya :)


Time nih berhenti kat Rest Area tuu yang dak Ayish tak duduk dalam car seat. Biasa memang akan make sure dia duduk dalam car seat tak kisah lah dia meronta nak keluar ke apa, buat tak tahu aje la. Kesian Papa Ayish, sekarang nih jadi driver kat depan sebab kalau Mama Ayish duduk depan acane Ayish nak minum susu :')
 

On the 10th day of Syawal, Majlis Aqiqah dan Kesyukuran untuk Ayish was held. Untuk majlis nih, buat kat rumah my parents kat Muar. Jemputan pun hanya family, sedara mara, kawan-kawan and jiran jer. Just majlis kecil-kecilan nak jamu orang makan :)
 

Majlis Aqiqah nih sebenarnya lama dah plan nak buat masa lepas habis pantang lagi. Tapi menunggu nak cari date yang sesuai so that family and sedara mara ramai yang available. Last-last ada jugak yang tak available sebab ada hal-hal lain. So next time, buat aje lah bila-bila nak tunggu semua available memang tak dapat laa..

Pelamin Berendoi yang comel nih daripada Butik Andaman Pengantin Remaja. Boleh search page dia kat Facebook yer. Puas hati sebab memang diorang nih follow according to apa yang Lyana nak, simple tapi sweet and classy! 
 

 Hoho! Dak Ayish dah lasak berguling-guling kat dalam tuu..






Membebel and syok sendiri lettew! :P





Candy Buffet yang comel and sedap by Pretty Theme, pun boleh search yer Facebook Page dia. Senang deal and yang penting dia buat betul-betul ikut taste dan permintaan kita. Kalau nak buat birthday party anak pun bagi jela theme kat dia and dia akan buat segalanya untuk kita.

  
Canvas photo tu sebenarnya menggantikan banner since Lyana yang request tak nak banner. Kalau tak mula-mula ingat nak deco nama AYISH jer kat situ. Tiba-tiba dapat idea untuk letak canvas photo.

Macam comel kan theme soft yellow + soft blue :)


Semua sedap-sedap. Lepas majlis memang licinnnn habis budak-budak and mak bapak budak semua makan :')


Kesian laa Ayish. Dapat jamah krim jer sikit yang lain dia tengok jer. Hihu


Upacara cukur jambul memang tak buat sebab tu semua adat jer kan. Lagi pun yang sunat ialah bercukur masa hari ke-7, Hubby dah cukur dah rambut Ayish masa hari ke-7 tuu :)

Bacaan doa diketuai oleh geng-geng masjid Abah Tok. Ayish masa nih baik jer duduk diam-diam kat Papa dia. Lyana perasan satu perkara, Ayish bila dengar azan, doa atau zikir ke mesti dia akan diam and baik jer. Good boy sayang Mama and Papa nih :')



 
Baby of the Day. 

Hehe suka betul tengok dia pakai baju Melayu nampak handsome Ayish macam abang-abang.


Sekor masak beriyani, sekor buat kambing golek. Lepas majlis yang nih dah licin dulu dahhhh.. Catering ambil sama macam masa tunang dulu, Mann Catering. Orang Muo confirm tahu punya :)

   
Putera kesayangan Mama and Papa, Muhammad Aqeef Ayish.
 Yang terpuji, Memberi tumpuan sepenuhnya, Mewah dan kaya raya.

Mudah-mudahan putera kesayangan Mama and Papa nih membesar menjadi anak yang soleh, bijak, berbudi bahasa, menghormati orang tua dan berjaya di dunia akhirat inshaaAllah.
 
Okay lah, sampai sini dulu untuk entry kali nih. Dak Ayish dah menjerit-jerit tuu panggil Mama lettew nak breakfast. Ayish kalau lapar memang tau dah nada jerit dia macam mana :P

Ok bai! Assalamualaikum.



4 feedback(s):

Noorsha Muhamad said...

comelnyer ayish.. =)

acu yuhan said...

Ayish mcm dah besar ☺☺

ainul.zmrs said...

Selamat hari raya :)
Haa samala dah lama tak mengarang jugak ni hehehe ni baru nak start aktif balik. Ya Allah comel sgt Ayish ni. Deco utk majlis aqiqah pun cantik. Lepasni boleh la try buat theme color baby blue and soft yellow. Cantik sgt tengok! :D

QasehnyaRania said...

alahai comelnya ayish :)
deko deko pun sweet je



 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com