Thursday, June 25, 2015

Baby Ayish and His Solid Food.

Assalamualaikum semua :)

As for today, Lyana nak share sikit cerita pengalaman Lyana bagi baby Ayish solid food. Ayish nih Lyana nampak quite fussy jugak sebab tak semua benda dia nak makan. Ada yang Lyana baca kebanyakan baby suka makan contohnya macam Banana, but Ayish totally reject tak nak makan Banana at all. Manis kot? Pelik dia tak suka sebab majority kawan-kawan Lyana yang baby lebih kurang sebaya dengan Ayish semua suka Banana. 

Hurmm.. Mungkin tak kena la dengan tekak dia.

 Masa nih awal-awal bagi dia makan, Lyana pilih Pumpkin as his first solid food. 
Alhamdulillah dia suka :)

Sebelum Ayish masuk 6 bulan, perkara pertama yang Lyana buat ialah survey 'Baby Cook' khas untuk buat solid food for Ayish. Survey punya survey, Lyana paling berkenan dengan brand AVENT yang boleh STEAM and BLEND.

Easy steps to cook baby-food using Avent Steamer & Blender:

1- STEAM
2- FLIP
3- BLEND


Sangat mudah nak guna tak payah transfer bekas lepas steam. 
Just terbalikkan and blend aje.

Antara resepi yang Lyana dah cuba buat untuk Ayish:

1- Pumpkin (Ayish suka)
2- Banana (Ayish reject) 
3- Pear (Ayish reject)
4- Apple (Ayish reject)
5- Mango (Ayish reject)
6- Pumpkin + Carrot (Ayish suka)
7- Potato (Ayish suka)
8- Potato + Broccoli (Ayish suka)
9- Potato + Bubur Nasi (Ayish suka)
10- Potato + Broccoli + Bubur Nasi (Ayish suka)
11- Pumpkin + Bubur Nasi (Ayish suka)
12- Kurma (Ayish makan sikit, tak habis)

 Sedap kan Mama masak? :)

Ramai yang suggest untuk buat 4 days rule but Lyana tak buat since Ayish nih cepat bosan makan benda sama. Dah try dah bagi ikut 4 days rule tapi masuk hari ke-3 jer dia akan reject makanan tu. Bila Lyana ubah bagi lain baru la dia nak makan. 

Sama la macam kita, cuba bayang makan benda sama 3 hingga 4 hari berturut-turut, bosan tak? But Lyana suggest yang first time nak bagi tu boleh jer cuba ikut 4 days rule, at least boleh detect allergic pada baby kalau ada kan..

 Contoh 4 days rule.

Lepas nih nak buat chicken stock pulak untuk dia. Sure sedap nanti makan dengan bubur nasi and sayur. Nyummy! InshaaAllah next next entry nanti Lyana akan share lagi yer resepi solid food yang Lyana buat untuk Ayish. Kalau rajin I siap tepek gambar sekali naa..

 Makin bambam dia sejak makan nih. Alhamdulillah..
Doakan Ayish membesar dengan sihat dan menjadi 
anak yang soleh inshaaAllah :)

Till then, Assalamualaikum and Salam Ramadhan.


Tuesday, June 23, 2015

The PERFECT THREE for a PERFECT SKIN.

Assalamualaikum and Salam Ramadhan :)

Dalam banyak-banyak supplement Shaklee selain ESP, ada tiga lagi supplement yang menjadi favourite Lyana. So for today, Lyana nak share berkenaan THREE SUPPLEMENTS yang menjadi favourite Lyana nih.


VITA LEA Memberikan lebih tenaga, mengatasi masalah low blood pressure dan sumber vitamin yang lengkap, juga untuk kecantikan dan kesihatan secara keseluruhan.

VITAMIN C Mencerahkan kulit secara naturally, menjadikan tona kulit lebih sekata, mengatasi masalah kulit berminyak, menghaluskan tekstur kulit dan menguatkan imunisasi dalam badan.


VITAMIN E
Menghilangkan parut jerawat dan jeragat, mengurangkan masalah blackheads dan whiteheads, mengatasi masalah kulit kering, melembutkan kulit dan juga high antioxidant untuk mengelakkan penyakit seperti kanser, jantung, buah pinggang dan lain-lain.

 Dah 2 tahun consistent dengan Shaklee, takde makan supplement lain lagi dah.

Dak Ayish bambam nih pulak memang Baby Shaklee sebab Mama dia consume Shaklee dari sebelum pregnant, semasa pregnant, sampai lah lepas bersalin and until now.

Alhamdulillah so far Lyana memang consume secara consistent and I totally love the effect to myself! Bukan jer kulit makin cantik and flawless, tapi Lyana perasan banyak sangat improvement in terms of health.

Kalau dulu Lyana jenis cepat penat, mudah pitam disebabkan masalah low blood pressure.. Alhamdulillah kini tidak lagi.

Kalau dulu jerawat ada masanya keluar ikut sesuka hati dia, sekarang nih nak tumbuh sebiji pun dah jarang jarang sangat.

Kalau dulu kulit exposed sunlight cepat jer sunburn and berbelang, sekarang tak de dah sekata jer skin tone.

Kalau dulu kulit tak tetap bila dalam air cond jadi kering, bila tempat panas jadi oily.. Now no more kulit jadi moist jer sentiasa tapi tak oily at all.

Thank you Shaklee! Makin hari makin jatuh hati
 


P/S: Untuk bulan Jun nih, Shaklee tengah buat special promo untuk VITAMIN E and VITAMIN C. Harga jauh lebih jimat dan berbaloi-baloi daripada biasa.

Also untuk mereka yang purchase dua combo nih and at the same time register as member, anda akan mendapat FREE SEBOTOL VITA-LEA. Best ke tidak? ;)
 

Your Health and Beauty Consultant
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee , @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)
 
 

Friday, June 5, 2015

My TTC Journey.

Assalamualaikum

Yana pernah merasa saat TTC, walaupun singkat namun tetap memberikan kesan dalam diri Yana. Hari nih Yana rasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua berkenaan ikhtiar untuk hamil, khusus untuk mereka yang dah lama menunggu untuk mendapatkan zuriat. Ramai sebenarnya golongan TTC nih, mostly semuanya di antara 20an dan awal 30an.

Pengalaman Yana sendiri selepas Yana miscarriage my first baby, setengah tahun jugak Yana menunggu untuk kehamilan yang kedua. Rasa macam sekejap jer kan? Tapi dalam hati Yana nih hanya Allah sahaja yang tahu betapa Yana rasa sayu bila nampak pasangan lain dukung anak lagi-lagi bila Yana pergi wedding. Imagine, 3 bulan you suffer morning sickness yang teruk sangat-sangat sampai tak boleh bangun, then sikit lagi nak masuk ke 2nd Trimester Doctor sahkan baby dah takde.. Hancur luluh hati nih sebab memang dah berangan dah macam-macam nak sediakan untuk baby. Nasib baik time tu tak start beli apa-apa pun lagi, kalau tak lagi laa tak boleh nak kawal emosi.

Yana menangis first day lepas Yana miscarriage, masa tu da discharge dari ward and dah boleh balik. Yana duduk seorang diri dalam bilik, teringat saat scan sebelum tu dah nampak bentuk fizikal baby. Yana masih ingat lagi Doctor siap tunjuk kaki baby yang dah mula terbentuk. Suddenly air mata keluar non-stop, Yana salahkan diri sendiri yang tak jaga emosi, melayan stress kerja yang bertimbun kat office and paling Yana ingat sekali ialah Yana memang skip makan supplements disebabkan terlampau busy dengan kerja plus morning sickness tahap melampau. Hubby yang banyak tenangkan Yana, kalau dia takde di sisi Yana pun tak tau apa akan jadi sebab masa tu Yana memang sangat beremosi sampai tak boleh nak kawal. Ibu pun ada sama, always ingatkan Yana untuk istighfar dan ingat pada Allah. Ibu kata Yana tetap kena berpantang, tak boleh nangis-nangis nanti bentan. Apa yang Yana faham bentan nih salah satunya macam kena demam urat, sakit satu badan rasa bisa and badan akan jadi terlalu panas dan terlalu sejuk secara tiba-tiba.

Yana kuatkan diri. Yana berazam dalam diri Yana untuk lebih berhati-hati once Yana hamil lagi. Yana and Hubby cuba lagi ikhtiar untuk Yana hamil kali kedua. Honeymoon pergi Bandung, Cameron.. Semuanya sebab nak bagi both of us lebih ruang untuk spend time bersama since masa tu dedua masih dalam long-distance relationship, Pasir Gudang-Muar. Paling Yana tak boleh lupa, punya laa banyak kali Yana buat test upt even though period delay 2-3 haru jer. Tapi result tetap hampa, NEGATIVE!

Masuk bulan ke-5, Yana tau Yana perlu buat sesuatu. Sibuk jual supplement Shaklee kat orang lain untuk kesuburan tapi diri sendiri punya busy tak consistent pun consume supplement untuk kesuburan (GLA, ALFALFA, VITA-LEA, ESP). Hubby pun duduk jauh dengan Yana lagi laa harapan nak suruh dia consume kann.. Memang memanjang tak ingat. So Yana sit down with Hubby and we have a serious talk. Both of us dah berjanji akan cuba consistent untuk consume all the supplements sebagai satu ikhtiar untuk Yana hamil.

Supplements yang Yana consume: GLA, ALFALFA, ESP, VITA-LEA
Supplements yang Hubby consume: VITAMIN E, ZINC

Selain pengambilan supplements sebagai ikhtiar untuk hamil, Yana juga amalkan solat Hajat, Tahajjud dan Dhuha. Kemudian Yana amalkan membaca surah Maryam setiap kali selepas solat. Yana percaya kalau kita ikhlas meminta pada Allah, inshaaAllah Dia kan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui :')

Syukur Alhamdulillah, masuk bulan seterusnya period Yana lewat seminggu. Tapi masa tu cool jer lagi tak nak check sebab tak nak frust. Huhu! Tapi masuk jer 2 weeks, tekak dah rasa lain macam (masa nih mula wekwek dah), terus beli pregnancy test clearblu and Alhamdulillah, I'M PREGNANT. Terus sambung pula Set Kehamilan Shaklee :) 

Trimester Pertama: VITA-LEA, VITAMIN C, OSTEMATRIX
Trimester Kedua: Sama macam Trimester Pertama cuma tambah ESP & OMEGA GUARD

Muhammad Aqeef Ayish dah nak masuk 6 bulan, Alhamdulillah :)
 
Untuk semua anda yang sedang under TTC, jangan putus asa and banyakkan berdoa pada Allah. InshaaAllah ada nanti rezeki zuriat Allah berikan.

 
Your Health and Beauty Consultant
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee , @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)

 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com